Tuesday, June 23, 2009

MOHON MAAF

1. Pilihanraya semester ini akan sampai ke kemucak esok apabila pengundi akan keluar mengundi seawal jam 8 pagi hingga petang. Saya percaya SPR akan mempunyai kerja yang banyak memandangkan jumlah pengundi lebih ramai dari pilihanraya yang lain.

2. Pilihanraya kali ini melihatkan SPR dan koordinator terpaksa campur tangan. Kehadiran teknologi masa kini seolah-olah dipersalahkan apabila berlaku pertembungan di medan siber dan lebih menjengkelkan apabila melibatkan ad hominem atau personal attack.

3. Adakah saya rasa bersalah dengan entri blog lepas mengenai pilihanraya?Apakah perlu saya membuat permohonan maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam perkara ini?

4.Sebelum itu izinkan saya membuat sedikit penjelasan.

5. Apabila saya telah meletakkan jawatan maka secara rasmi saya bukan lagi hicom atau SPR atau badan-badan khas yang menguruskan hal ehwal pilihanraya dan ini bererti saya hanya ahli biasa yang mempunyai pandangan dan hak untuk memberi pandangan. Bahkan hicom dan spr juga dibenarkan untuk mengundi pada hari esok.Adakah itu dianggap juga sebagai bias?

6.Saya tidak fikir seorang bekas hicom mempunyai pengaruh yang lebih tinggi daripada seorang hicom yang juga lebih jelas dan terang-terangan memberi sokongan kepada calon.

7. Saya menyatakan bahawa pengalaman membuat kerja itu lebih penting dan pada semester ini ada 3 program yang akan dianjakkan lebih awal.Ini bererti dalam masa 3 bulan bermula dari sekarang ada banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam waktu yang sangat sempit.

8.Kalau nak marah saya marahlah. Itu hak anda dan saya juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan memberi pandangan.Kalau tak boleh tahan tak perlulah baca blog saya ni. Blog saya hanya blog ahli pre-lawrian biasa sahaja. Cuma perbuatan menyerang peribadi orang adalah satu perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan kebaikan dan faedah.

9. Kalau saya bias dah tentu saya dah tetapkan calon untuk bertanding dan menjadi proksi saya. tetapi ternyata calon yang saya berpendapat lebih layak itu langsung tidak dicalon atau disokong oleh saya.Saya sendiri pun tidak ada no hp dia dan kalau disebabkan saya ada link blog dia saya juga ada link blog-blog penyokong calon yang lain.

10.Dan saya akan terus menjalankan tugas sebagai pengundi pada hari esok serta ahli biasa pre-law pada hari-hari yang akan mendatang.

11.Bacalah entri blog saya dan tidak ada ad hominem yang saya jadikan sebagai sandaran untuk setiap entri blog saya.

12.Dan saya tidak fikir politik di Malaysia akan bertambah matang pada masa hadapan jika jawatan untuk 3 bulan ini sahaja sudah dijadikan matlamat dan fokus utama,bukannya kerja atau kepentingan pre-lawrians keseluruhannya.

13.Justeru tidak ada mohon maaf yang akan saya ucapkan kerana semuanya telah disampaikan dengan ikhlas.

*Benarlah kata Allahyarham Tun Ghafar Baba...

13 comments:

  1. Bro..

    SELAMAT BERJUANG....

    ~membaca entry kamu ini mengimbau kenangan ketika menjadi calon MPP kampus...rindu rasanya.~

    ReplyDelete
  2. Salam Zack..

    sabar bro..orang yg pandai bercakap mmg begitu..

    teruskan memberi pandangan melalui blog..

    aku yakin ko adalah yang terbaik..

    aku sokong politik malaysia pd mse hadapan mmg akan menjadi sempit dgn ade nye golongan2 seperti ini..

    teruskan perjuangan..gegarkan pengecut...

    ReplyDelete
  3. marah nampaknya...

    cikgu tak tau benda sebenarnya...sibuk mengacau je

    ReplyDelete
  4. pok cik nih pown pelik ngn situasi politik club kta zmn skrg nih..dlu time pok cik muda2 xde smue nih..hurm,pelik3..btw,pok cik rso mu tokseh nk mtk maap kt spa2 pown..bknnye slh mu pown..huhu

    ReplyDelete
  5. Zack, tak perlu minta maaf pada sesiapa. Nama pun pilihan raya kelab, pengenalan awal pada konsep demokrasi di level yang lebih tinggi. Kalau setakat pilihan raya kecil nak cari setiausaha pun sampai bercakaran cara tak matang, nampak sangatlah mereka tidak sesuai menjadi pemimpin.

    Zack bukanlah siapa-siapa, Zack bukan SPR yang perlu menunjukkan sikap berkecuali walaupun ada pilihan hati sendiri. Zack adalah pengundi biasa, kalau Zack mempunyai pengaruh dan pengikut yang mungkin akan ikut mengundi siapa calon pilihan Zack, maka itulah kekuatan Zack! Apa masalahnya? Apa yang salah? Zack berkempenlah terang-terangan untuk calon pilihan Zack, supaya orang lain pun ikut mengundi dia. Itulah politik!

    Pilihan raya yang lalu, akak terang-terangan berkempen untuk calon pilihan akak, malah akak sanggup berkempen supaya orang tidak mengundi calon yang akak tidak suka. Character killing? Mungkin itu yang akak buat, sehingga calon yang akak tidak suka gagal memperolehi kerusi idamannya. Akak sedar akak ada pengaruh di kalangan pre-lawrians, akak gunakan pengaruh itu sebaiknya, beritahu semua orang siapa yang akak nak undi, siapa yang akak tak nak. Kejikah perbuatan itu? Tidak! Itulah politik. Kita berkempen pada orang, tetapi sewaktu memangkah, terpulang sama ada orang itu nak ikut kita atau tak. Bukankah begitu sifatnya sebuah pilihan raya?

    Apa kata Zack declare saja terang-terangan, siapa calon pilihan Zack? Ada berani? Kata nak join politics, this is the introduction...

    ReplyDelete
  6. to srisufi,zul,mawi- thanx for the support

    to cikgu- x marah pun cikgu juz nak buat clear statement tentang entri blog saya yang lepas bertajuk 'calon pengganti'

    to kak asiah- zack dah terang-terangan menyokong min dalam entri blog calon pengganti yang lepas dan zack stick wif the decision. And zack ucapkan terima kasih atas nasihat akak.That's i think the best supporting answer for my explanation =)

    ReplyDelete
  7. hye zack.
    ala,biase la tu.setiap org ade pendapat msg2.
    as long as kite tak mengaibkan sesiapa,itu dikira oendapat yg positif.
    ;))
    sokong anda.

    ReplyDelete
  8. it's okay..it just an opinion...pre-law part 1 sudah sedia utk mengundi!

    ReplyDelete
  9. syafiq, :P:P bawa bertenang ye. Emo2 nnt scandal2 u lari..u yg susah. :):) camne nih. baru pilihan raya dude. kata nk jadi perdana menteri nihh..eish!

    ReplyDelete
  10. ayat no 6 berunsurkn personal attack terhadap hi-com..sila edit ye..

    ReplyDelete
  11. ezwar-itu sinis bukan ad hominem..aku x letak nama sape2 dalam hal tu haha

    ReplyDelete
  12. kesian kau, sampai kena buat blog minta maaf.

    ReplyDelete
  13. iz- tak mintak maaf pun.Tajuk je mintak maaf tapi baris terakhir takde pun aku mintak maaf.Bukan aku buat salah pun

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)