Saturday, June 27, 2009

MENGAPA UMNO DITOLAK

Ini adalah sekadar muhasabah,peringatan dan langkah pencegahan terutama kepada yang menulis blog ini kerana perkara-perkara inilah yang telah menyebabkan parti UMNO ditolak oleh rakyat. Bukan untuk membuka pekung di dada atau memalukan sesiapa tetapi inilah hakikat dari kacamata seorang yang telah lama memerhatikan tindak-tanduk parti ini sejak 6 tahun yang lalu dan inilah beberapa hal yang wajar direnungkan bersama.MENGAPA UMNO DITOLAK RAKYAT.

1. AGAMA
- Tida dinafikan bahawa ahli UMNO adalah Melayu dan beragama Islam tetapi yang menjadi perkara utama ialah parti ini dilihat tidak bersungguh-sungguh memartabatkan Islam di negara ini. Bukan setakat membina masjid-masjid yang indah tetapi pengisiannya harus ada. Tidak salah rasanya jika biro agama UMNO melancarkan bulan bersolat jemaah dan mengisi program-program kerohanian bersama rakyat. Jarang juga lihat pemimpin2 UMNO yang menjadi imam sedangkan merekalah pemimpin dan seharusnya layak menjadi pemimpin dalam agama.

2.SOMBONG
- Masuk kampung atau pedalaman pakai baju smart-smart beratus ringgit, nak buat kerja bersama masyarakat setempat pun terasa kekok sebab takut pakaian mahal tu kotor.Bukan maksud saya pemimpin UMNO tak payah pakai baju yang smart tetapi ikutlah keadaan setempat.Misalnya kalau pergi masyarakat petani maka pakailah baju biasa(t-shirt atau kemejaa) supaya senang dapat beramah mesra dan melakukan kerja-kerja bersama masyarakat tersebut.Tak payahlah nak tunjuk pakai baju itu ini, kereta mewah2 sebab masyarakat lebih suka pemimpin yang low profile dan dekat dengan jiwa mereka.
Selamilah juga jiwa golongan-golongan pekerja seperti pemandu teksi(yang banyak tahu tentang pendapat dan gelagat rakyat), pekerja-pekerja felda, guru-guru, nelayan, peniaga dll supaya mereka rasa dihargai dan pendapat mereka dapat membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar tertentu.

3. CAKAP
-Orang UMNO sangat hebat bila bercakap dan berhujah tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Kemudian janji-janji yang ditaburkan itu juga tidak jelas, abstrak dan sukar difahami. Sebetulnya letaklah unjuran, peratus dan angka-angka untuk mencapai sesuatu matlamat.Contohnya bermatlamat nak melahirkan modal insan berkualiti tetapi bagaimana?Apa yang dimaksudkan berkualiti?Kualiti dari segi apa?Itu yang harus diperincikan supaya mesej yang hendak disampaikan kepada rakyat tu sampai.

4. DUIT
-Masuk UMNO buat duit. Dapat rasuah.Bila dah kaya sikit mula merasuah pula untuk dapat jawatan. Itu yang membezakan parti ini dengan parti lain apabila dilihat pemimpin2 cawangan dan bahagian pun sudah jadi mewah dan kaya-raya belum lagi wakil rakyatnya.Jadi matlamat membela kepentingan Melayu dan Islam sudah dipandang remeh sebab pangkat dan kedudukan sudah membutakan mata dan akhirnya budaya merasuah menjadi amalan. Yang lebih memalukan dah didapati bersalah tetapi hukumannya berbeza sehingga sekarang ni pun yang sudah didapati bersalah merasuah mendapat tempat dalam saf tertinggi UMNO.

5. MESRA BELIA
-Bila buat aktiviti atau program berkaitan belia atau remaja, hanya golongan2 tertentu sahaja yang dapat masuk dan kebanyakan mereka adalah ahli2 pemuda atau putera UMNO.Tak salah kalau nak anjurkan tetapi biarlah tidak tertumpu kepada sesetengah golongan tetapi melibatkan semua, biar golongan muda ini rasa puas dan terlibat sama.Bukan sahaja aktiviti sukan tetapi pimpinan UMNO juga perlu turun padang untuk meninjau dan menyelami masalah sebenar remaja2 yang berpeleseran, melepak tanpa hala tuju kerana mereka ini pasti mempunyai masalah dalaman atau masalah keluarga. Golongan remaja ini sangat dekat apabila hati telah bersentuhan dan insyallah dapat menarik perhatian mereka untuk meneruskan kehidupan, bukan setakat naik turun rumah dan kemudian dapat undi.Tidak.Sama sekali tidak.
Saya pernah terbaca akhbar pembangkang dan ternyata program mendekati golongan2 sebegini telah dilakukan oleh mereka.UMNO bila lagi?Janganlah nampak sangat UMNO ni membuat aktiviti untuk golongan2 muda yang elit sahaja.

6.KAUM
-UMNO kadang-kala dianggap racist oleh kaum-kaum yang lain. Hakikatnya UMNO hanya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan jika mahu stigma ini dikikis maka UMNO boleh menganjurkan aktiviti2 yang tidak terbatas kepada satu kaum sahaja, contohnya pertandingan melukis,mewarna,futsal mahupun sketsa dll. Apabila perkara ini melibatkan semua kaum(terutama kana-kanak) maka kita dilihat tidak ada motif politik dan sudah tentu ini menarik perhatian masyarakat kerana kalau asyik buat aktiviti yang ada motif politik nampak sangat tidak ikhlas. Buat program2 yang fleksibel dan tidak terlalu terdesak untuk dapatkan undi sehingga apa yang dibuat hanya bermotifkan politik dan kemenangan semata.

7. PUBLISITI.
-Kalau buat satu2 kerja semua akhbar nak diletakkan di muka hadapan. Bagi bantuan itu ini sampai dua tiga mukasurat kat akhbar lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya. Tak perlulah nak mendapatkan publisiti atau liputan meluas bila buat kerja.Masyarakat tahu.Rakyat tahu. Benda baik kalau disorokkan sekalipun insyallah Tuhan akan 'memberitahu' juga benda baik tu kepada rakyat dan masyarakat. Bila dah banyak sangat publisiti time buat kerja rakyat mungkin menilai ia tidak ikhlas dan berkepentingan peribadi semata-mata. Contohilah sikap Saidina Umar Khattab dan Sultan Alaudin Riayat Shah.Meskipun kedua-dua mereka sering keluar di waktu malam untuk meninjau masalah rakyat( yang pasti waktu malam tidak ada wartawan yang masih berjaga atau membuat liputan) tetapi kisah mereka berdua yang dilihat sebagai mesra rakyat ini masih sahaja diingati oleh manusia sehingga kini.

8.ISU SEMASA
-UMNO kena peka dengan perasaan rakyat.Kalau dah dasar PPSMI tu sudah dianggap oleh rakyat sebagai membunuh bahasa Melayu maka wajarlah dikaji semula dan ikutlah kehendak rakyat.Isu ISA, apabila minta dikaji semula kenalah kaji dan buat tindakan yang sewajarnya. Isu-isu lain seperti pendidikan,ekonomi,sosial, pengangkutan dsb pun kenalah dengar suara rakyat barulah ambil tindakan sewajarnya.

Cukuplah 8 perkara ini yang saya fikir menjadi punca utama UMNO ditolak. Mungkin ada salah dan mungkin ada yang betul tetapi saya memberi peluang 100% untuk pembaca blog menilai dan memikirkannya. Waalahualam

9 comments:

  1. Sdr. Zharif,saya amat bersetuju dengan pendapat saudara ini. Ia amat bernas sekali. Insya-Allah saya akan usulkan hal ini dalam Mesyuarat MT UMNO tak lama lagi. Sebagai menghargai jasa Sdr.sy ingin mempelawa Sdr.utk hadir ke mesyuarat tersebut sebagai audience.


    p/s : hahaha3x..perasan gler..

    ReplyDelete
  2. saya rasa kadang2 itu semua stigma masyarakat. tapi apabila difikirkan semula mungkin ada kebenarannya. 8 perkara yang Zack utarakan tadi boleh dijadikan kritikan membina buat UMNO.

    ReplyDelete
  3. Salam Zharif, betul sangat2 pendapat adik tu, akak sokong 100%..pemimpin2 UMNO yg dah jauh terbabas tu mmg patut kena banyak komentar dlm blog adik ni, bukan utk menjatuhkan tetapi utk memperbaiki UMNO itu sendiri yg semakin hilang sokongan..

    ReplyDelete
  4. sy sgt mnyokong post ini..walupun sy ni sgt tidak myukai politik, namun sy sering memerhatikan norma2 politik di negara ni...
    perkara wjib yg di lihat apbila mlihat s'org perwakilan umno mestila seorg yg bkereta besar, sgt2 di segani org, pgr rumah nyer tinggi smpai x nmpk org di dlm..walapun di canang konon nyer seorg yg mesra dan dekat dgn rkyat, hakikat nyerrrr mereka sgt jauh dgn msyrkt..hanya klau2 ade mjlis keramaian baru nmpk btgidung..
    itulah ap yg sy nmpk pd stiap pemimpin2 umno di tempt tinggal sy..
    shingga menjadi suatu norma politik pihak di kwasan sy..dan kini kawsan sy berjaya di kuasai pembangkang di ats kcuaian yg dilakukan perwakilan Umno yg lalai dgn tugas mereka

    ReplyDelete
  5. salam bro. setuju sgt dgn ap yg u cakap at atas tu. tp bab 8 especially pasal PPSMI tu mungkin lebih elok dikekalkan pada pendapat saya. kalau tidak silap saya, dalam blog che det, ada dikatakan ttg sepsg ibu bapa yg mengadu kepada beliau yg anak mereka sudah lgsg x memahami sejarah negara sdg kan subjek sejarah ad diajarkan di sekolah. maka apakah yg sebenarnyer pelajar dpt dgn belajar di sekolah? lagilah kalau PPSMI dimansuhkan. apa yg pelajar belajar kat sekolah? pada saya, ianya perlu dikaji dan dirombak supaya polisi itu lebih efisyen dan bukannya dihapuskan terus. i stand to be corrected =)

    ReplyDelete
  6. salam,..
    kenapa kita memandang berat tentang sepasang ibu bapa yang mengadu pada che det anaknya buta sejarah sedang beribu ribu lagi pasangan ibu bapa yg mengadu anak2 nya yg tidak mampu mengusai sains dan matematik hanya dipandang sebelah mata sahaja. PPSMI patut dihapuskan terus.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum......

    pade sy... mugkin ape yg dikate tu btol.... tp mungkin tidak secare menyeluruh..kerane sesetgh pemimpin yang betul mengikut landasan UMNO yg sebenar telah dikaburi oleh sesetgh lg pemimpin yg mempamerkan imej negatif di mate rakyat...
    tu jek pendapat sy.. mgkin kurg matang...

    wassalam

    ReplyDelete
  8. itu semua tafsiran dan pemikiran kotor. Untuk berjuang memerlukan pengorbananan..tohmahan membinasakan menaikkan semangat saya golongan muda untuk memastikan kerajaan yang sediada terus kekal

    ReplyDelete
  9. kelambuharimau
    bukan tohmahan, sekadar pengajaran.Bukan pemikiran kotor tetapi pemikiran rakyat biasa. Jika tidak tahu mana yang buruk apa mungkin kita dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO?Kalau benar itu adalah pemikiran kotor, kotornya di mana?
    Yang buruk didedahkan untuk dijadikan pengajaran dan supaya dapat dielakkan daripada melakukannya lagi.
    saya hargai semangat anda

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)