Thursday, October 29, 2009

5 NOVEMBER- JUDGEMENT DAY


1. Lebih kurang 4 bulan krisis kepimpinan di Perak mengalami proses ''cooling down'' tetapi kepada bloggers yang 24 jam 7 hari menghidap penyakit 'politiking' meneruskan peperangan siapa yang sah untuk menjawat jawatan Menteri Besar, Speaker dan Exco Kerajaan Negeri.
2.Sampailah ke hari semalam peperangan tersebut tidak menemui jalan damai.Barangkali ada yang berkeyakinan jalan damai hanyalah melalui pilihanraya. Sidang DUN semalam yang berlangsung memperlihatkan sekali lagi sikap tidak matang ahli politik di negara kita. Masih terbawa-bawa dengan sifat kebudak-budakan dan mementingkan kepentingan sendiri daripada kepentingan rakyat.
3. Saya dah berjanji untuk tidak bercakap mengenai soal ini tetapi malangnya saya termasuk dalam golongan manusia yang short-term memory jadi saya kenalah bagi ulasan pasal benda ni.Nanti kalau x ulas bakal dicop sebagai ketinggalan zaman dan tak peka dengan perkembangan semasa.
4. Apabila berlangsung bajet negeri Perak yang dibentangkan dalam sidang DUN terlintas di fikiran saya bagaimana jadinya kalau bajet tersebut dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang kehilangan majoriti disebabkan 3 ADUN melompat ke dalam parti BN. Kebanyakan kita marah kerana PR 'dirompak' kedudukannya dan menjadi minoriti sehingga ada yang mengatakan ''apa masalahnya kalau jadi minoriti sebab minoriti pun boleh tadbir negeri''.
5. Dalam negara demokrasi yang mengamalkan sistem perlembagaan di mana segala usul dan undang-undang akan diluluskan oleh Parlimen atau DUN. Untuk usul menjadi efektif maka diperlukan sokongan 2/3 daripada dewan sidang ataupun majoriti. Jika PR yang masih memegang pentadbiran Perak maka segala usul termasuk bajet pasti tidak dapat diluluskan kerana di pihak BN yang membentuk majoriti pastinya akan menolak usul bajet tersebut.
6. Pastinya yang menjadi mangsa adalah rakyat negeri Perak yang mana peruntukan untuk mereka akan terus ditolak dan ditolak di peringkat DUN yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan, tidak kira samada bajet yang dibentangkan kerajaan minoriti PR adalah satu bajet yang boleh dipanggil 'kebajikan rakyat' dan lebih baik dari kerajaan BN.Akhirnya kebajikan dan pembangunan untuk rakyat tidak diteruskan gara-gara sikap wakil rakyat mereka yang tidak matang dalam berpolitik. Mungkin di sini juga ada 'hikmah' dalam krisis yang berlaku.
7. Sememangnya jalan pilihanraya adalah yang terbaik meskipun jalan ini ditutup atas dasar 'menjaga kesejahteraan,kestabilan dan keamanan' tetapi hakikatnya hijacking the position before the exact time is not a brilliant way. Rampasan kuasa yang berlaku di Perak sewaktu pemerintahan 'Sultan Abdullah Badawi' yang diketuai oleh 'Panglima Najib' pastinya bukanlah satu perkara yang baik kerana ia adalah satu tindakan yang gopoh dan terburu-buru. Kalau betul nak menang cara bersih atau gentleman maka tunggulah sewaktu PRU yang akan datang. Dalam PRU nanti barulah kita akan tahu siapa yang rakyat suka.
8. Melihat krisis di Perak ni membuatkan kita semakin skeptikal samada BN boleh mengekalkan kedudukan di Perak walaupun banyak program kebajikan ataupun pembangunan dilaksanakan dalam masa 4 tahun ini sebelum PRU yang akan datang. Adakah rancangan rampasan kuasa sewaktu pemerintahan Abdullah Badawi ini adalah satu tindakan untuk meraih semula populariti atau untuk 'menjahanamkan' lagi BN dengan menjadikan imej BN lebih buruk di mata rakyat kerana merampas kuasa di Perak sebelum waktunya(iaitu PRU).
9. Maka sangatlah tepat sepertimana kata-kata seorang penceramah sewaktu persidangan Criminalise War semalam iaitu ''A wolf is not so dangerous than a wolf in a sheep coat'' ataupun dalam bahasa Melayunya ''seekor serigala lebih baik daripada seekor serigala yang memakai identiti biri-biri''.
10. Setelah tiada pilihanraya maka mahkamah yang dijadikan jalan untuk membuat keputusan. 5 November ini kita akan tahu siapakah MB yang sah-muktamad dari suara Mahkamah Persekutuan. Adakah ia mewakili suara rakyat keseluruhan? Tidak. Adakah ia mewakili suara kebenaran dan keadilan?Mungkin.
11.Maka selepas keputusan mahkamah persekutuan sebagai 'the supreme court and cannot be void by other court' akan berlaku satu lagi fenomena yang mudah diramal:
KALAU PR MENANG
PR: Membuktikan kami di pihak yang benar dan BN adalah sebenarnya yang salah dan lanun
BN: Kita hormati keputusan mahkamah
KALAU BN MENANG
PR: Mahkamah tidak adil dan sudah dikompromi dengan kerajaan.
BN: Membuktikan bahawa BN mengikut lunas undang-undang yang betul dan sah.
Ada lagi ramalan yang lain?

3 comments:

  1. kalau PR menang, menangis x berlagu lah kita...

    ReplyDelete
  2. rakyat makin keliru
    makin meluat
    makin menyampah..

    undang-undang negara dah tercemar

    ReplyDelete
  3. famous : knp nk mnangis? memg pr layak menang..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)