Saturday, July 4, 2009

BERANI BERMIMPI


*Kredit untuk Nizam


1. Ramai orang menyatakan bahawa saya seorang yang sangat ambitious dan penuh dengan angan-angan.Wishful thinking, sudah sinonim dengan diri saya bahkan ada juga yang sinis apabila mengeluarkan kenyataan ''boleh buat ke ni?''
2. Saya membiarkan orang membuat penilaian terhadap perkara tersebut kerana saya berpegang kepada prinsip 'anda tidak akan maju jika mendengar kata orang'.Justeru saya gemar menterjemahkan idea saya kepada perbuatan/action kerana itu sahajalah cara untuk membuktikan bahawa kita bukan sekadar bermimpi, tetapi kita bermimpi dan berani untuk menjadikan ia realiti.
3.Pagi tadi saya dan Nizam pergi ke Bangsar di Kafe Chawan dan berkesempatan berjumpa dengan Datuk Mukhriz Mahathir yang juga merupakan second boss kepada Global Peace Organisation.Kami juga berkesempatan berjumpa dengan Mr.Ram dan Encik Azizul yang juga merupakan orang kuat untuk organisasi ini. Kami berbincang dan alhamdulilah kami mencapai kata sepakat untuk mengadakan majlis perasmian Global Peace Youth yang disifatkan oleh Datuk Mukhriz sebagai 'a best platform for youth.'
4.Bohong jika saya mengatakan saya tidak pernah terfikir untuk pergi sejauh ini kerana ketika idea ini datang kira-kira dua bulan lepas saya sudah membulatkan tekad untuk menjayakan projek ini.Bermula dengan langkah menubuhkan jabatan baru dalam pre-law club Kedah saya bekerjasama dengan Fyza Kamaruddin di UiTM Shah Alam dan Universiti Darul Iman yang turut berminat untuk menjayakan organisasi ini. Global Peace Youth adalah NGO yang akan menggabungkan mahasiswa2 IPTA dan IPTS untuk sama-sama bergabung dan membela keamanan serta mempertahankan keadilan kepada negara-negara yang tertindas lantaran peperangan seperti Palestin,Iraq dan Afghanistan.Lebih daripada itu, kami juga komited dalam isu2 kemanusiaan serta nuklear.
5.Langkah pertama adalah merasmikan organisasi ini dan kami akan melangkah lebih jauh dengan mewujudkan blog sendiri dan kemudiannya mengatur aktiviti2 yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi seperti Marathon For Peace, tribunal,conference, pembentangan kertas kerja dan Peace Tour yang pastinya menuntut kerjasama dan pelbagai perkara yang rumit tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan. Saya semakin optimis ia dapat dijadikan kenyataan berikutan langkah pertamanya akan menjadi kenyataan.Yang tinggal sekarang adalah masa dan tempatnya sahaja yang akan menjadi sedikit kekangan tetapi insyallah saya dan AJK GPYO akan tetap berusaha untuk menjadikannya ia kenyataan.
6.Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menjemput dan mengalu-alukan penyertaan universiti2 lain di Malaysia, baik IPTA dan IPTS untuk sama-sama menjayakan organisasi ini. Segala pandangan dan penambahbaikan akan dipertimbangkan kerana siswa dan siswi adalah 'kuasa' yang kuat malangnya seringkali kuasa ini tidak didengari atau sengaja diabaikan.Justeru ini adalah platform terbaik untuk kita 'mengejutkan' dunia dengan suara kita yang bersatupadu menolak dan mengharamkan peperangan dalam apa jua bentuk sekalipun.
7.Ia satu langkah kecil untuk langkah yang lebih besar. Tetapi saya tidak mampu menjayakannya berseorangan.Saya memerlukan sokongan dan doa anda semua. Semoga ia mendapat keredhaan Tuhan dan tetapkanlah niat kita bahawa bukanlah keuntungan dunia yang kita cari tetapi jadikanlah ia sebagai satu tanggungjawab kita untuk dunia.Sekurang-kurangnya kita punya jawapan apabila menghadap Sang Pencipta saat ditanya apakah yang telah kita lakukan untuk menyelamatkan saudara2 kita yang ditindas dan dizalimi lantaran peperangan yang meletus.
8.Berani bermimpi dan berani untuk mencapainya!

10 comments:

  1. Hani setuju ngan z..we must dare to dream..I wanna say u r not alone..Im also interested to join ur team force to make a world a better place to live especially for Muslims people..Kalau z perlukan tenaga buruh dont forget to tell me k..I'll do anything for free..cewah..

    ReplyDelete
  2. ya allah.. mudahkanlah usaha zharif, terimalah amal baiknya, berilah kejayaan yang cemerlang dalam hidupnya di dunia ini dan akhirat nanti...amin.

    keep on going..don't hesitate..

    ReplyDelete
  3. Langkah seorang akan menjadi langkah yang besar jika diusaha beramai-ramai.

    Insyallah, moga berjaya. Jangan lupa jemput yer

    ReplyDelete
  4. Fantasi sering diiring dgn mimpi..mimpi pul pasti jadi realiti.

    Langkah akan jadi lebih besar jika dilakukan beramai-ramai.
    Isyallah moga berjaya. Jangan lupa jemput yer

    ReplyDelete
  5. ya...aku sokong ko dr belakang....!!! papehal... klu memerlukan pertolongan..insyaallah aku bantu..aku doakan supaya sahabatku ini sukses dlm pe yg dilakukan..amin...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulilah.. dpt sokongan from ur friends :) I hope everything will turn out well, Insya-Allah :)

    ReplyDelete
  7. count me in too!!
    sokonganku berikan padamu.. hehe

    ReplyDelete
  8. Perkara Murni macam nie mana boleh aku tak sokong.. Support untuk berani bermimpi kearah realiti..

    Btw jgn lupa ajak aku jgk then k.

    ^__^

    ReplyDelete
  9. akum..bro...bole beri email tak so snag untuk sy contact coz sy berminat dgn program ini...dean...
    tashakuriwa@gmail.com

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)