Friday, April 24, 2009

MALAYSIA DAN MEMBACA-RASIONAL IBF

Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung sejak 17 April lalu merupakan satu aktiviti tradisi di negara kita.Rasa sedih juga apabila tak dapat bersama-sama untuk memeriahkan pesta buku ni.Kali pertama pergi ketika tahun 2004 apabila berkesempatan menyertai kem penulis muda kebangsaan dan kali terakhir saya pergi bersama sepupu2 tahun lepas.
Saya tidak tahu samada kajian ini telah diperbaharui tetapi saya berpegang pada kajian yang mengatakan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua helai mukasurat setahun. Berbanding dengan negara2 maju lain ternyata kita ketinggalan jauh. Maka IBF ini dijalankan untuk meningkatkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Apakah rakyat Malaysia tidak mengamalkan budaya membaca secara meluas?Apakah istilah 'membaca' itu hanya terhad untuk membaca buku-buku sahaja?Bagaimana dengan para pelajar yang perlu membaca buku teks dan rujukan untuk peperiksaan apakah mereka dikategorikan sebagai pengamal budaya membaca?Kalau melihat suasana IBF memang tidak putus2 pengunjung yang datang tetapi berapa ramai yang membeli buku?Apakah jenis buku yang dibeli?Ada peningkatankah dari statistik tahun lepas?
Menurut saya ada beberapa perlu dikaji dan dinilai semula untuk budaya membaca:

1. Ibu bapa sendiri perlu menggalakkan anak2 untuk mendalami dunia membaca. Bukan hanya sekadar membawa mereka pergi ke IBF dan membeli buku tetapi juga mempelbagaikan jenis buku2 yang dibaca supaya anak2 mereka ini terbuka minda dan lebih berdaya kreatif. Di samping itu sediakan satu rak atau mini library untuk anak2 membaca.Adalah lebih baik untuk memperuntukkan masa bersama dengan anak2 untuk duduk membaca dengan mereka.

2. Bahan bacaan di Malaysia tidak berkembang. Maaf tetapi inilah kenyatannya.Kita terlalu menumpu kepada bahan bacaan picisan yang hanya berputar dengan isu2 negatif di kalangan masyarakat dan cerita2 tahyul yang kadang-kadang tidak masuk akal. Majalah-majalah hiburan juga terus gah di pasaran dan yang menghairkan majalah2 hiburan dari luar negara juga boleh 'termasuk' dalam pasaran negara kita.

3. Sudah tiba masanya untuk mempromosikan besar-besaran bahan bacaan ilmiah di negara kita.Syarikat2 yang menerbitkan buku2 ilmiah,novel2 yang dapat membangunkan minda dan spiritual harus mendapat insentif dari kerajaan dan dibantu dari segi promosinya.Harga juga perlu diberi potongan atau rebat untuk menarik lebih ramai masyarakat untuk membaca.

4. Saya mencadangkan supaya pelajar2 sekolah dan IPT diberi kad khas untuk membolehkan mereka mendapat potongan atau rebat jika membeli bahan-bahan berilmiah. Kad ini boleh diterima di mana-mana kedai buku yang mempunyai rangkaian yang besar dan cara ini sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi minat mereka untuk membeli dan membaca.

5. Kehadiran novel2 Islami dari Indonesia ada yang mengkritik kerna telah menutup periuk nasi penulis2 tanah air. Saya tidak berasa begitu kerana karya2 Indonesia ini mempunyai nilai2 sastera yang baik dan kita dapat mempelajari cara dan teknik yang digunakan oleh mereka. Tambahan pula novel2 mereka tidak berkisar tentang cinta tiga segi, cinta remaja dan cinta yang 'entah apa-apa' yang telah menjadi tema dominan novel Malaysia. Barangkali ini satu breakthrough untuk kita menukar tema novel-novel di negara kita.Jarang sekali novel berteras Islami,Motivasi dan perjuangan mendapat perhatian utama di negara kita.
Jadi inilah sedikit sebanyak pandangan saya yang saya fikir kita perlu pertimbangkan untuk memastikan fokus untuk membudayakan amalan membaca ini dapat disemai di kalangan masyarakat Malaysia.

3 comments:

  1. Z,
    1) Sy setuju sgt...buat rumah besar2,ruang menonton teater ,perabot mewah tp nak sediakan ruang membaca atau beli rak murah pun berkira.
    2)Bahan atau majalah lawak pun ntah apa-apa ..buatlah cerita lawak yg membina..
    3)Promosi atau karnival yg byk diadakan ialah 'ThaiFair'...hehehhe
    4) Nak masuk Perpustakaan Awam pun kena kad daftar.
    5) Novel Cinta Melayu-remaja berpelesaran,ternoda ,keluarga porak peranda,isteri teraniaya,skandal ,poligami ...isu yang sama.
    Antara sb sy tak baca satu 'majalah' tu sebab isu ini lah !!Bila masuk novel-novel Indon(Islami) ni tau pulak bab saingan...

    p/s: Sekarang orang tak baca buku tapi baca 'skrin'

    ReplyDelete
  2. Saya mula terkesan untuk membudayakan membaca apabila melihat warga barat maju dengan budaya membaca. Dengan disiplin membaca kita dapat ilmu yang lebih tinggi. tidak dinafikan peranan teknolgi audio, tetapi menonton tv lebih banyak keburukan.

    Kadang-kadang rasa malu dengan umat melayu, yuran PIBG dan buku rujukan serta latihan untuk anak tak terbeli, tetapi bulan-bulan bayar bil astro.

    Bila masuk dalam rumah, terpampang tv dan set pinggan mangkuk yang tak diguna tapi bayar bulan-bulan.
    buku kalau beli pun mastika, sebab ada cerita hantu.

    Melayu, janganlah melayu.. menyegarlah..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)