Thursday, April 9, 2009

KABINET BARU: HARAPAN RAKYAT

Insyallah petang nanti akan diumumkan kabinet baru dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Banyak cerita-cerita yang tersebar tentang kabinet baru dan dijangka ada kejutan dalam kabinet tersebut.
Walau apapun sebagai rakyat biasa merangkap mahasiswa UiTM sangat berharap supaya kabinet baru ini akan menjadi titik tolak keyakinan rakyat kepada kerajaan semula kerana kekalahan dalam dua prk adalah isyarat kepada DS Najib bahawa beliau harus berhati-hati dalam mengumumkan jemaah menteri kerana jika beliau hanya mengambil mereka berdasarkan populariti dan pernah mempunyai rekod rasuah maka keyakinan rakyat akan terus hilang dan ini akan dijadikan modal pihak pembangkang bahawa kerajaan memang benar2 menerima perasuah dalam Malaysia. Kesilapan yang telah dilakukan oleh perwakilan UMNO janganlah diulangi semula oleh DS Najib kerana ia akan menghancurkan imej kerajaan di mata rakyat.Rakyat akan bertambah benci dan hilang keyakinan kepada DS Najib dan tidak mustahil pada pilihanraya akan datang kerajaan BN tidak lagi memerintah.
Memandangkan saya seorang mahasiswa maka harapan kepada bidang pendidikan yang utamanya supaya hak istimewa pelajar Melayu dikekalkan di UiTM. Inilah satu-satunya universiti yang dapat melahirkan ramai graduan bumiputera dan sebagai lambang artikel 153 Perlembagaan Persekutuan masih wujud. Jika dibuka kepada semua kaum seperti yang dicadangkan oleh MB Selangor tahun lepas maka apa lagi yang tinggal untuk masa depan Melayu?Saya bukan bersifat perkauman tetapi apabila menyentuh isu hak tidak dapat tidak kita harus beritahu perkara yang sebenar dan saya pasti pelajar bukan Melayu faham akan perkara ini.Jika kesamarataan kaum diperjuangkan maka orang Melayu akan kembali ke hukum primitif di mana siapa kuat dia dapat dan ini akan menyebabkan kerugian besar kepada kaum Melayu. Dari segi pendidikan hak keistimewaan tiada kompromi.Selain itu isu2 penting seperti kekurangan guru di pedalaman perlu ditangani segera supaya semua pihak dapat menikmati peluang pendidikan dan isu PPSMI pada hemat saya masih perlu diteruskan dengan pembaharuan2 yang lebih efektif dan antara cadangan saya yang saya fikir perlu dilaksanakan adalah pemberian kamus percuma melalui skim pinjaman buku teks. Berkenaan isu AUKU pula saya berharap supaya ia dipinda untuk memberi lebih ruang dan peluang kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat dan pandangan tetapi tidak bererti boleh menyertai mana-mana parti politik.Mahasiswa dilarang menyertai kempen2 pilihanraya tetapi diberi peluang untuk bercakap dan memberi pandangan tentang politik kerana kebebasan bersuara adalah hak fundamental rakyat dalam perlembagaan persekutuan.
Dari segi ekonomi pula saya sangat berharap supaya pihak kerajaan lebih fokus untuk menangani kegawatan ekonomi dan memberi semula pekerjaan kepada mereka yang diberhentikan kerja sejak kegawatan melanda. Kerajaan perlu fokus untuk menangani beban utama ini dan berhenti dari melayan isu2 politik kecil yang menjadi 'distraction' kepada fokus sebenar kerajaan.Selain itu isu ISA juga perlu ditangani dengan lebih baik oleh Menteri baru kerana akta ini telah banyak memberi pandangan negatif rakyat kepada kerajaan.Pendapat saya, akta ini masih relevan tetapi bukan disalahguna untuk menangkap mereka2 yang disyaki cuba menganggu ketenteraman awam. Ya memang ada ucapan dan tulisan yang berbaur hasutan dan menyentuh sentimen2 sensitif tetapi tidak bererti mereka adalah pengganas atau subservif. Sebab ISA sepatutnya hanya menahan pengganas atau mereka2 yang menjadi subversif atau pengintip tentera asing.Jangan sampai rakyat menyamakan ISA dengan Guantanamao Bay.Jadi mereka2 yang ditahan atas sebab menulis atau bercakap dengan menyentuh isu2 sensitif tidaklah harus ditahan di bawah akta ISA sebaliknya perlu dibicarakan dengan prosedur mahkamah. Sama juga dengan kumpulan2 yang mencetuskan huru-hara contohnya kumpulan Hindraf.Pemimpin2 Hindraf hanya perlu ditahan dan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan membuat perhimpunan haram dan menganggu ketenteraman awam.Atau mungkin perlu ditubuhkan mahkamah khas untuk membicarakan tahanan ISA juga satu langkah yang berkesan supaya mereka ini diberi keadilan untuk dibicarakan di bawah undang-undang dan perlu dibebaskan secepat yang mungkin jika mempunyai habeas corpus yang kukuh.Jadi mahkamah khas ini bertujuan menentukan samada mereka yang ditahan ISA ini wajar ditahan terus atau perlu dibebaskan dan adakah yang ditahan ISA itu bertepatan dengan ciri2 sebagai seorang pengganas atau pencetus ketenteraman awam sehingga membawa kepada pertumpahan darah dan sebagainya.
Tanggungjawab kabinet baru kali ini tidak mudah dan memerlukan sokongan rakyat sepenuhnya.Jadi untuk mendapatkan sokongan rakyat maka mereka harus terlebih dahulu membuktikan kejujuran dan kesungguhan mereka untuk melakukan tindakan(bukan sekadar gagasan dan cadangan) kerana hanya dengan tindakan sahaja dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kerajaan.

1 comment:

  1. i say,
    putting every burden to anyone who is in charge isnt fair i guess,
    not just the cabinet have to changed in order to re-order the country,
    even the perception and mind set of the citizens need to be change if everyone expect a whole new improved country.

    and its sad that certain people jugde the govern based on what they hear not see.
    i believe this changes is 4 gud,
    and let the leader's actions talk for them.

    and whatever u said did impressed me.
    its those little things that count 2 gain the respect of the citizens.
    the shud pay attention to that.

    well,
    lets just wait n see how they play their role this time.
    is it the same old same?
    or massive changes.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)