Tuesday, July 14, 2009

TERURAI KEMATANGAN POLITIK

1. Ketika entri blog ini ditulis rasa geram masih menebal lantaran keputusan MUET yang sipi-sipi lagi untuk dapat band5.Tapi lupakan sebentar tentang perkara itu sebab benda pun dah lepas dan ada sesuatu yang mungkin dapat diubah mengenai syarat MUET ni untuk pre-lawrians part3.Apa dia itu saya tak tahu bukan sebab sifat menang sendiri dan 'sombong' itu ada cuma saya bukan hicom lagi.Jadi kita tunggu pengumuman hari rabu nanti.

2.Semalam ketika persiapan forum kami diberi peluang untuk melihat contoh forum hal ehwal perdana. Dan saya tertarik dengan sebuah hadis yang disampaikan oleh Datuk fadzillah Kamsah yang lebih kurang seperti ini ''Dosa-dosa lain diampunkan Allah kecuali dosa mengaibkan orang lain di khalayak ramai''. Jika salah harap betulkan.

3.Islam itu luas, bukan hanya hanya sekadar akidah,syariah,rukun Islam,rukun Iman dan hal-hal berkenaan tauhid sahaja.Bahkan dalam Islam itu mempunyai tasawuf ataupun pembersihan akhlak serta penerapan sifat-sifat mahmudah. Lebih dari itu Islam tidak mengadaptasi konsep matlamat menghalalkan cara baik cara itu untuk mendapat keuntungan politik,ekonomi dan sosial.

4. Apabila menyerang peribadi seseorang dengan memalukan saudara seagama demi keuntungan politik saya berpendapat ini satu petanda politik kita belum matang lagi. Mengapa perlu menyerang pihak lain dengan tuduhan-tuduhan yang keras?

5.PAS menyatakan bahawa UMNO itu sama seperti ayah pin dan ar-arqam. Saya tidak hidup ketika zaman al-arqam tetapi sempatlah tahu mengenai ajaran ayah pin ini dan kerajaan Malaysia selama kewujudan kedua-dua ajaran ini bukanlah di bawah pemerintahan PAS. Kalau mereka mengatakan UMNO itu sama seperti ayah pin apakah silibus agama yang dipelajari oleh pelajar2 sekolah yang disediakan oleh kerajaan UMNO adalah sesat?Bagaimana dengan jabatan agama dan menteri agama?Apakah mereka juga mengamalkan ajaran sesat?Bagaimana dengan ajaran Islam yang dipelajari selama ini?Solat2 yang diimamkan oleh imam yang dilantik kerajaan bagaimana pula?Sah ke tak sah?Masjid-masjid yang dibangunkan lebih 10,000 di serata negara perlu dirobohkan seperti kerajaan langit ayah pin disebabkan UMNO sesat?

6.Sebab itu saya menyatakan bahawa Islam itu luas. Tidak boleh sekadar menuduh tetapi tidak melihat implikasi dari tuduhan-tuduhan tersebut.Kena lihat dari pelbagai aspek, bukan politik sahaja. Tak perlulah nak mengaibkan orang sebaliknya jika ingin memenangi hati rakyat maka tumpukan sahaja pada kelebihan diri dan tunjukkan akhlak yang baik. Bahkan salah satu ciri dakwah Rasulullah berjaya adalah kerana akhlaknya.

7. Satu lagi kematangan politik yang saya fikir telah terurai adalah janji-janji kerajaan untuk membawa pembangunan di Manek Urai. Secara peribadi saya menyetujui cara pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz 'mengislamkan' negeri Kelantan dengan dasar islamisasi yang baik.Cara pentadbiran tapi bukan cara berpolitik tuan guru.

8.Saya fikir BN mempunyai ingatan pendek atau short memory.Masih ingatkah bagaimana mereka berjanji untuk mengambur berjuta ringgit jika mereka menang di Kelantan dalam PRU yang lalu?Tapi apa akibatnya?BN kalah bahkan lagi teruk dari tahun 2004 yang lepas. Rakyat Kelantan tidak terliur dengan pembangunan yang 'menggila' itu sebab sudah terbukti banyak janji2 tersebut hanya tinggal janji,tidak dilaksanakan.

9.Jika ini berlanjutan maka politik negara kita akan mempunyai resipi yang sama:serangan peribadi dan janji-janji pembangunan.Bila nak berubah?Saya serahkan pada ahli politik untuk memikirkannya.Mungkin bukan pada masa yang terdekat, mungkin pada masa akan datang. Siapa yang bertanggungjawab untuk masa akan datang?Sudah pasti generasi-generasi muda yang akan mengubah kematangan politik Malaysia!

6 comments:

  1. salam...hi abg zharif...

    ini hanya pendapat saya yang xsebrapa bagus pun...

    ini apa yang saya nampak, parti politik di negara kita ini hanya berlandaskan keinginan mahu menang saja...

    mereka kadangkala lupa, sesudah mereka menang apa yang mereka perlu lakukan setlah menaburkan janji yang pelbagai...

    saya sendiri kadangkala terpedaya dengan janji mereka lantas apabila musim mengundi tiba, saya akan mempengaruhi kedua ibu bapa saya untuk mengundi parti sekian itu...

    tapi setelah mungkin matang itu xberapa sesuai, celik sedikit dari kealpaan, saya sedar bahawa, kebanyakkn janji dr parti-parti politik ini hanya madah yang manis utk mengelabui mata kita sebagai rakyat atas dasar kami mahu menang, bukan kerana kami mahu bantu rakyat...

    kadangkala, saya lebih menyukai arus politik di US, seperti ketika musim pilihan raya bg pemilihan presiden US yg lalu, saya lebih teruja untuk mengikuti perkembangan itu kerana dari satu aspek, mereka mementingkan hak2 rakyat walaupun ada baur2 mementingkan diri, tetapi mereka tidak memikirkan keinginan diri tapi lebih kepada apa yang rakyat mahu....

    maaflah jika saya seperti menyokong negara asing kerana bagi saya senario politik malaysia masih lagi hmm...bgmana mahu mengatakan nya dalam english saya lebih senang mengatakan our politics is below par than the other countries....

    ReplyDelete
  2. Berbagai cara nak ambil hati..
    ibarat nak mengorat seorang gadis yg jadi idaman hati,apa yg saudara lakukan?
    Mesti janji dan kata-kata manis walau kdg kala ia hanya dibibir.Mungkin mudah digoda dipengaruhi namun jgn lupa mungkin ada yang terguris hati !
    Nak bercinta pun kena ada politik apa tah lagi nak kuasa memerintah.

    ReplyDelete
  3. jnji dlm politk umpama iklan prduk kecntkn dlm tv..mcm2 yg d'jnjikn..tp kalu dh bli n gna..apa ksnnya??..hampeh..kdg2..owg sggp mnipu or bak kata pujangga mlayu 'mnanam tebu di tepi bbr'..apa yg d'jnjikn xsprti hsl yg kta dpt..tp e2 la lmrh khdupan..

    ReplyDelete
  4. cikgu lebih tertarik nak comment tentang mengaibkan orang tu..

    sebab bila dah 42 tahun hidup kat dunia ni, selepas 21 tahun boleh mengundi...
    malas nak citer pasal janji2 yang tak kesampaian..

    tapi, bab
    mengaibkan orang ni,
    harap2...cikgu sendiri pun dapat beringat...
    kadang-kadang
    dengan kawan-kawan bergurau
    terlepas cakap
    hingga mengaibkan rakan sendiri...

    sgu cepat sedar
    tak gitu

    ReplyDelete
  5. sori
    tersalah taip

    sgu = semoga cikgu

    ReplyDelete
  6. "Islam itu luas, bukan hanya hanya sekadar akidah,syariah,rukun Islam,rukun Iman dan hal-hal berkenaan tauhid sahaja"

    ~like my Abah said.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)