Tuesday, April 7, 2009

ONCE UPON A TIME

Dah lama rasanya nak tulis blog ni tapi ntha kenapa sekarang baru berpeluang nak tulis. Barangkali terlalu sibuk dengan itu ini dan memberi pandangan terhadap politik negara sampai janji sendiri pun hampir terlupa. Semangat nak menulis benda ni tetiba muncul apabila one of my chinese friend mesej dan bermula dari semalam kenangan2 dahulu mula memenuhi ruang otak. Nasib baik otak aku dah kosong lantaran berakhirnya test law petang semalam(wei final exam ada lagi!) so keinginan tu aku pendam sampai ke pagi ni disebabkan internet buat hal malam semalam.
Ok apa motif blog kali ini?My past achievements. Benda ni yang korang nak tau sangat selepas cerita cinta dan miscellaneous story aku time poll dulu kan. Ermm sebenarnya aku berat hati nak cerita balik zaman2 dahulu sebab banyak benda2 yang aku kesali dan berharap tak melakukannya. Antaranya time SPM dulu. Itulah 'kegagalan' terbesar dalam hidup aku.Yang paling dikesali subjek matematik; matematik moden dan matematik tambahan. Rasa rugi lak bila time Cikgu Azila dan Cikgu Upandi ajar tu aku g maen tic-tac-toe ngan member2. Disebabkan hal itulah aku xlayak melanjutkan pelajaran dalam asasi sains dan juga bidang medikal. Padahal cita2 nak jadi doktor tu sejak aku umur 13 tahun. Tapi di sebalik kegagalan tu aku bersyukur sebab dimasukkan ke dalam dunia undang2; sesuatu yang baru dalam hidup aku meskipun rasa rindu kepada biologi dan kimia masih menebal di sudut hati. Meskipun terasa jeles ngan membe2 yang amek medic tapi bila teringatkan kata2 Sir Zulhelmey ''Dalam bidang sains perubatan adalah yang paling sukar maka bidang sains sosial undang2 adalah yang paling sukar'' naluri aku berkata 'tak ada beza pun medic ngan law. Dua2 penting dan sama2 susah'
Ok itu cerita kegagalan dahulu. Salah satu kegagalan yang pernah aku alami selain daripada kegagalan2 yang lain. Tapi cukuplah aku cerita satu sebab kegagalan yang aku cerita ini menjadi signifikan kehidupan aku sekarang, kegagalan lepas telah membuka jalan baru untuk aku and i appreciate that.So kita balik semula ke ceritera once upon a time. Cerita pasal zaman sekolah je la ek. First sekolah aku pergi is tadika kemas kat Sabah, aku lupa samada kat Sandakan atau kat Labuan. Masa tu sekolah aku sekolah papan, kalau berlari tu bergegar2 papan tu macam nak runtuh.Then pindah balik ke semenanjung atau lebih spesifikasi ke Lumut,Perak. Kat situ sambung tadika kemas then darjah 1 sampai darjah 6 kat Sekolah Kebangsaan Pangkalan TLDM 2. Masa sekolah rendah ni tahap perkembangan aku agak slow sikit tetapi bila dah naik darjah 3 tu dah mula berkembang pesat. Subjek feveret aku time sekolah rendah Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Kajian Tempatan. Kalau bahasa Inggeris tu cuma dua orang je yang akan dapat A;aku dan Naomi. Yela cikgu Bahasa Inggeris aku time tu cikgu Cina so memang strict sangat.Homework takyah cerita la kan tiap2 hari ada. Mula jadi pengawas sejak darjah 4 dan time darjah 6 aku dilantik jadi ketua pengawas. Start darjah 6 ni juga aku mula berjinak2 dengan dunia penulisan. Then result UPSR dengan mendapat tawaran ke Rancangan khas Sekolah Anderson.
Tapi bila naik tingkatan 1 aku bersekolah di SMK Pangkalan TLDM. Satu sekolah dengan abang aku. Alasan aku tolak Anderson; aku tak boleh ikut jadual belajar orang.Aku ada jadual aku sendiri. Time tu jugak aku dapat tawaran ke Maktab Tentera Darat(MTD) tapi time bincang ngan big bos, dengan relaksnye ayah aku cakap 'Tak payahlah masuk tentera.Pergi masuk bidang lain lagi ada masa depan'. Yala ayah aku masuk tentera pun masa tu sebab zaman dulu2 kan susah so masuk tentera jela yang dapat jamin masa depan. Sekurang-kurangnya my big bos meneruskan legasi arwah atuk aku yang juga seorang tentera laut. Lepas ni tak tau sape plak yang ikut tradisi keluarga belah ayah aku ni. Sepupu2 aku memang tak de nak jadi tentera, kalau aku pulak dah lama lupakan dunia military ni meskipun masih bersemangat untuk menonton filem2 perang dan membaca Art of War tulisan Tsu Tzu.Mungkin abang aku sebab lately dia memang update dengan dunia ketenteraan sampai aku wonder camna dia boleh tau suma benda tu. Ok dah balik semula ke tingkatan 1. Masa tingkatan 1 tu aku masuk ke kelas aliran agama(KAA) dan ambil subjek Bahasa Arab. Time tu aku batch ketiga dan senior2 kitorang tak ada lagi yang pernah dapat A dalam PMR subjek ni. Situasi tersebut telah mengingatkan aku sewaktu UPSR; ketua pengawas kat sekolah memang ditarget untuk mendapat 5A dan semuanya ikut trend ini kecuali tahun 2001 apabila ketua pengawas cuma dapat 4A. So tahun 2002 aku pulak jadi so misi 'menebus maruah' dimulakan dan berjaya.Jadi bila naik sekolah menengah ada misi seterusnya iaitu mendapatkan A untuk subjek Bahasa Arab. Selain bahasa Arab kelas aliran agama mempunyai satu lagi subjek khas untuk belajar tajwid2 al-quran, tilawah Quran dan hafazan.
Sejak tingkatan 1 sampai tingkatan 5 aku masuk debat bahasa Melayu dan pencapaian tertinggi adalah sewaktu tingkatan 3 apabila pasukan debat sekolah aku buat pertama kali masuk ke peringkat negeri. Biasanya aku dapat pihak kerajaan dan menjadi pencadang pertama. Tapi bidang penulisan masih tetap diteruskan cuma aku lebih tertumpu untuk menulis pendapat di ruangan surat pembaca Berita Harian. Then kira-kira 3 bulan sebelum PMR ayah berpindah ke Pusat Latihan Rekrut di Pengerang, Johor; jadi Ketua Bahagian Latihan kat sana. Dan aku pun terpaksa pindah sekali kat sana dan bayangkan bila aku masuk ke sekolah baru iaitu SMK Tanjung Datuk diorang semua dah habis belajar. Tapi aku bersyukur sebab aku terlibat sekali dengan program2 kelas tambahan kat Tanjung Datuk meskipun aku cuma calon tumpang. Dan result PMR, aku berjaya menjadi salah seorang dari 3 calon yang mendapat 9A di SMK Pangkalan TLDM; satu pencapaian terbaru dan kekal menjadi sejarah sampai sekarang sebab lepas batch kitorang tu cuma ada sorang calon je yang dapat 9A.
Naik tingkatan 4. Time ni dilema mula melanda; samada nak sambung belajar di Tanjung Datuk atau masuk ke Sekolah Agama Bandar Penawar. Aku memang nak sambung balik bahasa Arab di samping nak mempelajari subjek Syariah tapi akhirnya aku sambung belajar di Tanjung Datuk. Rasa terhutang budi kat sekolah tu membuatkan aku tekad untuk menaikkan nama sekolah ni time SPM. Tapi aku terus mendalami bidang agama dengan bimbingan Ustaz Muliade dan Ustaz Amir.Time form 4 ni tak banyak sangat pencapaian sebab time bulan madu cuma aku kena handle lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan menang liga bolasepak antara kelas tingkatan 4. Pertahanan terbaik dengan tiada bolos; goalkeeper siap boleh bertapa kat tiang gol tu hehe.
Naik tingkatan 5, bidang penulisan dihidupkan semula dengan bimbingan Cikgu Zali dan dialah yang mengesyorkan aku untuk membaca novel2 Indonesia sebab karya2 seberang lebih tinggi nilai sasteranya. Bermula di situlah buku2 seperti Laskar Pelangi,Tasauf Moden, Ayat2 Cinta,Ketika Cinta Bertasbih mula memenuhi rak buku aku. Dan hasil bimbingan dialah sekolah kami menang pertandingan menulis esei kemerdekaan 50 tahun anjuran Kementerian Penerangan Malaysia. Time tingkatan 5 jugak subjek sejarah terus menjadi feveret meskipun ramai student yang tidak meminatinya. Disebabkan hal ni jugak aku kena masuk kuiz sejarah daerah Kota Tinggi dengan persiapan dalam masa kurang seminggu. Dahlah kena lawan dengan sekolah terer2 macam Sekolah Sains Kota Tinggi, Tun Habab, Sekolah Agama Bandar Penawar. Tapi tempat pertama dapat kat sekolah aku dan bila masuk peringkat negeri aku dapat top 20 daripada keseluruhan negeri Johor. Tapi perkara yang aku rasa sangat honor is public speaking. Sebab? Aku diberitahu untuk masuk pertandingan tu kurang dari 24 jam then time pergi bertanding aku cuma dapat motivation daripada guru Bidang Bahasa je dan juga cikgu pengiring. Nasib baik aku dah ada pengalaman public speaking time Tingkatan 2 dan tajuk public speaking aku kali ini adalah tajuk yang paling senang aku nak cakap iaitu pasal peperangan. Dapat second place kalah dengan Sekolah Tun Habab.Masa tingkatan 5 juga aku menjadi pengawas; bermacam2 jawatan aku pegang disebabkan rombakan kabinet. Mula2 jadi naib bendahari then jadi Ketua Tugas2 Khas kemudian aku lupa jawatan apa plak.Time form 5 jugak aku mula masuk marathon, bukti bahawa alasan aku asma sudah tidak boleh dipakai lagi.Kalau tak itulah alasan aku setiap kali menolak menyertai acara sukan.Kemudian SPM...zaman kejatuhan dan permulaan untuk episod baru.
Pencapaian di universiti?Ni cerita once upon a time la bukan citer pasal sekarang. Masih banyak lagi benda untuk dicapai dan untuk dikesali dalam universiti ni so tak bolehla nak cerita sekarang...

1 comment:

  1. salam,

    tanye sikit bleh, ade gambar cikgu upandi tu x? dulu masa aku sekolah rendah dlm 20thn lps ade sorg cikgu yg baik ngn abg2 aku.nama cikgu tu upandi, sampai skrg xpernah jumpe dh cikgu tu. sbb nama dia rare, jadi mane la tau awk punye cikgu upandi ni org yg sama.TQ

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)