Tuesday, July 14, 2009

HERO PENCEN

1. Keputusan pilihanraya Manek Urai dengan kemenangan tipis PAS majoriti 65 undi.Bererti ada 1000 undi telah berpihak kepada UMNO(sila betulkan jika silap angka tersebut.maklum dah lama x studi math).

2.Mungkin DS Najib boleh dianggap sebagai hero kepada UMNO kerana telah memperbaiki keputusan pilihanraya berbanding PRU yang lepas.Tapi saya melihat mungkin ini juga kejayaan Datuk Muhyiddin yang dilihat lebih berusaha keras dalam pilihanraya kali ini.Satu perubahan?Saya serahkan pada pembaca untuk menentukannya.

3.Bila cerita pasal hero ni teringatlah time kat sekolah menengah dulu.Sekitar tahun 2005.Lagi beberapa bulan untuk mengambil peperiksaan PMR.Pelajar-pelajar yang belajar subjek killer iaitu sejarah dikejutkan dengan berita pertukaran cikgu sejarah yang diberi 5 star sebab cara pengajaran beliau telah banyak membantu pelajar-pelajar untuk skor A.Pertukaran di saat2 genting ketika kami bakal mengambil peperiksaan PMR.

4.Secara peribadi aku tak mempunyai masalah dalam subjek Sejarah dan selalu je skor tapi bila dengar pendapat member2 lain, dari kelas-kelas lain yang sampai menangis2 dan 'mogok kelas' akhirnya aku serta beberapa member yang lain datang ke rumah cikgu dan berbincang sebelum kami mengambil keputusan untuk membuat surat rayuan dan mengumpul petisyen pelajar-pelajar tingkatan 3 seterusnya dihantar ke PPD,PJN dan Putrajaya.Satu kerja yang gila tapi demi member2 yang lain kami mengambil risiko.

5.Akhirnya tindakan kami ini diketahui kerana suratnya telah sampai ke orang atas.Maka orang2 disyaki telah dipanggil oleh pengetua termasuklah aku.Akhirnya aku seorang sahaja yang mengaku dan mempertahankan member2 konspirasi bahawa mereka tidak terlibat.Hukuman? 'Dipaksa' membuat surat permohonan maaf dan nyaris dibuang sekolah.Nasib baik tak kena buang dan pengetua pun slow-talk so kira kes 'ditutup'.Kesan? Cikgu Sejarah kami dikekalkan.

6.Masih segar dalam ingatan aku apa yang cikgu sejarah tu cakap 'Di mata manusia mungkin sudah tertutup peluang untuk saya kekal di sini tapi di mata Tuhan masih lagi terbuka peluang itu.''

7.Hero?Mungkin.Pemberontak?Mungkin juga.Saya tak fikir pun tentang diri saya tapi saya cuma fikir tentang member2 yang lain yang menganggap cikgu itu sahaja yang boleh membuatkan mereka faham tentang subjek killer itu. Dan saya bersyukur apabila kira-kira dua bulan selepas 'krisis' tersebut saya berpindah ke Johor.Tempat baru dan saya pun mendapat nafas baru.

8.'Jasa' tersebut mungkin sudah dilupakan oleh ramai orang tetapi cikgu sejarah dan orang2 yang berkonspirasi dengan saya akan tetap mengingati hal ini. Benda dah lepas lepaslah.Kira sekarang dah pencen dah.

*Apakah perkara yang sama akan berulang untuk MUET?Mungkin tidak.Tidak dengan cara yang sama.Bukan CARA yang sama.Dah pencen dah dan dah jadi orang biasa jadi malaslah nak cakap apa lagi.

3 comments:

  1. salam...

    abg mmmg contoh kwan yg baik...

    xrmai org yg sggup back up kwn bila ada prob mcm tue...

    ReplyDelete
  2. salam..
    a.z ni ada cri2 pmmpn taw..
    dmi kwn..sggp amek rsiko..
    hope..kwn2 a.z knang jsa a.z..

    ReplyDelete
  3. i've the same experience...but we failed to make the teacher stay longer.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)