Friday, June 26, 2009

PM IN WAITING

1. Saya agak terkejut apabila membaca media alternatif dari pihak pembangkang yang mengatakan bahawa isu kerajaan perpaduan adalah mainan politik UMNO dan kini rencana mereka itu telah gagal.

2. Setahu saya idea ini bukannya datang dari UMNO.Ia timbul dan mula menjadi hangat sewaktu muktamar PAS atas cadangan presiden dan timbalan presiden PAS. Yang saya tahu idea yang datang dari UMNO adalah 1Malaysia, bukannya kerajaan perpaduan.Bahkan pihak pembangkang dan rakyat sendiri setelah idea itu timbul menunggu reaksi dan maklumbalas daripada pihak kerajaan.

3. Mungkin apa yang dimaksudkan mainan politik UMNO oleh PAS ialah parti politik tersebut tidak ikhlas dan mengambil kesempatan atas isu tersebut untuk memecahbelahkan PAS apatah lagi menjelang pilihanraya Manek Urai tidak lama lagi.

4.Tapi kalau dah tahu orang tu tak ikhlas tak payahlah nak bawa isu tersebut dan tunggu respons dari orang yang tak ikhlas tu. Macam buang masa sahaja.Akhirnya impian rakyat dikuburkan dan politik Malaysia tetap menjadi status quo.

5.Anwar Ibrahim tahu PKR tidak mendapat sokongan pengundi Melayu yang kuat sebab itu dia takut kalau PAS bersatu dengan UMNO sebab impian beliau untuk jadi PM akan menjadi semakin kabur.

6.Dengan kekalnya PAS di dalam Pakatan Rakyat bererti pengundi Melayu akan terus kukuh dan akan memberi laluan kepada PR untuk menang dalam PRU yang akan datang. Maka dengan ini bolehlah Anwar keluar dari status 'PM in waiting' kepada PM in Putrajaya.

7.Apabila mengundi PAS bererti memberi kemenangan kepada PR dan membawa kepada terlunasnya impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri selama ini.Tapi apa yang PAS dapat? Apakah dengan mengundi PAS maka tuan presiden,timbalan presiden dalam parti tersebut akan mendapat tempat dalam kabinet?Apakah tuan presiden akan menjadi PM?Apakah Awar akan memperjuangkan agenda Islam yang dibawa oleh PAS?Apakah DAP akan bersetuju jika Anwar memperjuangkan agenda Islam yang dibawa oleh PAS? Apakah negara kita akan berubah di tangan Anwar?

8.PAS akan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan Anwar dan hasilnya akan terus menjadi pemangkin.Tetapi sumbangan mereka dalam PR akan terus dipandang sebelah mata apatah lagi parti DAP yang memang tegar menolak konsep negara Islam pasti tidak akan memberi muka kepada PAS jika PR memerintah negara pasca PRU yang akan datang.

9.Tapi tak apalah.UMNO kan lebih sesat dari DAP.UMNO kan lebih kafir dan tak perjuangkan Islam.UMNO sahajalah yang menolak hukum hudud dan mana boleh PAS bekerjasama dengan parti kafir dan orang sesat. Haram hukumnya. Kalau DAP tu tak apa sebab ada pengecualian dan hukumnya harus bekerjasama sebab dah ada pemimpin mereka yang memakai serban dan boleh membaca Al-Quran.

Kes liwat Anwar
1. Saya tidak mengikuti perkembangan lanjut mengenai kes terbaru Anwar yang dituduh melihat Saiful, bekas pembantu beliau dan ramai rakyat tidak percaya kes tersebut sebab kes yang terdahulu mendapati Anwar tidak bersalah.

2.Benarkah tidak bersalah?

3.Saya tidak pandai mengulas lanjut tetapi saya sarankan anda untuk membaca 'legal reasoning' yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan sewaktu keputusan membebaskan Anwar pada tahun 2004 di sini

4.Tapi kalau tak percaya juga carilah Malayan Law Journal dan bacalah dengan mata anda sendiri supaya tidak menjadi taklid buta lagi.

4 comments:

  1. dalam isu idea...tiada siapa yang benar, tiada siapa yang salah... disebabkan perbezaan pendapat, kita rasa orang tak sehaluan salah... jangan kita termasuk dalam orang yang menghukum...setiap orang ada ulasan, hujah dan fakta yang disandarkan. jadilah orang yang memahami....

    dalam isu liwat, hanya Allah yang mengetahui.. ingat kisah wanita yang mengaku berzina di hadapan Rasulullah dan minta dihukum? malah Rasulullah menolak 3x... sedangkan itu beliau mengaku dan terbukti kehamilannya.. jika benar, doa kita Allah jalankanlah ikut kehendaknya, jika tidak, begitu juga...

    terlalu banyak masa dibuang membicara kisah liwat ini... membuka aib orang, adakah kita tidak takut aib kita dibuka nanti?

    membaca tajuk entri...ingatkan merujuk pada zharif?..amin. cikgu doakan jika itu yang baik, insyaallah

    ReplyDelete
  2. SALAM..
    saya membpunyai 2 blog
    1- http://suarajagat.wordpress.com
    memperkatakan ttg ajaran sesat di malaysia.


    2- http://sitaklukjagat.blogspot.com
    santai informatif ttg politik, isu semasa, orang melayu dan sebagainya.

    harap bloggers dapat add link saya di blog masing2. bertukar link & berinformasi.

    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Apa yg saudara sebutkan dlm entri ni hnyalah andaian belaka....bg sy sifirnya mudah shj, bagi peluang knp pakatan memerintah, klu tiada kebaikan next election pgkah balik UMNO...

    ReplyDelete
  4. salam..
    saya setuju dengan Mr. K. Bagi peluang dengan PR memerintah. Lihat keupayaan mereka, kalau sama je ngan 50 tahun BN memerintah baik tak payah. Bagi je kat BN biar kroni mereka yg dah kaya bertambah kaya dan rakyat marhaen yang memang dah miskin bertambah miskin.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)