Sunday, July 12, 2009

KPI UNTUK AKU?

1. Bila orang tanya ''masuk law ni nak jadi peguam ke?'' saya akan terdiam seketika untuk mencari jawapan sebenar.Yela masuk bidang ni pun ibarat 'terjun ke dalam kolam dan terus berenang tanpa fikir ada buaya ke tidak' jadi bila keluar soalan-soalan macam tu aku jadi blank seketika.Biasanya jawapan aku akan berbunyi ''taklah, nak jadi diplomat sebenarnya.''

2.Hakikatnya aku sendiri tak mempunyai latarbelakang yang kuat tentang diplomatik.Kalau menyelesaikan masalah yang berkaitan diplomatik sewaktu sekolah dan di universiti ni adalah juga tapi perkataan diplomat tu sendiri tak pernah terlintas dalam hidup aku. Sebelum ni yang nampak cuma doktor,doktor dan doktor( tahniah untuk dua member sekelas aku yang ambil medic dan dentist di UKM dan USM.) Tapi sekarang ni dah mula sikit2 nak belajar tentang diplomat2 ni. Melalui buku la, apalagi.

3. Aku tertarik dengan artikel NST hari ini apabila isteri Datuk M Kayveas, Datin Blanche yang merupakan diplomat Malaysia ke Papuan New Guinea menceritakan tentang perasaan beliau apabila harus berpisah dengan keluarga memandangkan anak2 beliau akan menduduki peperiksaan tahun ni jadi tak dapatlah nak bawak bersama.

4.Kemudian Datin Blanche berkomentar ''Although my mother and in-laws will take care of them for the time being, he(Kayveas) must make sure that they(children) study well and score all A's. If they don't I won't forgive him. He also has a KPI to upkeep at home.''

5. Aku tergelak ketika membaca kenyataan tersebut dan kemudian terdiam seketika.Mula aku terfikir ''Agak2 bini aku nanti pun macam ni jugak kot bila aku jadi ahli politik?KPI untuk keluarga?''

6.Kalau pasal diplomat tu aku x berapa kisah sangat sebab family boleh ikut sekali.Kalau tak boleh ikut pun aku boleh balik tiap2 minggu or tiap2 bulan. Tapi kalau jadi ahli politik lagi sibuk daripada diplomat.Silap2 jumpa family pun dah tengah malam itupun semua tidur. Bila nak spend time ngan family?ngan children?Hmm mula terfikir akan hal ni.

7.Kalau sekarang ni pun dah sibuk dengan law,global,economy dan term paper apatah lagi bila masuk politik nanti kan. Kalau aku ada gf sekarang bersiap sedialah perempuan tersebut untuk mendengar lagu kekasih yang tak dianggap lima kali sehari. Itupun aku jadikan alasan untuk menjadi single sampai...err sampai bila eh? Tapi kalau dah masuk politik nanti komform dah berkahwin dan ada keluarga. So kena ada masa jugak untuk family.

8.Adakah isteri aku akan membuat KPI seperti yang Datin Blanche buat? I don't know, up to her to do so but i love too be tested by her KPI sebab bila difikirkan balik bagus juga cadangan KPI famili ni.. Sekurang-kurangnya politician ni tak perlulah nak kejar sangat KPI kerja tapi KPI dengan famili gagal.

9.Kesimpulannya, sesiapa yang berminat untuk menjadi calon isteri penulis blog ini(ada ke?) silalah rangka KPI(Key Index Perfomance) famili untuk saya hihihi.

*Duit meminang pun sedang dikumpul....

7 comments:

  1. haha sy sudi.haha. ha ku mule lh merepek ni

    ReplyDelete
  2. well.. noting to say.. juz all da best to who ever ur future wife is...

    wassalam

    ReplyDelete
  3. haha..so swit..wah..dh kumpl duet untk mminng..dh da clon ker??..story la..gud luck 2 ur future wife..be prepare 4 those who wanna be zack's wife

    ReplyDelete
  4. huhuhu..nak ade isteri yg ade Key Performance Indicator???hahaha..gud luck la isteri zack nanti..jgn silap haribulan..zack yg letak KPI untuk die plak!!!gud luck nway..

    ReplyDelete
  5. haish....baguslah dah fikir masa depan... :)

    ReplyDelete
  6. Bgusnya Z dah merancang dari sekarang..duit meminang?? wow..

    Eleh, rendah diri gitu..sure adanyer..bukak hati z luas2 sure nmpak..tu kat atas ader 2..hihi..

    Good Luck~

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)