Tuesday, October 20, 2009

TRANSFORMASI-BUKTIKAN BENAR BERUBAH!


1. Duit dan UMNO. Ibarat muka syiling yang tak dapat dipisahkan.
2.Retorik yang menjadi sandaran telah memuakkan rakyat tetapi masih lagi setia untuk duduk, bersila dan membaca akhbar-akhbar kerana setiap kali perhimpunan agung dijalankan maka akan timbul pelbagai idea-idea yang hebat dan mengagumkan.
3. Dahulu kita digegarkan dengan Melayu Mudah Lupa sehingga mencetuskan banyak pro dan kontra.Timbul pula selepas itu Melayu Glokal yang tidak sempat tumbuh akarnya dan ranum buahnya dan sekarang-transformasi.
4.Saya tidak berniat skeptikal bahkan kagum apabila orang Melayu seolah diberi nafas baru untuk kembali berjuang dalam arena politik, satu perkara yang telah mendaging dalam bangsa Melayu baik dari warung-warung kopi sehinggalah ke pejabat atasan. Cuma yang paling saya risaukan adalah ''Cakap-cakap habis di situ juga''
5. Kita tidak mahu segala idea dan rencana yang diusulkan mati setengah jalan.Atau mati sebelum jalan kerana kita perlukan rancangan yang konkrit bagaimana untuk benar-benar 'transformasi'kan parti UMNO.Kalau 7 usul yang dipinda sudah dikatakan memadai untuk transformasi maka pada hemat saya itu hanya transformasi untuk satu perkara-mencegah politik wang. Itu pun saya fikir masih belum sempurna transformasinya kerana perasuah politik masih sahaja menjawat ketua Pemuda UMNO. Sebab itu jangan hairan kalau dalam ucapan beliau tidak disentuh sedikitpun akan hal politik wang sebab silap-silap 'meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.''
6.Masih banyak agenda untuk transformasikan parti yang sudah beurmur 63 tahun ini.Bukan sahaja politik wang tetapi juga sikap para pemimpin UMNO yang tidak mencerminkan sikap dekat di hati rakyat. Pelbagai birokrasi dan 'hijab' untuk bertemu dengan mereka dan kalaupun sudah aduan dilakukan masih sahaja tindakan belum diambil. mereka hanya datang apabila tiba pilihanraya dan kemudian waktu itu janji-janji mula ditaburkan.
7.Kita kena faham gaya dan latarbelakang rakyat yang ingin kita dampingi. Kalau nak raih sokongan penduduk luar bandar fahami masalah mereka dan tak perlulah datang ke rumah mereka dengan kereta2 mewah dan gaya yang mewah.Cukuplah dengan bersederhana dan yang paling penting; kerja mesti mau jalan. Kalau nak dekati golongan muda fahami apa masalah yang mereka hadapi dan kena tahu sebab musabab UMNO tidak disokong oleh mereka.Kena selalu berjumpa dan berdiskusi dengan mereka dan kalau boleh tubuhkan satu think tank dari golongan muda yang akan sentiasa memberi feedback dan pandangan.Kalau dengar dari ahli sendiri sudah tentu tak banyak pandangan dan kritikan yang diberi kerana nak jaga kepentingan masing-masing.Maka kesannya kita jadi buta dan tidak tahu masalah sebenar rakyat.
8. Apa yang menarik perhatian saya apabila amanat presiden telah selamat disempurnakan maka kebanyakan wakil2 yang memberi ucapan mula mengutarakan soal 'wang' dalam reaksi yang berbeza-beza. di bahagian Pemuda sudah mula minta bank atau tabung khas untuk membantu belia-belia. Dan timbul lagi soal itu dan ini berkaitan duit. Saya rasa hairan kenapa UMNO perlu bersikap demikian?Mengapa wang yang dijadikan sasaran dalam bekerja? Semangat volunteerism sudah luntur dan mereka hanya ingin berjuang untuk bangsa jika ada duit.Kalau takda duit tak boleh buat kerja.
9. UMNO seharusnya lebih kreatif untuk menjana 'pendapatan' sendiri.Kalau bahagian Pemuda mereka boleh mengumpul dana dengan menganjurkan aktiviti2 kemasyarakatan dan dari situ mereka boleh bekerjasama dengan syarikat2 tajaan dan dari situ mereka boleh laksanakan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan diri dengan golongan muda.Tak perlu harapkan duit disuap tetapi kelaur dan cari sendiri. Wang bukanlah matlamat tetapi hanya sekadar alat. Jika wang sudah dijadikan sebagai matlamat dan lebih penting dari perjuangan bangsa maka lupakanlah hasrat untuk bertransformasi.
Meng'islam'kan UMNO
1. Pandangan bekas Mufti Perlis bahawa UMNO perlu kembali kepada agama Islam untuk memantapkan semula parti adalah sangat tepat dan bersesuaian dengan perintah agama untuk ''mentaati Allah,Rasul dan Ulil Amri.Jika berlaku perselisihan maka kembalikan semula urusan itu kepada Al-Quran dan Sunnah''. Bahkan Rasul saw sendiri bersabda bahawa AL-Quran dan Sunnah itu akan menyelamatkan sesiapa dari kesesatan.
2. Salah seorang rakan saya yang juga seorang blogger muda Farid Zuhri turut memberi pendapat yang sama dalam hal ini. UMNO tidak harus meminggirkan kepentingan agama kerana orang melayu dan agama Islam sangat rapat dan jika ada perkara2 sensitif berkenaan agama dicabar maka hati orang melayu juga akan terguris. Saya tidak pasti pula sewaktu persidangan lepas ada wakil UMNO yang berlatarbelakangkan agama diberi peluang untuk berucap dan berbahas usul.
3. UMNO tidak perlu takut kalau ia memartabatkan Islam nanti akan dilihat sebagai mengikut trend parti PAS.UMNO ada style-nya tersendiri, UMNO seharusnya lebih konsisten antara perjuangan untuk bangsa dan agama.
4.UMNO mempunyai ramai ahli-ahlinya yang boleh dikatakan setaraf ustaz dan ustazah. Seorang blogger yang juga Pemuda UMNO saudar Azli Shukri begitu hebat berhujah mempertahankan UMNO dari segi agama. Beliau jika tidak silap saya merupakan seorang bekas guru madrasah. Jadi janganlah lari bila orang ajak debat tentang soal agama sebab bila lari nampak sangat kita ni salah dan memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan.Janganlah malas sangat nak cari ahli-ahli yang boleh berhujah dan mempunyai pendidikan agama yang luas kerana mereka ini sangat membantu UMNO. Bahkan jika tidak keterlaluan golongan agamawan ini juga perlu diberikan 'special position' atau sayap baru supaya suara mereka lebih jelas dan menjadi benteng hujah UMNO. Tak perlu ikut rentak lawan yang menggunakan taktik menyerang menggunakan fitnah, maki-hamun,terjerit2 dan sebagainya. Gunakan intelektual. Saya yakin orang-orang dari Universiti Oxford mesti lebih 'intelektual' daripada saya yang cuma ada pendidikan UiTM sahaja. Jadi saya rasa mereka ini lebih arif untuk berlawan secara intelektual dengan pihak lawan.
5. Masih terlalu awal untuk menghukum dan membuat penilaian. Masih lagi menunggu tindakan dan perubahan drastik. Penghapusan sistem kuota belum cukup untuk meyakinkan hati rakyat. Bersihkan UMNO dengan sebersih-bersihnya, kembalikan UMNO kepada al-quran dan sunnah dan hidupkan UMNO dengan semangat sukarela untuk memperjuangkan bangsa maka dengan itu barulah UMNO benar-benar transformasi.Waalahua'lam

10 comments:

  1. umno dan politik wang..sistem kuota dh dhapuskan kononnya lebih telus..
    sekurang2nya,pm bkn hangat2 tahi ayam..

    ReplyDelete
  2. pandangan yang bernas sekali Z. I agree with you. UMNO perlukan perjuangan yang suci dan bersih. TIdak dinafikan UMNO memang mempunyai masalah yang banyak dan BANYAK lagi yang perlu dilakukan untuk membersihkan UMNO. Sekiranya generasi pemuda mempunyai buah fikiran seperti saudara sudah pasti UMNO boleh dipulihkan secara berperingkat. Moga-moga penulisan saudara mendapat perhatian daripada pihak atasan.

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    kuasa memungkinkan segalanya dengan izin Allah...
    ... golongan yes man dan kaki bodek ramai. maaf terlepas cakap. Kerana itu politik wang berleluasa... jelas tapi tidak dapat dibukti..cuma berharap, sebelum menutup mata dapat melihat UMNO yang sekian ramai impikan

    ReplyDelete
  4. assalaualaikum..
    perubahan menuntut pengorbanan, dan kalau yang atasan sanggup berkorban, pasti yang bawah, dengan ssendirinya ikut. umno perlu menjadikan Islam sebagai teras, kemudian baru bangsa dan negara, seperti teori alif, ba, ta.
    ini hanya pendapatku :-)

    ReplyDelete
  5. tiada bangkangan, telus dan yakinlah dengan pandangan sendiri...
    KJ, bagaimana nak singkirkan korupsi tu? ada sesiapa boleh jawab?

    ReplyDelete
  6. When this Najib speaks, it makes you sick in the stomach.

    Whether he steps down or not, makes no different to the country because the whole Umno and BN machinery are all crooks.

    Vote them out and send them to space, that is the only answer.

    ReplyDelete
  7. Only a pure moron will think that PR government can win the BN government in terms of corruption and abusing power.

    A brainless guy is not even a wakil rakyat but now he is suddenly become the (shameless) speaker.

    Hello Ganesan, tell me face to face, how low can you go?

    ReplyDelete
  8. I am horrified and deeply saddened by Dr Pornthip revelation.

    Najis and MACC officers are animals of the lowest form. How can they still pray 5 times a day?

    They still can fast during Ramadan and talked about justice shall prevail when Teoh family went to Putrajaya.

    How will these animals die? I hope these low lives animals be wiped out from the face of the earth in the midair, in the sea, in the road asap!!!

    ReplyDelete
  9. Bodoh punya melayu babi……….

    Baik balik ke tanah melayu la. We are natives of Sabah and Sarawak land - buat apa kamu punya orang datang sini menjajah kita oh?

    Kita tak suka kamu orang datang sini mengorek sumber petroleum tanah kita - this Sabah and Sarawak land not belongs to your malays.

    Get out from Sabah and Sarawak la!

    Bodoh melayu babi!

    ReplyDelete
  10. Wow, part of it i can accept but part of it i can't accept.

    Agree on the UMNO part but not all. I admit that they are Malays that is lazy and stupid parasite. But not all Malay are like that. There are Malay who wanted the "MALAY" to change. It's not fair to blame all but yet I understand how does it feel.

    On the Sabah and Sarawak part I wish I could know more what happen there. The thing here is, no use for us to blame each other and highlight our differences. Let us (the young GENERATION) unite and change the flaws made by our previous ancestors. To change we need to be together we need to unite. Each and everyone of us have our own goal our own periuk nasi to jaga. Despite we fight with each other and try to blame or drag others why dont we unite and share together so that all of us can have a nice and better MALAYSIA.

    Together we UNITE

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)