Saturday, October 10, 2009

4 TAHUN PUNYA CERITA

1. Dah lama rasanya tak menulis dalam bahasa Melayu.Kalau tulis dalam bahasa Melayu kurang sikit kesalahan tatabahasa dan pemahaman sebab waktu PMR dan SPM dulu saya lulus subjek Bahasa Melayu.

2. Ramai juga orang bertanya mengenai penubuhan Perdana Global Peace Youth. Sebenarnya saya tidak berapa minat untuk cerita dari mula tetapi entah macammana hari ini dapat ilham untuk tulis jadi di sini akan diceritakan bagaimana boleh wujudnya organisasi ini.

3. Bermula pada tahun 2005 ketika pertama kali Perdana Global Peace Organisation mengadakan Criminalise War Conference dan waktu itu mereka menjemput seorang gadis Palestin untuk memberi ucapan.Najwa Jalanmneh, dengan penuh semangat memberitahu keadaan dan pengalaman beliau di tanah air sendiri.Kekejaman, penindasan dan kesedihan menyelubungi ucapan beliau. Waktu itu saya masih di tingkatan 3 dan hanya boleh mengetahui perkembangan tersebut melalui akhbar.

4. Masa lawatan kelas 2006 saya membuat cadangan untuk pergi ke conference tersebut malangnya waktu tak sesuai. Tetapi itu tidak memadamkan semangat dan perhatian terhadap krisis Israel-Palestin.

5. Pada tahun 2009 sebaik sahaja dilantik sebagai naib setiausaha kelab Undang2 Kedah saya terus mengambil amanah untuk mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur.Sekali lagi Global Peace menjadi fokus utama.Terus saya hubungi pejabat Global Peace dan berjaya menghubungi Encik Ram pengurus organisasi tersebut. Beberapa pertemuan dilakukan di Kuala Lumpur sehingga ke saat akhir apabila diskusi bersama Tun Mahathir tidak dapat dilaksanakan atas sebab tertentu.

6. 'Kegagalan' itu sedikitpun tidak mengecewakan sebaliknya ketika cuti semester saya menghabiskan masa untuk berehat dan ketika sesi 'muhasabah diri' muncul idea untuk mewujudkan satu unit di bawah Perdana Global Peace Organisation yang akan menggabungkan golongan muda menyahut cabaran untuk mengenakan tekanan ke atas PBB supaya menjenayahkan peperangan.

7. Turun ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memberitahu idea tersebut sebelum pulang semula ke Johor Bahru dan menyiapkan draf kertas cadangan penubuhan PGPYO. Diedit semula oleh Fyza sebelum dihantar kepada Encik Ram.

8. Justeru saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai ahli majlis tertinggi Kelab Asasi Undang-undang untuk mengabdikan diri dalam PGPYO.Bermula dari situ beberapa usaha dilakukan untuk merasmikan organisasi ini dan sehingga semalam,dengan kerjasama Dean dan member-member beliau dari UIA kami berusaha untuk menyiapkan semula kertas cadangan dan mengukuhkan kembali PGPYO dengan bantuan dari Miss Juana yang juga terlibat dalam Perdana Global Peace Organisation.

9.Secara ringkas PGPYO bukanlah satu NGO baru tetapi satu unit atau sayap baru yang tertakluk di bawah pengurusan dan penyeliaan Perdana Global Peace Organisation. Matlamat kami sama: menjenayahkan peperangan dan membantu aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Perdana Global Peace. Meskipun belum secara rasmi menjadi unit di bawah PGPO tetapi kami telah membantu untuk menjayakan Criminalise War Conference dan sekarang ini aku sedang bekerja di pejabat Global Peace untuk menjayakan Conference tersebut.

10. Inilah cabaran pertama kami. Sebelum kepercayaan yang lebih tinggi diberikan conference ini mesti berjaya dan mampu menarik ramai golongan muda untuk menyertainya.Dan beberapa langkah dan tindakan akan dirancang supaya conference ini lebih 'boom' dan lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas.

11.Usaha selama 4 tahun tidak akan berhenti setakat ini.Itu hanya sekadar permulaan kerana perjuangan menjenayahkan peperangan adalah usaha yang berterusan. Pastinya kerja tanpa bermotifkan duit adalah sukar lebih-lebih lagi dalam dunia sekarang tetapi di sinilah terletaknya ujian keikhlasan.Sebab itu saya tidak berminat untuk mengambil manusia yang hanya memandang duit sebagai motif dan jawatan untuk membanggakan diri serta mendapat keuntungan tetapi buat kerja macam ______(sila isi dengan perkataan yang sesuai).

12. Insyallah hari selasa nanti akan ada perkembangan lanjut tentang PGPYO dan saya akan jelaskan kenapa orang-orang yang berada dalam organisasi PGPYO layak menjawat jawatan tersebut.

6 comments:

  1. please tell me more 'bout the 'tuesday's'...

    ReplyDelete
  2. hey, good luck on the conference =)

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    lama tidak meninggalkan jejak di sini...
    semoga sukses ya...
    dan
    jangan patah semangat

    ReplyDelete
  4. Salam hormat,
    satu usaha yang sangat baik,

    Quote:
    "That there should be no more war and prejudice and hatred; peace and tolerance should come to replace those bloodshed of war".
    -I HAVE A DREAM, Zharif. MAL.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)