Friday, July 31, 2009

3R

RASUAH RANTAI REMAJA
1.Suratkhabar The Star hari ini mendedahkan bahawa kajian yang dilakukan oleh UKM menunjukkan 30.5% mahasiswa negara tidak mempunyai 'masalah' untuk memberi dan menerima rasuah jika mempunyai kuasa dan peluang.
2.Walaupun peratusan tersebut masih dianggap kecil dan tidak melebihi 50% tetapi angka 30% itu bila-bila masa sahaja boleh naik mendadak dan akhirnya mentaliti siswa negara akan merasakan bahawa rasuah bukan lagi satu jenayah.
3. Banyak masalah bila cerita pasal rasuah ini.Perkataan rasuah itu sendiri vague dan tidak jelas; apa yang dimaksudkan rasuah?Adakah rasuah ini hanya sekadar memberi dan menerima wang?Bagaimana dengan memberi hadiah dan belanja makan supaya menang dalam sesuatu perebutan jawatan?Adakah itu dianggap rasuah juga?
4.Barangkali mentaliti siswa sendiri yang telah membentuk peratusan 30% itu sendiri.Mungkin ada yang berpendapat 'apa masalah menerima rasuah sebanyak 200 ringgit?Adakah menerima 200 ringgit itu akan menjejaskan maruah bangsa?Apa kena mengena 200 ringgit dengan masa depan negara?
5. Ada dua jawapan untuk menjawab soalan 'bijak' di atas. Pertama: kalau dah 200 ringgit pun sanggup terima supaya pendirian dan prinsip diri boleh dijual beli maka diri individu itu sendiri tak ubah seperti pelacur(maaf menggunakan perkataan kasar di sini). Harga diri dan kehormatan mempunyai harga dan nilai untuk perkara yang haram dan salah. Apa bezanya seorang penerima rasuah 200 ringgit kemudian mengundi calon yang memberinya rasuah dengan seorang pelacur yang dibayar 200 ringgit kemudian memberi perkhidmatan seks kepada pelanggan yang membayarnya? Orang yang menerima rasuah ini juga sanggup menggadai negara sendiri jika disogok oleh kuasa asing untuk membuat huru-hara dan kekacauan di negara sendiri dan hal ini akan membawa kepada campurtangan kuasa asing.Hasilnya negara tergadai,bangsa menjadi hamba kepada penjajah dan agama kita dipinggirkan di negara sendiri.
6. Hujah kedua pun senang untuk digunakan: pemberi rasuah tu sebenarnya seorang yang sangat desperate dan terdesak untuk dapatkan jawatan dan sesuatu. Bila seseorang meminta-minta jawatan maka berhati-hatilah dengan manusia jenis ini; spesies macam ni akan kuat cakap daripada kerja. Minta jawatan itu ini tapi kerja tak buat dan dilepaskan kepada orang lain. Pemberi rasuah ni pun tak da masalah untuk terima rasuah. Kalaulah pemberi rasuah ni menjawat jawatan2 penting dalam pentadbiran negara agak2 apa jadi? Kalau kuasa asing kasi sekian2 duit pun sanggup untuk jual dan gadai negara sendiri. Memanglah 200 ringgit tak banyak tapi kalau dah sedap sangat terima rasuah maka ia akan menjadi tabiat dan budaya dalam masyarakat. Akhirnya negara kita akan korup teruk dan akhirnya orang2 yang tak layak memegang sesuatu jawatan itu akan memimpin kita semua.Yang pandai2 tapi tak mampu nak kasi 200 ringgit akhirnya akan menjadi rakyat biasa, kepandaiannya itu tidak dapat membantu negara. Negara akan kehilangan banyak bakat dan kemampuan dan seterusnya negara Malaysia akan tersekat pembangunan ekonominya dan menjadi mundur kembali.
7.Ini adalah satu petanda kritikal untuk generasi muda sekarang ini. Ini baru rasuah.Kalau buat kajian tentang isu2 sosial yang lain, dah berapa kali 'test' sebelum kahwin, minum arak dan lain-lain komfem boleh masuk Malaysia Book Of Records.
8.Badan-badan politik dan NGO juga kena ambil serius hal ini untuk menyelamatkan siswa daripada membudayakan amalan rasuah ni. Tapi kepada Pemuda UMNO saya rasa susah sikit kalau mereka sendiri yang nak banteras rasuah sebab ketua mereka sendiri menang sebab rasuah.Itu bukan tuduhan yang melayakkan orang memanggil saya fitnah dan boleh disaman sebab buktinya sudah ada dan jelas. Terimalah kenyataan ini kerana telinga anda semua yang memilih beliau sebagai ketua pemuda telah 'tersumbat' dan mata anda telah buta dengan wang2 yang ditaburkan. Dan kami pun siswa atau generasi muda akan memandang rendah terhadap kredibiliti kalian kerana telah memilih seorang perasuah yang telah mencemarkan imej sebuah parti yang dahulunya berjuang demi agama,bangsa dan tanah air.Tak susah untuk bayangkan perasaan dato Onn Jaafar jika dia masih hidup dan melihat situasi ini berlaku.
9. Rakan-rakan anda dan orang di sekeliling anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk menerima sampul surat anda(yang berisi wang ringgit) tetapi Yang Di Atas Sana tidak sudi memandang sampul surat anda sedikitpun.
10.Filem Anak Bapak arahan Allahyarham P.Ramlee menunjukkan watak Harun bin Mahfiz memarahi dan mengugut untuk memecat penasihatnya sebab memberi cadangan supaya mengambil duit syarikat untuk kepentingan sendiri. Itu orang dulu punya sikap.Orang sekarang macammana pula?

DUA BENDA SATU MALAM

1. Baru balik 'mesyuarat' di Syed Bistro bersama encik Azli Shukri, blogger yang sangat aku kagumi kerana kemampuan beliau untuk berhujah menggunakan fakta2 yang sangat bernas dan perbualan kami berdua dirancakkan lagi dengan kehadiran saudara Dayat, seorang lagi blogger berasal dari UiTM Melaka.

2. Tiga jam berbincang itu ini dan semestinya bila dah sama-sama blogger berjumpa komfem tak lari cerita politik.Bukan tu je aku juga dapat banyak cerita2 di sebalik tabir daripada encik Azli kerana beliau orang DBP dan banyaklah tahu sejarah majalah2 terbitan DBP ni.Macammana Mastika dulunya berkonsepkan seperti majalah reader digest kini bertukar menjadi isi kandungan perihal 'sisi gelap' bumi Malaysia.Bukan tu je perkara2 utama seperti rasuah sampailah kepada sejarah2 dulu pun dimasukkan dalam topik perbualan.

3.Tapi itu bukanlah isi kandungan utama aku postkan entri ni.Pastinya ia akan berkisar tentang organisasi yang menjadi 'brainchild' aku iaitu PGPYO. Dan mungkin ini satu berita gembira untuk semua: insyallah melalui bantuan encik Azli aku akan berusaha untuk dapatkan sponsorhip waktu majlis perasmian nanti. Kiranya masalah bajet tu insyallah tak perlu dibimbangkan.Cuma sekarang ni diperlukan kertas kerja dan surat untuk dapatkan sponsorship tu. So jika ada di antara kalian(macam tajuk lagu la plak) yang ada pengalaman dapatkan sponsorhip sangat2lah dialukan untuk memberi contoh tersebut kepada aku. Dan ini bukan paksaan ye, ini kerja sukarela dan sukahati.Sesiapa pun diberi peluang tak kira tua atau muda untuk membantu sebab terus-terang menurut aku usia bukanlah satu perkara yang penting.Yang penting adalah kemampuan untuk memberi sumbangan dan kalau bekerja dengan aku tidak ada satu cadangan yang akan ditolak gara-gara faktor usia.

4.Tapi cerita PGPYO tak habis lagi.Banyak lagi benda yang masih belum disetelkan.Keadaan semakin menekan dan waktu event pun makin dekat. Sekali lagi, multitasking diperlukan dalam hal ini dan berdoalah yek presiden korang ni sihat dan masih hidup untuk teruskan organisasi ni(mestila masih hidup kalau tak siapa yang menulis blog ni haha).

5.Itu cerita pertama.Cerita kedua adalah berkenaan projek Encik Azli sendiri untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan 1Malaysia menurut perspektif orang muda. Jadi aku dan abang Dayat akan menyumbangkan artikel untuk buku ni.Ok konsep buku ni adalah mengumpulkan idea-idea orang muda yang kemudiannya dibukukan.Dan idea tu mestila pasal 1Malaysia janganlah cerita pasal benda lain plak. Insyallah aku akan menulis artikel yang tajuknya mungkin seperti ini '1Malaysia: Kedudukan Hak Melayu' ataupun 'Status UiTM dalam konsep 1Malaysia.' Tapi rasanya aku akan menulis pasal tajuk yang pertama la kot.Komfem kena beli buku lagi untuk aku benar2 mahir dalam isu ni. Aku diberi masa sebulan untuk siapkan artikel tu dan buku ini akan dilancarkan paling lewat hujung tahun ni.

6.Jadi aku menjemput blogger2 lain terutama saudara idealogi anak bangsa untuk turut menyumbangkan artikel dalam menjayakan buku ni.Dan satu lagi: jangan fikir disebabkan usia anda terlalu muda dan ini menyebabkan anda tidak layak untuk menulis pendapat anda mengenai isu2 nasional.Buktikan orang muda mempunyai tahap intelektual yang tinggi, bukan setakat gah bercakap itu ini, menjuarai perhimpunan2 menuntut itu ini tetapi juga berjuang dalam kelas yang tersendiri, kelas intelektual.Menegur dan mengkritik dengan cara yang bijaksana.

7.Itulah dua perkara yang sangat penting aku dapat dalam pertemuan dengan Encik Azli malam ni.Satu lagi pintu peluang terbuka. Dan membuatkan aku semakin yakin dengan pegangan aku selama ini 'Orang yang tahu tapi tak buat sama seperti orang yang tak tahu'. Dan sekali lagi, walk the talk terus dijadikan prinsip dan jangan takut untuk menghadapi masalah kerana masalah itu sentiasa ada.Dan kita diberi pilihan untuk menjadikan masalah itu sebagai peluang atau alasan.Selagi amanah sebagai pemimpin PGPYO itu digalas selagi itu aku akan tetap berjuang untuk menjadikan ia satu kenyataan bukan sekadar berdiri megah meminta itu ini dan akhirnya satu benda tak jadi.

Once again pray for the strength and luck!

entri seterusnya: Budak2 sekarang pun dah rasuah.Eh betul ke?Ingatkan orang politik je berasuah...

Wednesday, July 29, 2009

PICTURES TELL EVERYTHING

Kali ni aku malas nak tulis panjang.Biarkan gambar2 di bawah ini menceritakan hari aku yang sangat sibuk.Bak kata Nadia 'u make urself like that'. Yeah i know, menyusahkan diri sendiri.Hey but that's the job of leader right?Hands on, that's my style.Ok dah cukup membebel.But special thanks to my charlie angels(fyza,nadia,faa) dan jugak kepada iz,sarah,adam dan warith.Tak lupa jugak kepada kanak2 kindergaten. They make me impatient to go back work at kindergaten during break sem holiday as well as spark up my spirit to make the event comes true =)


*Muka aku makin gelap. Aku sedang mengajar budak2 ni cara2 menjadi presiden yang baik dan berwibawa macam aku tapi kemudian aku nak ajar cara jadi ketua macam hitler atau mussolini sebab diaorang greeting aku sebagai uncle presiden. Tapi niat nak 'brainwash' tu tak jadi sebab kat belakang cikgu2 diaorang semua tengah tengok( ok nampak sangat aku menipu untuk brainwash tu sebab aku xambil berat langsung pasal hitler atau mussolini)


Tanda seorang presiden yang sangat bertanggungjawab.Penat sampai tertidur.Ye untuk pengetahuan semua kalau dah banyak sangat aku fikir memang aku tak tengok kiri kanan terus je aku tidur.Memang sedaplah korang time ni mengumpat dan menjadi mamarazzi kan...


Ketika charlie angels aku sedang seronok bershopping aku menyempatkan diri untuk berboling seketika.Hah!Sangat puas dapat improve from previous game.Juga merupakan salah satu cara untuk lepaskan tekanan. Bila baling bola boling tu ibarat membaling idea-idea aku ke arah masalah2( yang dalam realitinya adalah pin2 boling tersebut) dan bila dapat strike macam dumm!Semua masalah telah setel haha


Ha inilah calonnya!Haha takdela gurau je...Actualy she's nadia, friend of fyza. Aku sangat terkejut bila tengok dia yang lagi semangat masa nyanyi lagu heal the world tu masa practice dengan kids kindergaten tu.Err sori la yek anak2 eh silap adik2, uncle presiden tak hafal lagu tu.Baru dengar lagu tu malam sebelum nak jumpa korang(tu pasal tidur lambat).
*kredit to fyza's blog sebab upload gambar2 ni.But tomorrow(which i mean thursday) will be another great day.Because it is the final word of the actual date of event and venue.I hope this will be the real final one and if not it just stuck my step to move forward.Pray for the luck!

Tuesday, July 28, 2009

ITULAH DIA CALONNYA




1.''Bohonglah kau takde awek..''

2. Tersengih.Apehal orang tua ni. Aku meneruskan untuk tersengih sambil tangan lincah menulis rekod kedatangan sebagai tetamu di bangunan canselori UiTM Shah Alam petang tadi. Starting2 nampak aku je dah mula dah pakcik pengawal tu membuat 'provokasi' berbaur gurauan.Tapi aku tak amek kesah pun sebab dia pun ingat aku orang luar(aku datang atas nama Global Peace dan tak bawak kad matriks tadi tu yang malas nak meleret sebagai student uitm ke ape). Mungkin pakcik tu pun tersihir dengan penampilan berkot aku yang tak ubah macam dalam Quantum of Solace(ye kalau korang tengok aku berjalan tengah2 panas lepas turun dari lrt keramat komfirm korang pun akan bersetuju). Tapi yelah untunglah pakcik tu dapat tengok.Kalau kat UiTM Kedah jangan haraplah aku nak pakai baju camtu hari2.

3.Ok berbalik pada tajuk asal. Sejak kebelakangan ni tak habis2 aku kena tempias soalan2 macam tu. Apsal ek?Berdosa ke aku takde couple lagi?Bila aku cakap tak orang akan cakap aku bohong tapi bila aku cakap ya berebut2 orang nak tahu siapa dia haha( syok sendiri betul). Ditambah lagi dengan movie2 yang aku dah tengok setakat ni, semuanya pasal cinta. Adeh bilalah citer perang2 nak keluar yang baru..

4. CD yang aku pinjam dari Ina sangat tidak mengecewakan.Terbaik!Itulah yang boleh aku cakap lepas tonton filem tu. 'Perempuan berkalung sorban'.Pelikkan?Tapi itulah cerita yang pada aku sangat baik untuk melihat 'the other side of Islamic interpretation of certain people' yang menggunakan agama untuk menindas wanita dan memenuhi kepentingan sendiri.

5. Hak2 wanita dalam Islam telah ditunjukkan sebaik yang mungkin dalam filem tersebut.Bagaimana hak2 tersebut dinafikan atas nama 'laknatullah' dan derhaka kepada suami. Wanita seolah-olah dianggap cukup masuk syurga jika hanya duduk di rumah dan menjaga rumahtangga. Benar itu tidak salah tetapi jangan dilupa peranan wanita dalam sejarah Islam juga yang mana mereka ini bukan sahaja duduk di rumah tetapi berjuang menegakkan Islam dan dijanjikan syurga.Ikutilah riwayat hidup Saidatina Khadijah,Saidatina Aisyah, Fatimah Az-Zahra, Asma binti Abu Bakr dan lain-lain. Bahkan Saidatina Khadijah sendiri menjadi ikon wanita Islam yang mempunyai status sebagai businesswoman dan bagaimana statusnya itu membantu mengembangkan syiar Islam.

6.Apabila hak pendidikan wanita dinafikan dalam filem tersebut, sudah jelas dalam hadis Rasulullah yang sahih bahawa menuntut ilmu itu fardhu ain ke atas lelaki dan wanita. Lagipun kebanyakan guru2 sekarang ini, satu pekerjaan yang sangat aku kagumi dan muliakan terdiri daripada wanita.Itu segi pendidikan.Dalam perkahwinan juga sudah termaktub bahawa isteri boleh sahaja meminta fasakh jika dizalimi oleh suaminya. Agak jelek aku melihat seorang lelaki yang mempunyai pendidikan agama tetapi menzalimi isterinya sendiri dalam filem tersebut. Kononnya berkawhin dua itu mampu berlaku adil tetapi isteri pertama akhirnya dilayan sebagai hamba.

7. Dalam perkahwinan itu juga aku tak nafikan bahawa sang ayah atau datuk boleh menikahkan anak perempuannya meskipun tanpa persetujuan gadis itu sendiri(kalau salah tolong betulkan).Tetapi tujuan perkahwinan sebegitu yang ditunjukkan dalam filem tersebut adalah supaya si ayah mendapat sumbangan berterusan daripada besannya untuk memajukan pesantrennya sendiri. Jadi di sini timbul persoalan; apakah anak gadis itu bisa dipakai untuk mendapat kepentingan duniawi dan setelah menikah itu langsung tidak dipedulikan samada anak perempuannya itu telah dizalimi atau tidak?

8.Filem ini juga telah mengajar aku bahawa pendidikan sahaja tidak cukup.Belajarlah setinggi mana sekalipun tetapi jika hati itu tidak ikhlas tidak diniatkan kerana Allah maka tidaklah pendidikan itu dapat menjadikan seseorang itu baik lahir dan batin. Yang penting hati dan niat.Ya itulah yang penting.Maka luruskanlah niat dalam apa perkara sekalipun kerana Tuhan maka sifat2 baik itu akan tumbuh dengan keredhaan Tuhan.

9.Istimewanya seorang wanita itu sehingga syurga itu sendiri berada di bawah telapak kaki mereka.Tidak masuk syurga seorang anak tanpa restu seorang ibu.Betapa tingginya darjat seorang ibu dari syurga itu sendiri dan semestinya seperti yang sering aku ungkapkan ''anak yang hebat lahirnya dari seorang ibu yang hebat.'' ''For every great man there is a greatest woman behind him''. Aku menyokong perjuangan hak wanita selaras dengan Islam tetapi tidaklah terlalu radikal sehingga menjadi sekular dan melampaui batas.Apa yang telah digariskan oleh Islam maka turutilah garisan itu dan janganlah berlebih-lebihan tetapi janganlah juga terlalu berkurang. Sebab itu dalam surah al-fatihah kita akan sentiasa menyebut 'Ihdinasirotal mustaqim'. Yang ertinya tunjukkanlah kami jalan lurus. Erti yang lebih lanjut silalah semak buku Tasauf Moden karya Pak Hamka.

10.Tak silap aku perempuan berkalung sorban ni ada juga cerita lain, tapi masa perang dulu2 la ketika zaman kerajaan Rom tak silap di mana seorang wanita menutup wajahnya ketika berperang dan bertempur dengan berani untuk menyelamatkan abangnya yang ditangkap oleh musuh.

11. Apapun insyallah aku akan kupas lebih lanjut pasal filem ini dalam persuasive speech nanti.Nak tahu?Datanglah kelas Bel 332 aku nanti yek hehe.

12.So apa kena mengena dengan tajuk entri kali ini?Err bukan perempuan dalam gambar tu yang dimaksudkan sebagai calonnya.Maksud aku calon yang dicari adalah mirip seperti perwatakan watak utama dalam filem tersebut. Lembut tetapi tegas.Tegasnya pula tidak keterlaluan sehingga melampaui batas dan menjadi super ego.Punya tatapan mata yang kuat dan cukup menaikkan semangat. Yang tabah jika sesuatu musibah dan ujian datang.Yang kuat dan berprinsip dalam menegakkan Islam.Itulah calonnya!

13.Masa aku tingkatan 5 sewaktu selesai sesi taaruf ustaz Amir ada tegur budak2 bercouple kat sekolah menengah dulu.Bila aku tanya dia senyum dan cakap '' Dulu ustaz pun bercouple jugak. Sejak dari form4 kemudian ustaz balik dari Mesir baru kahwin. Tapi ustaz couple takdela macam budak2 sekarang. Ustaz bercouple tapi menasihati antara satu sama lain dan lebih menjurus ke arah pelajaran.Ajar agama ajar ilmu.''

Aku terdiam.

''Itu sebab ustaz tegur diaorang ni.Tapi kalau Zharif nak bercouple ustaz restu''

Lagi sekali aku terdiam.Betul ke ustaz ni?Apsal kalau aku dia restu?Mungkin dia ada reason dia sendiri. Kalau dah berkaitan dengan orang2 yang ada ilmu agama ni tak berani aku nak buat andaian ke apa, hanya Allah sahaja yang mengetahui. Sambil tersenyum ustaz Amir bertanya lagi:
''Dah ada calon belum?''

Monday, July 27, 2009

SPARTAN RULE


Before every Spartan's king may enter a war, he must have the consent of what we so called the board of 'senior citizen'.This senior citizen forbid King Leonidas to have a war with 1 million of Persians. But he refused to follow and just fight by himself as well as with his 300 soldiers.They may failed but their story inspired the entire Greek to fight the tyranny of Persian later. He and his army dead, but they managed to humiliate the Xerxes by defeating his immortal army and made the Persian's attack stuck.With full of frustration Xerxes execute his general and try to breach the wall of 300 Spartans.
The 300 led by Leonidas dead with glory by stand firm with their spartan rule 'No retreat no surrender'. Against all odds they managed to live and death with honor. They keep their heads held high without no shame as they proved themselve as warrior; no to retreat and no to surrender.
This what I'm feeling right now.Defied by own conventional system now it is the time to change the rule of system. Perhaps I will fail but then everyone who read this blog will know that i downturn the offer of defeat and surrender, keep moving as the fight is just begin!
Bear in mind tonight and the next days will be a long day for me,Nizam and Fyza.....We just start all the thing, screwed up right now but will clear up all the messy stuff as the sun breaks the dawn...

Friday, July 24, 2009

FROM MERBOK WITH LOVE



The depression is high. When Leonidas had been denied to enter the war he defied and went it by his way.I feel the Leonidas feeling right now. UiTM will be closed for a week.It stucks my GPYO works. The tension is heightened arouse. The burden makes me more tough and here we go: PLAN A and PLAN B. Emergency plan. But no plan to retreat.No plan to surrender. We stand and we fight till the last sweat!!

1. Ok cukup. Itu adalah situasi yang aku hadapi untuk cuti seminggu di KL ini. Terus-terang semester kali ini, semester yang betul-betul membuatkan aku menjadi manusia. Manusia bukan kelas kedua.Jauh sekali kelas ketiga tetapi kelas pertama. Kelas manusia yang tidak dimiliki oleh setiap manusia. And I have to face it all.

2.Mari aku tunaikan janji kali ini: From Merbok with love. Tajuk macam filem James Bond tapi diubah menjadi Merbok, bukan Russia. Heh. Ironi. Apa tema untuk semester kali ini?Masih tak ada jawapan. Untuk lebih faham tentang situasi sebagai pre-lawrian part3( junior2 sila ambil perhatian hehe) aku akan bahagikan kepada beberapa bahagian.

A-AKADEMIK
: Lebih baik dari semester lepas. Mungkin dah banyak masa sejak tidak lagi menjadi hicom dan waktu malam sangat diperuntukkan khas untuk studi. Puas kerana dapat jawab soalan law dengan sepenuh hati dan puas hati dengan result kuiz pertama ekonomi.Tapi masih permulaan.Akan lebih banyak lagi benda baru yang akan dipelajari dan mesti jangan tertinggal jauh supaya tak penat nak kejar balik. Jadual dah cantik dah cuma praktikalnya tu kena lebih keras dan disiplin sikit.

B- DEBAT
: Hah agak teruk sikit time AGM aritu then telah diimprove balik ketika latihan debat aritu.Itu pun hancus jugak sebab tak pasal2 dapat peranan pendebat kedua.Aku takat jadi yang pertama bolehlah sebab kerja2 membidas ni memang aku xmahir sangat nak me'laha' itu ini. Insyallah akan cuba ditingkatkan selepas naik cuti nanti.

C-TUGAS
:Lepas pencen dari hicom aku mula fokus untuk Global Peace. Sebagai founder untuk sayap baru Global Peace iaitu Global Peace Youth aku perlukan majlis perasmian dan aktiviti-aktiviti yang akan dirancang selepas perasmian tersebut.Keadaan menjadi semakin menarik apabila makin bertambah halangan untuk menjadikan ia kenyataan tapi aku cuma menganggap 'the game is just to begin'. Dan bersyukur kerana dapat sokongan dari orang2 kuat GPYO iaitu Don Nizam, Fyza and the Gang, ajk2 GPYO dan tak lupa 60 orang delegasi UiTM Kedah yang telah sanggup mengorbankan duit MARA untuk pergi ke majlis perasmian.Sorilah semua tapi aku janji kalau dapat duit lebih sponsor ke ape memang aku open table untuk korang semua.(fyza,ain,nadia korang punya kes lain cerita-carl's junior k haha)

D- KELAS
:Inilah kelas yang terbaik yang pernah aku masuk sejak dari sekolah rendah sampai masuk universiti.Sangat sempoi dan relaks. Cukup best dan barulah kali ni aku terasa sangat rapat dengan classmates semua. Mungkin sebab jumlah kami x ramai tapi itulah yang membuatkan kitaorang senang nak buat assignment dan kerja-kerja lain. Sangat best bila miss Rafidah belanja kitaorang kek time dapat gaji, macammana aku bersama Jim serta team produksi yang lain membuat birthday prank untuk Rita dan bagaimana aku terpaksa 'menurunkan' Mawi dari class rep untuk diberikan kepada Jimi.Kepada Mawi inilah kenyataan yang ikhlas keluar dari aku setelah tragedi 'penggulingan' tersebut(ayat touching): Assignment law yang baru dihantar hari khamis lalu telah menjadi ujian terbesar untuk semua class rep. Kalau tak kuat fizikal dan mental memang hancur assignment tu. Sebab tu aku rasa Jimi lebih sesuai untuk handle benda tu dan bukan tu je, assignment global pun sangat mencabar sebab kena pembahagian assignment dan apa benda alah lagi tu.So itulah sebabnya, bukannye suka2. Mungkin orang lain fikir anda(mawi) 'dipecat' sebab masalah fotostat tu tapi kalau tanya aku, jawapan aku:tak kisah pun berapa ringgit kena bayar yang penting ada.Aku melihat perkara ni dengan lebih jauh so no offence k.Still pre-lawrian dude!

E-FRIENDSHIP AND LOVE
:Aku tau korang memang tertunggu2 benda ni kan.Saje je aku letak last sekali kalau tak takdela korang nak baca blog ni hehe. Friendship macam biasa, ok dan takda konflik sangat.Semuanya berjalan seperti biasa dan aku sekarang sedang dalam proses meninggalkan masa lalu. Well I don't have any interest to fix my past. So mana yang ada dalam hidup aku sebagai friends sekarang ni moodnya baik dan sangat baik. Love?Siapakah yang telah menyebabkan zharif tak tidur malam kalau tak tengok?Haha cerita dia jadik camni: aku dah baring kat katil tapi tak boleh tidur setelah setengah jam melelapkan mata. Terus aku ambik hp dan tengok video.Ha video apa tu?Apa lagi kalau bukan WONDERGIRLS!!!hahaha. Ya merekalah itulah yang telah membuatkan aku dihipnosis. Masa start2 jatuh cinta tu 5 kali sehari tengok tapi sekarang tengok dua tiga kali pun dah ok lah. Even masa on the way ke kl pun aku layan lagu diaorang dekat tiga empat kali. Jobless punya pasal. Kalau dulu masa first sem lagu yang kerap didengar ialah I'm yours. Sem kedua takde lagu yang spesial sangat, semuanya dengar tanpa ada bias yang ketara tapi semester tiga without no doubt lagu Nobody. Aneh kan tapi itulah kenyataannya. Tak sangka Zharif yang nampak nerd(macam sesetengah orang tu cakap =p) dan serius rupanya 'cair' dengan wondergirls.Wonder why?Ask the wonder girls and wonder how me use to follow their dance steps haha.

3. Itulah secara kasarnya tentang kehidupan selama 2 bulan sebagai pre-lawrian part3. Sibuk sangat sibuk(busy like crazy u know) tapi makin banyak pengalaman yang aku timba. Pengurusan kewangan juga semakin matang dan baik.Kerusi di Shah Alam sudah dijamin dan hanya perlu untuk menamatkannya dengan cara terhormat.

*Blog seterusnya: Calon isteri sudah dijumpai.Eh?Perempuan berkalung serban?Itukah dia?

HOLIDAY-IS IT?

1.Sori tak dapat nak post blog pasal review menjadi seorang pre-lawrian part3 kerana ketika ini kepala aku tidak dapat berfikir dengan baik. Mungkin x cukup tido atau air cond di bilik ayah ni sejuk sangat sampai beku segala idea aku.Insyallah aku tetap juga post entri tu k.

2.Dalam blog ni aku xnak la melalut dan cerita panjang2.Cuma nak beritahu apa yang akan aku buat selama seminggu cuti ni.Tujuan: Nak memohon maaf jika x sempat nak jumpa membe2 yang kat KL tuh sebab terlampau busy sangat.Time yang sudah tidak busy lagi dijangka pada 31 Julai. Itu pun tinggal satu hari nak balik ke UiTM dah.Nak jumpa korang pun korang tak cuti so tak sempat nak hang out lama2.

3.Berikut adalah jadual yang telah dirancang selama seminggu ini:

24 JULAI

PAGI
Mesyuarat dengan kak aivy, event manager of GPYO di Shah Alam

PETANG
Balik ke JB sampai hari ahad

27 JULAI

-Mesyuarat dengan En.ram,En.Azizul dan Dr.Bahrin di UiTM Shah Alam

28 JULAI

-Tengok praktis untuk persembahan GPYO di tadika TTDI
-Jumpa wakil UMP

29 JULAI

-Surat jemputan dari Global Peace dijangka siap
-Tempah penginapan untuk delegasi UiTM Kedah ketika GPYO event
-Bertemu wakil UM,UIA &UKM

Kerja2 lain:
-Studi Global Issues
-Studi law of tort(test dijangka 2-3 minggu lagi)
-Tajuk untuk debate dan bahan untuk persuasive speech
-Tajuk, thesis statement untuk second legal term paper BEL 342
-Siapkan teks ucapan GPYO

4.Harap maaf jika xdapat nak update blog dengan kerap dalam masa seminggu ni tapi insyallah kerja2 untuk launching event tu dijangka setel selewat-lewatnya 30 Julai tapi aku dah target around 29 dah boleh setel dah.Kalau boleh setel dua tiga kerja dalam masa sehari kenapa tak boleh kan?So 31 tu aku dah plan untuk berehat dan mungkin baru outing dengan membe2 insyallah.Tu pun x janji kena comfirmkan balik.

5.So cuti ni memang aku nak setelkan semua benda2 yang harus disetelkan dan aku try untuk setelkan mengikut perancangan dan inilah saat yang paling aku suka; Multitasking and unpredictable situation. Can't wait for that in this week of holiday..err holiday?I guess not for mine hehe

6.Pray for my strength dan thanks for the support!

Wednesday, July 22, 2009

INTERNATIONAL DINING

1. Terkejut Aaron(budak part1) bila dia tanya aku 'Kau ada kelas ke sekarang?'.Aku mengangguk sambil tertawa.Dia hanya menggelengkan kepala, tergelak dan xpercaya budak 4flat time kelas boleh pegi sarapan.So korang2 semua kalau nak skor 4 flat ikutlah cara macam aku ni haha. (Actually arini kelas hantar assignment first term paper jek.So lepas2 hantar aku keluar balik untuk sarapan dan masuk balik untuk siapkan entri ni).

2.Dah lama tak merasa telur separuh masak.Akhirnya dapat juga aku lepaskan 'kerinduan' untuk bersarapan dengan telur separuh masak ni.Dua telur seringgit(err maksud aku telur separuh masak tu).

3. Makcik yang bertanggungjawab untuk menjaga bahagian membuat omelet dan telur separuh masak tu macam terpegun bila aku tanya ''Buk, telurnya udah siap?'' Dia hanya mengangguk dan senyum.Mungkin sekian lama bekerja kat dining tu ini kali pertama dia dengar ada budak yang fasih berbahasa indonesia hehe. Eh kalau UiTM Shah Alam ada tawarkan bahasa Indonesia sebagai bahasa ketiga akulah orang pertama akan amek dan komfem2 boleh skor subjek tu hihi.

4.Bukan tante(makcik) tu je yang aku akan guna slank indonesia tapi dengan makcik yang jual nasi ayam pun aku berlatih cakap bahasa seberang.Sampai dia pun dah kenal muka aku; muka nasi ayam haha.Hari2 makan nasi ayam je, dah sedap nak buat camna. Tapi yang aku xsangka ialah cashier tu pun cewe(bukan tante) Indonesia. Waduh manis bangat deh. Mulanya aku pikir ya dia itu umurnya muda dari gue tapi iya teman gue bilang kalau dia itu umurnya sebaya macam gue.Wah rezeki nih hehe. Dah sudah cukup2la tuh unrequited love dengan cewe Indonesia yang dulu pun xhabis lagi. Takpe doa2kanla ada siswi Indonesia kat UiTM Shah Alam nanti baru best sikit hoho.

5. Sungguh mengagumkan apabila dining kali ini berubah wajah. Kalau dulu aku just kasi 1 bintang dari 5 bintang. Tapi untuk semester ni aku berpuas hati untuk kasi 4 bintang. Mau taknya makanan dah makin banyak pilihan.Air panas pun boleh disediakan.Paling best semalam waktu hujan2 makan roti planta dengan teh tarik.Kalau malam2 pun lepak kat dining 'mamak teh tarik satu!'. Semua pekerja2 kat dining tu aku perhatikan berbilang negara dan mencapai tahap international; Indonesianya ada, Bangladeshnya ada, Kembojanya ada, Melayu pun ada. Dah macam nasi campur la pulak.

6.Bila ada pekerja asing ni tahap kerajinan diaorang ni tinggi siket. dining sentiasa bersih dan kemas. Walaupun servis agak lambat tapi rasa makanan tu sedap so servis lambat tu tak menjadi masalah. Lagipun kalau tiap2 ari aku joging(biasanya pukul 6.00 atau 6.30) time tu pekerja Indonesia dan Bangladesh yang bekerja kat tempat pembinaan still lagi bekerja dan baru nak balik. Dari tahap kesungguhan dan kerajinan memang aku salut. No doubt of that. Bukan nak cakap bangsa sendiri pemalas ke apa tapi contoh dari pekerja asing ni boleh diambil. Yela diaorang ni datang ke Malaysia bukannya untuk bersenang-lenang kena kerja nak sara hidup. kalau yang dah ada keluarga kat negara asal lagi susah. Kadang2 bila tengok pekerja Bangladesh tu termenung mula terfikir dalam otak aku ' Agaknya dia tengah fikir keadaan famili dia kot'. Tapi itulah pengorbanan. Kalau tak boleh menerima pengorbanan maka jangan harap akan menang dalam perjuangan hidup.

7. Esok akan pulang ke Kuala Lumpur.Wohoo tak sabar rasanya nak lepak dengan big boss kat kedai minum; sambil minum teh tarik tu memang perbualan kami akan berkisar tentang isu2 global atau international affair. Mind argument, i like that much. Then ari sabtu akan pulang ke Johor Bahru untuk 'refreshing' sebelum menyiapkan kerja2 lain di waktu cuti ini.

*Entri seterusnya: review dua bulan sebagai pre-lawrians part3. Apa benda yang baru dan sedang diusahakan dan bagaimana aku yang mungkin dilihat sebagai orang yang serius, tegas dan 'nerd' telah 'jatuh cinta' dengan sesuatu hingga membuatkan aku x tido malam kalau tak tengok ******.Siapakah ****** itu?Tunggu........!

Tuesday, July 21, 2009

Saat jiwanya kesunyian, Rindu pun kembali....

1. Dalam waktu hujan yang sangat sentimental ini entah mengapa tiba-tiba terasa nak mendengar lagu My Way nyanyian Frank Sinatra. Sepanjang lagu tersebut berkumandang terasa satu 'kekosongan' dalam hidup buat seketika dan mula terasa sunyi dan sepi. Duduk dalam bilik pun sorang-sorang so memang feeling habis untuk seketika waktu.

2.Terdetik di hati untuk menjengah ke blog-blog yang lain dan aku membatalkan rancangan untuk menonton La Dolce Amira saat menjengah ke blog cikgu KlCitizen.Tersentak dan tersentap untuk seketika waktu. Perasaan rindu itu kembali semula. Rindu untuk merasai semangatnya, menikmati keindahan tempat tersebut dalam mimpi.Sungguh mimpi berada di sana masih segar dalam ingatan dan tidak mungkin hilang begitu sahaja kerana dalam tabir mimpi itulah jelas tergambar ketenangan wajahnya dan kekuatan bersama saudara-saudara di sekeliling.

3. Dek perasaan rindu itu jugala mengheret aku untuk menonton semula sajak yang keluar dari bibir manis az-zahra Palestin bersama linangan air mata saat meluahkan perasaannya yang menderita meskipun masih dalam usia yang kecil. Semakin kacau fikiran saat entri ini ditulis kerana gambaran Al-Aqsa itu sedang bermain-main di fikiran ketika ini.

4. Kalau anda selami novel yang ditulis oleh penulis blog ini ada satu mesej tersirat yang disampaikan; jelas berkaitan Palestin. Bahkan kerana Palestin jugalah telah menghidupkan semangat aku ketika ini untuk bertekad menjayakan PGPYO kerana inilah peluang keemasan untuk membela perjuangan mereka.Apakah perlu ditunggu usia yang sekian sekian barulah boleh bercerita dan menyokong perjuangan Palestin? Tidak! Bahkan selama mendalami ilmu global issues dalam semester ketiga maka selama itulah semangat untuk mempertahankan mereka menjadi-jadi apatah lagi topik presentation untuk hari ini sangat dekat dengan isu Palestin; pencabulan hak asasi manusia, pelarian dan genosid.Penindasan dan ketidakadilan terhadap mereka harus diperbetulkan.

5.Apakah seseorang itu dikira bersalah hanya semata-mata kerana membunuh pencuri yang telah datang dan mencuri seluruh harta benda, membunuh keluarga dan menghalaunya dari rumah sendiri? Siapakah yang bersalaha: Jawapan mudah-Pencuri.Tetapi dunia kita hari ini melihat tuan rumah itu yang bersalah kerana membunuh pencuri tersebut.

6.Dan insyallah itulah apa yang akan aku ucapkan sewaktu perasmian PGPYO kelak dan selagi sesiapa tidak dapat menunjukkan kepadaku mengapa 'tuan rumah' itu yang bersalah maka selagi itulah aku akan terus mempersoalkan perkara ini.

7.Perasaan rindu itu pasti akan terus mengalir lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadhan. Rasa untuk berbuka bersama-sama mereka di Palestin terus menjadi rasa yang akan dipendam sehingga punya kesempatan untuk berkumpul dengan mereka satu hari nanti.

8.Tidak peduli samada bakal dicop sebagai anti-semitik, aku akan tetap dengan pendirian bahawa Palestin memerlukan keadilan dan kebenaran. Muktamad dan pasti. Dan tanpa perlu berselindung seluruh hidup dan jiwa aku telah diinfaqkan semuanya untuk perjuangan Palestin. We will stand with them in any matter in any cause without no fear and doubt.And yes, the first step that we will forward right now is the Global Peace Youth. Aims for justice,peace and freedom for Palestinian as well as to criminalise war in this world.

Viva La Palestin!

Seseorang yang berjuang membela kebebasan dan keadilan tidak mungkin gagal.Sungguhpun ia mungkin dianggap sebagai orang gagal semasa hayatnya namun sejarah akan tetap menilainya sebagai pemenang


*Entri kali ini nampak macam bersemangat sikit.Bukan apa itulah hikmah ketika bersendirian.Kekuatan akan sendirinya datang dan waktu itulah waktu yang tepat untuk masuk ke dalam pintu hikmah dan mengambil segala yang ada di dalamnya.

JOGING

1. Gara-gara menonton filem Armageddon semalam secara teknikal aku terlambat untuk ke kelas feveret aku, BEL 332. Masuk2 jek terus kena buat mock debate. Better than the previous mock masa AGM aritu. But not fully 100%.Save the rest for the best hehe.

2. Mungkin sebab aku x joging petang semalam?Eh?Logik ke?

3.Biasanya kalau lepas joging malam tu komfem aku akan tidur awal.Pukul 12.30 malam dah tidur dah.Tapi semalam nak dekat pukul 3 baru tidur. So secara tak langsung akan membuatkan aku bangun awal dan rasa segar lepas bangun pagi tuh.

4.Kat UiTM ni cuma joging jela sport yang aku join. Kalau dulu masa kat Johor selain dari joging aku join jugak bola sepak.Tapi setakat main gitu2 jela takde ambition pun nak wakil apa-apa pasukan ke ape. Last wakil pun masa form 4, itupun wakil kelas jek. Dan posisi terbaik aku ialah Pertahanan ataupun last man.Masa sekolah rendah biasanya jadi midfield kemudian aku rehat kejap masa form 1-3. Then naik form 4 baru masuk balik bola sepak kemudian masa form 5 barulah masuk marathon dan seterusnya ter addict dengan sukan berjoging.

5. Masa form5 jugak aku dapat menguasai sukan yang baru; swimming.Mula-mula serius aku xsuka berenang dan tak ada niat langsung nak berlatih benda alah ni.Tapi masa cuti penggal aku mula dihinggapi rasa bosan so aku pun joinla abang dan mak aku yang dah expert dalam swimming ni.Dekat 3 hari jugak baru dapat skill untuk berenang tu. Terima kasih kepada trainer yang jugak jurulatih renang untuk tentera laut.Floating dan lompat dari papan anjal menyusul pada hari keempat dan kelima. Paling tinggi aku pernah lompat ialah dari tingkat dua( basically ada 4 tingkat). Itupun dah tersalah teknik kalau aku buat teknik tu dari tingkat 4 komfem dah pecah dah dada. Setakat ni aku cuma boleh swimming kuak dada(froggy style) dan swimming dengan tangan diikat dari belakang. Yang freestyle xreti lagi.

6.Sukan alternatif yang tidak mengeluarkan peluh adalah boling dan memanah. Dan aku sedang pursuit untuk mendapat skil sukan yang baru iaitu bola tampar atau bola keranjang( tapi nampak gaya tinggal impian jela sebab malas nak training). So aku just nak memantapkan skil2 sukan yang ada. Tak sabar nak balik cuti ni sebab boleh berenang, boling dan memanah. Maka joging akan ditinggalkan buat seketika waktu.

7. Siapa cakap budak 'buku' tak join sukan?Korang pun kena join sukan jugak untuk kesihatan!

Monday, July 20, 2009

JALAN UNTUK DIINGATI



1. Sebuah lagi cerita telah habis ditonton.Awalnya nak tengok citer armageddon tapi ntah camne boleh terpengaruh untuk tengok filem a walk to remember.Eh Z bahaya nih jadi makin jiwang.Err bukan jiwang sebenarnya nak tahu jugak cerita yang telah membuatkan ramai member2 aku menangis(malangnya aku tak termasuk dalam senarai tersebut).

2.Bila tengok ending dia teringat kat member baik aku, satu team study aku dan classmate aku. Izzati Mahfuzah binti Azman. Rapat tapi mujur takda perasaan yang mendalam. Cuma sangat terkilan sebab sekejap je dapat kenal dengan dia. Waktu SPM sebelum ambil paper ICT, dia menghembuskan nafas terakhir kerana sakit kanser.Sampai sekarang aku masih ingat wajah beliau dan dengan peribadinya yang baik dan murah dengan senyuman akan membuatkan dia tetap dalam ingatan aku. Al-fatihah untuk allahyarhumah.

3. Sebenarnya aku tak tahu nak cakap apa pasal cerita ni(A walk to remember) tapi mungkin ia nak menunjukkan bahawa seseorang bisa saja berubah kerana cinta. Dari jahat kepada baik.Dari baik kepada yang lebih baik.

4.Malangnya aku tak boleh diubah gara-gara cinta.Pernah sekali aku hampir 'diubah' supaya meninggalkan dunia politik tetapi tak sanggup aku mengubah benda tu. Kalau ikhlas terima jela orang tu apa adanya.Aku sendiri tak letak apa-apa syarat dan tak pernah fikir pun nak mengubah itu ini.Yang mengubah adalah Tuhan.Tuhan yang menguasai hati dan fikiran manusia.Dia yang lebih layak dan tahu akan hamba-hambaNya.

5. Mungkin yang menjadi 'perencah' dalam filem ini adalah kesanggupan lelaki tersebut untuk memenuhi impian kekasihnya sebelum kekasihnya itu meninggal dunia. Err tak dapat dinafikan agak sweet di situ tapi aku xrasala apa-apa sebab time tengok pun tengok sorang2 nak feel apa haha. Tapi oklah dari 5 bintang aku kasi 4 setengah.

6.Persamaan dalam cerita ni dengan cerita PS I Love You tu watak utama mesti mati.Ternyata mati dapat memainkan emosi yang sangat berkesan kepada para penonton.Tapi depend jugak kalau cara mati macam sama jek dan jalan cerita dia pun tak kuat tak berkesan jugak. Kena kreatif sikit baru boleh touching penonton. Tapi mungkin cerita2 romantik yang ada mati tak bagi effect kat aku sebab aku takde perasaan sangat tengok cerita romantik ni.Kala cerita perang tu berkobar la jugak semangat.

7.Agak2 lepas ni apa pulak filem yang aku nak tengok?Twilight?Oh tidak cukuplah 'penyeksaan' aku menonton filem tu untuk 40 minit yang pertama.Nasib baik aku tengok vcd. Elok2 je masuk minit yang ke 40 terus aku tukar tengok filem 300 hahaha. Filem 300 nih dah dekat 10 kali aku ulang sampai sekarang tak rasa bosan.

* A Walk To remember memaparkan keazaman seorang lelaki memenuhi impian seorang wanita. So korang nak aku tunaikan impian2 korang? Ha ceh korang ingat aku ni santa claus?? impian sendiri pun tak tercapai lagi nak tolong tunaikan impian orang hahaha

cerita waktu muda akan menjadi sesuatu untuk diingati ketika waktu tua...

Sunday, July 19, 2009

PESANAN UNTUK...



Jika ditanya 'siapa yang kau nak mati dulu:kau atau pasangan kau?'

Jawapannya senang: Biarlah pasangan aku mati dulu

Kejam?

Mungkin.

Tapi rasionalnya di sini:

Sebab kalau dia mati dulu biarlah aku yang menderita sebab kehilangan dia.Jangan dia menderita sebab kehilangan aku( ayat novel). Dan aku semakin yakin dengan jawapan tersebut selepas menonton filem PS I.Love.You. Cerita tahun 2007 tapi baru semalam aku dapat tengok.Betapa ketinggalan zamannya aku. Cerita ini adalah berdasarkan novel best seller cecelia ahern dengan tajuk yang sama.

1. First sekali aku tabik spring dekat Hillary Swank yang berjaya melakonkan watak sebagai seorang janda yang kematian suami dengan baik sekali.Agak tragis jugak bila tengok dia punya watak yang x mandi,berserak rumah sampai terlupa birthday sendiri dan obses dengan suaminya yang sudah meninggal dunia.

2.Cerita ini juga memperlihatkan betapa tingginya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Masih segar di ingatan nasihat ibu kepada watak Hillary Swank tersebut 'Ibu bapa tidak mahu anaknya menempuh perkara yang sama yang telah ditempuhi mereka dahulu'. Sangat tepat. Menyebabkan aku semakin mengerti kenapa ayah tak bagi aku masuk tentera.

3. Bila sesuatu dah hilang, jauh dari pandangan mata dan tidak akan kembali buat selama-lamanya barulah kita akan hargai semua benda tentang dia. Kadang2 benda yang xpenting pun kita akan ingat dan hargai.Sebab itu tema filem ini boleh aku simpulkan sebagai 'Love is to appreciate as long as he/she with you'.

4.Dan sudah pasti filem ini juga mengajak mereka yang putus cinta, kehilangan orang yang dikasihi untuk meneruskan hidup baru dan jangan sesekali expect orang baru akan sama dengan orang yang kita sayangi dulu.

5.tapi kalau aku xdela nak cari lain.Kalau dah mati jadi single balik lah kan senang. Dan kalau ditakdirkan aku mati dulu daripada bakal isteri aku nanti, kenalah aku buat surat2 yang macam dalam filem tu. Takpun buat surat wasiat pun dah ok gak kot haha.

6.Apapun cerita PS I Love You ni antara yang terbaiklah filem romantik yang pernah aku tonton.Sebenarnya aku tak minat sangat romantik2 nih, lebih suka komedi romantik sebab xserius sangat.Tapi kalau ajak aku tengok cerita perang pukul 2-3 pagi pun aku sanggup layan. Dan the latest romantic comedy film ialah The Proposal. Nak join tengok? Belilah tiket sendiri! hoho


P/S: Kalau korang plak camne?Nak mati dulu ke atau pasangan korang mati dulu?

Saturday, July 18, 2009

KENA LABEL

Dalam keadaan yang turun naik ini lebih baik entri kali ini lebih santai dan tidak serius.Kalau serius jek tak best jugak.Nabi sendiri ada berpesan hati yang terus dibebani dengan kerja akan menjadi buta tanpa sedikit gurau senda. Jadi di sini ada 30 soalan yang perlu dijawab oleh aku untuk chill out korang semua.Diambil dari tag cikgu klcitizen dan puan zai =)

1Bekas kekasih saya:
-Bintang sinetron Bawang Merah Bawang Putih.Pastu dah xfemes dah sebab jadi penjual bakso.Sekarang ni dah jadi hantu suster ngesot.

2.Saya sedang mendengar:
-Lagu Aku skandal.

3.Mungkin saya patut:
-Balik JB.Dah lama xrasa teh tarik ibu

4.Saya suka:
-Duduk sorang2 dan mula fikir itu ini.Best woh cuba try komfem addict

5.Sahabat baik saya:
-Sedang outing sekarang.Dengan siapa yang tu kena tanya dia haha

6.Saya tak faham:
-Kenapa saya bukan perdana menteri sekarang.Diskriminasi umur =p

7.Saya kehilangan:
-Masa kerana buat soalan ni haha

8. Ramai yang kata:
-Saya kurus sebab xmakan banyak.Kalau korang kena belanja aku makan komfem menyesal sampai mati.

9.Makna nama:
-Happy go lucky.Nak tahu lebih lanjut gi beli buku 'Nama-nama bayi dalam Islam'

10.Cinta itu adalah:
-Selepas kahwin ( serius kejap)

11.Di satu tempat seseorang sedang:
-Menghadap laptop dan membaca blog ini (jawapan psiko)

12.Saya akan cuba:
-Makan ikan dan sayur dengan lebih banyak selepas ini.

13.Ayat selamanya membawa maksud:
-Macam statik jek.Tak best.Tak ade cabaran.

14.Telefon bimbit saya:
-Sudah dua tahun digunakan dan layak untuk dicampak ke laut haha

15.Bila terjaga dari tidur:
-Jam loceng sudah tidak berbunyi lagi

16. Saya paling meluat bila:
-Faktor luaran dijadikan alasan untuk batalkan sesuatu perkara dan cakap banyak tapi tak buat kerja.

17.Pesta adalah:
-Dapat makan dan minum free.

18.Haiwan yang paling comel:
-Hamster dan anak rimau

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan:
-Time kecik2 sebab orang bila tengok gambar masa kecik mesti cakap 'comelnye dia'.

20.Hari ini:
-Hari Sabtu.Hari yang paling malas untuk saya buat apa2.

21.Malam ini saya akan:
-Menonton P/S I love You dan drama 24.

22.Esok saya akan:
-Ada kelas pukul 2. Kelas Bel miss izzati(best wooh haha)

23.Saya betul-betul inginkan:
-Kenderaan untuk balik ke JB sekarang.

24.Ketika melihat wajah di cermin pagi ini:
-Muka x mandi biasalah paham2 sendiri sudah

25.Pusat beli-belah atau arked permainan:
-MPH,Popular,Kinokuniya dan Jusco

26.Makanan barat atau Jepun:
-Dining Malinja ada makanan Melayu je

27.Bilik yang terang atau gelap:
-Dah ngantok tido je

28.Makanan segera:
-Cepat siap dan cepat habis

29.Ayat terakhir yang anda anda katakan pada seseorang:
-Ingatlah nama aku selepas kematianku nanti(erk tragis la plak)

30.Siapa yang anda mahu tag:
-Korang yang sedang membaca blog ni sekarang.Ye tahu korang tengah baca dah tu jangan buat2 lupa bagi komen hohoho.

*Tak cukup?Nak lagi? Bagila tag banyak2 nanti aku buat lagi yek haha

Thursday, July 16, 2009

ON

1.First I would like to apologise from the bottom of my heart since I failed to perform well during the mock last night.It is the awful perfomance and I think it is below my par. Regardless of the time constraint, I am not fully prepared for the mock as this week is full with unexpected and expected thing. The expected is for sure the economy and law test(which is done a few hours ago) and the unexpected is regarding the launching of Perdana Global Peace Youth.

2.I would like to share my thanks to all the members of PGPYO that willing to attend the launching by using sendirian berhad money.I thought there will be half of them will not go since the travel to Shah Alam will be 100% personal, including me as well.It's fair and gratefully my allowance still enough to go for the launching.

3. Trip to Kuala Lumpur which is organised by my sucessor will be postponed to the 20 of August. It should be on 14 and the trip will attend the launching but the sports day has to be done during that date(14 and 15).

4.C0mment?Nothing.I'm just working to resize back the seat that already set up for the UiTM Kedah delegation as well as the budget for lunch during the launch day. I just hope the other universities will not have the sports day too on that day otherwise the delegation will be smaller and the budget will become more saving.Because of political ideology since the launcher will be the ex president of UMNO?I don't think so. Let's pray the cause of the postponed will be bona fide.

5.Since the trip will be postpone means that I have the chance to follow the trip a week after the launching. But I don't think it is a best idea for me to follow of. Sulk? Shame on me to be childish. It is simply because I don't want the person behind me will be the 47th during the registration this upcoming Monday as I acknowledged the available seat is for 46 persons only. I had already join the trip last sem and perhaps with this it will be the chance for a new person to have the availability seat.

6.Holiday is just around the corner.Holiday?It will not for me to rest and relax since for the whole one week of holiday i will focus on the launching event and yeah, global issues of course.The test will be right after the holiday.

*The 15 August dream is still on

Tuesday, July 14, 2009

HERO PENCEN

1. Keputusan pilihanraya Manek Urai dengan kemenangan tipis PAS majoriti 65 undi.Bererti ada 1000 undi telah berpihak kepada UMNO(sila betulkan jika silap angka tersebut.maklum dah lama x studi math).

2.Mungkin DS Najib boleh dianggap sebagai hero kepada UMNO kerana telah memperbaiki keputusan pilihanraya berbanding PRU yang lepas.Tapi saya melihat mungkin ini juga kejayaan Datuk Muhyiddin yang dilihat lebih berusaha keras dalam pilihanraya kali ini.Satu perubahan?Saya serahkan pada pembaca untuk menentukannya.

3.Bila cerita pasal hero ni teringatlah time kat sekolah menengah dulu.Sekitar tahun 2005.Lagi beberapa bulan untuk mengambil peperiksaan PMR.Pelajar-pelajar yang belajar subjek killer iaitu sejarah dikejutkan dengan berita pertukaran cikgu sejarah yang diberi 5 star sebab cara pengajaran beliau telah banyak membantu pelajar-pelajar untuk skor A.Pertukaran di saat2 genting ketika kami bakal mengambil peperiksaan PMR.

4.Secara peribadi aku tak mempunyai masalah dalam subjek Sejarah dan selalu je skor tapi bila dengar pendapat member2 lain, dari kelas-kelas lain yang sampai menangis2 dan 'mogok kelas' akhirnya aku serta beberapa member yang lain datang ke rumah cikgu dan berbincang sebelum kami mengambil keputusan untuk membuat surat rayuan dan mengumpul petisyen pelajar-pelajar tingkatan 3 seterusnya dihantar ke PPD,PJN dan Putrajaya.Satu kerja yang gila tapi demi member2 yang lain kami mengambil risiko.

5.Akhirnya tindakan kami ini diketahui kerana suratnya telah sampai ke orang atas.Maka orang2 disyaki telah dipanggil oleh pengetua termasuklah aku.Akhirnya aku seorang sahaja yang mengaku dan mempertahankan member2 konspirasi bahawa mereka tidak terlibat.Hukuman? 'Dipaksa' membuat surat permohonan maaf dan nyaris dibuang sekolah.Nasib baik tak kena buang dan pengetua pun slow-talk so kira kes 'ditutup'.Kesan? Cikgu Sejarah kami dikekalkan.

6.Masih segar dalam ingatan aku apa yang cikgu sejarah tu cakap 'Di mata manusia mungkin sudah tertutup peluang untuk saya kekal di sini tapi di mata Tuhan masih lagi terbuka peluang itu.''

7.Hero?Mungkin.Pemberontak?Mungkin juga.Saya tak fikir pun tentang diri saya tapi saya cuma fikir tentang member2 yang lain yang menganggap cikgu itu sahaja yang boleh membuatkan mereka faham tentang subjek killer itu. Dan saya bersyukur apabila kira-kira dua bulan selepas 'krisis' tersebut saya berpindah ke Johor.Tempat baru dan saya pun mendapat nafas baru.

8.'Jasa' tersebut mungkin sudah dilupakan oleh ramai orang tetapi cikgu sejarah dan orang2 yang berkonspirasi dengan saya akan tetap mengingati hal ini. Benda dah lepas lepaslah.Kira sekarang dah pencen dah.

*Apakah perkara yang sama akan berulang untuk MUET?Mungkin tidak.Tidak dengan cara yang sama.Bukan CARA yang sama.Dah pencen dah dan dah jadi orang biasa jadi malaslah nak cakap apa lagi.

TERURAI KEMATANGAN POLITIK

1. Ketika entri blog ini ditulis rasa geram masih menebal lantaran keputusan MUET yang sipi-sipi lagi untuk dapat band5.Tapi lupakan sebentar tentang perkara itu sebab benda pun dah lepas dan ada sesuatu yang mungkin dapat diubah mengenai syarat MUET ni untuk pre-lawrians part3.Apa dia itu saya tak tahu bukan sebab sifat menang sendiri dan 'sombong' itu ada cuma saya bukan hicom lagi.Jadi kita tunggu pengumuman hari rabu nanti.

2.Semalam ketika persiapan forum kami diberi peluang untuk melihat contoh forum hal ehwal perdana. Dan saya tertarik dengan sebuah hadis yang disampaikan oleh Datuk fadzillah Kamsah yang lebih kurang seperti ini ''Dosa-dosa lain diampunkan Allah kecuali dosa mengaibkan orang lain di khalayak ramai''. Jika salah harap betulkan.

3.Islam itu luas, bukan hanya hanya sekadar akidah,syariah,rukun Islam,rukun Iman dan hal-hal berkenaan tauhid sahaja.Bahkan dalam Islam itu mempunyai tasawuf ataupun pembersihan akhlak serta penerapan sifat-sifat mahmudah. Lebih dari itu Islam tidak mengadaptasi konsep matlamat menghalalkan cara baik cara itu untuk mendapat keuntungan politik,ekonomi dan sosial.

4. Apabila menyerang peribadi seseorang dengan memalukan saudara seagama demi keuntungan politik saya berpendapat ini satu petanda politik kita belum matang lagi. Mengapa perlu menyerang pihak lain dengan tuduhan-tuduhan yang keras?

5.PAS menyatakan bahawa UMNO itu sama seperti ayah pin dan ar-arqam. Saya tidak hidup ketika zaman al-arqam tetapi sempatlah tahu mengenai ajaran ayah pin ini dan kerajaan Malaysia selama kewujudan kedua-dua ajaran ini bukanlah di bawah pemerintahan PAS. Kalau mereka mengatakan UMNO itu sama seperti ayah pin apakah silibus agama yang dipelajari oleh pelajar2 sekolah yang disediakan oleh kerajaan UMNO adalah sesat?Bagaimana dengan jabatan agama dan menteri agama?Apakah mereka juga mengamalkan ajaran sesat?Bagaimana dengan ajaran Islam yang dipelajari selama ini?Solat2 yang diimamkan oleh imam yang dilantik kerajaan bagaimana pula?Sah ke tak sah?Masjid-masjid yang dibangunkan lebih 10,000 di serata negara perlu dirobohkan seperti kerajaan langit ayah pin disebabkan UMNO sesat?

6.Sebab itu saya menyatakan bahawa Islam itu luas. Tidak boleh sekadar menuduh tetapi tidak melihat implikasi dari tuduhan-tuduhan tersebut.Kena lihat dari pelbagai aspek, bukan politik sahaja. Tak perlulah nak mengaibkan orang sebaliknya jika ingin memenangi hati rakyat maka tumpukan sahaja pada kelebihan diri dan tunjukkan akhlak yang baik. Bahkan salah satu ciri dakwah Rasulullah berjaya adalah kerana akhlaknya.

7. Satu lagi kematangan politik yang saya fikir telah terurai adalah janji-janji kerajaan untuk membawa pembangunan di Manek Urai. Secara peribadi saya menyetujui cara pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz 'mengislamkan' negeri Kelantan dengan dasar islamisasi yang baik.Cara pentadbiran tapi bukan cara berpolitik tuan guru.

8.Saya fikir BN mempunyai ingatan pendek atau short memory.Masih ingatkah bagaimana mereka berjanji untuk mengambur berjuta ringgit jika mereka menang di Kelantan dalam PRU yang lalu?Tapi apa akibatnya?BN kalah bahkan lagi teruk dari tahun 2004 yang lepas. Rakyat Kelantan tidak terliur dengan pembangunan yang 'menggila' itu sebab sudah terbukti banyak janji2 tersebut hanya tinggal janji,tidak dilaksanakan.

9.Jika ini berlanjutan maka politik negara kita akan mempunyai resipi yang sama:serangan peribadi dan janji-janji pembangunan.Bila nak berubah?Saya serahkan pada ahli politik untuk memikirkannya.Mungkin bukan pada masa yang terdekat, mungkin pada masa akan datang. Siapa yang bertanggungjawab untuk masa akan datang?Sudah pasti generasi-generasi muda yang akan mengubah kematangan politik Malaysia!

Monday, July 13, 2009

KEGAGALAN TERBESAR


''Apakah orang beriman itu akan dibiarkan berkata 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji lagi?''
1. Keputusan MUET telah menghuru-harakan seluruh UiTM Kedah malam semalam dan apabila keputusan ni dah keluar tak sedap rasanya kalau tak dikongsi bersama dan berbincang dengan member-member yang lain.meskipun di blog member2 lain yang sebelum ini begitu rancak membicarakan tentang ke'nervous'san untuk menunggu keputusan tersebut, aku masih lagi cuba menghindar dari perasaan tersebut.Sampaikan dapat result pun dari hp Faliq. Okla dapatlah juga sambung ke shah alam nanti.
2. Ketika berbual-bual di bilik member tiba-tiba keputusan SPM dahulu dibuka kembali ceritanya.Bermula dari perbincangan untuk menyemak semula keputusan MUET terus terbukak cerita SPM dulu. Dan bermula dari cerita tersebut menyebabkan aku terdiam, termangu dan tidak dapat tidur lena.Kalau aku tak dapat tidur lena bererti ada sesuatu yang Tuhan nak tunjuk. Dan itulah yang terjadi pada malam semalam.
3. Seusai bermunajat aku berteleku di atas sejadah dan memori-memori ketika SPM datang menerjah ke wajahku. Barulah, setelah dua tahun aku mendapat hikmah daripada keputusan SPM yang telah aku sifatkan sebagai kegagalan terbesar dalam hidup.
4.Itulah caranya Tuhan menghukum 'kesombongan' dan 'keangkuhan' saya ketika di tingkatan 4 dan 5 dahulu; apabila dicanang2 sebagai pelajar harapan, bakal membuat sejarah baru dan sebagainya akhirnya jatuh tersungkur.Nasib baik tak patah riuk, jatuh-jatuh pun dapat top5 best student kat sekolah tapi teruk jugala tu. 'Keangkuhan' aku sebagai satu-satunya pelajar yang ambil tasawwur Islam sebelum diikuti dengan pelajar-pelajar membuatkan aku overconfident yang aku akan dapat gred 1A untuk subjek ni. Tapi keangkuhan aku itu dihukum Tuhan dengan keputusan B3.Nasib aku baik agama dapat 1A kalau B jugak tak tahu nak cakap macammane.
5. Ketika hampir 4 tahun dengan cita-cita dan azam menjadi seorang doktor, apabila buku2 perubatan telah dibeli dan cerita2 kedoktoran telah ditonton sekali lagi Allah 'menghukum' dengan cara yang begitu halus dan hikmah; aku 'dicampakkan' ke dalam dunia undang2 yang aku tidak ada pengetahuan langsung dan tidak terlintas untuk belajar dalam bidang ini. Sungguh kenyataan ini tak dapat diterima oleh hati dan perasaan dan kadang-kadang terusik jiwa apabila cikgu2 dan member2 lain terkejut apabila dapat tahu aku masuk undang-undang. 'Bukan cita2 kau dulu nak jadi doktor ke?'.
6. Tapi itulah hikmah. Kita melihat itu sebagai kegagalan tetapi Tuhan melihat itu satu peluang untuk kita memulakan hidup baru. Bila dilihat kembali ada bagusnya juga aku masuk undang2 tak payah nak under pressure gara-gara soalan matematik. Dan kegagalan aku tersebut telah membuka ruang untuk aku 'hidup' dalam dunia lain, bergelumang dengan dunia perundangan yang cuma ada hitam dan putih di samping mengasah terus dan terus kemahiran berpolitik dan berfikir. Hukuman yang diberikan Tuhan itu telah membuatkan aku untuk lebih 'diam', tidak lagi mempamerkan kesombongan mahupun keangkuhan. Menjadi lebih tawadhu, tidak membanggakan diri dengan cakap2 kosong dan tidak lagi merasakan diri ini lebih bagus daripada orang lain tetapi sedikitpun tidak membuatkan aku untuk berhenti dari bermimpi dan mencapainya. Dan semalam, ya semalam setelah dua tahun aku sesat dalam dunia undang-undang barulah aku nampak hikmah yang halus dan tersembunyi ini dan buat pertama kalinya aku 'mengakui' akan hukuman tersebut dan menerima dengan redha.
7.Ramai juga orang tak percaya bila aku cakap law bukan pilihan aku.''Tapi pointer kau ok je.Ko tipu eh?'' Sebenarnya aku tak tipu apa pun, ada satu perkara yang aku rasa mungkin boleh dikongsi bersama(kalau nak tak nak ikut pun xpe):Bakarlah 'jambatan' yang ada di belakang. Jangan sekali-kali menoleh dan berkira-kira untuk berundur jika tidak dapat meneruskan kemaraan. Biarkan kita tidak ada pilihan lagi kerana kewujudan banyaknya pilihan itu membuatkan kita berbuat dengan separuh hati, tidak bersungguh-sungguh dan sambil lewa.Apabila sudah tidak ada jalan untuk berpatah balik maka state of mind kita akan terus fokus untuk bergerak ke hadapan atau mati begitu sahaja.Seperti halnya terjadi ketika peperangan Fathul Andalusia, Tariq bin Ziyad membakar kapal2 yang membawa tentera Muslim ke Andalusia supaya tentera2 Muslim tidak lagi terfikir boleh berundur dan mereka hanya memikiran dua perkara sahaja: melawan dan menakluk Andalusia atau mati. Dan hasilnya, Andalusia pernah menjadi satu peradaban Islam terunggul dalam sejarah dunia.
8. Lihat gambar di awal entri ini. Berbengkok tetapi masih sahaja bersambung. Bukan bengkok itu menutup jalan tetapi untuk meneruskan jalan.Kegagalan itu bukan bererti menutup masa depan tetapi meneruskan masa depan.
9.Mungkin jarang korang dengar dan baca entri2 aku macam ni tetapi aku bercakap dan menulis ketika ini atas dasar 'aku juga pernah merasai kegagalan' dan mungkin ada pembaca2 blog ini dapat mengambil sedikit hikmah dan pengajaran dari cerita kegagalan aku ini. Orang pandai adalah mempelajari kesalahannya sendiri dan orang bijak adalah orang yang mempelajari kesalahan orang lain. Apabila membaca blog2 member2 yang melukiskan kekecewaan mendalam tentang keputusan MUET, terdetik di hati untuk berkongsi perkara ini. Dan kegagalan terbesar aku dua tahun yang lalu telah membawa dan membentuk Zharif yang ada ketika ini.
10.Dan berbahagialah orang2 yang diuji Tuhan kerana ujian tersebut sedang menguji samada iman anda itu betul atau palsu.Tetapkanlah pendirian dan jangan salah terhadap perkiraan dan perancangan Tuhan. Jangan terlalu gembira beroleh untung, jangan cemas beroleh rugi. Kalau ini telah dipegang ubun2 zuhud telah ada dalam tangan, pesan Sayidina Ali.Dan baginda Ar-Rasul juga meninggalkan pesanan yang sangat berguna untuk umat-Nya untuk sekarang hingga ke akhir zaman.
''Aku ini hamba Allah dan Allah tidak pernah mengecewakan daku.''

Sunday, July 12, 2009

KPI UNTUK AKU?

1. Bila orang tanya ''masuk law ni nak jadi peguam ke?'' saya akan terdiam seketika untuk mencari jawapan sebenar.Yela masuk bidang ni pun ibarat 'terjun ke dalam kolam dan terus berenang tanpa fikir ada buaya ke tidak' jadi bila keluar soalan-soalan macam tu aku jadi blank seketika.Biasanya jawapan aku akan berbunyi ''taklah, nak jadi diplomat sebenarnya.''

2.Hakikatnya aku sendiri tak mempunyai latarbelakang yang kuat tentang diplomatik.Kalau menyelesaikan masalah yang berkaitan diplomatik sewaktu sekolah dan di universiti ni adalah juga tapi perkataan diplomat tu sendiri tak pernah terlintas dalam hidup aku. Sebelum ni yang nampak cuma doktor,doktor dan doktor( tahniah untuk dua member sekelas aku yang ambil medic dan dentist di UKM dan USM.) Tapi sekarang ni dah mula sikit2 nak belajar tentang diplomat2 ni. Melalui buku la, apalagi.

3. Aku tertarik dengan artikel NST hari ini apabila isteri Datuk M Kayveas, Datin Blanche yang merupakan diplomat Malaysia ke Papuan New Guinea menceritakan tentang perasaan beliau apabila harus berpisah dengan keluarga memandangkan anak2 beliau akan menduduki peperiksaan tahun ni jadi tak dapatlah nak bawak bersama.

4.Kemudian Datin Blanche berkomentar ''Although my mother and in-laws will take care of them for the time being, he(Kayveas) must make sure that they(children) study well and score all A's. If they don't I won't forgive him. He also has a KPI to upkeep at home.''

5. Aku tergelak ketika membaca kenyataan tersebut dan kemudian terdiam seketika.Mula aku terfikir ''Agak2 bini aku nanti pun macam ni jugak kot bila aku jadi ahli politik?KPI untuk keluarga?''

6.Kalau pasal diplomat tu aku x berapa kisah sangat sebab family boleh ikut sekali.Kalau tak boleh ikut pun aku boleh balik tiap2 minggu or tiap2 bulan. Tapi kalau jadi ahli politik lagi sibuk daripada diplomat.Silap2 jumpa family pun dah tengah malam itupun semua tidur. Bila nak spend time ngan family?ngan children?Hmm mula terfikir akan hal ni.

7.Kalau sekarang ni pun dah sibuk dengan law,global,economy dan term paper apatah lagi bila masuk politik nanti kan. Kalau aku ada gf sekarang bersiap sedialah perempuan tersebut untuk mendengar lagu kekasih yang tak dianggap lima kali sehari. Itupun aku jadikan alasan untuk menjadi single sampai...err sampai bila eh? Tapi kalau dah masuk politik nanti komform dah berkahwin dan ada keluarga. So kena ada masa jugak untuk family.

8.Adakah isteri aku akan membuat KPI seperti yang Datin Blanche buat? I don't know, up to her to do so but i love too be tested by her KPI sebab bila difikirkan balik bagus juga cadangan KPI famili ni.. Sekurang-kurangnya politician ni tak perlulah nak kejar sangat KPI kerja tapi KPI dengan famili gagal.

9.Kesimpulannya, sesiapa yang berminat untuk menjadi calon isteri penulis blog ini(ada ke?) silalah rangka KPI(Key Index Perfomance) famili untuk saya hihihi.

*Duit meminang pun sedang dikumpul....

Saturday, July 11, 2009

MAKAN



1.Ketika hujan turun, aku keseorangan dalam bilik memandangkan member2 lain masih belum habis lagi Latihan Dalam Kumpulan(LDK).

2.Apalagi yang lebih merelakskan diri apabila bersendirian bersama rintik hujan yang turun, ditemani dengan lagu Jason Mraz bersama secawan teh hangat dan biskut gula. Sangat tenang.Sungguh tenang.

3.Ketika entri ini ditulis pun aku masih menikmati suasana ini dan menghargai setiap detik yang berlalu ketika ini sebaik yang mungkin.

4.Ye tau duit elaun dah masuk.Tak ada masalah lagi untuk makan sedap-sedap.Tapi duit elaun kali ni banyak benda nak kena beli memandangkan aktiviti outing ke Queensbay atau Gurney tidak akan termasuk dalam takwim semester ini.So banyaklah sikit barang baru yang aku boleh beli termausklah kot dan external hard disk.Dan sedikit masa lagi passport serta kasut dan baju joging yang baru.

5.Ramai orang sangat suspicious apabila menyentuh soal makan ni.Dan kebanyakan akan assume yang aku makan sikit berdasarkan berat badan aku yang tidak berubah dan tetap slim river. Nak kata makan sikit tak juga kalau tengok locker tu berlambak dengan makanan jek. Kalau last sem tu lain ceritala sebab sibuk sangat kadang2 lunch pun skip.tapi this sem alhamdulilah breakfast,lunch ngan dinner tu jarangla skip dan paling sikit pun makan biskut, roti atau mi sedap. Dining pun dah ada bermacam-macam menu so takdela masalah sangat.

6. Makanan bergula adalah satu kegemaran yang tak dapat dielakkan.Bukannya apa bila aku dapat gula atau benda-benda bermanis baru otak ni boleh berfungsi dengan lebih baik, lebih bertenaga dan lebih cepat berfikir dan mengingat.Dan kalau nak tengok aku makan banyak tunggulah waktu aku studi.Rabu lepas ketika dalam proses studi law inilah menu aku: nasi daging masak kicap dan dua burger ayam. Tapi badan masih maintain begini.
7.Bila nak kasi alasan aku ada cacing tak logiklah sangat.Tiap2 ari joging pakai kasut.So aku mengambil alasan yang diberikan oleh cikgu sains aku apabila aku bertanyakan masalah ni kepada dia kira-kira 4 tahun yang lepas. Cikgu Sains aku cakap metabolisma aku tinggi sangat. Metabolisma?Apa tu? Sorilah aku dah lama tinggalkan dunia sains so xboleh nak explain sangat.Cukup korang tau metabolisma aku tinggi sudeyh.

8.Dan bab makan jugak aku tak pernah nak berkira sangat.Faktor genetik barangkali. Sebab ayah selalu pesan kalau nak makan makan je jangan berkira sangat.Yela kadang-kadang aku selalu keluarkan jawapan 'makan nasi bujang je' bila dia telefon tiap-tiap malam.Nak buat camna bos dah memang bujang kenalah makan nasi bujang jugak hehe.Tak tahu nasi bujang?Silalah ke kedai makan untuk keterangan lanjut.

9.Lagi banyak studi lagi banyak makan tetapi berat badan tetap maintain.Ironi kan?Korang pulak macammane?
*tengah memikirkan menu malam ini....

Friday, July 10, 2009

SPIN-OFF 2012

1. Sehingga entri ini dipos sejumlah 80% daripada 26 ribu undi di blog Tun Dr.Mahathir tidak bersetuju dengan pemansuhan PPSMI. 84 komen yang diberikan rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan ini.

2.Datuk A.Kadir Jasin yang saya kagumi dengan keberanian beliau mempertahankan orang Melayu pula memberitahu ''buatlah dasar dan rancangan sehebat mana pun tetapi kalau ibarat bunga ia diberikan kepada kera ia tidak akan berjaya.Akhirnya anak cucu kita menjadi kera sumbang-tak laku dan diketepikan''.

3. Saya tidak akan menyediakan undian di blog saya samada PPSMI wajar dimansuhkan atau tidak sebab saya rasa cukuplah kalau di blog Tun.M sudah menyediakan undian mengenai perubahan dasar ini. Dan saya pun tidak mempunyai kemahiran berbahasa kiasan seperti Datuk Kadir mengenai perkara ini.

4. Saya tidak melihat isu ini sebagai isu bahasa.Maaf bukan sebab saya tak mencintai bahasa Melayu bahkan novel-novel yang saya baca,novel yang saya tulis, esei yang saya sertai semuanya dalam Bahasa Melayu. Sekali lagi saya tidak melihat ini sebagai isu bahasa akan tetapi perfomance atau keupayaan pelajar-pelajar dalam Sains dan Matematik dapat ditingkatkan atau tidak itu yang menjadi fokus saya.

5.Peningkatan itu tidak boleh diukur di sekolah semata tetapi juga perlu dilihat sehingga ke peringkat universiti. Kalau buat balik dalam Bahasa Melayu pun budak2 yang belajar Sains dan Matematik pun tak berminat dan malas, tidak akan mengubah apa-apa juga.

6.Kalau nak mansuhkan sekalipun saya cadangkan supaya pelajar-pelajar yang dah ambil aliran sains di tingkatan 4 dan 5 diajar subjek2 sains tersebut dalam bahasa Inggeris sebab mereka ini kebanyakannya akan mengikuti kursus-kursus kritikal di universiti yang akan diajar dalam Bahasa Inggeris.Saya yakin tak semua pelajar akan ambil aliran sains pasca PMR.

7.Tapi tak apalah kalau cadangan saya ini ditentang dan dikecam oleh para pejuang bahasa sebagai tidak mencintai bahasa bangsa sendiri. Saya tidak akan mempertahankan cadangan tersebut kerana saya berpendapat suara majoriti itu lagi penting.Kalau majoriti BN bertambah untuk pilihanraya akan datang maknanya memang majoritilah yang menyokong pemansuhan PPSMI ini. Saya tidak tinggal di Malaysia bersendirian kerana saya bersama 25 juta penduduk yang lain.Majoriti didahulukan daripada diri sendiri.

8.Dan saya berpendapat sekali lagi kemahiran komunikasi(communication skills) perlu dijadikan subjek khas untuk pelajar-pelajar sekolah untuk mereka lulus dalam SPM atau PMR sebab jika PPSMI dilihat gagal memperbaiki kemahiran ini, maka wujudkan satu subjek baru untuk pelajar menguasai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa ini.Kalau nak lihat contoh modul terbaik maka datanglah ke UiTM dan serapkan modul BEL 332 yang spesifik untuk siswa-siswi diuji dengan kemahiran komunikasi tanpa perlu menjawab kertas peperiksaan. Markah sepenuhnya bergantung kepada ujian lisan yang terdiri daripada debat,forum dan ucapan individu.

9. Ini adalah entri yang terakhir mengenai isu PPSMI yang saya sentuh sejak blog ini diwujudkan. Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara ini.Cukup dengan dua cadangan saya supaya pelajar-pelajar dapat terus menguasai bahasa Inggeris.Harap-harap dengan pemansuhan dasar ini kerajaan mendapat semula undi-undi yang hilang ketika pilihanraya umum dahulu.

Terima Kasih.

Thursday, July 9, 2009

DEAR TRACY

1. I am thanked to Tracy for leaving comments for my dream that I build up in my 2012 entry blog.

2.You keep blaming me as a racist.It is up to everyone to judge me whether i am racist or not instead I am not interested to argue whether I am racist or not. And I am not take it serious because I believed Marthin Luther King when he speak out his dream surely he was labeled as racist too but then his dream comes into reality in today's world.If I'm wrong in this thing perhaps you should proof me that Barack Obama is a white man.

3. I am more interested with your criticism on my dream. Obviously you think that Malaysia and Islamic Union via OIC cannot ruling the world one day. Perhaps you right. But it is not impossible.We had proved it a long time ago before the America became the hagemony power. Take example of Muslim civilization, no one can't deny the fact the Muslim scholars are the one who contribute most in science and math. Who is the one who wrote off the cannon of medicine? Who is the one who introduced Algebra?Who is the Ottoman Empire?Abbasiya?Khulafa Ar-Rasyidin?I am surely you know who are them and no need for me to listed all the muslim scholars who contributed in science,technology and mathematics fields. Perhaps you missed out your history lesson on civilization and Malacca Empire. These two examples are the proof that we can be the ruler of the world.The western has undergo their dark age but then how they manage to conquer the world in this modern day? We are not living in static world. The world will change.

4.Then come the issue of Jerusalem.It is not about Jesus instead I am not mentioned Jesus's name too in my dream. When you are saying no one is taking any country over, it make me believe that u are not law student who take global issue paper and oh ya you still 16 years old of secondary school student. To simplify it, Palestinian land first belong to palestinian people which then in 1948 the Jewish,after experienced a big massacre of Nazi during WWII, with the help of UN and British they sucessfully have their homeland at Palestine. But then they seized more land during 1967 and seized the Jerusalem as well.If you say that the Israel is not taking any country over(which is Palestine) then explain to me why there should be palestinian refugees and why they resist the Israel. You yourself will resist if someone want to take your home or land isn't it?The state of Israel today is illegal because they overseized Palestinian land which is contradict with the 1967 agreement of borders between Israel-Palestine. It is proved that under Muslim control the Jerusalem was in peace and harmony.No one can't deny that even the Christian scholar had to admit it during the Salahuddin Ayubi's control over Jerusalem in 1887. Hope you can find our more about the crusade war and make comparison between the manner of Crusaders and Muslims when they control Jerusalem.

5. Domination of US has encountered by a lot of problems and nowadays they are having an economic recession more suffer than the Great Depression during 1930.It is nothing impossible for them to collapse since their position as a big power is fragile now. Take example of Iraq how they arrogantly ignore the world protest because they think they are the superpower but now they have to accept the war is a mistake and they need to retreat by 2011.Soviet Union is considered as one of the superpower too during the cold war crisis but then they had been defeated by Afghanistan Mujahideen. Before United States, British is the one who can be potrayed as superpower and they control the economy as well as the maritime power.But what happen to them now?They are no longer superpower anymore and even they are defeated by Japanese during the early stage of World WarII. So is there any impossible that the America will be defeated? China will be arising as superpower as they are keep growing despite of the recession.

6.We came out with idea of having new economy block what so called EAEC a few years ago but the US strongly opposed it.Why?I hope you can make research for your own. If we have our own Islamic block in economy and other areas then think yourself, did the US can be considered as superpower?

7.The Arabs has been conquered by Rome and Persian Empire but then they(Arabs) may have their own Empire.How could this be? Do you think it can't be happen again?

8.Maybe my dream is too big for you but seems your argument just to backed up the Western ideology. If they are doing something wrong should we just silent and accept the truth? Take another example of IMF which is the one of US institution and take note on how they crush and control on the economy of the countries which borrowed the money from them during the 1997/1998 ecomony crisis.

9. I hope you can come out with more fact and better argument to backed up your opinion. After all, it just as a cheapless critics, that's all. And once again thank you for advise me to dream on since I will keep it on and work for it.If I'm not the one who will make it true then there will be another zharif will make it.Another person will make it true.

And once again, Let's the readers decide it.

SONGKOK

1. Pagi tadi isu perbincangan kami adalah seputar keputusan PPSMI semalam dan saya memohon maaf atas kesilapan memberitahu 2012 adalah tahun selepas PRU yang akan datang. Hakikatnya tahun tersebut mungkin berlangsungnya PRU.

2.Tetapi menurut saya ia tidak mengubah sebab tahun 2012 dipilih untuk dasar tersebut ditukar. Ya politik, itulah sebabnya barangkali. Saya bukannya jurusan sukan jadi saya tidak terfikir dasar PPSMI ditukar untuk diselarikan dengan tahun Sukan Olimpik yang akan dilangsungkan di London.

3. Mood perbincangan beralih pula kepada laporan akhbar hari ini apabila keluar kenyataan Ahli Parlimen Kota Alam M.Manoharan meminta supaya bukan Melayu juga perlu diberi status bumiputera.

4.Alasan yang saya fikir diberi oleh beliau dari keseluruhan cerita tersebut cuma dua: ada wakil DAP yang memakai songkok di mana beliau mendakwa songkok tidak boleh dipakai oleh bukan Melayu kerana bukan bumiputera dan konsep 1Malaysia.

5. Jika tidak silap saya Manoharan merupakan seorang peguam.Seorang peguam perlu teliti dan cermat dalam menyampaikan setiap perkataan sebab setiap perkataan adalah bermakna.

6.Hak bumiputera iaitu Artikel 153 bukan sahaja untuk Melayu tetapi untuk penduduk asli di negara ini seperti orang asli dan juga penduduk etnik Sabah dan Sarawak seperti Kadazan, Iban dan lain-lain. Kalau tidak tak berjumpalah Jimi(Melayu) dan Rita(Iban) di UiTM ni.Jadi bukan Melayu iaitu orang asli dan penduduk etnik Sabah dan Sarawak juga mendapat hak istimewa ini.

7.Kalau berdasarkan isu songkok, songkok bukanlah hak eksklusif yang termaktub dalam perlembagaan 153.Tunjukkan pada saya artikel 153 menyatakan hak istimewa Melayu termasuklah pakaian dan budaya tetapi jika jawapan saya ini tidak memuaskan hati juga, silalah baca buku 500 tahun Cabaran Bangsa Melayu tulisan Kamaruddin Said dan anda akan menemui gambar Tunku Abdul Rahman dan Tun HS Lee memakai songkok. Terlalu dangkal untuk menggunakan isu pakaian supaya bukan Melayu juga mempunyai hak istimewa. Dan tak perlulah pada saya untuk tuliskan isi kandungan artikel 153 kerana saya yakin Manoharan juga mempunyai buku Perlembagaan Persekutuan keluaran ILBS yang hanya berharga RM10.00

8. Kalau berkenaan 1Malaysia ni saya tak mahulah ulas lanjut.Biarlah yang menubuhkan idea ni memberi penjelasan yang mendalam. Tetapi saya suka para pembaca menggunakan analogi kerusi yang saya berikan dalam entri blog yang lepas.Kalau yang dah tinggi pun nak pakai kerusi untuk betulkan lampu, itu tak normal aka kurang waras.Silap-silap lampu tu pecah kena kepala si tinggi.

9.Masih ramai orang Melayu dan bumiputera yang ketinggalan di luar bandar dan hak istimewa itu bukan untuk dimanipulasikan tetapi untuk membantu golongan ini.Sehingga orang Melayu berjaya melepasi ekuiti 30% dan sehingga bumiputera luar bandar sudah berjaya lepas dari belenggu kemiskinan dan cemerlang dalam bidang pendidikan barulah saya fikir hak itu boleh dipertimbangkan untuk pemansuhan.

10.Hak bumiputera adalah sebagai 'compensation' atas dasar pecah dan perintah British yang jelas menindas orang Melayu.Masih teringat di ingatan saya kata-kata pegawai British tentang pendidikan untuk diberikan kepada orang Melayu yang berbunyi lebih kurang seperti ini ''Kita berikan pendidikan kepada orang Melayu untuk menjadikan mereka lebih baik dari ibu bapa mereka tetapi mereka(orang Melayu) mesti tetap menjadi nelayan dan petani seperti ibu bapa mereka. Jika tidak kita(British) akan mengalami penentangan seperti di India (kerana pendidikan yang luas telah diberikan kepada penduduk India)''

11.Kalau Manoharan nak juga hak bumiputera tu saya cadangkan dia pulang ke India sahajalah. Tak perlulah nak keluarkan idea ni untuk dapat publisiti ditangkap semula ke ISA.Lepas tu cakap kerajaan zalim dan diskriminasi padahal salah sendiri tak pernah pula nak mengaku.

Wednesday, July 8, 2009

2012

1. Staying at hostel is not like stay at home. When I just wake up the newspaper will be my first attention regardless of taking bath first.But when you stay at hostel it is definitely discouraged you to do so as the newspaper will be somewhere of 10 minutes far from your room. And I rather read newspaper online then to do such manner.

2. It takes me a second to stun when reading about the decision of PPSMI that will be made(had been actually) by today. But the business of life goes as well as I completely finished my study of Private Defence in Criminal Law.

3. I wonder why the number 2012 is the favorite number for govt to change the policy. I thought it will affected by next year but it will be another 3 years.Such a number.

4.I'm the one who will be viewed as strongly agree with the policy based on my previous but I just made by personal view as language is not my main interest. I'm more interested to know whether the student's perfomance is better or not since this policy is implemented. But most of us, prefer to view it as 'language crisis' and I rather to accept majority's voice than to stand with my view alone. It is okay to change back to Bahasa Malaysia since the 2012 Malaysia has already expected to recover from economic recession and able to spend more billion ringgit for changing the textbook syllabus and others stuff regarding this thing.

5.And mine too will not be affected by this changing as I already at UiTM and my cousin also will not be affected with this since he will be at age of 18 when the policy take effect.

6.But it will be something interesting to know whether the current 14 years old student will able to answer science and math in BM for their SPM in 2012.I believe for this 3 years still the teaching and learning is in English. How about the form1 student?And others form student?Sure they are the one who will affected by the policy, secondly the teachers as well as the parents.

7.I'm thinking of having a specific subject for students to consolidate their english communication since the PPSMI is not really to help their skills in communicate by using this language.

8.Once again why 2012?Then come to my mind that 2012 is a year after general election of Malaysia. Perhaps it will sound like this ''If BN keep ruling this country then the PPSMI will be abolished.So keep voting BN''. Perhaps the opposition leader can't make the same promise to change this policy since the govt already use it.

9.Politics...What you expect more?

Tuesday, July 7, 2009

APABILA SEMUANYA TERLINTAS DI FIKIRAN

KERUSI

1. Ketika pulang dari perpustakaan saya mula 'self-argument' tentang isu DEB dan liberalisasi. Tun Mahathir menurut laporan sebuah akhbar tidak berapa 'gembira' dengan langkah tersebut. Begitu juga dengan beberapa komentar yang saya terima dalam entri blog yang lepas.

2.Lalu muncullah analogi ini dalam fikiran saya:

3. Ada dua orang:satu tinggi(A) dan satu rendah(B). Ada lampu dinding yang perlu ditukar. A yang sudah memang tinggi tidak mempunyai masalah untuk menukar lampu tersebut tetapi pastinya B mempunyai kesukaran untuk menukarnya. Justeru B memerlukan kerusi untuk dia mencapai dan menukar lampu tersebut.

4.Persoalannya: Apakah 'kerusi' tersebut dikatakan mendiskrimnasi si tinggi dalam mencapai matlamat yang sama? Apakah kerusi tersebut perlu dibuang supaya si B dapat menukar lampu tersebut? Adakah penggunaan kerusi itu salah dan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada si A?

5.Gunakan kerusi tersebut untuk yang betul2 memerlukan sahajala.Kalau yang dah tinggi nak guna kerusi juga itu bermasalah namanya.Gunakan hak istimewa untuk yang benar-benar memerlukan sahaja.

6.Saya tetap yakin dengan pendirian saya bahawa diskriminasi positif masih diperlukan di negara kita akan tetapi saya tidak menolak bahawa satu hari nanti bumiputera tidak lagi memerlukan 'kerusi' tersebut kerana mereka benar-benar sudah tinggi. Bila?Saya tidak tahu. Mungkin apabila mentaliti bumiputera sudah bertukar kepada keyakinan bahawa mereka sudah boleh berdikari dan sasaran 30% dalam DEB itu sudah berjaya dicapai dan pencapaian bumiputera melebihi dari apa yang disasarkan.

7.Dan semua itu memerlukan proses dan usaha panjang yang berterusan tanpa henti.

High Chaparral

1. Masalah tanah di Pulau Pinang menjadi lebih kritikal apabila Lim Guan Eng meminta kerajaan persekutuan menyelesaikan masalah tersebut.

2.Lepas tangan?Ya mungkin. Tapi saya lebih suka jika YB Lim membaca Perlembagaan Persekutuan Artikel 74 dan rujuk lanjutan ninth schedule yang menggariskan bidang kuasa kerajaan negeri. Masalah tanah merupakan matter of states, bukannya matter of federal.Sudah jelas pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan.Jadi tak perlulah lepas tangan dan minta kerajaan persekutuan campur tangan pula.

3. Sesuatu yang lazim apabila seseorang dilanda masalah sanggup meminta tolong orang yang pernah dihina dan dikutuk sebelum ini dan.Apabila tidak ditolong maka akan dicemuh sebagai sombong dan tidak bertanggungjawab tetapi apabila masalah itu telah selesai, ucapan terima kasih pun jarang diberikan dan selalunya akan berakhir dengan kritikan dan cemuhan yang berterusan.

MANEK URAI

1. Saya kagum melihat pemimpin tertinggi UMNO-PAS bersalaman dan mengadakan sesi bergambar bersama ketika penamaan calon PRK Manek Urai. Ternyata orang Melayu masih lagi lembut hatinya dan mempunyai semangat bersatu padu dengan membuang ego dan ideologi politik untuk berjabat tangan dan beramah mesra.

2.Yang lebih menyenangkan hati apabila proses penamaan tersebut tidak diganggu dengan sebarang insiden yang kecoh dan kontroversi.Satu petanda dalam kematangan berpolitik di negara kita mungkin.

UIA

1.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Hafizzudin atau dean yang menyatakan minat beliaud an UIA untuk menyertai Global Peace Youth Organisation.

2.Satu penghormatan untuk saya sebuah universiti yang memang terkenal dengan kursus undang-undangnya yang cemerlang menyertai organisasi ini dan saya berharap fakulti undang2 UIA bersetuju dengan kerjasama ini.Bagi pihak saya tidak ada masalah untuk UIA menyertai organisasi NGO bertaraf global ini.

3.Saya sedang meneruskan usaha mencari wakil2 universiti lain di Malaysia ini untuk menyertai GPYO. Kemungkinan besar saya akan mencari wakil dari UKM atau UM untuk memantapkan lagi organisasi ini!

Monday, July 6, 2009

SNIPE ALL THE WAY

REMBAU
1. I was wonder whether this news true since I just read the newspaper with the article entitled 'not all online news true'. But I let the people to make the judgement on this news

2. Perhaps the YB Rembau has a lot of things to do since he became the UMNO Youth Chief and perhaps he is on the way to prepare strategy for next UMNO general Assembly which he might want the further position in the party. It takes a lot of time to prepare money to give to the UMNO members that will be voting in the election.


LIBERALISATION AND BUMIPUTERA

1. I seriously take note of liberalisation that implemented by our prime minister since he become our leader in this 100 days. But the liberalisation has to deal with NEP and Bumiputera's right which in certain points,heated up the pro and cons.

2. It is well known that the FIC has eliminated the 30% of bumiputera equity in order for foreign company to be listed. But the 30% equity, still, will be maintain in macro level.

3.Please give me the further information of macro level since my syllabus of economy subject is just a selected topic. The information of maintaining the 30% of Bumi equity in macro level should be broadcasted eventhough i'm just a pre-law student.

4.Then comes the merit system for National scholarship that rebranding the JPA scholarships. JPA scholarship formerly based on quota of Bumi with 60%, then reduce to 55% and now will be based on merit and qualification.Means that the ground of getting the scholarship will be same for bumi and non-bumi.

5. I hope MARA will not follow this 'liberalisation' as well.If it does, then the Malay in rural areas will suffer a lot and perhaps, the UiTM has to be opened to non-bumi.

6.It sounds racist. But yet I'm just saying the truth for bumiputera. The article 153 is still there for the Bumiputera's right. If it needs to amend then the proposal should surpass the conference of rulers first and I don't think the Sultan will agree on it as the right is one of the 'social contract' that has been agreed by all since independence Day.

7.If the liberalisation is aim for bumi to show out their pure quality,standard and strive to compete with others nation and for equality. I hope it is true but then the majority of diadvantages at rural areas is Malay. Then, give the equal chance to them too.

8.Bumiputera's right is for the disadvantages and poor Malay at rural area to compete and being equal with other races.This is what we call positive discrimination.

Sunday, July 5, 2009

POLITIK WAYANG @ WAYANG POLITIK?

1. Ketika di sekolah kita diperkenalkan dengan hiburan tradisional masyarakat Melayu dan salah satunya adalah wayang kulit yang begitu popular di negeri Pantai Timur.

2. Dan sekarang hiburan moden memperkenalkan pula Anak Wayang yang merupakan program realiti untuk mencari bakat baru dalam bidang lakonan.Satu langkah untuk memastikan industri hiburan kita tidak ketandusan pelapis-pelapis yang berbakat.

3. Bagaimana pula dengan politik wayang?Atau wayang politik?Mana satukah yang betul?

4.Saya sudah setahun tidak belajar cara-cara menggunakan tatabahasa Bahasa Melayu yang betul tetapi mujurlah di sekolah rendah dan menengah saya diajar tentang penggunaan istilah dan tatabahasa Bahasa Melayu yang betul dan menurut saya dalam isu kali ini istilah tatabahasa tidaklah penting sangat kerana mana-mana pun penggunaan istilah tersebut tetaplah sama intipatinya.

5. Saya mengalu-alukan usaha Pemuda UMNO dan PAS yang mula menampakkan petanda positif untuk kembali berdialog dan bermuzakarah. Kesediaan Ketua Pemuda PAS Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi untuk berbincang dengan Pemuda UMNO menerusi surat jemputan yang diberikan kepada Timbalan ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.

6. Cuma saya berfikir bahawa dialog atau muzakarah ini tidak akan menunjukkan tahap baru dalam politik negara kita jika ianya lebih menjurus kepada siapa yang betul dan salah.Maksud saya di sini tajuk perbincangan tersebut. Kalau kita nak bincang UMNO mendukung perjuangan Islam ke tidak, PAS tetap dengan pendirian hudud dan sebagainya ini akan membuang masa dan tidak akan mencapai titik persetujuan.

7.Justeru di sini saya mencadangkan supaya isu perbincangannya menjurus kepada isu RAKYAT.Masalah RAKYAT. Cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi RAKYAT.Bukannya hendak memeningkan rakyat dengan ideologi dan pendirian masing-masing.

8.Berbincanglah isu sosial yang melanda pemuda-pemudi kita sekarang ini, hiburan2 yang terlalu melimpah ruah, masalah penagihan dadah, seks bebas,anak luar nikah dan sebagainya.Atau mungkin tentang isu pendidikan, isu bahasa kebangsaan, pemberian biasiswa nasional yang sekarang ini berdasarkan meritokrasi, masalah pengangguran siswazah dan pelaksanaan AUKU. Apatah lagi ia melibatkan Pemuda kedua-dua parti maka lebih baiklah ia menjurus kepada permasalahan rakyat yang bergolongan muda remaja. Barulah dekat di hati.

9.Saya tidak fikir isu rasuah boleh dibawa untuk berbincang.Silap-silap terduduk bersila kalau UMNO diwakili ketua pemudanya. Menjerut leher sendiri sebab umum mengetahui kemenangan Ketua Pemuda PAS adalah bersih dan bebas dari rasuah.

10.Justeru saya berpendapat isu rakyat perlu diketengahkan demi kebaikan bersama. Barulah dapat lihat titik persefahaman dan persetujuan antara kedua-dua belah pihak dalam menangani masalah rakyat.

11. Saya tidak faham kenapa parti pembangkang yang lain perlu takut dan marah akan hal ini. Bukannya nak bincang atau tubuhkan kerajaan perpaduan pun.Lagipun bukankah PR sudah bersetuju untuk berbincang tentang isu-isu semasa dan masalah rakyat dengan kerajaan jadi tak perlulah nak melenting bila perkara ini berlaku.Macamana nak bincang isu rakyat kalau tajuk perbincangannya dah jelas dan terang bersuluh untuk menentukan parti mana yang salah dan parti mana yang betul.

12. Bincangkan masalah kami, tunjukkan perbalahan minda yang berkualiti dan temukanlah titik persetujuan demi kebaikan semua.Bukannya bermotifkan politik dan meraih undi akan tetapi rakyat itulah yang perlu didahulukan dan masalah rakyat itulah yang harus diutamakan!

13.Jika tidak itulah wayang politik negara kita yang tidak akan menunjukkan kematangan dan wayang sebegini sudah tidak mencapai kotak pejabat(box-office) lagi.

*I'm still wonder why the letter given by Ketua Pemuda PAS is to the Naib Ketua Pemuda UMNO, not the Ketua Pemuda UMNO.