Thursday, June 18, 2009

MASJID BARU DI UiTM

1. Alhamdulilah pagi tadi secara rasminya telah didirikan sebuah masjid yang akan menjadi pusat kefahaman Islam di UiTM Merbok Kedah. Terasa seperti masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa yang baru bebas dari cengkaman zionis satu ketika nanti dan itulah apa yang saya rasakan ketika menghadiri majlis tersebut dan kami mendapat pelepasan awal untuk keluar dan bersama-sama mengimarahkan majlis tersebut.

2.Saya sangat kecewa apabila ada yang menyalahgunakan pelepasan tersebut.Kepada yang uzur syarie dan yang tak tahu tak apalah. Tapi yang tahu dan buat-buat tak tahu tu yang saya sebal sangat. Kalau bab-bab masjid bab2 agama memang macam2 alasan akan diberi tapi bila bab glamor2,yang havoc2 dan entah apa-apa tu bukan main cepat. Yang tak buat kerja dan yang buat kerja sikit pun claim layak untuk enterframe dan tunjuk muka apa semua.

3. Itu hak oranglah nak pergi ke tidak tapi janganlah suruh orang buat itu ini, tegur orang berjalan malam-malam suruh aktifkan badan-badan agama tapi diri sendiri tak buat. Islam tidak didirikan dengan hanya nahi mungkar(cegah kemungkaran) tetapi juga amar makruf(mengajak dan membuat kebaikan). Itu sebabnya amar makruf datang dahulu sebelum nahi mungkar sebab yang nak mencegah kemungkaran kenalah tunjuk kebaikan dulu.

4. Kerja,assignment,tidur,makan lagi penting dari semua ini dan mungkin lagi sibuk daripada koordinator dan pensyarah2 yang turut datang pagi tadi. Takpala dah sibuk nak buat camna.

5.Walaupun sekarang saya bukan lagi dalam hicom dan menjadi ahli biasa itu tidak akan membuatkan saya diam untuk menegur atau mengkritik jika melihat sesuatu yang tidak kena ataupun yang harus diperbaiki.

6. Masjid tersebut pada saya masih belum siap sepenuhnya dan landskapnya harus diperindahkan lagi supaya lebih menarik ramai siswa dan siswi untuk berjemaah dan melaksanakan aktiviti2 kerohanian. Saya terfikir akan sebuah landskap taman yang dipenuhi bunga-bunga dan kolam air pancut serta laluan kecil untuk para jemaah di halaman masjid tersebut sekaligus memberikan imej yang positif kepada masjid. Mungkin juga boleh disediakan meja dan kerusi untuk para jemaah berbincang seusai solat dan sedikit masa lagi insyallah mungkin boleh dibina perpustakaan kecil untuk siswa dan siswi membuat rujukan agama.

7. Dengan adanya masjid tersebut senanglah nak buat majlis restu ilmu nanti dan saya rasa alasan tak muat dan penuh akan menjadi tidak relevan selepas ini. Saya mencadangkan supaya majlis restu ilmu dan annual dinner boleh dijalankan serentak sebab masa yang ada sekarang ini pun sangat sempit dan kemungkinan annual dinner akan dijalankan pada bulan Ramadhan.Justeru annual dinner semester ini akan menjadi lebih cantik bila dilakukan di tempat ibadah diikuti lagi dengan majlis restu ilmu maka bertambah berkat Tuhan kepada kelab asasi undang-undang.

8.Tapi itu cuma cadangan saya sahajalah. Hanya yang berkuasa sahaja boleh melakukan benda ini.

8 comments:

  1. zack ak sokong ko punya pendapat..

    please no more entertainment 4 pre law club..

    sume majlis wat kat masjid pon ok..

    ReplyDelete
  2. yes2 ija pon sokong! patut kurang sket hiburan. kpala ija pon da penuh dgn lagu2 dbsk..huhu..

    ija tk pgi jugak td. salah pakai baju.

    ReplyDelete
  3. Zack!! Inilah yang selama nih ak nanti2kan drp ko..Well done! Ak totally agree with u Zack! May Allah alwayz bless U!

    ReplyDelete
  4. hurm.. betul3.. eh, sy msk org2 terkecuali... tp ma'e jmpu ade makan2 free td.. hehe..

    bestlah klu next time bt aktiviti2 kat situ.. baru meriah, xlah kosong je.. =D

    ReplyDelete
  5. bgs gak kalo wat annual dinner kat masjid...
    kwsn luar masjid 2 kan luas....
    kalo kita psg khemah cam td, rasenye cukup...tmbh je ckit lg khemah...
    itu je satu2 nye care tuk elak hiburan terlampau ngan pakaian2 yg x sedap mata memandang n pergaulan bebas antara laki ngan pompuan...kalo kat tmpat len, it's beyond our control...

    ReplyDelete
  6. Budak-budak pre-law memang selalu dilabel dengan perkara-perkara kurang baik, especially bab-bab akhlak dan pakaian. Akak pernah condemn in my blog, then ramai yang melenting. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Berapa ramai di kalangan kita yang sanggup buka mulut dan lukakan hati kawan-kawan kita?

    ReplyDelete
  7. erm..macam terase..mmg nisa nak pi pun..siap ajak syasya..tapi dia kate org uzur xelok dekati masjid...xkan dtg situ niat nak mkn..mcm jahat jer..

    ReplyDelete
  8. kak zai pun setuju dgn adik..bagus2 teruskan segala impian dan usaha murni mu itu..

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)