Tuesday, April 28, 2009

DEMI ISLAM BERSATULAH!

1. Saya masih ingat lagi sewaktu debat perdana yang disiarkan di RTM beberapa tahun yang lalu di mana Saudara Nasharuddin Mat Isa ditanya samada PAS akan menghadiri sebarang perbincangan yang seumpama dengan program tersebut.

2. Dengan tenang beliau menjawab ''Panggil dan jemputlah kami insyallah kami datang'' sambil diiringi tepukan yang gemuruh oleh hadirin.

3. Muktamar PAS yang akan berlangsung Jun nanti akan membabitkan dua kumpulan samada parti ini akan terus dipimpin oleh kaum tua atau kaum muda yang terdiri daripada ahli2 profesional.

4. Saya sendiri sangat mengkagumi Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub kerana beliau merupakan seorang profesional dan pandangan-pandangan beliau di Parlimen sangat bernas dan membina.

5. Saya tidaklah arif dalam urusan kepimpinan PAS tetapi saya difahamkan akan berlaku pertandingan untuk jawatan presiden yang sekarang ini dipegang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Calon2 yang disebut bakal mencabar beliau ialah Tuan Guru Nik Aziz.

6. Secara peribadi saya sangat menghormati Tuan Guru Nik Aziz dan suka dengan cara kepimpinan beliau di Kelantan yang sederhana dan lebih menepati ciri2 kepimpinan khulafa Islam.

7.Saya sendiri lebih suka Tuan Guru yang memimpin PR bukannya DS Anwar Ibrahim.

8. Pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden disebabkan kesediaan Abdul Hadi dan Nasharuddin Mat Isa untuk mengadakan muzakarah atau muqabalah dengan UMNO.Kebanyakan ahli PAS tidak bersetuju dengan cadangan mereka berdua.

9. Saya sangat bersetuju dengan cadangan presiden PAS untuk bermuzakarah dengan UMNO. Apakah menjadi 'dosa' jika PAS duduk semeja dengan parti lawannya yang juga Melayu-Islam?

10. Muzakarah ini seharusnya dilihat dengan lebih mendalam. Bukannya untuk menjadi satu medan 'siapa yang lebih hebat dan betul' sebaliknya harus berintikan isu-isu semasa yang melanda umat Islam di Malaysia.

11.Isu murtad, seks bebas,dadah,sumbang mahram,kes juvana terus meningkat dari masa ke masa. Bukankah isu ini melibatkan maruah Melayu dan Islam?Apakah menjadi satu kesalahan jika kedua-dua parti ini duduk dan berbincang untuk mencari solusi dan pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah-masalah ini?

12.Adalah lebih baik jika muzakarah ini juga melibatkan mufti-mufti dan para ulama yang saya fikir turut mempunyai cadangan untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan pendekatan Islami.

13. Apakah ia menjadi satu masalah kepada UMNO untuk menerima cadangan dan solusi dari parti PAS?Bukankah sebelum ini mereka pernah bergabung dan sependapat dalam isu Palestin.Apakah mustahil untuk berbincang semula dan kali ini lebih tertumpu kepada agenda nasional?

14. Saya tidak menyalahkan Datuk Abdul Hadi kerana menarik semula cadangan ini. Pada hemat saya tekanan yang mendalam daripada pemimpin PAS yang lain membuatkan beliau membatalkan cadangan tersebut.

15. Lupakan sejenak perbezaan ideologi dan politik. Apabila menyentuh isu maruah dan imej Melayu-Islam di Malaysia maka perbezaan-perbezaan ini harus diketepikan dahulu demi kebaikan masa depan.

16. Saya berharap agar pucuk pimpinan PAS menimbangkan semula perkara ini.Begitu juga dengan UMNO yang diharap dapat membuka semula pintu untuk bermuzakarah.Janganlah ia dilihat sebagai motif politik tetapi lihatlah ia sebagai satu inisiatif untuk menyelamatkan orang Melayu di masa depan.

17. Demi Islam, maka bersatulah!

3 comments:

  1. cadangan yang sangat baik dari pemuda seperti anda..
    Ya muzakarh pas-imno perlu disertai oleh para mufti..

    ReplyDelete
  2. tolong bagi email saudar atau no phone ke penakiri@ymail.com ada benda nak tanya

    ReplyDelete
  3. pelan ini dah lama disyorkan...sejak zaman Asri Muda,Hasan Adli...

    Suka dengan hujah Husam Musa.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)