Sunday, July 5, 2009

POLITIK WAYANG @ WAYANG POLITIK?

1. Ketika di sekolah kita diperkenalkan dengan hiburan tradisional masyarakat Melayu dan salah satunya adalah wayang kulit yang begitu popular di negeri Pantai Timur.

2. Dan sekarang hiburan moden memperkenalkan pula Anak Wayang yang merupakan program realiti untuk mencari bakat baru dalam bidang lakonan.Satu langkah untuk memastikan industri hiburan kita tidak ketandusan pelapis-pelapis yang berbakat.

3. Bagaimana pula dengan politik wayang?Atau wayang politik?Mana satukah yang betul?

4.Saya sudah setahun tidak belajar cara-cara menggunakan tatabahasa Bahasa Melayu yang betul tetapi mujurlah di sekolah rendah dan menengah saya diajar tentang penggunaan istilah dan tatabahasa Bahasa Melayu yang betul dan menurut saya dalam isu kali ini istilah tatabahasa tidaklah penting sangat kerana mana-mana pun penggunaan istilah tersebut tetaplah sama intipatinya.

5. Saya mengalu-alukan usaha Pemuda UMNO dan PAS yang mula menampakkan petanda positif untuk kembali berdialog dan bermuzakarah. Kesediaan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi untuk berbincang dengan Pemuda UMNO menerusi surat jemputan yang diberikan kepada Timbalan ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.

6. Cuma saya berfikir bahawa dialog atau muzakarah ini tidak akan menunjukkan tahap baru dalam politik negara kita jika ianya lebih menjurus kepada siapa yang betul dan salah.Maksud saya di sini tajuk perbincangan tersebut. Kalau kita nak bincang UMNO mendukung perjuangan Islam ke tidak, PAS tetap dengan pendirian hudud dan sebagainya ini akan membuang masa dan tidak akan mencapai titik persetujuan.

7.Justeru di sini saya mencadangkan supaya isu perbincangannya menjurus kepada isu RAKYAT.Masalah RAKYAT. Cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi RAKYAT.Bukannya hendak memeningkan rakyat dengan ideologi dan pendirian masing-masing.

8.Berbincanglah isu sosial yang melanda pemuda-pemudi kita sekarang ini, hiburan2 yang terlalu melimpah ruah, masalah penagihan dadah, seks bebas,anak luar nikah dan sebagainya.Atau mungkin tentang isu pendidikan, isu bahasa kebangsaan, pemberian biasiswa nasional yang sekarang ini berdasarkan meritokrasi, masalah pengangguran siswazah dan pelaksanaan AUKU. Apatah lagi ia melibatkan Pemuda kedua-dua parti maka lebih baiklah ia menjurus kepada permasalahan rakyat yang bergolongan muda remaja. Barulah dekat di hati.

9.Saya tidak fikir isu rasuah boleh dibawa untuk berbincang.Silap-silap terduduk bersila kalau UMNO diwakili ketua pemudanya. Menjerut leher sendiri sebab umum mengetahui kemenangan Ketua Pemuda PAS adalah bersih dan bebas dari rasuah.

10.Justeru saya berpendapat isu rakyat perlu diketengahkan demi kebaikan bersama. Barulah dapat lihat titik persefahaman dan persetujuan antara kedua-dua belah pihak dalam menangani masalah rakyat.

11. Saya tidak faham kenapa parti pembangkang yang lain perlu takut dan marah akan hal ini. Bukannya nak bincang atau tubuhkan kerajaan perpaduan pun.Lagipun bukankah PR sudah bersetuju untuk berbincang tentang isu-isu semasa dan masalah rakyat dengan kerajaan jadi tak perlulah nak melenting bila perkara ini berlaku.Macamana nak bincang isu rakyat kalau tajuk perbincangannya dah jelas dan terang bersuluh untuk menentukan parti mana yang salah dan parti mana yang betul.

12. Bincangkan masalah kami, tunjukkan perbalahan minda yang berkualiti dan temukanlah titik persetujuan demi kebaikan semua.Bukannya bermotifkan politik dan meraih undi akan tetapi rakyat itulah yang perlu didahulukan dan masalah rakyat itulah yang harus diutamakan!

13.Jika tidak itulah wayang politik negara kita yang tidak akan menunjukkan kematangan dan wayang sebegini sudah tidak mencapai kotak pejabat(box-office) lagi.

*I'm still wonder why the letter given by Ketua Pemuda PAS is to the Naib Ketua Pemuda UMNO, not the Ketua Pemuda UMNO.

3 comments:

  1. wayang politik..

    perkara yang agak subjektif untuk dibicarakan namun, pendapat saudara ada benarnya. tetapi kita perlu sedar akan sejarah politik dinegara ini. bukan untuk menjadi berat sebelah, tetapi berdasarkan bacaan saya ada sejarah berkaitan dengan UMNO tentang kerjasama. Maka, berbekalkan sejarah itu, ahli2 PR yang lain tidak mahu mengambil risiko itu. Saya berharap saudara terima pandangan saya dengan terbuka :), saya bukanlah aktivis politik untuk pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang tetapi saya seperti saudara, pemerhati dan penganalisis politik tanah air untuk kemajuan dan faedah agama, bangsa, dan negara.

    p/s: selamat belajar di semester baru :)

    ReplyDelete
  2. Semoga umat Islam bersatu...
    Mengamalkan ukwah n mengeratkan silaturahim..
    mengamalkan kepimpinan seperti Nabi n sahabatnya..
    Amin..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)