Friday, October 16, 2009

PREJUDIS, PERMINTAAN DAN PERSEPSI


1. Awalnya saya sendiri tidak tahu apakah kepentingan mempelajari subjek MTC039 Social Psychology ketika di semester dua. Tetapi seperti yang kita sering dengar: Allah sentiasa memberikan hikmah dan telah mengatur perjalanan seseorang itu dengan sebaiknya. Setelah 6 bulan yang lepas meninggalkan subjek ini kini barulah saya dapat memetik hikmah tersebut.
2.Jika anda membuka bab yang ke 10 maka anda akan mempelajari satu perkara yang dipanggil prejudis atau dalam bahasa Inggeris prejudice. Secara ringkas kenapa prejudis boleh berlaku adalah kerana 3 perkara:
*Untuk melindungi keyakinan diri sendiri atau self-esteem kerana terasa diri terancam oleh kumpulan luar
*Persaingan untuk mendapatkan sumber yang terhad atau tempat yang harus dikongsi bersama
*Pengkategorian sosial atau social recategorization.Atau perkataan lainnya berbangga dengan kumpulan sendiri atau assabiah.
3. Maka diakhir bab ini juga anda akan mengetahui apakah-apakah jalan penyelesaian untuk menghadapi masalah prejudis ini antaranya:
*CONTACT HYPOTHESIS atau kekerapan berhubung antara kumpulan untuk mengurangkan prejudis dan menambahkan pengetahuan serta kefahaman tentang latarbelakang kumpulan tersebut
*Menjadikan ahli kumpulan luar sebagai ahli kumpulan sendiri dan menghapuskan 'sempadan kumpulan' sendiri.
*Perasaan bersalah atas penindasan ke atas kumpulan luar yang dilakukan oleh ahli kumpulan sendiri.
3 PERMINTAAN
1. Saya berjaya menghabisi buku '3 wishes of palestinian and Israeli Children' tulisan Deborah Ellis minggu lepas. Buku ini jelas menyingkap tentang perasaan dan pandangan kedua-dua belah pihak yang sedang bermusuhan.Sungguh untuk membaca buku ini anda perlu membuang sebentar perasaan anti apapun kerana apabila membaca buku ini anda akan mengetahui apa yang ada dalam fikiran generasi muda Palestin dan Israel.
2. Kebanyakan daripada kanak-kanak ini tidak pernah berhubung antara satu sama lain(Israel dan Palestin).Maka kebanyakan pandangan mereka adalah one way view dan mereka tidak diberikan kesempatan untuk 'contact'. Ada juga sebilangan yang dapat berhubungan dan mereka ini kelihatan lebih matang dan berjiwa besar dan lebih toleransi.
3.Akan tetapi jika kanak2 tersebut mempunyai pengalaman buruk lantaran serangan dari pihak yang bermusuhan maka mereka akan berdendam dan mempunyai pandangan yang sangat negatif. Kanak-kanak Palestin yang sering dilayan seperti binatang, ditahan di pos pemeriksaan dan dihina serta dicerca oleh tentera Israel akan lebih bersifat untuk menentang dan prejudis. begitu juga kanak2 Israel yang mengalami pengalaman sahabat2 mereka terbunuh dalam serangan bom berani mati, prejudis mereka sangat tinggi dan lebih provokatif.
4. Buku ini juga menambahkan keyakinan saya bahawa tidak semua penduduk Israel bersetuju dengan tindakan kerajaan Zionis Israel. Ada satu pertubuhan yang dipanggil Black Vigil terdiri daripada penduduk Israel yang menentang tindakan kejam dan penindasan ke atas rakyat palestin.Begitu juga dengan Naturei Karata yang dipimpin oleh Rabii Weisz yang menyelar pendudukan Yahudi di Jerusalem.
5.Tembok pemisah yang didirikan oleh Israel selain untuk melumpuhkan ekonomi dan pergerakan rakyat Palestin disamping atas dasar 'keselamatan' penduduk Israel adalah juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya 'contact hypothesis'.Penduduk Israel dan Palestin tidak akan dapat berhubung dan semakin sukar untuk memahami pemikiran antara satu sama lain.
6. Ada yang mengimpikan kewujudan dua buah negara yakni negara Israel dan Palestin.Tetapi idealisme tidak boleh lari dari realisme kerana realitinya negara Israel didirikan setelah berjuta rakyat palestin menjadi pelarian di negara Arab.Bacalah lebih lanjut buku Ethnic Cleansing of Palestine tulisan Profesor Ilan Pappe untuk mengetahui sejarah bagaimana Israel didirikan dengan menggunakan darah serta penghalauan rakyat Palestin dari tanah air sendiri.
7.Kembalikan semula hak rakyat Palestin untuk kembali atau setidak-tidaknya bebas hidup di negara sendiri.Tidak ada negara yang didirikan tetapi terpaksa mengharungi puluhan pos pemeriksaan oleh tentera negara lain. Pelarian Palestin mesti diberi hak untuk kembali semula ke tanah air dan melawat keluarga tanpa perlu terasa diancam dan dibunuh oleh tentera Zionis. negara Palestin mesti mempunyai sempadan sendiri, kekuatan tentera sendiri dan layak untuk dipanggil sebagai sebuah negara.
8.isu Baitulmaqdis juga merupakan satu lagi masalah. Tidak ada sesiapa pun yang berhak untuk mengawal dan melarang orang untuk beribadat di kawasan suci tersebut kerana baitulmaqdis merupakan 'rumah suci' kepada tiga agama samawi. Setidak-tidaknya perkara yang terdekat yang dapat dilakukan adalah meletakkan baitulmaqdis sebagai zon bebas dan tidak boleh dikawal oleh tentera Zionis sebaliknya dikawal dan dijaga oleh pemerhati antarabangsa.
9.Banyak lagi isu dan langkah yang boleh diambil tetapi tujuan saya menulis blog ini adalah menunjukkan kaitan ilmu psikologi dengan isu yang berlaku di Palestin-Israel. Amat banyak sekali persamaan antara punca2 prejudis dengan apa yang berlaku di Palestin. Langkah2 menghilangkan prejudis juga jika diaplikasi dalam krisis ini boleh membawa kepada jalan keluar dan penyelesaian.
10.Kita tidak boleh mengharapkan US semata-mata untuk menyelesaikan konflik ini.Kita sebagai umat Islam mesti menjadi wakil untuk rakyat Palestin dalam menyelesaikan krisis ini. Tetapi malangnya tidak ada seorang pun pemimpin Arab atau Islam berminat untuk memerah keringat dan fikiran untuk membela rakyat Palestin. Lebih berminat meletakkan maruah dan masa depan saudara sendiri di tangan pihak lain.
PERSEPSI
1. Mungkin dengan selepas membaca blog ini ada yang mula curiga dan akan memberi gelaran 'mossad' kepada saya kerana membicarakan soal Israel dan 'berpihak' kepada penduduk Yahudi yang cenderung untuk menjadi pro-Palestin.Atau mungkin kerana saya dilihat cuba untuk mengimpikan kewujudan dua buah negara iaitu Palestin dan Israel dan menggadaikan Baitulmaqdis kepada pemerhati antarabangsa.
2.Saya tetap berpegang teguh dengan hadis nabi bahawa sebelum hari kiamat akan berlaku kemenangan umat Islam ke atas orang-orang Yahudi sehingga mereka akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok dan Masjid Al-Aqsa akan kembali ke pangkuan Islam. Tetapi melihat situasi sekarang adalah lebih baik kita mengumpulkan kembali kekuatan dan mengatur strategi untuk menghadapi krisis yang lebih rumit ini.
3.Saya menentang Zionis kerana mereka telah membunuh saudara2 di Palestin, mencabul maruah saudari-saudari saya di Palestin, merompak dan menindas umat Islam di Palestin dan bersikap tidak adil kepada penduduk Palestin.Berselindung di sebalik nama mempertahankan diri sendiri dan menuduh pihak yang mengecam mereka sebagai pilih kasih.
4.Tetapi menentang mereka juga memerlukan kebijaksanaan dan mesti mengetahui latarbelakang mereka.Sepertimana dalam falsafah perang ''Know yourself and know your enemy and you will win a hundred victory without defeat''.
5.Dan kita kalah kerana kita tidak mengetahui diri kita sendiri dan tidak mengetahui musuh kita sendiri.Tiba masa untuk kita berlapang dada dan mempelajari kekuatan serta kelemahan diri sendiri serta kekuatan dan kelemahan musuh kita.

2 comments:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)