Saturday, June 13, 2009

PERPADUAN ATAU CAMPURAN?


1. Sejak muktamar PAS yang lepas sehingga ke hari ini isu kerajaan perpaduan masih belum reda. Saya sengaja untuk mengulas lambat tentang isu ini kerana mahu melihat perkembangan seterusnya seperti yang saya ucapkan kepada sahabat saya, Farid ''politik hari ni cerita lain, esok cerita lain pula.''
2. Mari kita analisis dengan lanjut tentang perkara ini.Abaikan samada ia perlu dipanggil perpaduan atau campuran kerana isu pokok yang perlu diberi perhatian adalah:Apakah mekanisme unity government yang dicadangkan oleh Tuan Guru Presiden PAS?
3.Menurut fikiran rakyat biasa cadangan itu pada hemat saya adalah kemungkinan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO dan langkah ini mungkin boleh menyelesaikan kemelut politik di Perak.
4.Jika PAS bekerjasama dengan UMNO bagaimana pula reaksi komponen parti BN yang lain?Apakah mereka akan bersetuju atau menentang? Dan bagaimana pula parti dalam PR yang lain apakah mereka bersetuju untuk bergabung sama atau membiarkan PAS keluar dan bergabung dengan musuh tradisi mereka?
5. Menurut perkiraan saya jika PAS benar-benar serius untuk bekerjasama dengan UMNO maka harus diselesaikan terlebih dahulu perkara-perkara asas yang menjadi 'pergaduhan' antara kedua-dua parti ini. Kita maklum bahawa PAS lebih cenderung memperjuangkan dasar Islam sementara UMNO lebih bersifat nasionalis. Maka di sini harus dicapai satu titik persefahaman; Jika tidak penyertaan PAS dalam UMNO tidak mengubah kedudukan mereka dalam PR di mana dalam Parti Rakyat itu PAS hanya 'digunakan' untuk mendapat undi Melayu tetapi kebanyakan dasar mereka ditentang oleh DAP terutama isu hudud dan negara Islam.
6. Jika benar-benar serius untuk mendirikan kerajaan bersama UMNO&PAS maka kedua-dua parti ini harus berkompromi dalam beberapa hal; tidak boleh PAS sahaja yang harus menurut kehendak UMNO dan UMNO sahaja yang betul dan menafikan matlamat asal PAS. Ini juga bermakna UMNO perlu menerima hukum hudud yang dicadangkan PAS sementara PAS juga perlu bersedia untuk menerima perjuangan UMNO yang membela kepentingan Melayu.
7.Saya fikir isu-isu perbezaan ini juga tidak perlu menjadi masalah kerana UMNO dan PAS adalah sama-sama Melayu dan Islam. Tak tahula pula saya jika masih ada lagi ahli PAS yang berpegang pada fatwa bahawa UMNO itu parti kafir.
8.Mungkin ini satu petanda dissastifaction PAS terhadap karenah dan pendirian parti DAP dan PKR dalam memainkan fungsi sebagai pakatan pembangkang yang dilihat berpotensi membentuk kerajaan baru pada PRU yang akan datang. Mungkin ini juga satu petanda awal PAS menuntut hak yang sewajarnya dalam PR dan menuntut supaya lebih ramai ahli mereka dilantik dalam kerajaan bayangan DS Anwar. Atau mungkin ini juga satu langkah berjaga-jaga PAS dalam kemelut politik Perak kerana seperti yang diramalkan tidak mustahil DAP akan meletakkan calon melayu dalam pilihanraya akan datang dan sekaligus calon PAS iaitu Ir.Nizar akan diketepikan. Alhasil Pas hanya menjadi sandaran atau alat untuk DAP dan PKR mencapai tujuan masing-masing.
9. Saya sendiri secara peribadi melihat penubuhan PR sebagai satu platform untuk DS Anwar mencapai cita-citanya sejak 11 tahun yang lalu yakni duduk di atas kerusi Perdana Menteri di Putrajaya. Saya tidak dapat melihat halatuju yang lebih jelas dalam PR dan pasti akan timbul lebih banyak perselisihan dalam menubuhkan kerajaan pusat apabila masing-masing mahu buat kepala sendiri. Apa mungkin DAP akan membenarkan PAS mengimplementasi hukum Hudud jika mereka menang dalam PRU yang akan datang?Apakah PKR akan memberikan jawatan perdana menteri itu kepada PAS dan DAP? Saya tidak fikir Anwar akan memberi jawatan PM itu kepada sesiapa kerana itulah impian beliau sejak dahulu lagi. Mungkin ahli DAP yang mahu Karpal Singh jadi PM atau ahli PAS yang mahu Tuan Guru Abdul Hadi menjadi PM hanya tinggal 'mahu' saja atau menunggu sehingga Anwar menghembuskan nafas terakhir di atas kerusi jawatan nombor 1 negara ini.
10. Saya melihat PAS boleh diberi kedudukan sebagai majlis penasihat dalam urusan-urusan pentadbiran kerajaan UMNO yang mana akan guide dasar-dasar kerajaan sesuai dengan ajaran Islam. Ini juga pada hemat saya tidak menimbulkan masalah kepada kaum lain kerana kita sedia maklum PAS juga sekarang ini mempunyai ahli bukan Melayu.Bukankah bentuk pentadbiran seperti ini telah membawa kepada kegemilangan Islam ketika zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab apabila tertubuhnya majlis syura?Apakah menjadi masalah jika PAS dijadikan majlis syura yang akan menasihati pentadbiran UMNO? Apa perlu menegakkan ego masing-masing dan berpegang pada hukum haram bergabung dengan parti yang seagama dan sebangsa? Saya sendiri berpendapat memang perlu ada majlis syura yang saya yakin pemimpin PAS layak untuk menyertai majlis ini yang akan disertai bersama mufti-mufti yang pasti akan membawa negara ini ke arah negara yang lebih maju tanpa meninggalkan dasar-dasar Islamiah.
11. Atau mungkin ini sekadar gimik politik?Atau kesempatan yang ingin diambil menjelang pilihanraya kecil di Manik Urai nanti?
12. Apapun sebagai seorang Melayu dan Islam pastinya saya mahu melihat kedua-dua parti ini bekerjasama dan mencapai titik persefahaman dalam perkara-perkara yang menjadi percanggahan selama ini.
13. Penggabungan kedua-dua parti Melayu&Islam ini pada saya tidak akan menimbulkan political racist atau politik berdasarkan perkauman kerana saya tidak fikir MCA akan bekerjasama dengan DAP.Apapun persetujuan komponen-komponen parti dalam BN juga perlu diambil kira untuk mengukuhkan lagi kedudukan BN di negara ini.
*Tamparan hebat untuk DAP dan PKR supaya tidak memandang PAS sebelah mata.

4 comments:

  1. Pendirian politik saya jelas, saya tidak sokong BN, saya tidak sokong UMNO. Saya orang pembangkang, tetapi saya hanya sokong PAS, saya tidak sokong PKR dan saya tidak sokong DAP.

    PKR parti serpihan UMNO, matlamat perjuangan mereka diragui, sekadar berjuang untuk Anwar Ibrahim. DAP penuh dengan perjuangan kontroversi, acapkali mengusik kemarahan Islam dan bangsa Melayu.

    Percaturan politik mutakhir ini telah banyak menyaksikan, ahli politik dari parti pembangkang yang banyak menimbulkan masalah datangnya dari PKR dan DAP. Yang melompat di Perak, yang letak jawatan di Pulau Pinang, yang beraksi ghairah di Selangor, etc.

    Sebab itu saya hanya selesa dengan PAS. Walaupun PAS mungkin sukar memerintah negara andai tidak bekerjasama dengan sesiapa.

    ReplyDelete
  2. Z,
    sy nampak mcm takde sudahnya polemik ni.
    sy setuju dgn che siah ni...biar PAS jd pembangkang tp sygnya bila PAS kompromi dgn DAP dan PKR s,siapa nak kuda siapa?

    ReplyDelete
  3. pd pendapat sy PAS x perlu bergabung dgn mana-mana parti pun. parti umno perlu ade cabaran... jd bg sy PAS merupakan cabaran yg paling rasional untuk parti kerajaan berbanding DAP ataw PKR.. they keep them grounded... tu sj pendapat sy... maybe a kurg matang... tp itu lah pndapat sy.

    ReplyDelete
  4. salam.
    bg saya.PAS perlu bergabung dgn PKR dan DAP.cuba kita singkap semula pentadbiran Rasulullah di Madinah.bagaimana Piagam Madinah diatur?persoalannya,selagi niat kita satu,yakni membangunkan negara ini sebagai negara ISLAM,kita harus sokong niat itu.zaman Rasullullah juga ada berbilang bangsa dan agama.namun tetap mnjadi perlembagaan terbaik didunia.kerana apa?apabila niat yg dibicara awal tadi,bersatu dgn keihklasan ahli-ahlinya,negara kita tidak akan menjadi negara ISLAM yg letaknya hanya pd nama.kalau kita perjuangkan bangsa,Bani Hasyim adalah bangsa paling baik dimuka bumi,kerana baginda lahir darinya.tp kita sedang perjuangkan agama.melayu,india atau cina kah kita,islam tetap yg terbaik.bergabung dgn parti lain bukan bermakna kita menjadi hamba dan diperhamba.tp perlu digunakan akal,bagaimana untuk menjadikan islam itu yg pertama.PAS tidak akan memerintah kecuali jika dtg keajaiban dr Allah dgn 2 cara;
    1)kerjasama dgn DAP dn PKR tp PAS yg memonopoli.
    2)UMNO mengalah untuk mendahulukan agama dari bangsa.
    wallahualam.

    teringat sy pesan Hassan al-Bana,
    "hendaklah kamu membebaskan tanah air umat Islam dari cengkaman setiap kuasa asing, kerana kebebasan itu adalah hak semulajadi bagi setiap manusia yang tidak pernah diingkari oleh sesiapa pun, melainkan penzalim dan diktatorat."

    "hendaklah kamu membangunkan tanah air kamu yang merdeka itu; negara Islam yang merdeka bagi melaksanakan hukum-hakam Islam dan melaksanakan sistem sosiologi Islam, yang diseru akan prinsipnya yang lurus, dan sampaikan padanya akan seruan dakwah dengan penuh kebijaksanaan, kepada manusia dan sebagaimana tidak tertegak padanya akan sebuah negara Islam, maka sesungguhnya orang Islam telah berdosa keseluruhannya, dan mereka itu bertanggungjawab dihadapan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, kerana kelalaian mereka dalam menegakkannya, dan kelekaan mereka dari menyumbang ke arahnya, dan mengembalikan sisitem pemerintahan bagi umat Islam dengan membebaskan negara umat Islam ini lalu dihidupkan keagungannya semula."

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)