Friday, July 10, 2009

SPIN-OFF 2012

1. Sehingga entri ini dipos sejumlah 80% daripada 26 ribu undi di blog Tun Dr.Mahathir tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI. 84 komen yang diberikan rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan ini.

2.Datuk A.Kadir Jasin yang saya kagumi dengan keberanian beliau mempertahankan orang Melayu pula memberitahu ''buatlah dasar dan rancangan sehebat mana pun tetapi kalau ibarat bunga ia diberikan kepada kera ia tidak akan berjaya.Akhirnya anak cucu kita menjadi kera sumbang-tak laku dan diketepikan''.

3. Saya tidak akan menyediakan undian di blog saya samada PPSMI wajar dimansuhkan atau tidak sebab saya rasa cukuplah kalau di blog Tun.M sudah menyediakan undian mengenai perubahan dasar ini. Dan saya pun tidak mempunyai kemahiran berbahasa kiasan seperti Datuk Kadir mengenai perkara ini.

4. Saya tidak melihat isu ini sebagai isu bahasa.Maaf bukan sebab saya tak mencintai bahasa Melayu bahkan novel-novel yang saya baca,novel yang saya tulis, esei yang saya sertai semuanya dalam Bahasa Melayu. Sekali lagi saya tidak melihat ini sebagai isu bahasa akan tetapi perfomance atau keupayaan pelajar-pelajar dalam Sains dan Matematik dapat ditingkatkan atau tidak itu yang menjadi fokus saya.

5.Peningkatan itu tidak boleh diukur di sekolah semata tetapi juga perlu dilihat sehingga ke peringkat universiti. Kalau buat balik dalam Bahasa Melayu pun budak2 yang belajar Sains dan Matematik pun tak berminat dan malas, tidak akan mengubah apa-apa juga.

6.Kalau nak mansuhkan sekalipun saya cadangkan supaya pelajar-pelajar yang dah ambil aliran sains di tingkatan 4 dan 5 diajar subjek2 sains tersebut dalam bahasa Inggeris sebab mereka ini kebanyakannya akan mengikuti kursus-kursus kritikal di universiti yang akan diajar dalam Bahasa Inggeris.Saya yakin tak semua pelajar akan ambil aliran sains pasca PMR.

7.Tapi tak apalah kalau cadangan saya ini ditentang dan dikecam oleh para pejuang bahasa sebagai tidak mencintai bahasa bangsa sendiri. Saya tidak akan mempertahankan cadangan tersebut kerana saya berpendapat suara majoriti itu lagi penting.Kalau majoriti BN bertambah untuk pilihanraya akan datang maknanya memang majoritilah yang menyokong pemansuhan PPSMI ini. Saya tidak tinggal di Malaysia bersendirian kerana saya bersama 25 juta penduduk yang lain.Majoriti didahulukan daripada diri sendiri.

8.Dan saya berpendapat sekali lagi kemahiran komunikasi(communication skills) perlu dijadikan subjek khas untuk pelajar-pelajar sekolah untuk mereka lulus dalam SPM atau PMR sebab jika PPSMI dilihat gagal memperbaiki kemahiran ini, maka wujudkan satu subjek baru untuk pelajar menguasai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa ini.Kalau nak lihat contoh modul terbaik maka datanglah ke UiTM dan serapkan modul BEL 332 yang spesifik untuk siswa-siswi diuji dengan kemahiran komunikasi tanpa perlu menjawab kertas peperiksaan. Markah sepenuhnya bergantung kepada ujian lisan yang terdiri daripada debat,forum dan ucapan individu.

9. Ini adalah entri yang terakhir mengenai isu PPSMI yang saya sentuh sejak blog ini diwujudkan. Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara ini.Cukup dengan dua cadangan saya supaya pelajar-pelajar dapat terus menguasai bahasa Inggeris.Harap-harap dengan pemansuhan dasar ini kerajaan mendapat semula undi-undi yang hilang ketika pilihanraya umum dahulu.

Terima Kasih.

8 comments:

  1. dgn memansuhkan PPSMI pon takkan mengubah sifat malas dan 'takfaham' yg macam semula jadi dalam diri budak-budak melayu utk menguasai science and mathematics nie.

    sebenarnya ini bukan isu bahasa tapi isu mentaliti mereka yg merasakan bahasa inggeris itu sukar dan tak mungkin dapat faham.

    dah akhirnya, mereka yg kalah dgn budak-budak cina dan india yg macam takder rungutan lansung dalam hal ini.

    chu sendiri tak pernah belajar dalam bahasa melayu science and maths nie, dan kalau chu kena beri peluang pon, chu tak nak sebab bagi chu belajar dua subjek nie dalam bahasa inggeris lagi baik berbanding dalam bahasa lain.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukan satu penghalang kepada para pelajar di Malaysia untuk menguasai subjek tersebut. Bahasa Inggeris itu hanya satu medium atau batu loncatan atau lompatan saujana untuk persedian para pelajar menghadapi cabaran universiti, alam pekerjaan dan dunia luar.

    Tempoh enam tahun yang diberikan belum mampu membuahkan apa-apa bukti nyata lagi, sekiranya hasil PPSMI ini dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, saya pasti jurang antara pelajar bandar dan luar bandar akan berkurangan.

    Bagi yang menentang PPSMI ini mereka perlulah memikirkan cara lain untuk memartabatkan lagi Bahasa Malaysia. Bukan sekadar mempejuangkan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Malaysia sahaja.

    ReplyDelete
  3. tidak dinafikan, selaku pelajar batch pertama yang menduduki PPSMI, saya berasa agak kecewa dengan tindakan kerajaan memansuhkannya. Namun, sekiranya kita melihat dari sudut perspektif yang lebih luas, ia untuk kebaikkan sosio ekonomi negara kita. unutk ulasan lanjut, saya telah post kan dalam blog saya.

    ReplyDelete
  4. mentaliti....ape2 pon bercakap tentang mentaliti pelajar melayu..yang malas utk memahami sesuatu dan malas mencuba..rse sukar sahaja tutup la buku tu,,,

    berilah semudah mana bahasa itu pon melayu tetap melayu...

    rakyat hanya menerima...mula2 tuka, then tuka balik...melayumelayumelayu.aku pon melayu jugak..

    ReplyDelete
  5. hidup perlu diteruskan...

    kalau nasi dah jadi bubur , jangan dibuang bubur tu, masih boleh mengenyangkan

    jika satu hari nanti terpaksa mengajar dalam bahasa jawa, tetap cikgu perjuangkan juga...demi anak bangsa.. =)

    so tak kiralah bahasa apa pun..jgn bahasa siam sudah...

    ReplyDelete
  6. sedih bila PPSMI dibubarkan.
    sedih masa depan pelajar-pelajar kita menjadi permainan si janggut panjang si misai lentik yang bijak pandai katanya.

    memang.
    belajar sesuatu yang dalam bahasa yang bukan menjadi bahasa harian kita memang sukar.
    kenalah berusaha.kan?

    'takkan hilang melayu didunia' kononnya.
    melayu pada nama sahaja tak guna jika tiada tapak untuk kita di persada antarabangsa.

    'pemalas.manja tak bertempat,bodoh sombong'
    itulah kita..


    kita tengok sahaja.

    *suka tagline : usaha.taqwa.mulia

    ReplyDelete
  7. Gua nak ajak lu dtg makan kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa..

    semua bahsa melayu..sket sket sahaja bahasa asing..

    ReplyDelete
  8. Saya mengajar Matematik. Walaupun kurang setuju ngan PPSMI mula2 diperkenalkan dulu (sebab saya rasa penguasaan BI perlu dipertingkatkan melalui penambahbaikkan subjek BI itu sendiri, tak perlu ganggu Mt&Sc ...) tp saya akur dan buat yg terbaik. Saya terima ... Bila dah tahun ke 7, dengar2 nak dimansuhkan lak! Kenapa mansuhkan? Kenapa tidak perbaiki? Kenapa buang?

    Precious

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)