Tuesday, July 21, 2009

Saat jiwanya kesunyian, Rindu pun kembali....

1. Dalam waktu hujan yang sangat sentimental ini entah mengapa tiba-tiba terasa nak mendengar lagu My Way nyanyian Frank Sinatra. Sepanjang lagu tersebut berkumandang terasa satu 'kekosongan' dalam hidup buat seketika dan mula terasa sunyi dan sepi. Duduk dalam bilik pun sorang-sorang so memang feeling habis untuk seketika waktu.

2.Terdetik di hati untuk menjengah ke blog-blog yang lain dan aku membatalkan rancangan untuk menonton La Dolce Amira saat menjengah ke blog cikgu KlCitizen.Tersentak dan tersentap untuk seketika waktu. Perasaan rindu itu kembali semula. Rindu untuk merasai semangatnya, menikmati keindahan tempat tersebut dalam mimpi.Sungguh mimpi berada di sana masih segar dalam ingatan dan tidak mungkin hilang begitu sahaja kerana dalam tabir mimpi itulah jelas tergambar ketenangan wajahnya dan kekuatan bersama saudara-saudara di sekeliling.

3. Dek perasaan rindu itu jugala mengheret aku untuk menonton semula sajak yang keluar dari bibir manis az-zahra Palestin bersama linangan air mata saat meluahkan perasaannya yang menderita meskipun masih dalam usia yang kecil. Semakin kacau fikiran saat entri ini ditulis kerana gambaran Al-Aqsa itu sedang bermain-main di fikiran ketika ini.

4. Kalau anda selami novel yang ditulis oleh penulis blog ini ada satu mesej tersirat yang disampaikan; jelas berkaitan Palestin. Bahkan kerana Palestin jugalah telah menghidupkan semangat aku ketika ini untuk bertekad menjayakan PGPYO kerana inilah peluang keemasan untuk membela perjuangan mereka.Apakah perlu ditunggu usia yang sekian sekian barulah boleh bercerita dan menyokong perjuangan Palestin? Tidak! Bahkan selama mendalami ilmu global issues dalam semester ketiga maka selama itulah semangat untuk mempertahankan mereka menjadi-jadi apatah lagi topik presentation untuk hari ini sangat dekat dengan isu Palestin; pencabulan hak asasi manusia, pelarian dan genosid.Penindasan dan ketidakadilan terhadap mereka harus diperbetulkan.

5.Apakah seseorang itu dikira bersalah hanya semata-mata kerana membunuh pencuri yang telah datang dan mencuri seluruh harta benda, membunuh keluarga dan menghalaunya dari rumah sendiri? Siapakah yang bersalaha: Jawapan mudah-Pencuri.Tetapi dunia kita hari ini melihat tuan rumah itu yang bersalah kerana membunuh pencuri tersebut.

6.Dan insyallah itulah apa yang akan aku ucapkan sewaktu perasmian PGPYO kelak dan selagi sesiapa tidak dapat menunjukkan kepadaku mengapa 'tuan rumah' itu yang bersalah maka selagi itulah aku akan terus mempersoalkan perkara ini.

7.Perasaan rindu itu pasti akan terus mengalir lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadhan. Rasa untuk berbuka bersama-sama mereka di Palestin terus menjadi rasa yang akan dipendam sehingga punya kesempatan untuk berkumpul dengan mereka satu hari nanti.

8.Tidak peduli samada bakal dicop sebagai anti-semitik, aku akan tetap dengan pendirian bahawa Palestin memerlukan keadilan dan kebenaran. Muktamad dan pasti. Dan tanpa perlu berselindung seluruh hidup dan jiwa aku telah diinfaqkan semuanya untuk perjuangan Palestin. We will stand with them in any matter in any cause without no fear and doubt.And yes, the first step that we will forward right now is the Global Peace Youth. Aims for justice,peace and freedom for Palestinian as well as to criminalise war in this world.

Viva La Palestin!

Seseorang yang berjuang membela kebebasan dan keadilan tidak mungkin gagal.Sungguhpun ia mungkin dianggap sebagai orang gagal semasa hayatnya namun sejarah akan tetap menilainya sebagai pemenang


*Entri kali ini nampak macam bersemangat sikit.Bukan apa itulah hikmah ketika bersendirian.Kekuatan akan sendirinya datang dan waktu itulah waktu yang tepat untuk masuk ke dalam pintu hikmah dan mengambil segala yang ada di dalamnya.

3 comments:

  1. alhamdulillah...

    setiap perjuangan kerana Allah pasti membuahkan kemanisan

    ReplyDelete
  2. z mmg sowg pjuang yg stia..
    moga apa yg d'pjuangkn ada hslnya..
    keadilan p'lu d'tgkkn!..
    kbnran hros d'prthnkan!..

    ReplyDelete
  3. moga saya menyertai pihak yang benar,
    moga perjuangan ini tidak pernah sia-sia,
    moga doa dan harapan kita menggegarkan arash Ya Robb.

    Dengan izin Khaliq, pasti.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)