Sunday, October 11, 2009

CATUR POLITIK MALAYSIA


1. Tahniah kepada calon UMNO yang memenangi kerusi Bagan Pinang hari ini. Pilihanraya kecil yang berlangsung pasca pilihanraya umum yang lepas telah mengekalkan momentum status-quo. Tidak ada yang dinamakan perubahan yang sebenar kecuali hanya majoriti undi yang menjadi indikator samada rakyat masih menerima UMNO atau mula memilih pembangkang.
2.Justeru untuk membuat perbandingan 'siapa lagi banyak menang' adalah kurang sesuai kerana tidak ada yang sebenarnya menang atau kalah.Ia sekadar status quo dan selepas pilihanraya umum akan datang barulah kita boleh tahu pendirian sebenar rakyat.
3. Kita membuat andaian perubahan akan berlaku rentetan kemenangan pembangkang di dalam pilihanraya2 kecil yang berlangsung lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya PRK di negeri Perak dan Kedah yang waktu itu sentimen kebencian sangat merasuk berikutan krisis politik yang berlaku di negeri Perak. Maka kemenangan pembangkang dijadikan indikator bahawa rakyat mahukan kerajaan 'baru'.
4.Apabila berlangsungnya pilihanraya kecil di Manek Urai tiba-tiba gelombang berubah. Meskipun PAS mengekalkan kerusi di situ tetapi mereka hanya menang dengan majoriti undi yang sedikit.Mula kedengaran bahawa rakyat masih lagi percaya kepada UMNO dan menyokong parti tersebut.
5. Pilihanraya Permatang Pasir pula menceritakan keadaan sebaliknya.UMNO kalah dengan majoriti undi yang besar. Sekali lagi suara rakyat sukar untuk dijangka oleh kerajaan mahupun pembangkang.Apabila berlangsung pilihanraya di Bagan Pinang ramai yang khuatir UMNO akan tewas kerana peribadi calonnya tetapi rakyat masih lagi menerima dan mengundi UMNO.
6.Apa sebenarnya yang berlaku dalam senario politik di Malaysia? Kita sendiri sukar meramalkan pendirian tetap rakyat akan tetapi jika momentum ini berterusan maka bolehlah saya katakan bahawa pilihanraya umum nanti juga tidak akan membawa banyak perubahan daripada PRU yang lepas. Mungkin ada perubahan jika timbul isu-isu besar yang akan menjadi magnet menarik undi rakyat. Juga kehadiran pengundi-pengundi yang baru sahaja layak untuk mengundi pada PRU akan datang akan menjadi faktor terpenting samada BN mahupun PR yang akan memerintah Malaysia.
UMNO JANGAN MELANKOLIK!
1. Keputusan EGM memperlihatkan keadaan sebenar parti dominan Cina MCA yang jelas menolak kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden. Jelas pucuk pimpinan mahukan pemimpin baru dan mampu untuk memimpin mereka semula untuk menarik lebih banyak sokongan pengundi Cina.
2.Ini adalah satu tindakan yang berani dan bukti bahawa suara akar umbi sangat kuat dalam menentukan bangun jatuh sesebuah parti.
3.Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada 13-16 Oktober ini juga akan memperlihatkan perubahan besar apabila sistem kuota akan dihapuskan serta lebih ramai perwakilan dan ahli UMNO akan diberi peluang untuk mengundi siapa yang layak untuk menjadi Jemaah Tertinggi parti tersebut.
4. Pola perubahan dalaman parti UMNO boleh disifatkan sebagai sentimental atau istilah yang lebih sopan melankolik. UMNO tidak membuat perubahan yang besar dan mengejut sepertimana yang MCA lakukan. Nyata MCA tidak menerima kepimpinan sedia ada disebabkan faktor-faktor tertentu.
5.Maka ahli UMNO juga perlu berani untuk membuat perubahan yang drastik. Kita tahu siapa yang menjadi pusat kebencian (center of hatred) rakyat kepada UMNO sehingga parti ini kalah teruk dalam pilihanraya yang lalu.Kita tahu siapa orang tersebut sehingga beliau diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan penting dalam sayap kanan parti tetapi kita masih lagi bertolak-ansur dan memberi peluang sambil berdoa semoga orang ini akan berubah.
6.Jika tidak ada satu perubahan drastik dan menyeluruh dalam UMNO sepertimana yang dilakukan oleh MCA maka parti yang mempunyai keahlian seramai 3 juta orang ini pasti akan bergelut untuk mengekalkan kedudukan dalam pilihanraya akan datang.
7.Dan sekali lagi politik Malaysia sangat sukar diduga. Mungkin senang untuk menduga tetapi kita tidak akan tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Ia ibarat seperti bermain catur.
8.Malang sekali saya terpaksa mencari seseorang yang mahir bercatur supaya lebih mudah untuk terjemahkan politik dalam falsafah permainan catur.

4 comments:

  1. i love the picture, it is such a symbolic.

    ReplyDelete
  2. idk what 2 say..
    but, i'm nt so fond of UMNO tday..
    back then, UMNO was ok...but..
    someday maybe da 1 who rebel will win..
    just my assumption..

    nway, nce writin'..

    ReplyDelete
  3. Apa yg jelas.... maybe rakyat lebih bijak memilih... Biar UMNO nampak yg kejayaan itu bukan mudah.... selepas mereka betul2 berusaha, finally they receive their due.
    ~To Nik Aziz, maybe tok guru perlu sedar di mana garis perbezaan antara Agama & Politik.. Kita menghormati beliau atas ilmunya... namun lihat sendiri cara beliau berceramah di Bagan Pinang.... Kritik UMNO atas dasar "beliau" yang kritik, bukan kritik dari pihak "Allah".. itu urusan ynag maha esa..

    ReplyDelete
  4. hmm..
    is it true that 'rakyat lebih bijak memilih'??
    thwse days, bribery is everywhere..
    if u got $$ from a party for sure u'll vote for THAT party, rite??

    Lithium, evryone has rights to critics..=]

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)