Thursday, June 4, 2009
PASCA PPSMI:SATU ERA BARU BERMULA
1. Jika para pembaca blog masih ingat entri blog saya yang lepas jika menyentuh isu PPSMI pasti akan kelihatan saya cenderung untuk menyokong dasar ini.
2.Tapi saya bukanlah seorang yang taklid buta sehingga apa yang dikatakan oleh seseorang itu saya angguk dan iyakan. Saya secara peribadi sehingga kini masih berpendapat dasar ini masih relevan tetapi tidak sesuai untuk semua pelajar. Apa mungkin seseorang yang berminat dalam aliran sastera,perniagaan dan perdagangan wajib mengambil sains dalam bahasa Inggeris sewaktu PMR?Pasti itu tidak mungkin dan hemat saya itu juga membebankan pelajar-pelajar.
3.Saya beruntung kerana mengalami proses pembelajaran baik di bandar dan luar bandar dan kesimpulan yang boleh saya buat adalah bukanlah permasalahan subjek atau bahasa itu sendiri tetapi juga mindset dan paradigma pelajar itu juga yang menjadi masalah utama. Ketika pelajar luar bandar masih lagi terbatas untuk berkeyakinan tinggi menguasai bahasa Inggeris kini mereka dihambat lagi untuk mempelajari subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
4. Saya tidak terfikir sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI maka segalanya akan berakhir. Pada saya banyak lagi yang harus diperbaiki untuk memantapkan semula penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang akan menempuh alam pengajian tinggi yang berstatus taraf antarabangsa dan persaingan meritokrasi.
5. Saya tidak bercadang untuk menyenaraikan usaha-usaha memantapkan semula Bahasa Melayu kerana mereka yang lebih ahli pasti lebih cerdik untuk mengemukakan cadangan itu dan ini dan secara peribadi saya sebenarnya berpuas hati dengan langkah-langkah pemantapan Bahasa Melayu di peringkat sekolah kerana berdasarkan pengalaman saya rata-rata rakyat Malaysia sudah fasih berbahasa Melayu dan faham bahasa tersebut baik di bandar mahupun di luar bandar.
6. Cuma apa yang saya fikirkan usaha memantapkan semula penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar untuk mempersiapkan diri melangkah ke alam pengajian tinggi. Berdasarkan fakta kebanyakan silibus dan subjek yang diajar di IPTA dan IPTS adalah dalam bahasa Inggeris bahkan seperti UiTM sendiri telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar institusi tersebut. Justeru saya berpendapat perlu ada satu transformasi dalam subjek bahasa Inggeris di peringkat menengah.
7.Ketika di sekolah rendah pelajar2 lebih difokuskan untuk penguasaan grammar, vocabulary dan writing. Itu asas dan ketika di sekolah menengah berdasarkan pengalaman silibus mula berkembang kepada sastera Inggeris. Saya tidak mempertikaikan kewujudan sastera Inggeris ini kerana saya sendiri mengagumi beberapa puisi seperti Sonnet 18, Life Brief Candle, The Road not Taken dan lain-lain lagi. Cuma yang saya lihat ada kekurangan di sini adalah:komunikasi.
8. Memang ada oral test tetapi saya lihat impaknya tidak besar dan tidak memberi banyak manfaat kepada pelajar. Kebanyakan mereka lebih cenderung untuk menghafal dan membaca teks, jarang sekali ada yang dinamakan komunikasi spontan. Saya bukan bermaksud untuk mencadangkan komunikasi spontan ini tetapi setidak-tidaknya metode ini dapat mengasah cara berkomunikasi pelajar dan membentuk kriteria berfikir dan berespons cepat.
9. Mungkin ini disebabkan oral test yang dilakukan tidak memberi impak yang besar dalam keputusan PMR atau SPM. Tidak seperti di universiti, ada subjek yang mana berkisar kepada komunikasi dijadikan markah penuh dan menentukan seseorang itu lulus atau tidak. Contohnya subjek BEL 332 yang dihadapi oleh students2 part3 pre-law sekarang.Maka mahu tidak mahu siswa2 perlu belajar untuk berkomunikasi dan fasih berbicara untuk mendapatkan keputusan cemerlang.
10. Nah di sini persoalannya. Saya berpendapat subjek bahasa Inggeris perlu diperhalusi dengan membahagikannya kepada dua:satu untuk pemantapan grammar, vocab dan writing sementara yang satu lagi untuk pemantapan komunikasi. Dan kalau boleh biarlah markah untuk oral test tu dijadikan 40% atau 30% untuk markah SPM atau PMR.
11. Dengan itu barulah ia nampak lebih efisien kerana kita(rakyat Malaysia) umumnya bersetuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa komunikasi jadi kenapa tidak kemahiran komunikasi itu dipertingkatkan lagi kan?
*Kesian budak2 jadi bahan eksperimen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perkara 1 hingga ke 11, apa manfaatnya perkara kepada pejuang bahasa?
ReplyDeletesalam hormat,
zr
ya,
ReplyDelete*Kesian budak2 jadi bahan eksperimen...
to z: kinda agree with u. bnyk cara lain tuk mantapkan english. benda yg patut ubah dulu, (kalau ija jd pengarah pendidikan la), buku teks dan teknik pengajaran. ija nak wat ikut level budak2 mcm ija tulis dlm blog ija.
ReplyDeleteto mr zul rahman: salam. pada saya english memang penting dan perlu dikuasai tapi tak bermaksud bahasa melayu ditinggalkan. ramai je bekas pelajar overc yang use bm ble dorang balik m'sia.
ramai nye part 1..300 lebih...huhuh..ada cdgan nie...dr dlu dah pk mase korang masuk,tp skang cam bru leh gne kot..cam lantik jawatankuasa part 1 or exco for part 1. skang dorang majoriti... so,kena la tarik ramai skit..slalu part 1 la paling patuh..at least kalo ada 3,4 exco dr part 1, senang nk bwk dorang kalo ada event..cam taktik politik gak..haha..kelaz rep cam xbape function. just a cadangan...gudluck yea for pre-law club....krim slm MT semua..
ReplyDeletesalam hormat
ReplyDeletekepada encik zul- entri blog kali ini berkisar tentang penguasaan pelajar untuk bahasa Inggeris.Semua orang tidak dapat menafikan betapa pentingnya bi dalam komunikasi sekarang. Saya telah jelaskan dalam nombor 5 bahawa saya yakin pejuang2 bahasa seperti encik zul pasti ada idea yang lebih baik untuk memperkasakan BM.
Bukan maksud saya bukan pejuang bangsa tapi langkah2 yang sudah ada ketika ini pada hemat saya sudah mencukupi.
setiap syor atau tindakan yg dilaksanakan sepatutnya memikirkan hasilnya utk masakini dan masa depan..matlamat menjadikan pendidikan kita bertaraf dunia disamping meninggikan martabat BM.
ReplyDelete...hasil bahan eksperimen.
memang dah tabiat kita agaknya, dah bergerak dahulu baru melihat apa yang kita bawa atau apa yang telah tertinggal...jalankan PPSMI dahulu, tidak jalankan kajian terperinci terlebih dahulu, lepas tu baru la bising sana sini... xde sape dalam Malaysia ni yg kata Bhs Inggeris tak bagus... tapi pendekatan yg betul dan tepat perlu diambil untuk mantapkan penguasaan komunikasi... setakat tahu sebut istilah-istilah sains dalam bhs Inggeris, apalah manafaatnya...
ReplyDelete