Tuesday, July 28, 2009

ITULAH DIA CALONNYA




1.''Bohonglah kau takde awek..''

2. Tersengih.Apehal orang tua ni. Aku meneruskan untuk tersengih sambil tangan lincah menulis rekod kedatangan sebagai tetamu di bangunan canselori UiTM Shah Alam petang tadi. Starting2 nampak aku je dah mula dah pakcik pengawal tu membuat 'provokasi' berbaur gurauan.Tapi aku tak amek kesah pun sebab dia pun ingat aku orang luar(aku datang atas nama Global Peace dan tak bawak kad matriks tadi tu yang malas nak meleret sebagai student uitm ke ape). Mungkin pakcik tu pun tersihir dengan penampilan berkot aku yang tak ubah macam dalam Quantum of Solace(ye kalau korang tengok aku berjalan tengah2 panas lepas turun dari lrt keramat komfirm korang pun akan bersetuju). Tapi yelah untunglah pakcik tu dapat tengok.Kalau kat UiTM Kedah jangan haraplah aku nak pakai baju camtu hari2.

3.Ok berbalik pada tajuk asal. Sejak kebelakangan ni tak habis2 aku kena tempias soalan2 macam tu. Apsal ek?Berdosa ke aku takde couple lagi?Bila aku cakap tak orang akan cakap aku bohong tapi bila aku cakap ya berebut2 orang nak tahu siapa dia haha( syok sendiri betul). Ditambah lagi dengan movie2 yang aku dah tengok setakat ni, semuanya pasal cinta. Adeh bilalah citer perang2 nak keluar yang baru..

4. CD yang aku pinjam dari Ina sangat tidak mengecewakan.Terbaik!Itulah yang boleh aku cakap lepas tonton filem tu. 'Perempuan berkalung sorban'.Pelikkan?Tapi itulah cerita yang pada aku sangat baik untuk melihat 'the other side of Islamic interpretation of certain people' yang menggunakan agama untuk menindas wanita dan memenuhi kepentingan sendiri.

5. Hak2 wanita dalam Islam telah ditunjukkan sebaik yang mungkin dalam filem tersebut.Bagaimana hak2 tersebut dinafikan atas nama 'laknatullah' dan derhaka kepada suami. Wanita seolah-olah dianggap cukup masuk syurga jika hanya duduk di rumah dan menjaga rumahtangga. Benar itu tidak salah tetapi jangan dilupa peranan wanita dalam sejarah Islam juga yang mana mereka ini bukan sahaja duduk di rumah tetapi berjuang menegakkan Islam dan dijanjikan syurga.Ikutilah riwayat hidup Saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah, Fatimah Az-Zahra, Asma binti Abu Bakr dan lain-lain. Bahkan Saidatina Khadijah sendiri menjadi ikon wanita Islam yang mempunyai status sebagai businesswoman dan bagaimana statusnya itu membantu mengembangkan syiar Islam.

6.Apabila hak pendidikan wanita dinafikan dalam filem tersebut, sudah jelas dalam hadis Rasulullah yang sahih bahawa menuntut ilmu itu fardhu ain ke atas lelaki dan wanita. Lagipun kebanyakan guru2 sekarang ini, satu pekerjaan yang sangat aku kagumi dan muliakan terdiri daripada wanita.Itu segi pendidikan.Dalam perkahwinan juga sudah termaktub bahawa isteri boleh sahaja meminta fasakh jika dizalimi oleh suaminya. Agak jelek aku melihat seorang lelaki yang mempunyai pendidikan agama tetapi menzalimi isterinya sendiri dalam filem tersebut. Kononnya berkawhin dua itu mampu berlaku adil tetapi isteri pertama akhirnya dilayan sebagai hamba.

7. Dalam perkahwinan itu juga aku tak nafikan bahawa sang ayah atau datuk boleh menikahkan anak perempuannya meskipun tanpa persetujuan gadis itu sendiri(kalau salah tolong betulkan).Tetapi tujuan perkahwinan sebegitu yang ditunjukkan dalam filem tersebut adalah supaya si ayah mendapat sumbangan berterusan daripada besannya untuk memajukan pesantrennya sendiri. Jadi di sini timbul persoalan; apakah anak gadis itu bisa dipakai untuk mendapat kepentingan duniawi dan setelah menikah itu langsung tidak dipedulikan samada anak perempuannya itu telah dizalimi atau tidak?

8.Filem ini juga telah mengajar aku bahawa pendidikan sahaja tidak cukup.Belajarlah setinggi mana sekalipun tetapi jika hati itu tidak ikhlas tidak diniatkan kerana Allah maka tidaklah pendidikan itu dapat menjadikan seseorang itu baik lahir dan batin. Yang penting hati dan niat.Ya itulah yang penting.Maka luruskanlah niat dalam apa perkara sekalipun kerana Tuhan maka sifat2 baik itu akan tumbuh dengan keredhaan Tuhan.

9.Istimewanya seorang wanita itu sehingga syurga itu sendiri berada di bawah telapak kaki mereka.Tidak masuk syurga seorang anak tanpa restu seorang ibu.Betapa tingginya darjat seorang ibu dari syurga itu sendiri dan semestinya seperti yang sering aku ungkapkan ''anak yang hebat lahirnya dari seorang ibu yang hebat.'' ''For every great man there is a greatest woman behind him''. Aku menyokong perjuangan hak wanita selaras dengan Islam tetapi tidaklah terlalu radikal sehingga menjadi sekular dan melampaui batas.Apa yang telah digariskan oleh Islam maka turutilah garisan itu dan janganlah berlebih-lebihan tetapi janganlah juga terlalu berkurang. Sebab itu dalam surah al-fatihah kita akan sentiasa menyebut 'Ihdinasirotal mustaqim'. Yang ertinya tunjukkanlah kami jalan lurus. Erti yang lebih lanjut silalah semak buku Tasauf Moden karya Pak Hamka.

10.Tak silap aku perempuan berkalung sorban ni ada juga cerita lain, tapi masa perang dulu2 la ketika zaman kerajaan Rom tak silap di mana seorang wanita menutup wajahnya ketika berperang dan bertempur dengan berani untuk menyelamatkan abangnya yang ditangkap oleh musuh.

11. Apapun insyallah aku akan kupas lebih lanjut pasal filem ini dalam persuasive speech nanti.Nak tahu?Datanglah kelas Bel 332 aku nanti yek hehe.

12.So apa kena mengena dengan tajuk entri kali ini?Err bukan perempuan dalam gambar tu yang dimaksudkan sebagai calonnya.Maksud aku calon yang dicari adalah mirip seperti perwatakan watak utama dalam filem tersebut. Lembut tetapi tegas.Tegasnya pula tidak keterlaluan sehingga melampaui batas dan menjadi super ego.Punya tatapan mata yang kuat dan cukup menaikkan semangat. Yang tabah jika sesuatu musibah dan ujian datang.Yang kuat dan berprinsip dalam menegakkan Islam.Itulah calonnya!

13.Masa aku tingkatan 5 sewaktu selesai sesi taaruf ustaz Amir ada tegur budak2 bercouple kat sekolah menengah dulu.Bila aku tanya dia senyum dan cakap '' Dulu ustaz pun bercouple jugak. Sejak dari form4 kemudian ustaz balik dari Mesir baru kahwin. Tapi ustaz couple takdela macam budak2 sekarang. Ustaz bercouple tapi menasihati antara satu sama lain dan lebih menjurus ke arah pelajaran.Ajar agama ajar ilmu.''

Aku terdiam.

''Itu sebab ustaz tegur diaorang ni.Tapi kalau Zharif nak bercouple ustaz restu''

Lagi sekali aku terdiam.Betul ke ustaz ni?Apsal kalau aku dia restu?Mungkin dia ada reason dia sendiri. Kalau dah berkaitan dengan orang2 yang ada ilmu agama ni tak berani aku nak buat andaian ke apa, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sambil tersenyum ustaz Amir bertanya lagi:
''Dah ada calon belum?''

9 comments:

  1. ~soalan yg sama dgn ustz Amir: dah ada calon blom?

    hehe...

    ~baguslah Z berfikiran begitu...x ramai yang sedar dan tahu nilai seorang ibu dan wanita..

    ReplyDelete
  2. told u..
    bagus2 buat movie review.. i like!

    ReplyDelete
  3. cam menarik je..amek dr ellina eyh? rsenye itulah cite yg dye nk bg ija tgok tk? susahnye nak jd pompuan yg baik camtu. tp best kalau dpt jd camtu.

    dugaan je soalan2 tue..

    ReplyDelete
  4. a'ah.. betul lah tue.. datuk n ayah leyh paksa anak perempuan kahwin.. (wali mujbir)

    cite tue best... lagu tema pon best..hehe..
    kesian diorg tyme kena baling dengan batu.. ala2 rejam..

    ReplyDelete
  5. emm.
    cm best je citer tu.
    menceritakan tentang persepsi tertutup manusia2 itu mengenai Islam.
    jgn hanya igt wanita itu sebagai tukang masak, kemas rumah atau sebagainya.
    tp wanita juga mampu memimpin.
    p/s; tp sy lebih suka kalau lelaki yg di atas.
    ;))

    ReplyDelete
  6. alamak
    camana gambar cikgu ada kat entri post ni? ...hehehe
    perasan...
    comel pompuan berkalung serban tu..
    tapi
    cikgu ni berkalung mutiara....

    ReplyDelete
  7. haha ;)
    i love this entry. kiihii.
    kepada semua lelaki,
    nak isteri seperti siti khadijah
    peribadi kenalah hebat :D

    ReplyDelete
  8. soaln yg sma dgn famous..
    dh da calon blom??..huhu

    untk mnjd wanita sbaek fatimah,mahupn saidatina aisyah bkn lah sesuatu yg mudh..
    mgkn kta boleh mnjd baek..
    tp xsma dgn mrka krana mrka t'lalu mulia..
    pape pn..
    hrgailh wanita..

    ReplyDelete
  9. menarik posting kali ini..ermm...semuga z dpt calon2 yg z nk tu.hihihi..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)