Wednesday, April 1, 2009

PPSMI LAGI

Blog kedua aku berkenaan PPSMI-bukan untuk menceritakan lagi pengalaman aku sebagai pelajar yang undergo dasar ini tetapi lanjutan pendapat aku tentang dasar yang menjadi isu hangat di serata negara.Meskipun sudah memberi sedikit penjelasan sewaktu temuramah semalam via phone call dengan Cik Fatin dari Astro Awani tetapi masalah kesihatan sedikit menjejaskan kemampuan aku untuk berbicara lebih panjang.
Terdapat pendapat menyatakan bahawa PPSMI melanggar perlembagaan persekutuan. Benarkah?Kalau benar ia melanggar perlembagaan mana?Jawapan:perlembagaan 152. Tetapi jangan dilepas pandang penjelasan selanjutnya dalam akta itu sendiri iaitu 152(a)(1) yang menyatakan:bahawa tiada sesiapa yang harus dihalang daripada mengajar dan mempelajari bahasa lain. Dan kalaupun pihak ini tetap berpendapat ia melanggar perlembagaan persekutuan mengapa tidak failkan kes ini ke mahkamah?Bukankah mahkamah punya kuasa untuk mengawal subsidiary legislation if this legislation practice ultra vires. Kenapa sudah 6 tahun masih lagi tiada tindakan ini?Daripada berdemonstrasi di jalanan lebih baik beramai2 pergi ke mahkamah dan failkan kes ini. Lagi terhormat.
Apabila pelajar memasuki universiti barulah mereka akan tahu betapa pentingnya bahasa Inggeris itu sendiri. Apabila sejak sekolah rendah dan sekolah menengah sudah diajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris maka apabila seseorang itu mengambil kursus sains di universiti mereka tidak akan mengalami masalah dalam memahami istilah2 sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Saya akui saya mempunyai sedikit kesukaran untuk memahami sejarah di universiti kerana ia dalam bahasa Inggeris sedangkan di sekolah menengah saya belajar sejarah dalam Bahasa Melayu. Jadi tindakan kerajaan ini untuk memudahkan bakal2 saintis dan pakar sains negara kita daripada bergelut dengan masalah untuk memahami istilah dan membuat laporan eksperimen dalam bahasa Inggeris. Lagipun kita tidak mengikut contoh negara lain yang menginggeriskan semua subjek; subjek sejarah masih dalam bahasa Melayu, geografi masih Bahasa Melayu,ekonomi masih dalam Bahasa Melayu. Hanya Sains dan Matematik sahaja dalam bahasa Inggeris. Dasar ini tidak terlihat kesan baiknya dalam masa terdekat tetapi ia akan memberi kesan yang positif dalam jangkamasa panjang. Hal ini terbukti semasa zaman kegemilangan negara Jepun; negara Matahari Terbit ini tidak mencipta barang baru selain dari mi segera dan karoke box sebaliknya mereka hanya inventor kepada barang2 Amerika. Jadi bagaimana mereka boleh invent teknologi2 Amerika yang teori dan manualnya dalam bahasa Inggeris?Jawapannya: mereka belajar sains dalam bahasa Inggeris. Tetapi apabila teknologi itu direka dan diubahsuai balik ia diterjemahkan dalam bahasa nippon dan menjadi barang keluaran Jepun. Ini yang Jepun lakukan sejak tahun 1930.
Bukan niat saya nak merendahkan martabat bahasa Melayu itu sendiri tetapi bahasa Melayu itu sendiri sudah dimartabatkan dan tidak berkurang maruahnya jika sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Sesiapa yang gagal Bahasa Melayu dalam SPM tidak akan mendapat sijil tetapi yang gagal dalam Bahasa Inggeris masih berpeluang untuk dapat sijil SPM. Cadangan saya untuk memantapkan lagi Bahasa Melayu adalah dengan mewajibkan pelajar2 rendah dan menengah untuk mempelajari sastera Melayu. Pelaksanaan PPSMI pula perlu diperbaiki lagi dengan memberi motivasi dan galakan kepada para pelajar, menyediakan fasiliti yang lebih baik dan membekalkan para pelajar dengan kamus melalui skim pinjaman buku teks. Itu lebih berkesan.
Orang Melayu perlu berani meneroka dan menghadapi cabaran baru.Jika tidak sampai bila2 orang Melayu tidak mampu untuk duduk di persidangan antarabangsa dan seminar kertas kerja bersama pakar2 antarabangsa. Inilah masanya untuk berubah...

5 comments:

  1. ija rase nak komen banyak sgt tp asyik tak bole. ija ttp tak stuju dgn ppsmi.

    ReplyDelete
  2. totally agree with ppsmi.jgn terlalu sayang bahasa sampai x syg bangse.. jgn jadik jaguh kampung.

    ReplyDelete
  3. ppsmi is not a way to learn english, science and math established from Muslims scientists, so why don't just learn english through Arabic????.... so, by learning science and maths through english doesn't make any profit to students but make profit to the implementor ( that was the GOVERNMENT)..THINK AGAIN!!!!!
    ~English Lover~

    ReplyDelete
  4. correction : so why don't just learn science and math using Arabic??

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)