Wednesday, June 24, 2009

KUBUR TIDAK BERNISAN

1. Isu kerajaan perpaduan yang dicanang oleh media-media massa mahupun elektronik sampai ke penghujungnya apabila terpampang gambar pemimpin2 PR yang bersetuju menolak idea tersebut.

2.Sebagai seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam pastinya saya terkilan kerana perkara ini tidak menjadi kenyataan meskipun pada hari sebelumnya Mursyidul Am PAS sudah mengeluarkan kenyataan yang dilihat mula 'berlembut' dan menuju ke arah kerajaan perpaduan.Bahkan beberapa pemimpin mahupun ahli penyokong UMNO mahupun PAS sudah bersedia untuk meletakkan ideologi masing-masing untuk kembali bersatu.

3. Namun begitu menurut laporan akhbar PR bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu ekonomi,pelajaran dan sosial.

4. Saya sendiri kabur dengan perkataan kerajaan perpaduan itu sendiri.Perpaduan dari segi apakah?Bagaimana mekanisma kerajaan tersebut? Apakah pemimpin PAS akan diberi tempat dalam kabinet kerajaan?Tetapi sebelum semua soalan tersebut dirungkai idea kerajaan perpaduan telah ditolak dan akhirnya politik negara kita kembali menjadi status quo.

5. Saya sendiri mencadangkan kerajaan perpaduan itu bererti PAS diberi tempat sebagai majlis syura dalam pentadbiran kerajaan yang akan menasihati kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar sesuai dengan cara pentadbiran khulafa ar-rasyidin satu ketika dahulu.

6.Meskipun ada yang sudah mengeluh dang menganggap ini cuma retorik politik semata-mata, saya tetap optimis bahawa perpaduan UMNO-PAS bukanlah satu yang mustahil.Masih ada ruang untuk bekerjasama dan masih ada peluang untuk menyelamatkan orang Melayu dan Islam. Bahkan saranan PAS untuk meletakkan agenda Islam sebagai agenda utama turut saya persetujui kerana dengan nama Islamlah barulah orang-orang Melayu boleh bersatu dan bekerjasama.

7.Siapa yang tak ambil peduli apabila masalah sosial di kalangan orang Melayu meningkat?Siapa yang tak tahan apabila majalah Mastika mengeluarkan isu-isu sosial seperti gay,murtad, zina,sumbang mahram yang terdiri di kalangan orang Melayu? Bukankah Melayu dan Islam itu satu simbiosis yang tidak dapat dipisahkan?Rosak Melayu maka rosaklah imej Islam di Malaysia ini.Bagaimana bukan Islam mahu menghormati dan tertarik untuk mempelajari Islam jika penganut majoritinya sendiri berkelakuan tidak bermoral dan melanggar ajaran Islam?

8.Kegagalan idea kerajaan perpaduan sekarang tidak menguburkan impian yang saya buat ketika menyambut harijadi tahun ini apabila salah satu perkara yang menjadi impian saya ialah melihat orang Melayu kembali bersatu dari segi politik,ekonomi dan sosial serta sanggup mengenepikan ideologi lama masing-masing demi perpaduan.

9.Sekurang-kurangnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bolehlah tidur lena selepas ini dan tak perlu risau yang PAS akan terlepas dari kawalan mereka.

10.Dan itu sahajalah kebaikan yang saya boleh fikir daripada pembatalan idea kerajaan perpaduan ini.

11.Generasi moden Melayu menganggap idea ini hanya dikuburkan tetapi tidak bernisan kerana ia akan bangkit semula dan menjadi kenyataan pada masa hadapan insyallah.

*Muhasabah untuk UMNO dan PAS...

9 comments:

  1. insyaAllah..dengan kepimpinan Najib dan pembaharuan yang dibawa oleh beliau..tiada yang mustahil...

    ReplyDelete
  2. kak zai melihat adik sebagai bakal pemimpin yang bakal mengegar negara satu hari nanti dan peneraju masa depan negara..tahniah atas pandangan adik yg begitu teliti...Good Luck.

    ReplyDelete
  3. sambut harijadi ke?

    happy birthday lah ya...

    don't be to khuatir, nak tunggu zharif jadi PM nanti kut.... baru settle kerajaan perpaduan ni

    so,meanwhile.. enjoy the view

    ReplyDelete
  4. Sebagai rakyat Malaysia yang perihatin terhadap isu2 semasa,sy berpendapat bahawa politik kita skrg nih berada di puncak kegagalan dan kemusnahan. Oleh itu saya dpt rasakan dgn adanya "Kerajaan Perpaduan" scr x lgsgnya kta dpt membaiki keadaan politik kita semasa. Oleh itu,saya amat bersetuju dgn cadangan mengadakan Kerajaan Perpaduan nih. Cuma kita perlu membuat banyak lagi kajian supaya tidak ada sbrg pertelingkahan mahupun salah paham di antara PAS dan UMNO kelak. Akhir kata,saya amat berharap cadangan ini diterima oleh setiap lapisan masyarakat dan dapat dijalankan segera.

    ReplyDelete
  5. Dunia ini sentiasa berputar, setiap kejadian menjadi sejarah dan putaran sepuluh tahun atau kurang tetap akan mengulangi peristiwa ini..

    Ketika Z jd pemimpin nanti, kita jg akan melihat isu ini..persoalannya mungkinkah ketika itu siapa pula yg merayu dan dirayu, mendesak dan didesak?

    Generasi sekarang kena fikir dan fikir,bertindak dan bertindak supaya PERPADUAN tetap kukuh..itu sj petua utk kemajuan dan kemakmuran.

    Tahniah..teruskan membaca,menulis dan berdebat!!

    ReplyDelete
  6. Bagaimana bukan Islam mahu menghormati dan tertarik untuk mempelajari Islam jika penganut majoritinya sendiri berkelakuan tidak bermoral dan melanggar ajaran Islam?

    kata2 di atas adalah yang paling tepat sekali .. syabas.. :)

    ReplyDelete
  7. salah jugak kalau nk tros menghukum pemimpin2 kita x serius dlm hal ni.sekadar jadikan ia sbgai mainan politik.tp,apa yg dilihat.krisis politik negara kita yg paling menjadi2 bila setiap kali isu dikupas dan dipanaskan,ttp tidak ada penyelesaian yg diberikan.makna nya,kita sbg rakyat yg ternanti2 apa kesudahan kemelut ni,perlu sedar dan sebulat suara sebenanya.jgn biarkan politik negara kita dikawal mereka yg tak sepatutnya.

    ReplyDelete
  8. kita semua muslim tapi berapa ramai yg mukmin? sebelum tengok rakyat. lihat dulu pada pemimpin yg membentuk rakyatnya. ramai yg muslim tapi berapa ramai yg mukmin? no offend.

    arena politik bnyk helah. mungkin pihak PR tak nak pisang berbuah dua kali.

    ReplyDelete
  9. pertama,untuk kita menilai wajar atau tidak kerajaan perpaduan ni seharusnya perlu dilakukan penilaian terhadap asas isu sehinggalah kepada kesannya dan ape masalah yang berlaku di pertengahannya..tok guru haji hadi kate kita laksanakan kjaan ppaduan bila bn boleh tuka perlembagaan umno dari sekular kepada islam yang syumul,dan perkara ini dimanipulasi oleh media arus perdana yg hanya mengambil frasa pertama dengan sengaja meninggalkan frasa pengikat..sehingga timbul salah faham..yang mendatangkan fitnah..tidak pernah wujud percanggahan sebaliknya manipulasi oleh puak berakal kemetot

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)