Wednesday, October 28, 2009

LADY JUSTICIA SUDAH PANDAI BERPOLITIK

1.Untuk mendapatkan keamanan maka peperangan tidak dapat dielakkan.

2.Benarkah begitu?

3.Serangan ke atas Iraq atas dasar mendapatkan keamanan sejagat daripada dimusnahkan oleh senjata pemusnah yang dimiliki kerajaan Saddam Hussein.Ia juga sebagai satu alasan untuk membebaskan rakyat Iraq daripada rejim kuku besi Saddam Hussein.

4. Hasilnya, 2.5 juta rakyat Iraq telah terkorban, 120000 orang dipenjara dan 43 militan bersenjata telah terjadi sejak pencerobihan AS ke atas Iraq pada tahun 2003.Inilah produk keamanan yang dipromosikan ke atas negara Iraq. Demokrasi yang diagung-agungkan telah memberi lesen untuk membunuh manusia-manusia yang tidak berdosa, yang tidak beruniform tentera mahupun mengangkat senjata.

5. Baru dua hari lepas Bahgdad digegarkan dengan 2 letupan dan mengakibatkan beratus orang awam terkorban. Nah adakah benar peperangan diperlukan untuk mencapai keamanan?

6.Kita tahu peperangan adalah satu jenayah kemanusiaan.Walau apa pun alasannya ia tetap satu pembunuhan. Kita telah tahu beberapa pemimpin yang melancarkan peperangan telah dihadapkan di Mahkamah Antarabangsa atau ICJ. Omar Ali Bashir didakwa atas jenayah perang di Sudan dan baru-baru ini Karadzic didakwa di ICJ kerana genosid di Bosnia. Jelas kita sebagai komuniti dalam tamadun manusia telah bersetuju bahawa peperangan melanggar undang-undang antarabangsa dan hukuman yang ada untuk jenayah perang ini adalah:hukuman Mati.

7. Tetapi kenapa penjenayah perang yang bernama George W Bush dan Tony Blair tidak dihadapkan ke ICJ atas tuduhan jenayah perang dan genosid ke atas Iraq.Mereka gagal membuktikan Iraq mempunyai senjata pemusnah yang boleh mengguggat keamanan sejagat. Kenapa mahkamah yang seharusnya menjadi tempat keadilan dan kebenaran untuk ditegakkan telah membisu dan takut untuk mendakwa dua manusia ini?

8.Jawapannya mudah: ICJ merupakan salah satu daripada 6 organ dalam United Nation yang mana sumbangan terbesar untuk organisasi datangnya dari kerajaan AS.ICJ tidak dapat didirikan tanpa sumbangan dari negara uncle Sam ini.Akhirnya inilah akibatnya. ICJ telah menjadi alat untuk AS menghukum jenayah perang di negara lain tetapi mendapat imuniti daripada didakwa atas nama jenayah perang.

9.Jelas, ICJ telah dikompromi dengan politik hagemoni Amerika Syarikat. Lady Justicia yang menjadi lambang keadilan dalam tamadun manusia akhirnya berlumpur dengan politik Amerika. Lady Justicia telah dimanipulasi. Dia sudah tidak layak lagi untuk menjadi 'keadilan' manusia.

10. Sudah tiba masanya ICJ perlu diganti dengan satu mahkamah atau tribunal jenayah perang yang lebih telus dan transparen serta tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan kuasa-kuasa besar yang telah memanipulasikan Lady Justicia. Tribunal yang baru ini perlu menjadi suara untuk mereka-mereka yang tertindas kerana kes-kes mereka ditolak untuk didengar di ICJ demi menjaga imuniti AS. Sudah tiba detiknya untuk kita melepaskan mentaliti dan tanggapan kita bahawa ICJ boleh menjaga keadilan dan kebenaran. Tiba masanya untuk kita mencabar pengiktirafan AS sebagai kuasa besar dan 'penjaga' dunia yang ternyata mengamalkan double standard dan penindasan ke atas negara-negara yang mempunyai kepentingan untuk AS dan sekutunya.

11.Dan sebab itulah, kita berkumpul di sini untuk melakar satu sejarah baru dalam tamadun manusia.

ZHARIF
PWTC

1 comment:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)