Tuesday, June 16, 2009

UNCLE SAM FED UP SINGA KEMBALI


1. Beberapa hari yang lepas gempar satu dunia apabila pilihanraya Iran yang menyaksikan kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad disambut dengan protes jalanan kononnya ia menggambarkan rakyat Iran menolak pentadbiran Ahmadinejad semula dan percaya pilihanraya di negara teluk itu tidak telus dan penuh konspirasi.
2. Dan yang paling kuat membuat propaganda ini tidak lain adalah media Amerika Syarikat.
3. Saya tidak terkejut jika banyak media channel barat memaparkan protes jalanan ini kerana Amerika ni mana boleh terima kalau demokrasi itu dicabuli tetapi hakikatnya demokrasi yang diagung-agungkan oleh Amerika itu sebenarnya hanyalah Americanization-demokrasi menurut definisi dan acuan mereka, bukan kehendak rakyat sesebuah negara tersebut.Contoh yang paling jelasketika rakyat Palestin bersetuju memilih Hamas sebagai kerajaan Palestin tetapi apa yang respons Amerika?Apakah mereka bersetuju dengan keputusan rakyat Palestin ini? Anda sendiri dapat menilai 'bona fide' Amerika tentang demokrasi.
4.Protes jalanan yang berlaku di Iran sengaja dibesar-besarkan untuk mencemarkan imej negara Islam tersebut di mata dunia. Apa tidaknya selama ini yang banyak memberi masalah kepada Amerika dan Israel untuk dua adik-beradik ini merobek maruah dunia Islam adalah Iran. Mereka takut kalau negara Parsi ini berupaya menjadi pesaing dalam teknologi pertahanan yakni kuasa nuklear dan ini sekaligus menggugat keselamatan Israel( padahal Israel dan Amerika pun ada kuasa nuklear). Tambahan pula Ahmadinejad dilihat sebagai pemimpin Islam yang lantang mengkritik dan mengecam Amerika selepas ketiadaan Tun Mahathir. Terbukti pemimpin negara Iran ini menjadi perisai dan benteng mempertahankan maruah Islam dan menjadi suara kebenaran bagi dunia Islam yang ditindas oleh barat.
5.Saya sendiri mengagumi Ahmadinejad lantaran keberanian beliau mengkritik dan menentang arus apabila secara tidak langsung menolak pengiktirafan bahawa Amerika adalah kuasa besar dan dunia harus ikut telunjuk negara Uncle Sam ini. Meskipun tidak sealiran kerana Ahmadinejad merupakan seorang syiah tetapi sebagai seorang Islam, perbezaan antara sunnah dan syiah tidak seharusnya menjadi halangan untuk sama-sama mempertahankan maruah dan nyawa umat Islam.
6.Lihatlah gambar di atas dan inilah gambaran pemimpin Islam yang sungguh sederhana. Menyambut kemenangan dengan jamuan tanpa meja dan kerusi, tidak perlu makanan dan minuman yang melimpah ruah jauh sekali dengan bajet yang besar. Jarang sekali ada pemimpin Islam yang mahu melakukan sebagaimana pemimpin Iran ini buat saat memperoleh mandat memerintah negara kembali.
7.Kembalinya singa Islam ini pastinya memeningkan uncle Sam yang sudah memasang angan-angan untuk berehat dan tidak perlu mendengar lagi kritikan ataupun kebenaran.
Tetapi Uncle Sam nampaknya terpaksa menutup radio yang mengalunkan muzik puji-pujian terhadap mereka dan kembali menjaga singa Islam ini kembali!

6 comments:

  1. tq abg zharif..

    insya-Allah i will do the best for this sem...

    ReplyDelete
  2. helo zharif.
    semoga berjaya jadi lawyer in future:)
    do the best. dan jangan takut dengan pas segambut ituh. ahahaha:DD

    ReplyDelete
  3. Ini semua perang psikologi yg dimainkan geng uncle sam..mereka takut dgn bayangan.

    Teringat zaman Saddam Hussin di Iraq.

    ReplyDelete
  4. kita perlu berhati-hati dgn iran dan fahamannya... bukan semua yang digambarkan manis belaka

    ReplyDelete
  5. kalau m'sia..dorang akan sambut dgn makanan yg mewah2 gle. yg dibuang sama je dgn jumlah yg dorang makan. sdgkan rakyat m'sia ada yg tak mampu nak dapat satu hidang pon mknan cam dorang.

    ReplyDelete
  6. nape rakyat iran non stop wat rusuhan??
    bg sy,ahmadinejad ni mmg pemimpin yang gile brani!pelik2la remaja zaman skrg kan...
    asyik nk liberal je sampai xboleh berfikir...
    nape la xnk amik iktibar dr ape yang penah jadi kat iraq bila rakyatnya sendiri jatuhkan saddam hussin...at last,tgkla iraq skrg...

    tp sy lihat remaja malaysia pon dah ke arah tu...sob3

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)