Monday, July 13, 2009

KEGAGALAN TERBESAR


''Apakah orang beriman itu akan dibiarkan berkata 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji lagi?''
1. Keputusan MUET telah menghuru-harakan seluruh UiTM Kedah malam semalam dan apabila keputusan ni dah keluar tak sedap rasanya kalau tak dikongsi bersama dan berbincang dengan member-member yang lain.meskipun di blog member2 lain yang sebelum ini begitu rancak membicarakan tentang ke'nervous'san untuk menunggu keputusan tersebut, aku masih lagi cuba menghindar dari perasaan tersebut.Sampaikan dapat result pun dari hp Faliq. Okla dapatlah juga sambung ke shah alam nanti.
2. Ketika berbual-bual di bilik member tiba-tiba keputusan SPM dahulu dibuka kembali ceritanya.Bermula dari perbincangan untuk menyemak semula keputusan MUET terus terbukak cerita SPM dulu. Dan bermula dari cerita tersebut menyebabkan aku terdiam, termangu dan tidak dapat tidur lena.Kalau aku tak dapat tidur lena bererti ada sesuatu yang Tuhan nak tunjuk. Dan itulah yang terjadi pada malam semalam.
3. Seusai bermunajat aku berteleku di atas sejadah dan memori-memori ketika SPM datang menerjah ke wajahku. Barulah, setelah dua tahun aku mendapat hikmah daripada keputusan SPM yang telah aku sifatkan sebagai kegagalan terbesar dalam hidup.
4.Itulah caranya Tuhan menghukum 'kesombongan' dan 'keangkuhan' saya ketika di tingkatan 4 dan 5 dahulu; apabila dicanang2 sebagai pelajar harapan, bakal membuat sejarah baru dan sebagainya akhirnya jatuh tersungkur.Nasib baik tak patah riuk, jatuh-jatuh pun dapat top5 best student kat sekolah tapi teruk jugala tu. 'Keangkuhan' aku sebagai satu-satunya pelajar yang ambil tasawwur Islam sebelum diikuti dengan pelajar-pelajar membuatkan aku overconfident yang aku akan dapat gred 1A untuk subjek ni. Tapi keangkuhan aku itu dihukum Tuhan dengan keputusan B3.Nasib aku baik agama dapat 1A kalau B jugak tak tahu nak cakap macammane.
5. Ketika hampir 4 tahun dengan cita-cita dan azam menjadi seorang doktor, apabila buku2 perubatan telah dibeli dan cerita2 kedoktoran telah ditonton sekali lagi Allah 'menghukum' dengan cara yang begitu halus dan hikmah; aku 'dicampakkan' ke dalam dunia undang2 yang aku tidak ada pengetahuan langsung dan tidak terlintas untuk belajar dalam bidang ini. Sungguh kenyataan ini tak dapat diterima oleh hati dan perasaan dan kadang-kadang terusik jiwa apabila cikgu2 dan member2 lain terkejut apabila dapat tahu aku masuk undang-undang. 'Bukan cita2 kau dulu nak jadi doktor ke?'.
6. Tapi itulah hikmah. Kita melihat itu sebagai kegagalan tetapi Tuhan melihat itu satu peluang untuk kita memulakan hidup baru. Bila dilihat kembali ada bagusnya juga aku masuk undang2 tak payah nak under pressure gara-gara soalan matematik. Dan kegagalan aku tersebut telah membuka ruang untuk aku 'hidup' dalam dunia lain, bergelumang dengan dunia perundangan yang cuma ada hitam dan putih di samping mengasah terus dan terus kemahiran berpolitik dan berfikir. Hukuman yang diberikan Tuhan itu telah membuatkan aku untuk lebih 'diam', tidak lagi mempamerkan kesombongan mahupun keangkuhan. Menjadi lebih tawadhu, tidak membanggakan diri dengan cakap2 kosong dan tidak lagi merasakan diri ini lebih bagus daripada orang lain tetapi sedikitpun tidak membuatkan aku untuk berhenti dari bermimpi dan mencapainya. Dan semalam, ya semalam setelah dua tahun aku sesat dalam dunia undang-undang barulah aku nampak hikmah yang halus dan tersembunyi ini dan buat pertama kalinya aku 'mengakui' akan hukuman tersebut dan menerima dengan redha.
7.Ramai juga orang tak percaya bila aku cakap law bukan pilihan aku.''Tapi pointer kau ok je.Ko tipu eh?'' Sebenarnya aku tak tipu apa pun, ada satu perkara yang aku rasa mungkin boleh dikongsi bersama(kalau nak tak nak ikut pun xpe):Bakarlah 'jambatan' yang ada di belakang. Jangan sekali-kali menoleh dan berkira-kira untuk berundur jika tidak dapat meneruskan kemaraan. Biarkan kita tidak ada pilihan lagi kerana kewujudan banyaknya pilihan itu membuatkan kita berbuat dengan separuh hati, tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa.Apabila sudah tidak ada jalan untuk berpatah balik maka state of mind kita akan terus fokus untuk bergerak ke hadapan atau mati begitu sahaja.Seperti halnya terjadi ketika peperangan Fathul Andalusia, Tariq bin Ziyad membakar kapal2 yang membawa tentera Muslim ke Andalusia supaya tentera2 Muslim tidak lagi terfikir boleh berundur dan mereka hanya memikiran dua perkara sahaja: melawan dan menakluk Andalusia atau mati. Dan hasilnya, Andalusia pernah menjadi satu peradaban Islam terunggul dalam sejarah dunia.
8. Lihat gambar di awal entri ini. Berbengkok tetapi masih sahaja bersambung. Bukan bengkok itu menutup jalan tetapi untuk meneruskan jalan.Kegagalan itu bukan bererti menutup masa depan tetapi meneruskan masa depan.
9.Mungkin jarang korang dengar dan baca entri2 aku macam ni tetapi aku bercakap dan menulis ketika ini atas dasar 'aku juga pernah merasai kegagalan' dan mungkin ada pembaca2 blog ini dapat mengambil sedikit hikmah dan pengajaran dari cerita kegagalan aku ini. Orang pandai adalah mempelajari kesalahannya sendiri dan orang bijak adalah orang yang mempelajari kesalahan orang lain. Apabila membaca blog2 member2 yang melukiskan kekecewaan mendalam tentang keputusan MUET, terdetik di hati untuk berkongsi perkara ini. Dan kegagalan terbesar aku dua tahun yang lalu telah membawa dan membentuk Zharif yang ada ketika ini.
10.Dan berbahagialah orang2 yang diuji Tuhan kerana ujian tersebut sedang menguji samada iman anda itu betul atau palsu.Tetapkanlah pendirian dan jangan salah terhadap perkiraan dan perancangan Tuhan. Jangan terlalu gembira beroleh untung, jangan cemas beroleh rugi. Kalau ini telah dipegang ubun2 zuhud telah ada dalam tangan, pesan Sayidina Ali.Dan baginda Ar-Rasul juga meninggalkan pesanan yang sangat berguna untuk umat-Nya untuk sekarang hingga ke akhir zaman.
''Aku ini hamba Allah dan Allah tidak pernah mengecewakan daku.''

15 comments:

  1. salam...

    wow...deep meaning...

    kire smlm abg tgh sedey ke??

    or just relieve coz pass with it??

    anyway tahniah....

    ReplyDelete
  2. Congrats too..
    aLL dA bEshh..kisah lampau dan pengajaran mengajar kita hidup lebih bererti..
    ^_^

    ReplyDelete
  3. congrats...
    byk pngajaran..ksilapan dan k'gagaln seta kisah lalu mnjadikan kita sbg sowg yg lbh mtg d'msa akn dtg..m'perbaiki kslpan adlh yg t'baek dlm hdop dri tros mlkukn kslpn..

    ReplyDelete
  4. "Bakarlah 'jambatan' yang ada di belakang. Jangan sekali-kali menoleh dan berkira-kira untuk berundur jika tidak dapat meneruskan kemaraan"

    saya tak faham...apa maksudnya..

    ReplyDelete
  5. hmm..betul3..kegagalan dan keperitan yg kita hadapi membuatkan kt lagi matang dan kuat..
    Allah memang Maha Bijaksana kerana melalui ujian dan cabaran lah dia mendidik kt supaya dekat padanya krn pada waktu susah lah bru kt mengingati tuhan lebih..Tuhan syg pada kt..sayangnya tuhan melebihi dari sygnya ibu pada anaknya..krn Tuhan MAHA Penyayang..
    kalau lah kt nmpak semua itu..
    besar mana cabaran dan rintangan di masa depan pun rasa kecil..

    ReplyDelete
  6. wah entri kali ni banyak berfalsafah..

    tapi penulisan yang ditulis dari hati
    akan
    menyentuh hati insan lain juga...

    tahniah ... bukan sahaja utk keputusan tersebut
    tetapi
    tahniah juga
    kerana semakin matang dalam menjalani kehidupan... itu yang lebih penting!

    ReplyDelete
  7. eyt.congrates.
    cuak pulak rsenya nak amik muet tu.
    amik law ni pon lagila ++cuak.
    sbb x pena lgsg t'pk nk blaja bende ni.
    dlu tyme skola, slalu ltk 'DR' di pangkal nme byk2 kali...
    hmm. skang ade dmne?
    sdey ble igt balek..impian utk dpt DR tu tggl kenangan je..
    papepon.troskan perjuangan.chayok2!!

    ReplyDelete
  8. nothing splendid has ever been achieved except by those who dared believed that something inside them was superior 2 circumstances....

    ReplyDelete
  9. congrats.
    ;))

    Allah dah kata dlm Quran,kadangkala apa yg kita inginkan bukan yang terbaik ntok kita.
    ;))

    ReplyDelete
  10. We do not fail;we juz stop trying..

    p/s: We've the same experience 4 the SPM one.. ;)

    ReplyDelete
  11. Kalah sekarang bukan bermakna kalah selama2nya, and, vice versa ... The choice is always ours. Good luck in your studies!

    Precious

    ReplyDelete
  12. satu..doktor mne blaja math la z
    hihi

    due..hmm same here lah..dlu mmg pointer sntiase lps 3.5 time skola menengah..xdela smpi top 10 tp kire mmg sume ckp bole pnye lah skor time spm..
    alhamdulillah 8a1 2a2

    then..skrg ni..maybe rse syukur tu x byk kot
    ngah struggle sbb pointer trok gile..rse mcm down gile..T_T
    tp makin baik cket summer ni alhamdulillah~

    p/s:oklah result?

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)