Tuesday, April 14, 2009

SEBUAH KISAH KLASIK UNTUK MASA HADAPAN

Terima kasih atas beberapa pandangan yang diberikan dalam entri blog yang lepas. Di sini insya-Allah saya akan mengupas lebih lanjut tentang isu vernakular dan kebangsaan kerana daripada 3 isu yang diketengahkan dalam entri lepas, ternyata isu ini lebih mendapat perhatian berbanding ketuanan Melayu. Saya sendiri bersetuju bahawa isu ini perlu diberi penelitian lebih kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, hal ketuanan Melayu telah diterima oleh semua dan tidak perlu dijadikan isu dan topik hangat. Baik kembali ke isu utama.
Memang tidak dinafikan bahawa sekolah vernakular merupakan identiti kepada masyarakat bukan Melayu di negara ini tetapi apakah piawaian atau ciri2 khusus untuk sekolah ini?Dari pengamatan saya sekolah vernakular ini didirikan di petempatan yang majoritinya kaum Cina dan India serta terpinggir dari sekolah-sekolah yang lain. Pada saya ini satu situasi yang agak kurang sihat kerana apabila sekolah ini didirikan di kawasan yang terpisah dari sekolah lain maka pembangunannya tidak seimbang dan jika dibandingkan sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan memang semua akan bersetuju bahawa sekolah kebangsaan lebih maju.
Apakah sekolah kebangsaan khas didirikan untuk pelajar Melayu?Setahu saya tidak ada apa2 peruntukan dalam perlembagaan yang memberitahu perkara ini bahkan dalam artikel 153 cuma menetapkan hak bumiputera dari segi bantuan biasiswa,pelajaran,perniagaan dsb.Jadi salah untuk mengatakan bahawa sekolah kebangsaan didirikan untuk pelajar Melayu kerana sekolah kebangsaan bermakna 'sekolah untuk semua rakyat Malaysia'. Memang jumlah pelajar Cina dan India adalah sedikit di sekolah kebangsaan tetapi tidaklah seminoriti pelajar Melayu yang bersekolah di sekolah vernakular.
Selama dua tahun saya belajar dan bersekolah di bawah satu bumbung sekolah kebangsaan bersama pelajar Cina. Jumlah pelajar Melayu sekitar 700 orang dan pelajar Cina adalah 300 orang dan jumlah pelajar Melayu di kelas saya ketika itu hanya lebih dua tiga orang sahaja berbanding dengan pelajar Cina. Memang tidak dapat dinafikan terdapat perbezaan dari segi budaya dan sikap antara kedua-dua kaum ini tetapi biasanya yang melakukan masalah adalah pelajar2 yang kurang cemerlang dan tidak berminat dengan alam persekolahan baik Melayu ataupun Cina. Saya masih ingat lagi sewaktu di tingkatan 4 dan masa itu saya masih lagi baru di sekolah tersebut dan tiba masa untuk pemilihan ketua kelas. Ada dua calon iaitu saya dan seorang lagi pelajar Cina Chan Kok Xiang(jika saya x silap). Dan beliau dengan hormat meminta saya menjadi ketua kelas dan sedia bekerjasama dalam setiap perkara termasuklah menghias kelas dsb. Bahkan sewaktu mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur mereka(Cina) juga sama-sama menyertai lawatan tersebut. Apabila naik tingkatan 5, saya mencadangkan nama Chan Kok Xiang pula untuk menjadi ketua kelas dan semua setuju sebulat suara. Waktu itu saya sudah menjadi pengawas dan masih tidak ada masalah yang besar untuk kami bekerjasama bahkan dalam soal pelajaran pun kami masih bekerjasama; biasanya pelajar Cina sangat mahir dalam matematik tetapi apabila masuk soal sejarah atau bahasa maka mereka akan meminta pertolongan saya untuk mengajar. Ya saya masih ingat saya mengadakan 'kelas tuisyen percuma' untuk subjek sejarah kepada mereka dan mereka sangat menyenangi cara saya yang menghuraikan lebih lanjut tentang sejarah Islam dan sejarah Melayu. Maka jika ada terdapat suara2 yang mengatakan kaum bukan Melayu menghadapi masalah memahami sejarah kerana 5 dari 10 bab adalah berkenaan tamadun Islam pada saya orang Melayu juga menghadapi masalah yang sama juga. Apa rasional mempelajari tamadun Islam?Tidak dinafikan oleh siapa pun bahawa tamadun Islam telah membawa pelbagai perubahan kepada dunia dan dengan mempelajari sejarah Islam dapatlah ditonjolkan imej sebenar Islam yang jauh sekali dari imej pengganas dan ekstrem yang dilabel oleh pihak barat ketika ini.
Apa yang akan terjadi kepada sekolah vernakular?
Saya tidak mencadangkan supaya ia dihapus dan banguna sekolah vernakular dirobohkan terus. Tidak sama sekali. Cuma yang diperlukan adalah menjenamakan semula sekolah vernakular menjadi sekolah kebangsaan dan seharusnya lokasi sekolah vernakular ini tidaklah harus terpinggir dan hanya spesifik untuk sesebuah kaum sahaja. Pelajar-pelajar sekolah rendah vernakular boleh belajar di sekolah kebangsaan dan masalah pengangkutan boleh diatasi dengan menyediakan kemudahan bas atau van. Sekolah kebangsaan akan dinaik taraf supaya dapat menampung lebih ramai pelajar dan guru. Seperti yang telah saya cadangkan dalam blog lepas, pelajar2 cina atau india boleh belajar bahasa Mandarin dan Tamil dengan mengkhususkan masa untuk subjek tersebut bahkan pelajar melayu yang berminat untuk mempelajari bahasa ini juga boleh menyertai kelas tersebut. Sekolah vernakular yang telah ditinggalkan boleh dijadikan dewan pelajaran untuk kaum Cina atau India menilai dan mengawal prestasi pelajar-pelajar mereka di sekolah kebangsaan. Dewan ini terdiri daripada guru-guru dan ibu bapa pelajar mereka tetapi ini bukanlah satu lagi pemisahan untuk menubuhkan PIBG khas untuk Cina dan India. Dewan ini akan bekerjasama dengan PIBG sekolah cuma dewan ini lebih fokus kepada kebajikan dan prestasi akademik pelajar mereka sahaja.
Saya faham bahawa ini pasti sukar diterima oleh lapisan masyarakat tetapi inilah pelan jangkamasa untuk generasi akan datang. Kita tidak boleh meminggirkan pelajar2 vernakular dan mereka perlu diberi pendedahan untuk belajar dan bekerjasama dengan pelajar2 Melayu dari kecil lagi. Untuk menghilangkan prejudis terdapat pelbagai cara dan salah satunya adalah 'reshuffle group' iaitu memasukkan outer group menjadi sebahagian daripada inter group. Demi kebaikan masa panjang maka adalah wajar sistem pendidikan di negara kita dinilai semula untuk memupuk perpaduan dari sekarang. Sekolah kebangsaan tidak akan membunuh identiti pelajar Cina dan India bahkan mereka boleh mengekalkan identiti dan pelajaran bahasa di sekolah kebangsaan.
Satu untuk semua...
One Malaysia right?

5 comments:

  1. sy setuju dgn syor z tuu..

    'One Malaysia'..
    ibarat menarik benang ditepung..
    tp igt jgn sampai terlupa bahawa 'kuasa' menarik itu kekal pd 'kita'.
    Selain isu sek..byk lg isu lain yg mereka dok cuit.. ahh p je duk kat estet 1 hari mcm2 yg kita blh dgr..

    ReplyDelete
  2. salam saudara, tahniah.. kita sama-sama belajar..

    ReplyDelete
  3. tapi dgn ade sekolah vernakular, pelajar-pelajar dapat belajar bahasa cina dan india di mana sekolah kebangsaan hanya menekankan bahasa melayu dan inggeris. Kita tidak seharusnya lupa akan dua bahasa ini..

    Ada banyak kelebihan kita mempelajari bahasa-bahasa ini, dan sememangnya warga bumiputera juga bole memasuki sekolah vernakular..

    Kalau UiTM ingin dibuka hanya untuk bumiputera, tidakkah anda hairan kenapa mereka di sekolah vernakular tidak menghalang rakyat bumiputera masuk ke sekolah mereka? walaupun perpaduan negara boleh dicapai melalui sekolah vernakular, tapi itu bukan langkah pertama..

    Byk lg cara.. biasiswa dibukak bagi sama rata, SBP dan MRSM dibuka sama rata, non-bumi diberi discount utk beli rumah juga.. itu langkah-langkah yang boleh dibuat utk mencapai perpaduan negara..

    =)

    *Sorry, this is just my state of opinion..

    ReplyDelete
  4. to fyza
    I'm pleased wif ur opinion.But as I said if the new system implemented the mandarin and tamil languages still can be learn at sekolah kebangsaan.No problem at all as the syllabus will be the same and there will be mandarin class,teachers and so for the tamil too.
    Regarding UiTM, artikel 153 memang dah peruntukkan khas bahawa hak keistimewaan bumiputera melalui bantuan pelajaran dan ada agensi bumiputera yang akan membantu. Jadi UiTM adalah diwujudkan melalui agensi bumiputera iaitu MARA dan jika ia dibuka kepada bukan Melayu maka ia telah melanggar perlembagaan 153.Tetapi soal sekolah kebangsaan dan vernakular tidaklah pula dibina atas duit agensi2 bumiputera mahupun bukan bumiputera.Ia dimajukan oleh kerajaan melalui kementeria pelajaran.Kalau sekolah swasta pula lain ceritalah.Itu duit diorang sendiri.
    Hope the further explanation make u feel better.Not to convince u to accept my idea but only a precise and clear idea can be considered as critical thinking ryte?=)
    Z,kan critical thinking dah habis examnye?haish...

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)