Thursday, October 15, 2009

SUARA ORANG MUDA

1. Sibuk2 dengan kerja sampai suratkhabar yang dibeli pun cuma sempat dibaca ketika waktu malam. Yela event pun dah nak dekat so memang kena work hard sikit.Apapun alhamdulilah sekurang-kurangnya adalah jugak benda nak buat time cuti2 ni.Dah bosan dah pegang title penganggur sementara nih.

2. Saya sangat tertarik dengan tulisan Puan Zubaidah Abu Bakar di akhbar NST yang bertajuk ''No time to lose in winning over young voters''. Memandangkan sudah sangat jelas bahawa saya termasuk dalam title young itu rasa dihargai juga apabila ada seseorang yang akhirnya menyampaikan perkara yang benar.

3. Golongan muda akan menjadi peratusan terbesar sebagai pengundi dalam pilihanraya umum 2013. Pada pilihanraya lepas sebanyak 4.9 JUTA pengundi muda telah mengundi pembangkang dan menurut satu analisis menunjukkan bahawa pengundi muda bawah 30 tahun yang baru didaftar adalah penyokong Pakatan Rakyat(PR).

4.Ini adalah satu angka-angka yang sangat menarik kerana suara muda sangat mempengaruhi masa depan negara.Andaikata jumlah 4.9 JUTA pengundi ini dan mungkin akan terus bertambah pada PRU 2013 akan mengundi pembangkang maka BN kemungkinan besar akan kalah dan jika menang, hanya akan menang majoriti mudah.

5. Memang tidak dinafikan sangat sukar untuk mencari fresh blood yang menyokong kerajaan.Jika anda berada di IPT maka ramai di kalangan anak muda yang lebih suka untuk membangkang dan memburukkan imej kerajaan.Saya sendiri tidak tahu jika ada rakan2 satu semester dengan saya cenderung untuk pro-kerajaan.Yang saya lihat adalah kebanyakan junior2 part1 yang lebih menyokong kerajaan.

6.Tidak salah untuk mengkritik kerajaan.Saya sendiri biasa mengkritik tetapi biarlah kritikan itu satu kritikan yang membina dan boleh membetulkan kesilapan. Saya sendiri mengakui UMNO tidak 100% 'bersih' tetapi sayajuga tidak bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa pakatan rakyat 100% bersih. Kerana semua ada kelemahan masing-masing dan jangan disebabkan kesalahan setitik nila seseorang itu dijadikan sebelanga susu.

7.Adalah satu perkara yang memalukan jika anda belajar di tempat yang disediakan oleh kerajaan, menggunakan duit biasiswa yang diberi kemudian mengutuk dan mencerca kerajaan. Ibarat seorang yang diberikan itu ini kemudian di belakang orang yang memberi itu dikutuk dan dihina. Jika anda mahu mengutuk dan menghina silakan.Tetapi pastikan anda tidak menggunakan satu sen pun duit dari orang yang anda hendak kutuk.Kerana anda juga tidak akan mengutuk ibu bapa anda yang memberi anda duit dan sokongan.

8.PKPI telah pun dilancarkan oleh TPM untuk diberikan kepada tiga sayap utama dalam UMNO untuk mengembalikan semula keyakinan dan sokongan pengundi. Tetapi suka sekali lagi saya ingatkan jika UMNO terus mengabaikan bakal-bakal pengundi muda ini( seperti mana yang dilakukan oleh ahli UMNO yang bernama Dollah-sila rujuk post blog 'membazir' yang lepas) maka janganlah terlalu berharap akan berjaya memerintah negara ini lagi.

9.Saya masih menunggu perubahan dalam masa 2 tahun ini kerana saya yakin dalam masa dua tahun ini macam-macam boleh jadi dan banyak tindakan yang boleh dilakukan.Tetapi kalau dua tahun tu hanya bercakap dan tak buat kerja maka tidak akan ada juga sebarang perubahan.

10.Juga sangatlah saya berharap supaya UMNO tidak mengabaikan peranan IT dan blog kerana dikhabarkan juga pada pilihanraya yang lepas UMNO sudah 'kalah awal' dalam perang siber apabila lebih ramai pembaca-pembaca blog dan laman web tertarik untuk mendengar 'the other side of a story' dan pastinya ini satu petanda yang buruk jika cerita tersebut diada-adakan dan lebih 'kuah dari sudu'.

10.Atau mungkin trend 'promise everything but serve nothing' ini sudah semakin popular sehingga membolehkan seseorang itu menang hadiah Nobel Keamanan?

8 comments:

  1. ."Adalah satu perkara yang memalukan jika anda belajar di tempat yang disediakan oleh kerajaan, menggunakan duit biasiswa yang diberi kemudian mengutuk dan mencerca kerajaan. Ibarat seorang yang diberikan itu ini kemudian di belakang orang yang memberi itu dikutuk dan dihina. Jika anda mahu mengutuk dan menghina silakan.Tetapi pastikan anda tidak menggunakan satu sen pun duit dari orang yang anda hendak kutuk.Kerana anda juga tidak akan mengutuk ibu bapa anda yang memberi anda duit dan sokongan."

    ~~inilah apa yang saya tegaskan kepada rakan rakan sejak di sekolah lagi...tapi mereka masih x faham...erti kata lain buta dengan agenda hitam pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Salam, hi org muda
    masihku ikuti tulisan-tulisan anda

    ReplyDelete
  3. sya mnyokong anda..ptotnya mmbri skongn kpda krjaan...sudh la blaja d'tmpt krajaan sdiakn...biasiswa dri krajaan..amt mmalukan jka kta mngutuk krajaan..

    blog yg sntiasa best n pnoh dgn pngthuan..

    p/s : proud 2 have u as my senior pre-law..akn try cri bku 2..

    GAMBATE!!

    ReplyDelete
  4. nk tnya z psl conference 2...adkh d'sdiakn tmpt tggl bg yg g cnfrence 2??..n kalu ada lg yg nk join g bleh x even xbg nma ari 2..??..

    ReplyDelete
  5. analoginya begini berkenaan yang ke-7.

    ibu bapa yang memberikan wang dan menanggung anak-anak adalah merupakan tanggungjawab yang memang sepatutnya mereka lakukan. tidak kira, samada anak itu belajar tinggi atau rendah.

    tapi adakah satu perkara yang memalukan jika anak-anak tersebut mengeluarkan suara menentang jika orang tuanya melakukan perkara yang dengan mata kasar sahaja kita boleh lihat salahnya?

    mungkin terdapat sedikit perbezaan, keran keburukan ibu bapa kita takkan cerita kepada seluruh dunia. namun memandangkan issue kerajaan pembbangkang adalah untuk seisi negara, suara rakyat membangkang dan mengkritik itu perlu.

    bukan soal, kita dapat biasiswa kerajaan, tajaan atau bantuan. sebab itu tanggungjawab memandangkan kerajaan yang adalah pemerintah. sebab walau satu sen yang kita peroleh dari mana-mana pihak pun, tidak bermakna kita tidak boleh menentang dan mengkritik jika ada cacat cela.

    ReplyDelete
  6. sebab itu cik rda sila baca kembali kepada no.6. memang tak salah nak kritik kerajaan.kritiklah.Z sendiri pun biasa mengkritik kerajaan tetapi biarlah kritikan tu benar dan ada fakta serta pandagan yang membina. Tapi xpayahlah sampai nak buat fitnah dan mengutuk secara keterlaluan, menyerang peribadi orang, ad hominem dan menghina menggunakan kata2 kesat.
    Kerajaan pun bertanggungjawab menyediakan pendidikan kepada rakyat.Tapi kalau rasa nak buat fitnah, nak mengutuk dan menghina pemimpin secara keterlaluan pastikan jangan mengambil satu sen duit kerajaan dan belajar shj di IPTS atau kolej sendiri. Kita semua sudah belajar tentang adab bersama pemimpin dalam Pendidikan Islam Tingkatan 5 dan kita semua ada ambil subjek tersebut.
    Kalau ibu bapa kita buat salah bagaimana kita menegur mereka?adakah dengan cacian dan fitnah?hinaan dan kutukan?tegurlah secara baik.Ikut kembali prinsip dalam solat jemaah apabila imam tersilap bagaimana makmum menegur imam.

    ReplyDelete
  7. I gtta be agree of that...

    -Perspektif saya:
    Apa masalah sebenarnya ialah unsur tokok tambah, mencaci dan pemikiran yang primitif...

    Senang sahaja, pihak yang membangkang hentam dan provok kerajaan dalam sesetangah permasalahan dan masalah itu diperbesar-besarkan... senang, mereka xperlu buktikan apa yang betul atau sebaliknya, mereka cuma tunjuk "oh kerajaan xbetul buat benda ni" , "rakyat tertindas", tapi golongan yg freshie ni la yang cpt sgt obses, terus merasakan kerajaan salah, DAN percaya dengan janji2 hebat semua "leader wannabe"...
    -tapi masalahnya kita lupa tigsa pemimpin itu bukan mudah... tgk la beberapa negeri yang diberikan kuasa kepada kerajaan baru... adakah lebih baik???

    -Amat setuju, nak kritik atau kutuk kerajaan, Pertamanya, tunjukkan perbandingan dengn pihak yg kononnya lebih baik.. Sometimes "word are louder than action"... and yea ,orang melayu, tertipu la mereka....

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)