Wednesday, June 3, 2009

GIVE ME FIVE!!EH NO TENLA!




1. Baru selesai hantar email kepada Datuk Alimuddin Dom berkenaan cadangan mengehadkan pelajar2 SPM untuk ambil sepuluh subjek sahaja.Sesiapa yang berminat nak hantar opini dan pandangan bolehlah hantar kat alimuddin.dom@moe.gov.my


2. Saya tidak berminat untuk bertengkar relevan ke tidak tapi kalau ikut pengalaman sebagai bekas pelajar SPM memang kat sekolah lama dulu yang wajibnya pun dah 11 subjek. Lima subjek teras dicampur lagi dengan bio,fiz,kimia,addmath,EST dengan ICT. Tapi aku 'gatal' sikit tambah lagi dua:ekonomi dan tasawur. Dah minat nak buat camna.


3. Mekanisme 10 subjek. Macammana nak implementasi?


  • Lima subjek teras iaitu BM, BI, MATH,SEJARAH&Pendidikan Islam/Moral.

  • Pelajar Sains tulen diberi dua pakej samada nak ambil pakej Bio&Kimia atau Fizik&Add Math.

  • So sekarang baru ada 7. Yang lebih tiga tu optional la kalau ada yang nak amek ekonomi asas boleh juga, nak ambil est pun xda masalah yang penting jangan lebih sepuluh.

4. Kenapa diberi dua pakej?Lazimnya pelajar yang minat biologi ada kaitan dengan kimia dan biasanya pun kerjaya dua2 subjek ini berkaitan(doktor,farmasi etc) sementara pakej add math dan fizik pun berkaitan juga dengan kerjaya(engineer). Jadi kebanyakan pelajar2 yang minat bio atau kimia(seperti yang sedang menulis ni) komfem akan ada problem kat add math atau fizik(tapi saya lulus jugak).

5. Kenapa pelajar aliran lain maaf saya tak tahu sangat tapi yang saya tahu mereka pun ada ekonomi,perdagangan,prinsip akaun dan add math. Jadi saya serahkan pada yang berpengalaman untuk menentukan pakej apa yang sesuai untuk pelajar2.


6. Akan timbul juga persoalan: nanti boleh timbul juga isu yang student 5A dapat biasiswa tapi yang 8A tak dapat. Dalam kes ini saya berpendapat perhatian perlu diberikan kepada subjek teras dan subjek pakej sementara subjek tambahan(selepas tujuh subjek tersebut) hanyalah optional dan dipertimbangkan untuk masuk ke kursus2 alternatif yang turut menyediakan biasiswa.

7. Sekurang-kurangnya takdela beban sangat student2 ni.Kalau diaorang nak ambil subjek yang tidak sealiran dengan aliran yang diambil itu sendiri punya risiko dan keyakinan la kan. Kalau sanggup kenapa tidak?

*Menunggu keputusan PPSMI. Mungkin saya bertukar pendirian.Eh?Tak tukar, cuma sedikit modifikasi.Apa dia?Tunggu entri blog seterusnya...

2 comments:

  1. Salam saudara Zharif

    Tidak tahu samada kamu perasan atau tidak akan realiti ini..

    ~kuantiti lebih diutamakan berbanding kualiti~

    selebihnya saya yakin kamu tahu akan impak fenomena ini setelah mereka bergelar mahasiswa mahupun bergelar pekerja.

    teruskan menulis!!!

    ReplyDelete
  2. pelbagai jurusan dan pengkhususan..semuanya utk menjadikan generasi yg pakar..kalau pakar dlm satu bidang tetapi hebat di bidang-bidang yg lain lagi cemerlang,gemilang dan terbilang!

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)