Wednesday, September 30, 2009

BILA NAK BACA YAASIN?


1.Saya tidak tahu samada gambar di atas sesuai atau tidak tetapi melihat keadaan sekarang saya tidak ada keraguan bahawa Pilihanraya Umum akan datang bukan lagi parti UMNO yang memerintah Malaysia.
2. Ketika hari ke 100 pentadbiran Datuk Seri Najib beliau berjanji untuk menghapuskan rasuah. Tetapi kenapa sekarang pada hari ini, diumumkan bahawa calon UMNO di Bagan Pinang adalah seorang yang pernah didapati bersalah atas kesalahan rasuah politik?
3. Sudah cukup MT UMNO sudah dijejaskan dengan kehadiran seorang perasuah politik yang menjadi Ketua bagi sayap kanan parti dan sekarang calon untuk pilihanraya kecil di Bagan Pinang adalah seorang yang mempunyai imej yang serupa?
4. Seluruh bahagian UMNO Negeri Sembilan memberi sokongan kepada pencalonan Tan Sri Isa Samad. Saya sendiri menganggap mungkin UMNO sudah tidak mempunyai ahli yang lebih layak dan bersih untuk dicalonkan. Tidak dinafikan sokongan akar umbi itu penting tetapi sokongan rakyat itu adalah lebih penting dan pilihanraya kali ini telah membuktikan sekali lagi bahawa UMNO merestui ahlinya yang terlibat dalam rasuah politik untuk mewakili dan membela nasib rakyat.
5.UMNO lebih rela untuk menang dalam pertempuran kecil daripada melihat skop yang lebih besar iaitu pilihanraya umum akan datang.Kita harus meyakini akan wujudnya satu perkataan yang dipanggil 'social stigma' atau 'social repurcussion' di mana persepsi sosial akan menimpa kepada mana-mana pesalah dan ia sangat sukar untuk diubah. Ternyata orang UMNO yang saya jumpa ketika dahulu yang menganggap saya tidak layak untuk bercakap hal politik kerana tidak cukup umur adalah sama dengan orang UMNO yang lainnya; tidak pernah mahu melihat ke masa hadapan dan memikirkan kesan pada masa akan datang.
6. Pastinya rakyat berasa 'tertipu' dan yakin bahawa UMNO tidak akan berubah dan akan tetap dirantai dengan masalah rasuah politik. Pastinya juga dilema akan melanda pengundi-pengundi yang bakal mengundi pada pilihanraya umum akan datang termasuk pengundi-pengundi muda dan baru kerana kami semestinya tidak mahu menyokong parti yang merestui rasuah secara terang-terangan dan sayangkan ahlinya yang rasuah daripada rakyat.
7.Mungkin tidak adil untuk terus menghukum. Tetapi inilah bukan waktu yang tepat untuk membenarkan lagi dakwaan pembangkang bahawa UMNO benar-benar korup dan tidak layak lagi mentadbir negara.Keadaan sekarang sudah tidak ubah seperti mengusung partinya sendiri ke dalam kubur politik dan siap mengikuti jejak langkah senario politik Jepun yang sudah beralih pentadbiran.
8.Saya tidak terkejut UMNO akan menang dalam pilihanraya Bagan Pinang tetapi saya juga tidak terkejut jika UMNO akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang.
Mayat sudah, kubur dah siap, keranda sedang diusung, nisan sudah siap dipacak....
Bila nak baca yaasin pula?

10 comments:

  1. wow, beraninya u ckp mcm tu...but that's true...
    tak terbayang kot kalau pembangkang ambil alih keraajaan.. alamatnya nak kiamat la..doalah tidak..

    ReplyDelete
  2. we'll never know whether opp. will do a great job or not. maybe they will and maybe they won't. so, let say if opp. really will do a very bad job in governing the country, then i believe they will have a very bad repo and people won't vote for them anymore. however i do believe that in politics, there will never be an angel side and a devil side. most of the time, you'll have a douchebag or a loser and you'd have to choose which one is best between those two. i really do hope that in the future we could have a very clean political party. it would make malaysia's future much more better.


    p.s. i really like the last sentences. about the mayat and kubur and yaasin...=p

    ReplyDelete
  3. kadang-kala ada perkara mendesak untuk golongan politik melakukan hal rasuah dan korupsi. benar ada sebilangan orang tua kita tidak menyokong sama-sekali golongan muda seperti kita mempersoalkan perkara sebegini atas alasan kita belum melihat 'perkara sebenar' di sebalik jalanan2 mereka.

    satu-satunya cara adalah generasi kita. tidak kira pilihan raya akan datang peralihan kuasa berlaku atau tidak. peralihan kuasa yang sebenar bagi aku adalah dari generasi kita ke atas segala kacau bilau yang telah orang tua kita lakukan.

    maka untuk kita pertingkatkan apa yang perlu untuk 'peralihan kuasa' oleh kita akan datang...

    ReplyDelete
  4. peralihan kuasa oleh kita akan datang....i like this sentence.. :D

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    no komen...
    harap2, jangan ada yang meninggal lagi, sebab banyak sangat duit kita habis untuk pilihan raya

    ReplyDelete
  6. Salam Saudara Zharif,

    Politik ialah sokongan, dan sokongan datang dari persepsi, kepentingan dan juga budi yang ditaburkan.

    Maya melihat TS Isa lebih kepada mangsa permainan golongan manusia yang lebih gelojoh dari beliau, tapi tidak juga bermaksud Maya merestui gejala rasuah yang berlaku hari ini. Sebab itu Maya cukup vokal mengkritik Khairy.

    Pasal email tu kalau Zharif ada facebook kita boleh berhubung melalui inbox.

    ReplyDelete
  7. Salam Zharif..

    Thanks for a very good posting..terkedu akak seketika..takut pun ada takut tsunami politik yg bakal melanda membunuh ekonomi negara yg sedia bergolak..umat islam saling bertikam lidah dan bangsa lain bertepuk tangan melihat kita yg semakin lemah..

    ReplyDelete
  8. Salam bff(:
    I have never really posted a serious comment here.

    I agree with your view in this. Yes, it is indeed a total shame to put someone with such image as a candidate. What were they thinking actually? The citizens are blind and ignorant? But here, I'm more concern with what you said about our current PM's promise that is to put an end on corruption in this country. For me, the government always promises the citizens everything. We will hear all kinds of promises during elections. But do they really keep their sweet promises? So far, what can I see, they hardly keep their promises. it was only merely sweet words to win the electorates.

    I found it's very disturbing when the government promises lots of things. For me, just do what they are supposed to do and stop promising. Once they have promised, they should take appropriate actions right away. Abolishing corruption is not that easy and by looking at this scenario, it was like the government is supporting that particular person. Even though he's linked with bribery case. What a drama. This is very different from what i have read somewhere about government in china. They imposed death sentence to a person that is also a minister that involved in corruption.

    And I’m pretty convinced that the promise won’t be questioned by the government side themselves unless it's the opposition side, NGOs, or a regular citizen like us. It is because I have seen a situation where a member of that significant party questioned the party's promises (sabah; 1994 election. Changing Sabah's image in 100th days) was dismissed from the party. It’s rather unfair. Don’t you think so?

    But it was the PM’s promise. So maybe this is a different thing. Questioning the PM is a different one. But still, the promise was made by the party’s president. That significant party.

    So what I’m trying to say is, I’m actually criticizing the party. As the situation that I’ve mentioned above affected me. So maybe I’m judging this personally. haha.

    But so far, I’ve seen that the opposition is doing their best in keeping their promises in Selangor.

    Any way, I’m a nonpartisan. I’m just sharing my views as a reasonable citizen and what I’ve experienced. (:

    ReplyDelete
  9. alif mim nun wau = sarkis!!

    even p.ramlee realized bout dis a hell lot of a long time ago so its doesn't suprise me at all when they made this kind of decision!

    cheers
    ijlal naim

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)