Tuesday, June 30, 2009
DEBAT DEBIK
Sunday, June 28, 2009
SETAHUN SUDAH
2. Walaupun cuma setahun sudah berlalu tetapi banyak kenangan dan pengalaman yang telah aku lalui di sini. Yang pahit,manis,masam mahupun masin telah membentuk siapa diri aku sekarang. Meskipun semua peristiwa yang berlaku tidaklah dapat aku ingat tetapi setiap peristiwa tersebut telah membawa aku untuk terus bertahan hingga ke hari ini.
3. Memang dah jadi impian aku untuk mula berdikari dan tinggal berjauhan dengan keluarga.Sebab pada aku itulah 'gentleman' yang sebenarnya.Bahkan masa first time masuk sekolah rendah aku sorang je yang mintak ibu balik padahal mak bapak lain dok menunggu kat luar tingkap. Tak tahulah kenapa aku bersikap demikian tetapi itulah yang membuatkan aku berani dan tidak bergantung sangat kepada parents(meskipun stigma anak bongsu adalah manja sukar dikikis masyarakat).
4.Belajar untuk bertolak ansur apabila dah duduk satu bilik dengan member2. Sebab semua orang tak sama dengan kita. Belajar untuk basuh baju tanpa menggunakan mesin basuh. Belajar untuk mula berjimat.Belajar untuk menggunakan pengangkutan awam yang lebih jimat dan meyakinkan(bas Mara Linear).Belajar untuk berbuka puasa beramai-ramai tanpa panggilan ibu untuk turun berbuka bersama ketika berada di rumah. Belajar untuk mengawal diri dan perasaan.Belajar untuk memahami dan mengerti suasana kampus.
5.Belajar undang-undang adalah satu perkara yang menyeronokkan meskipun kadang-kala istilah perundangannya mengguris jiwa dan menekan perasaan minda untuk memahami dan menghafalnya.Aku sendiri pernah merungut mengapa Tuhan 'mencampakkan' aku ke dalam bidang yang aku langsung tidak minat jauh sekali terfikir untuk mempelajarinya. Stail seorang bakal doktor telah ditukar seratus lapan puluh darjah menjadi seorang bakal pengamal undang-undang.Aku sengaja menggunakan perkataan pengamal undang2 kerana cita-cita aku bukan peguam.Tetapi menjadi diplomat.Itulah jawapan setiap kali orang bertanyakan matlamat aku masuk undang-undang.
6.Tetapi dunia undang2 ini juga membuatkan aku lebih halus untuk berfikir, berbicara setelah mengambil pertimbangan kiri dan kanan, memandang semua perkara dari sisi syiling depan dan belakang, tidak lekas mengatakan orang itu salah atau benar. Semuanya harus dilihat dengan akal yang jernih dan pertimbangan yang sihat. Daripada tidak mengetahui sesuatu perkara hinggalah aku jatuh cinta untuk mengupas lebih lanjut tentang sesuatu isu semasa yang berkaitan dengan undang-undang. Menjadikan aku tergelak kecil jika mendengar orang berbicara tentang isu-isu berkaitan perundangan tanpa bukti dan dasar yang kukuh.Bukan untuk menyombongkan diri tetapi hanya jauhari yang mengenal manikam.
7.Setahun di UiTM mengembalikan semula minat lama terhadap boling dan marathon. Juga kepada dunia perdebatan. Mengendalikan program2 yang mencabar dan tidak semua yang aku lakukan itu berjaya.Hanya orang lain sahaja yang berhak mengadili apakah lawatan dan majlis restu ilmu yang aku handle semester lepas berjaya atau tidak. Kurang atau lebih aku serahkan pada Tuhan.Kerana Dialah sebaik-baik membuat perhitungan dan pengadilan.
8.Kalau semester pertama tagline-nya ialah 'HOMESICK', semester kedua sinonim dengan perkataan 'KUSUT', semester ketiga?Belum lagi difikirkan.Tetapi benarlah kata-kata mereka yang telah mengharungi tiga semester di Merbok bahawa di semester akhir inilah baru kalian akan merasakan dunia perundangan yang sebenarnya.Ada benar di situ. Tetapi mungkin tidak kepada mereka yang masih hidup dalam putaran masanya sendiri tanpa mempedulikan untung sial di masa hadapan.
9.Setahun berlalu.Langkah masih jauh.Perjuangan masih menghembuskan nafas.Pengorbanan akan mematangkan kehidupan. Tetaplah berada di jalan yang benar dan jangan sesekali membiarkan mimpi itu berakhir tanpa sempat digapai.Kerana orang yang berani bermimpi adalah mereka yang berani mengejarnya.Dan meraihnya.Kemudian bermimpi lagi dan mengejar mimpi yang baru itu.Begitulah seterusnya kitaran hidup yang tidak akan putus sehingga ke nafas yang terakhir.
10.UiTM Merbok Sungai Petani akan menjadi sejarah yang berhitam putih saat peperiksaan akhir tahun selesai. Tetapi akan kekal sebagai salah satu daripada jalan cerita hidup yang akan membawa aku ke masa depan yang belum ditentukan kepastiannya....
*Dah lama x guna bahasa-bahasa novel seperti di atas.Sangat rindu untuk kembali menulis...
Saturday, June 27, 2009
MENGAPA UMNO DITOLAK
1. AGAMA
- Tida dinafikan bahawa ahli UMNO adalah Melayu dan beragama Islam tetapi yang menjadi perkara utama ialah parti ini dilihat tidak bersungguh-sungguh memartabatkan Islam di negara ini. Bukan setakat membina masjid-masjid yang indah tetapi pengisiannya harus ada. Tidak salah rasanya jika biro agama UMNO melancarkan bulan bersolat jemaah dan mengisi program-program kerohanian bersama rakyat. Jarang juga lihat pemimpin2 UMNO yang menjadi imam sedangkan merekalah pemimpin dan seharusnya layak menjadi pemimpin dalam agama.
2.SOMBONG
- Masuk kampung atau pedalaman pakai baju smart-smart beratus ringgit, nak buat kerja bersama masyarakat setempat pun terasa kekok sebab takut pakaian mahal tu kotor.Bukan maksud saya pemimpin UMNO tak payah pakai baju yang smart tetapi ikutlah keadaan setempat.Misalnya kalau pergi masyarakat petani maka pakailah baju biasa(t-shirt atau kemejaa) supaya senang dapat beramah mesra dan melakukan kerja-kerja bersama masyarakat tersebut.Tak payahlah nak tunjuk pakai baju itu ini, kereta mewah2 sebab masyarakat lebih suka pemimpin yang low profile dan dekat dengan jiwa mereka.
Selamilah juga jiwa golongan-golongan pekerja seperti pemandu teksi(yang banyak tahu tentang pendapat dan gelagat rakyat), pekerja-pekerja felda, guru-guru, nelayan, peniaga dll supaya mereka rasa dihargai dan pendapat mereka dapat membantu kerajaan melaksanakan dasar-dasar tertentu.
3. CAKAP
-Orang UMNO sangat hebat bila bercakap dan berhujah tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Kemudian janji-janji yang ditaburkan itu juga tidak jelas, abstrak dan sukar difahami. Sebetulnya letaklah unjuran, peratus dan angka-angka untuk mencapai sesuatu matlamat.Contohnya bermatlamat nak melahirkan modal insan berkualiti tetapi bagaimana?Apa yang dimaksudkan berkualiti?Kualiti dari segi apa?Itu yang harus diperincikan supaya mesej yang hendak disampaikan kepada rakyat tu sampai.
4. DUIT
-Masuk UMNO buat duit. Dapat rasuah.Bila dah kaya sikit mula merasuah pula untuk dapat jawatan. Itu yang membezakan parti ini dengan parti lain apabila dilihat pemimpin2 cawangan dan bahagian pun sudah jadi mewah dan kaya-raya belum lagi wakil rakyatnya.Jadi matlamat membela kepentingan Melayu dan Islam sudah dipandang remeh sebab pangkat dan kedudukan sudah membutakan mata dan akhirnya budaya merasuah menjadi amalan. Yang lebih memalukan dah didapati bersalah tetapi hukumannya berbeza sehingga sekarang ni pun yang sudah didapati bersalah merasuah mendapat tempat dalam saf tertinggi UMNO.
5. MESRA BELIA
-Bila buat aktiviti atau program berkaitan belia atau remaja, hanya golongan2 tertentu sahaja yang dapat masuk dan kebanyakan mereka adalah ahli2 pemuda atau putera UMNO.Tak salah kalau nak anjurkan tetapi biarlah tidak tertumpu kepada sesetengah golongan tetapi melibatkan semua, biar golongan muda ini rasa puas dan terlibat sama.Bukan sahaja aktiviti sukan tetapi pimpinan UMNO juga perlu turun padang untuk meninjau dan menyelami masalah sebenar remaja2 yang berpeleseran, melepak tanpa hala tuju kerana mereka ini pasti mempunyai masalah dalaman atau masalah keluarga. Golongan remaja ini sangat dekat apabila hati telah bersentuhan dan insyallah dapat menarik perhatian mereka untuk meneruskan kehidupan, bukan setakat naik turun rumah dan kemudian dapat undi.Tidak.Sama sekali tidak.
Saya pernah terbaca akhbar pembangkang dan ternyata program mendekati golongan2 sebegini telah dilakukan oleh mereka.UMNO bila lagi?Janganlah nampak sangat UMNO ni membuat aktiviti untuk golongan2 muda yang elit sahaja.
6.KAUM
-UMNO kadang-kala dianggap racist oleh kaum-kaum yang lain. Hakikatnya UMNO hanya memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan jika mahu stigma ini dikikis maka UMNO boleh menganjurkan aktiviti2 yang tidak terbatas kepada satu kaum sahaja, contohnya pertandingan melukis,mewarna,futsal mahupun sketsa dll. Apabila perkara ini melibatkan semua kaum(terutama kana-kanak) maka kita dilihat tidak ada motif politik dan sudah tentu ini menarik perhatian masyarakat kerana kalau asyik buat aktiviti yang ada motif politik nampak sangat tidak ikhlas. Buat program2 yang fleksibel dan tidak terlalu terdesak untuk dapatkan undi sehingga apa yang dibuat hanya bermotifkan politik dan kemenangan semata.
7. PUBLISITI.
-Kalau buat satu2 kerja semua akhbar nak diletakkan di muka hadapan. Bagi bantuan itu ini sampai dua tiga mukasurat kat akhbar lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya. Tak perlulah nak mendapatkan publisiti atau liputan meluas bila buat kerja.Masyarakat tahu.Rakyat tahu. Benda baik kalau disorokkan sekalipun insyallah Tuhan akan 'memberitahu' juga benda baik tu kepada rakyat dan masyarakat. Bila dah banyak sangat publisiti time buat kerja rakyat mungkin menilai ia tidak ikhlas dan berkepentingan peribadi semata-mata. Contohilah sikap Saidina Umar Khattab dan Sultan Alaudin Riayat Shah.Meskipun kedua-dua mereka sering keluar di waktu malam untuk meninjau masalah rakyat( yang pasti waktu malam tidak ada wartawan yang masih berjaga atau membuat liputan) tetapi kisah mereka berdua yang dilihat sebagai mesra rakyat ini masih sahaja diingati oleh manusia sehingga kini.
8.ISU SEMASA
-UMNO kena peka dengan perasaan rakyat.Kalau dah dasar PPSMI tu sudah dianggap oleh rakyat sebagai membunuh bahasa Melayu maka wajarlah dikaji semula dan ikutlah kehendak rakyat.Isu ISA, apabila minta dikaji semula kenalah kaji dan buat tindakan yang sewajarnya. Isu-isu lain seperti pendidikan,ekonomi,sosial, pengangkutan dsb pun kenalah dengar suara rakyat barulah ambil tindakan sewajarnya.
Cukuplah 8 perkara ini yang saya fikir menjadi punca utama UMNO ditolak. Mungkin ada salah dan mungkin ada yang betul tetapi saya memberi peluang 100% untuk pembaca blog menilai dan memikirkannya. Waalahualam
Friday, June 26, 2009
PM IN WAITING
2. Setahu saya idea ini bukannya datang dari UMNO.Ia timbul dan mula menjadi hangat sewaktu muktamar PAS atas cadangan presiden dan timbalan presiden PAS. Yang saya tahu idea yang datang dari UMNO adalah 1Malaysia, bukannya kerajaan perpaduan.Bahkan pihak pembangkang dan rakyat sendiri setelah idea itu timbul menunggu reaksi dan maklumbalas daripada pihak kerajaan.
3. Mungkin apa yang dimaksudkan mainan politik UMNO oleh PAS ialah parti politik tersebut tidak ikhlas dan mengambil kesempatan atas isu tersebut untuk memecahbelahkan PAS apatah lagi menjelang pilihanraya Manek Urai tidak lama lagi.
4.Tapi kalau dah tahu orang tu tak ikhlas tak payahlah nak bawa isu tersebut dan tunggu respons dari orang yang tak ikhlas tu. Macam buang masa sahaja.Akhirnya impian rakyat dikuburkan dan politik Malaysia tetap menjadi status quo.
5.Anwar Ibrahim tahu PKR tidak mendapat sokongan pengundi Melayu yang kuat sebab itu dia takut kalau PAS bersatu dengan UMNO sebab impian beliau untuk jadi PM akan menjadi semakin kabur.
6.Dengan kekalnya PAS di dalam Pakatan Rakyat bererti pengundi Melayu akan terus kukuh dan akan memberi laluan kepada PR untuk menang dalam PRU yang akan datang. Maka dengan ini bolehlah Anwar keluar dari status 'PM in waiting' kepada PM in Putrajaya.
7.Apabila mengundi PAS bererti memberi kemenangan kepada PR dan membawa kepada terlunasnya impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri selama ini.Tapi apa yang PAS dapat? Apakah dengan mengundi PAS maka tuan presiden,timbalan presiden dalam parti tersebut akan mendapat tempat dalam kabinet?Apakah tuan presiden akan menjadi PM?Apakah Awar akan memperjuangkan agenda Islam yang dibawa oleh PAS?Apakah DAP akan bersetuju jika Anwar memperjuangkan agenda Islam yang dibawa oleh PAS? Apakah negara kita akan berubah di tangan Anwar?
8.PAS akan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan Anwar dan hasilnya akan terus menjadi pemangkin.Tetapi sumbangan mereka dalam PR akan terus dipandang sebelah mata apatah lagi parti DAP yang memang tegar menolak konsep negara Islam pasti tidak akan memberi muka kepada PAS jika PR memerintah negara pasca PRU yang akan datang.
9.Tapi tak apalah.UMNO kan lebih sesat dari DAP.UMNO kan lebih kafir dan tak perjuangkan Islam.UMNO sahajalah yang menolak hukum hudud dan mana boleh PAS bekerjasama dengan parti kafir dan orang sesat. Haram hukumnya. Kalau DAP tu tak apa sebab ada pengecualian dan hukumnya harus bekerjasama sebab dah ada pemimpin mereka yang memakai serban dan boleh membaca Al-Quran.
Kes liwat Anwar
1. Saya tidak mengikuti perkembangan lanjut mengenai kes terbaru Anwar yang dituduh melihat Saiful, bekas pembantu beliau dan ramai rakyat tidak percaya kes tersebut sebab kes yang terdahulu mendapati Anwar tidak bersalah.
2.Benarkah tidak bersalah?
3.Saya tidak pandai mengulas lanjut tetapi saya sarankan anda untuk membaca 'legal reasoning' yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan sewaktu keputusan membebaskan Anwar pada tahun 2004 di sini
4.Tapi kalau tak percaya juga carilah Malayan Law Journal dan bacalah dengan mata anda sendiri supaya tidak menjadi taklid buta lagi.
Thursday, June 25, 2009
HOPE
2.But I thankful to SPR as the announcement only takes for 10 minutes after 20 minutes waiting and I managed to complete my routine jog this evening.
3.As expected Muhaimin won the secretary post.
4. I don't think that there will be rumours to claim that my influence has give the big impact for her win and I will never claim that too because I think there are more people who work hard and campaign for Min. But then all the voters are the biggest contributor for her won as well as god's will.
5.I would like to wish thank you for all the candidates as they continue the democracy in our club and also to the all pre-lawrians since the percentage of ballot is high and I had been informed that less than 30 pre-lawrians who not voting.That's a sign of support of pre-lawrians in our first activities and I hope the support will continue in future.
6.Now it's time to back on work. No time for rest and lullaby as there are plenty of activities need to be done, not just as verbal but also as in action.
7.And I hope not to hear any reasonable excuses if some activities need to be cancelled as I believe all the hicoms now are hardworking and diligent.
8.All the pre-lawrians also hope for that
Wednesday, June 24, 2009
KUBUR TIDAK BERNISAN
2.Sebagai seorang berbangsa Melayu dan beragama Islam pastinya saya terkilan kerana perkara ini tidak menjadi kenyataan meskipun pada hari sebelumnya Mursyidul Am PAS sudah mengeluarkan kenyataan yang dilihat mula 'berlembut' dan menuju ke arah kerajaan perpaduan.Bahkan beberapa pemimpin mahupun ahli penyokong UMNO mahupun PAS sudah bersedia untuk meletakkan ideologi masing-masing untuk kembali bersatu.
3. Namun begitu menurut laporan akhbar PR bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu ekonomi,pelajaran dan sosial.
4. Saya sendiri kabur dengan perkataan kerajaan perpaduan itu sendiri.Perpaduan dari segi apakah?Bagaimana mekanisma kerajaan tersebut? Apakah pemimpin PAS akan diberi tempat dalam kabinet kerajaan?Tetapi sebelum semua soalan tersebut dirungkai idea kerajaan perpaduan telah ditolak dan akhirnya politik negara kita kembali menjadi status quo.
5. Saya sendiri mencadangkan kerajaan perpaduan itu bererti PAS diberi tempat sebagai majlis syura dalam pentadbiran kerajaan yang akan menasihati kerajaan dalam melaksanakan dasar-dasar sesuai dengan cara pentadbiran khulafa ar-rasyidin satu ketika dahulu.
6.Meskipun ada yang sudah mengeluh dang menganggap ini cuma retorik politik semata-mata, saya tetap optimis bahawa perpaduan UMNO-PAS bukanlah satu yang mustahil.Masih ada ruang untuk bekerjasama dan masih ada peluang untuk menyelamatkan orang Melayu dan Islam. Bahkan saranan PAS untuk meletakkan agenda Islam sebagai agenda utama turut saya persetujui kerana dengan nama Islamlah barulah orang-orang Melayu boleh bersatu dan bekerjasama.
7.Siapa yang tak ambil peduli apabila masalah sosial di kalangan orang Melayu meningkat?Siapa yang tak tahan apabila majalah Mastika mengeluarkan isu-isu sosial seperti gay,murtad, zina,sumbang mahram yang terdiri di kalangan orang Melayu? Bukankah Melayu dan Islam itu satu simbiosis yang tidak dapat dipisahkan?Rosak Melayu maka rosaklah imej Islam di Malaysia ini.Bagaimana bukan Islam mahu menghormati dan tertarik untuk mempelajari Islam jika penganut majoritinya sendiri berkelakuan tidak bermoral dan melanggar ajaran Islam?
8.Kegagalan idea kerajaan perpaduan sekarang tidak menguburkan impian yang saya buat ketika menyambut harijadi tahun ini apabila salah satu perkara yang menjadi impian saya ialah melihat orang Melayu kembali bersatu dari segi politik,ekonomi dan sosial serta sanggup mengenepikan ideologi lama masing-masing demi perpaduan.
9.Sekurang-kurangnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bolehlah tidur lena selepas ini dan tak perlu risau yang PAS akan terlepas dari kawalan mereka.
10.Dan itu sahajalah kebaikan yang saya boleh fikir daripada pembatalan idea kerajaan perpaduan ini.
11.Generasi moden Melayu menganggap idea ini hanya dikuburkan tetapi tidak bernisan kerana ia akan bangkit semula dan menjadi kenyataan pada masa hadapan insyallah.
*Muhasabah untuk UMNO dan PAS...
Tuesday, June 23, 2009
MOHON MAAF
2. Pilihanraya kali ini melihatkan SPR dan koordinator terpaksa campur tangan. Kehadiran teknologi masa kini seolah-olah dipersalahkan apabila berlaku pertembungan di medan siber dan lebih menjengkelkan apabila melibatkan ad hominem atau personal attack.
3. Adakah saya rasa bersalah dengan entri blog lepas mengenai pilihanraya?Apakah perlu saya membuat permohonan maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam perkara ini?
4.Sebelum itu izinkan saya membuat sedikit penjelasan.
5. Apabila saya telah meletakkan jawatan maka secara rasmi saya bukan lagi hicom atau SPR atau badan-badan khas yang menguruskan hal ehwal pilihanraya dan ini bererti saya hanya ahli biasa yang mempunyai pandangan dan hak untuk memberi pandangan. Bahkan hicom dan spr juga dibenarkan untuk mengundi pada hari esok.Adakah itu dianggap juga sebagai bias?
6.Saya tidak fikir seorang bekas hicom mempunyai pengaruh yang lebih tinggi daripada seorang hicom yang juga lebih jelas dan terang-terangan memberi sokongan kepada calon.
7. Saya menyatakan bahawa pengalaman membuat kerja itu lebih penting dan pada semester ini ada 3 program yang akan dianjakkan lebih awal.Ini bererti dalam masa 3 bulan bermula dari sekarang ada banyak aktiviti yang perlu dilaksanakan dalam waktu yang sangat sempit.
8.Kalau nak marah saya marahlah. Itu hak anda dan saya juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri dan memberi pandangan.Kalau tak boleh tahan tak perlulah baca blog saya ni. Blog saya hanya blog ahli pre-lawrian biasa sahaja. Cuma perbuatan menyerang peribadi orang adalah satu perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan kebaikan dan faedah.
9. Kalau saya bias dah tentu saya dah tetapkan calon untuk bertanding dan menjadi proksi saya. tetapi ternyata calon yang saya berpendapat lebih layak itu langsung tidak dicalon atau disokong oleh saya.Saya sendiri pun tidak ada no hp dia dan kalau disebabkan saya ada link blog dia saya juga ada link blog-blog penyokong calon yang lain.
10.Dan saya akan terus menjalankan tugas sebagai pengundi pada hari esok serta ahli biasa pre-law pada hari-hari yang akan mendatang.
11.Bacalah entri blog saya dan tidak ada ad hominem yang saya jadikan sebagai sandaran untuk setiap entri blog saya.
12.Dan saya tidak fikir politik di Malaysia akan bertambah matang pada masa hadapan jika jawatan untuk 3 bulan ini sahaja sudah dijadikan matlamat dan fokus utama,bukannya kerja atau kepentingan pre-lawrians keseluruhannya.
13.Justeru tidak ada mohon maaf yang akan saya ucapkan kerana semuanya telah disampaikan dengan ikhlas.
*Benarlah kata Allahyarham Tun Ghafar Baba...
Monday, June 22, 2009
FILEM TERBAIK MINGGU INI
Sunday, June 21, 2009
6-3=3
2. Setelah hampir setahun meninggalkan dunia perdebatan aku membuat kemunculan pertama di universiti.Awalnya memang terkejut sebab cara debat di universiti berbeza dengan sekolah dahulu. Jadi nak dapatkan kembali rentak debat itu aku perlukan masa kira-kira dua hari jugak dalam bengkel debat yang menjemput bekas-bekas pendebat seperti Sol,Yazid,Akeem,Muafi dan Syahid.
3.Tak mahulah jelaskan satu per satu tentang pengalaman dari hari pertama sampai habis cuma banyaklah pengalaman yang aku dapat dan paling penting istilah2 dalam dunia debat iaitu laha, margin,konseptual telah menjadi perbendaharaan kata yang baru untuk aku sepanjang bengkel berlangsung.
4.Sebenarnya ketika semester pertama tu aku memang xde niat pun nak masuk debat yela junior lagi kan taknaklah nampak over2 sangat tapi ada niat nak masuk debat ketika part2 tapi terikat dengan hicom.Jadi tumpuan aku hanya untuk hicom dan hicom sahaja tidak untuk benda2 lain.Bila dah masuk part3 aku dah xda jawatan hicom, aku mula mempertimbangkan cadangan Sol untuk masuk debat dan aku setuju.
5. Tugas dalam debat masih sama seperti dahulu; first speaker dan menjadi tradisi dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 memang dalam debat komfirm aku dapat pihak kerajaan dan jarang sekali dapat pembangkang.Tapi fungsi first speaker tu dah lain apabila dia perlu membawa konsep debat yang betul.Kalau salah konsep habislah usul tersebut.
6.Dan perkara itulah yang menyebabkan aku kecewa apabila tewas pada pertandingan debat intra-asasi prelaw ni apabila kekalahan pasukan kerajaan disebabkan konsep yang dibawa oleh aku rapuh dan hancur.Tapi itulah, kita akan banyak belajar dan mula kembali bersemangat apabila kita tewas dan gagal.
7.Malam semalam dua debat 'pemanas badan' dengan satu menang dan satu kalah. Hari ini bila pusingan debat tu bermula,alhamdulilah masuk ke separuh akhir.Aku pun x pernah expect boleh masuk sampai separuh akhir sebab tak bercita2 pun nak masuk; hanya nak timba pengalaman sahaja. Tapi itulah spirit apabila aku kalah maka 'waktu kekalahan' itu telah menjadi ubat dan senjata untuk aku lawan dan berjuang semula.
8.Pusingan pertama tewas sebelum diikuti dengan dua kemenangan pada pusingan seterusnya dan ketika sampai di peringkat separuh akhir kami tewas.Tewas dengan margin yang lebih kecil iaitu margin 1(kami menentang pasukan yang sama pada malam semalam apabila tewas dengan margin4) dan tewasnya kami itu bukan sebab fakta tetapi boleh aku katakan atas dasar 'pengalaman'.Meskipun hanya menentang pasukan part1 tetapi pasukan lawan tersebut pernah diasuh dan diajar oleh UIA sewaktu sekolah dulu.Diaorang lagi fasih dan pandai bercakap tapi kekuatan fakta dan idea memang berpihak kepada kami.
9.Dalam 6 debat yang aku masuk bermula dari malam semalam, 3 kali aku jadi pendebat terbaik. Tapi pendebat terbaik ini pada aku tidak dapat diraih tanpa sokongan member2 sepasukan iaitu Adeela,Adik Ila dan Adik Ain.Sekali lagi pendebat terbaik itu patutnya bukan aku yang dapat sebab menurut perkiraan aku pengalaman Adeela sebagai pendebat Uitm itu sebenarnya menjadi kekuatan pasukan kami.Dialah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada aku dan dia juga terpilih sebagai pendebat terbaik ketika pusingan kedua hari ini apabila Adeela berjaya menyelamatkan pasukan kami.
10.Alhasil, syukur dengan nama Tuhan aku terpilih untuk masuk dalam tim debat elit Pre-Law Kedah.Aku sehingga sekarang rasa xlayak untuk perkara itu kerana masih banyak lagi perkara yang harus aku perbaiki dan aku melihat perkara ini dengan lebih jauh iaitu status elit pre-law itu akan membawa maruah pre-law club dalam apa2 jua pertandingan debat sebelum ini. Jadi tim baru aku ialah dengan adik Alya dan Quratu Ain.
11. Apabila melihat kembali komen rakan sekelas iaitu Sakinah apabila dia menulis aku layak masuk debat ketika semester lepas,aku mula ragu-ragu akan hal itu dan pada selama bengkel debat yang bermula pada hari khamis sehingga sabtu keraguan itu hapus sama sekali.Insyallah aku akan cuba untuk memperbaiki lagi perfomance dan bukanlah dengan terpilih sebagai tim elit pre-law kedah itu telah membuktikan bahawa aku benar-benar elit tetapi itu satu cabaran untuk dipikul dan untuk dibuktikan.
12.Dan terima kasih juga kepada keluarga dan member2 lain seperti Ustaz Firdaus dan Hanisa serta member2 lain seperti Zaidi,Dee,Bob dan Azri yang juga memberi sokongan untuk aku berdebat.Oh ya tidak lupa juga kepada Presiden Sukarno kerana saya telah menjadikan cara beliau berucap dan gaya percakapan beliau itu sebagai contoh untuk saya berhujah dan berucap.
*Membuka tawaran untuk Adeela join tim elit debat =)
Thursday, June 18, 2009
MASJID BARU DI UiTM
2.Saya sangat kecewa apabila ada yang menyalahgunakan pelepasan tersebut.Kepada yang uzur syarie dan yang tak tahu tak apalah. Tapi yang tahu dan buat-buat tak tahu tu yang saya sebal sangat. Kalau bab-bab masjid bab2 agama memang macam2 alasan akan diberi tapi bila bab glamor2,yang havoc2 dan entah apa-apa tu bukan main cepat. Yang tak buat kerja dan yang buat kerja sikit pun claim layak untuk enterframe dan tunjuk muka apa semua.
3. Itu hak oranglah nak pergi ke tidak tapi janganlah suruh orang buat itu ini, tegur orang berjalan malam-malam suruh aktifkan badan-badan agama tapi diri sendiri tak buat. Islam tidak didirikan dengan hanya nahi mungkar(cegah kemungkaran) tetapi juga amar makruf(mengajak dan membuat kebaikan). Itu sebabnya amar makruf datang dahulu sebelum nahi mungkar sebab yang nak mencegah kemungkaran kenalah tunjuk kebaikan dulu.
4. Kerja,assignment,tidur,makan lagi penting dari semua ini dan mungkin lagi sibuk daripada koordinator dan pensyarah2 yang turut datang pagi tadi. Takpala dah sibuk nak buat camna.
5.Walaupun sekarang saya bukan lagi dalam hicom dan menjadi ahli biasa itu tidak akan membuatkan saya diam untuk menegur atau mengkritik jika melihat sesuatu yang tidak kena ataupun yang harus diperbaiki.
6. Masjid tersebut pada saya masih belum siap sepenuhnya dan landskapnya harus diperindahkan lagi supaya lebih menarik ramai siswa dan siswi untuk berjemaah dan melaksanakan aktiviti2 kerohanian. Saya terfikir akan sebuah landskap taman yang dipenuhi bunga-bunga dan kolam air pancut serta laluan kecil untuk para jemaah di halaman masjid tersebut sekaligus memberikan imej yang positif kepada masjid. Mungkin juga boleh disediakan meja dan kerusi untuk para jemaah berbincang seusai solat dan sedikit masa lagi insyallah mungkin boleh dibina perpustakaan kecil untuk siswa dan siswi membuat rujukan agama.
7. Dengan adanya masjid tersebut senanglah nak buat majlis restu ilmu nanti dan saya rasa alasan tak muat dan penuh akan menjadi tidak relevan selepas ini. Saya mencadangkan supaya majlis restu ilmu dan annual dinner boleh dijalankan serentak sebab masa yang ada sekarang ini pun sangat sempit dan kemungkinan annual dinner akan dijalankan pada bulan Ramadhan.Justeru annual dinner semester ini akan menjadi lebih cantik bila dilakukan di tempat ibadah diikuti lagi dengan majlis restu ilmu maka bertambah berkat Tuhan kepada kelab asasi undang-undang.
8.Tapi itu cuma cadangan saya sahajalah. Hanya yang berkuasa sahaja boleh melakukan benda ini.
Wednesday, June 17, 2009
CALON PENGGANTI
2.Tapi moment tu tak lama sebab aku kena pergi jugak ke depan untuk memberi taklimat tentang global peace department.Selepas taklimat itu jugak aku memberi teguran terhadap segelintir pelajar-pelajar pre-law.
3.Bukan maksud untuk mengutuk sesiapa tetapi pada saya itu satu tanggungjawab yang harus dilakukan dan perlu dilakukan.Jika tidak ia akan membawa kepada satu perkara yang lebih memalukan kepada kelab.
4.Mungkin itu juga kali pertama saya bercakap soal agama kerana saya sendiri tidak menganggap bahawa saya layak untuk berbicara mengenai agama.Selesai sahaja memberi taklimat bermula sesi penamaan calon.
5.Awalnya trend penamaan seperti mahu mengenakan member2 sendiri tetapi di akhirnya saya difahamkan cuma ada dua calon sahaja(Min dan Diana) yang bakal menggantikan tempat saya sebagai setiausaha agong Pre-law club.
6.Saya ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka berdua kerana akan bertanding untuk jawatan yang pada hemat saya sangat penting. Hakikatnya saya sendiri mahu jawatan itu diisi oleh kaum hawa kerana mereka lebih rajin dalam kerja2 menulis dan menaip.
7.Saya tidak mahu kelihatan bias dalam memilih siapa yang layak tetapi jika dilihat dari segi pengalaman saya pernah bekerja secara tidak langsung bersama Min. Min aktif dalam menjayakan program charity ketika law fiesta lepas dan dilihat sangat aktif dalam bekerja. Sementara Diana pula secara jujurnya beliau masih belum diberi peluang untuk mengetengahkan bakat kepimpinannya dan pada saya keputusan sem2 beliau dianggap satu 'advantage' kepada diri beliau dan juga pre-law club keseluruhannya.
8. Pastinya saya mahu melihat orang yang berpengalaman mengendalikan kerja untuk melaksanakan tugas sebagai setiausaha kerana dia akan dibebani dengan banyak kerja2 dan surat-menyurat. Jadi pilihan utama saya adalah Min sementara Diana pula saya fikir boleh dimasukkan ke dalam biro setiausaha yang akan membantu Min serta naib setiausaha kelak.
9.Min memerlukan bantuan naib setiausahanya dan juga bironya sendiri untuk menguruskan hal ehwal setiausaha. Mungkin semester ini setiausaha dan bironya boleh membuat laporan mingguan mesyuarat dan juga buletin berkenaan Pre-law club di memo board atau di blog rasmi kelab yang boleh menjadi bahan bacaan dan informasi pre-lawrians yang lain.
10. Berkenaan soal lawatan saya tidak memaksa atau mewajibkan pengganti saya ini untuk meneruskan program ini.Kalau dia nak buat buatla saya tak marah pun kalau xnak buat tapi cuma satu yang ingin saya pesan: Anda tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak. Jadi buatlah keputusan dan tindakan yang betul dan yakinlah anda telah melakukan yang terbaik untuk kelab.
11. Bukanlah soal jawatan itu yang penting tetapi samada kerja itu jadi atau tidak yang menjadi persoalan.Saya mengharapkan semoga setiausaha baru ini akan lebih baik dari yang dulu dan mampu mengaktifkan lagi kelab asasi undang-undang ini.
12.Saya mendoakan yang terbaik untuk pre-lawrians semua dan selamat mengundi!
*Tak sabar nak kasi fail2 setiausaha kat su baru
Tuesday, June 16, 2009
UNCLE SAM FED UP SINGA KEMBALI
Sunday, June 14, 2009
PILIHAN
Saturday, June 13, 2009
PERPADUAN ATAU CAMPURAN?
Friday, June 12, 2009
I THINK SO
2. I even mentioned that the biggest failure of Anwar was his ambition of new government 16 september remained elusive. Yet he still an opposition leader and not sitting on the chair of prime minister in Putrajaya. It is not simply to overthrown a government even it is just a simple majority. Not only that there will be also a problem to mr.Anwar as he become the Prime Minister by the topple tactic since his government also will made up by simple majority.
3. I think the best way to wait until new election should we?But can his influence still there up until 2013?I let the people to say so.
4.But my friend response that the topple of PR govt at Perak can be happen. I don't take it as synical but just a counter-argument on my view but in fact I don't take a chance to refute back. Why?Because I still uphold to my principle:not until fresh election should be held.Just wait for 3 years and then we can start again, not by simply to get 'frog' members.
5. Oh in fact I simply reject mr.Anwar to become the Prime Minister beside of his view on satanic verses 16 years ago but I don't think I would like my leader to say something harsh like 'haram jadah' and so on. In fact I believe Islam forbid it and also restrict of what we call 'membuka aib orang'. Because for me to achieve something any action should be allowed eventhough it is haram and forbidden. We need an ethical adn maturity of politic not by the cheap one.
6. Maybe not 16 September because democratic still not be preserved yet in our country as he mentioned during the interview with France channel(he claimed that motion of no confidence had been denied in order to form new govt during 16 sept). If that so why not to wait for the next national election?Not that easy and not so fast to get something.
7.You give the idea how to stole money and someone stole the idea and use it to you.You may charged him for robbery or infringed but both you and the alleged share the common thing in moral view:both of you ignore to place a moral value as a quantum to achieve something!
Wednesday, June 10, 2009
SISTER IN ISLAM: THE NEED TO REVIEW
2. PAS had give a clear message to ban or haram this organisation as it contradict with syariat Islam.
3. I am not the one who deeply know about this organisation instead I am not the one who always support its stand. But in my knowledge I know that SIS is the one that promoting rights for Muslimah or Islamic Women.
4. For me to ban is kind of rash action. If there is something issues rise up regarding with Islam or women rights then I suggest for a room of discussion that consist of SIS itself,scholar,government and PAS itself if they want to.
5. I am not promoting liberalisme but to ban as immediate action is kind of undeeply thinking about the consequences of the action. What we should do is to open up discussion, clear out any doubt and mostly to give clear image and perception on Islam.
6.Islam did not denied the rights of women.In fact Prophet Muhammad once said Education is subjected to all women and men. Furthermore such woman action like Siti Hajar the wife of Prophet Ibrahim has been adopted in pilgrimage principles.
7.But to have equal rights in every aspects are impossible. If SIS wants to have equal in all things then I suggest there should not be categories of man and woman in sports competition.
8.There is a limit in having equal rights. In jamaah prayer as example there is a hadith that clarify the position of jamaah in prayer. But women rights has been preserved since Muhammad saw era until now.There is a lot of Islamic figure in Islam such as Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Rabiatul Adawiyah and etc that contribute in Islam.
9. I also believe that for every great man there will be always a great woman behind him. So to protect woman right is obligation in Islam and any gap in certain area such as education, politics,economy,sports(now woman who wearing tudung can enter competition) and others should be discuss and review back in order to protect Islam's image.
10.Some argues that women should choose what they want to wear as they please and this perception I guess will lead to a stand that tudung is not compulsory.
11. If something valuable will you show it to public. Did you ever saw someone hold RM50 or RM100 in public and show it to other people? I guess not.Even you will never see Queen Elizabeth wear her crown in public. So tudung in Islam is just a sign of women honour and protect the beautiful of women.
12.If you think road signs and traffic light control your life then think again. They(road signs and traffic light) do not control but to guide you so that you can arrive at your destination safely.
13.And so do with Islam
KOREA MENYERANG BUDAK MALINJA?
First I don't believe
As I know that the Korean is already in the mind and heart of masrians and mahsurians(i know:the DBSK)
but now it is for real
Korean hits Malinja
Me, my roomates as well as my classmate(especially Nizam Corleone) hypnotized by them
At least we will hear their song about 5 times a day( at least)
It's kinda weird as we don't understand what they song
except for the nobody,nobody but you
Wonder girls in Malinja???
We are into them
I into them in the fact of....
*Escapisme from the turbulence of recent situation.Need of little entertainment guys
Tuesday, June 9, 2009
KENAPA SAYA MELETAK JAWATAN
2.Jawatan itu satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan oleh Tuhan di akhirat kelak. Bahkan sebelum saya meletakkan jawatan berkali-kali saya melihat kembali manifesto saya sebelum bertanding semester lepas dan saya masih lagi tertanya2 samada saya berjaya melaksanakan misi tersebut.Hanya Allah sahaja yang tahu dan hanya pre-lawrians sahaja yang dapat menilai kerja-kerja saya.
3.Ada yang akan menilai saya gagal dan ada yang akan menilai saya berjaya tetapi jika saya diminta untuk evaluate kerja saya sendiri maka jawapannya adalah: saya berasa sangat puas dapat bekerja dengan semua pre-lawrians dan ternyata anda(pre-lawrians uitm kedah) yang telah menjadi first source of motivation untuk saya bekerja dan melaksanakan projek2 yang saya perlu handle pada semester lepas.
4.Boleh saja saya batalkan projek2 tersebut dengan pelbagai 'alasan-alasan' yang munasabah tetapi itu bukan cara saya bekerja. Sebagai seorang anak tentera saya diajar untuk menyediakan Plan B sekiranya Plan A tidak berhasil. Sebab itu saya tidak suka sebarang excuses(melainkan kalau dah memang terdesak) sebab mesti ada jalan penyelesaian.Mesti ada.
5. Saya tidak mahu menceritakan satu demi satu pengalaman pahit atau manis sepanjang menjawat jawatan tersebut kerana apa yang saya dapat secara keseluruhan adalah:kepuasan. Saya tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pre-lawrians dan ada beberapa perkara yang saya anggap saya gagal dalam menjalankan tugas sebagai setiausaha tetapi sebagai manusia itulah hakikat ciptaan Tuhan bahawa kita tidak sempurna.
6. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mantan koordinator dan koordinator baru pre-law serta bekas mentor2 part3 sesi disember-april 2009, kepada member2 yang telah banyak menyokong dan semua yang telah menyokong kerja2 saya selama ini.terima kasih.
7.Tetapi inilah bukanlah bererti saya telah berhenti daripada menyumbang.Tidak. Saya lakukan ini demi kepentingan orang banyak. Saya yakin dan percaya menjadi pemimpin bukanlah hanya kita saja yang menjadi pemimpin tetapi keberhasilan seorang pemimpin adalah bila dia dapat melahirkan lebih ramai pemimpin. Justeru saya yakin akan ada setiausaha yang lebih berwibawa dan mampu melaksanakan kerja-kerja dengan lebih baik dan bagus.
8. Ini merupakan satu proses pendidikan untuk menjadikan saya termasuk ke dalam daftar orang2 yang menganggap kerja itu sebagai satu panggilan hati dan sanggup melepaskan jawatan demi kepentingan ramai seperti yang dilakukan oleh Presiden Sukarno dan Abuya Hamka.
9. Saya akan bertanggungjawab sebagai founder dan pemangku presiden untuk Perdana Global Peace Youth Organisation yang merupakan sayap baru kepada Perdana Global Peace Organisation. Serentak dengan itu juga saya mengumumkan sebuah jabatan baru dalam pre-law club iaitu global peace department selepas debat dan greenday mempunyai jabatan masing-masing.
10. Saya hanya mahu membawa pre-law club ke satu tahap yang lebih tinggi, lebih berani dan berasa bangga dengan identiti sebagai pengamal profesion undang-undang.Dan PGPYO akan menggabungkan universiti2 lain di Malaysia untuk bernaung di bawah satu tujuan iaitu mengharamkan peperangan di peringkat global dengan satu nama iaitu Perdana Global Peace Youth atau PGPYO.
11. Alhamdulilah setakat ini respons yang diberikan sangat baik cuma saya memerlukan beberapa orang untuk menjadi committee yang akan menggerakkan Global Peace Department yang akan menguruskan sebarang event2 dalam UiTM Kedah. Mereka(the committee) juga akan menjadi sebahagian AJK untuk PGPYO dan akan wajib untuk menghadiri forum yang akan berlangsung di Kuala Lumpur dalam bulan Ogos nanti.
12.Setakat ini saya baru mendapat pengesahan UiTM Shah Alam(thanx fyza) untuk bergabung dalam PGPYO ini dan saya berharap lebih ramai yang akan bergabung dalam organisasi ini untuk sama-sama menunjukkan solidariti kita menentang sebarang bentuk peperangan dan membawa mereka yang bersalah ke tribunal dan dibicara atas jenayah perang.
13. Saya akan memulakan tugas baru ini bermula esok dan insyallah minggu depan ketika mesyuarat kedua sudah ada event yang saya boleh announce untuk dijadikan aktiviti pre-law club berkaitan dengan Global Peace Department.
14. Kepada setiausaha baru jangan risau semua kerja dah siap dan hanya perlu untuk digerakkan sahaja. Saya meninggalkan jawatan ini ketika ia dalam keadaan baik dan sempurna sementara kepada hicom yang lama kalian akan terus mendapat sokongan 100% daripada saya.Tidak ada sebab saya perlu memprotes dan memboikot kerana itulah tanda keikhlasan dan kebesaran jiwa saya. Tidak mungkin saya akan menyebabkan kelab ini berpecah kepada berpuak-puak kerana pada saya apa yang penting bukanlah populariti atau nama saya untuk diingati, tetapi adalah pre-lawrians yang perlu menjadi prioriti utama semua.
15. As a part of Mahathirism I would like to quote his style that 'berhenti ketika sudah berada di atas dan sedang dalam keadaan baik dan popular. Jangan berhenti ketika orang sudah membenci dan dalam keadaan huru-hara'.
16. I guess I have done this and everything is fine for the new secretary as all the proposal and letters are there and just get it from me after you win the post =)
17. Once again a special honour of thanks to all pre-lawrians from the bottom of my heart and still it is not the end of everything. I'm still looking for the cooperation from pre-lawrians but in a new field, a more bigger and challenging task but we must keep our faith and believe that we can make it:Perdana Global Peace Youth!
* Nak mintak rakaman time resignation tadi.It just an honourable moment for me for the rest of my life. Thanks once again!
Sunday, June 7, 2009
ANNOUNCEMENT
I will tell the details of resignation soon.
Thank you
Saturday, June 6, 2009
ANTARA Z,SOEKARNO&6 JUN
1. Alhamdulilah segala puji bagiNya dengan rahmat dan izin-Nya dapat sekali lagi saya menyambut ulangtahun lahir yang ke-19. Tak sangka dah tua dah *isk*. Tiada sambutan besar-besaran cuma my parents datang dan sambut dengan acara tradisi:kek dan kad. Itu pun x lama dalam 3 jam macam tu je then ayah balik sebab esok dah nak prepare balik ke kl plak.
2.Bila dah 19 ni sambutan hari jad pun kenalah lain sikit.Kalau dulu time kecik2 siap ngan lilin, belon2 mesti ada dan yang paling penting gambar kek tu.Masa sambut birthday kat Sabah yang aku ingat gambar kek tu muka kartun ninja turtles tu.Bila tengok2 balik gambar nak tergelak pun ada.Tapi itulah masa beredar dengan sungguh cepat dan sekarang dah pun 19 tahun.
3.Aku pun baru dua-tiga tahun yang lepas dapat tahu yang hari jadi aku sama dengan hari jadi bekas Presiden Indonesia yang terkenal, Ir.Soekarno. Sebenarnya aku hanya mengagumi keberanian beliau(siapa pemimpin asia yang berani cakap kat Amerika 'Go to hell with your aid' selain dia) dan kepetahan beliau berucap. Memang dalam asia ni ada tiga orang yang aku klasifikasikan sebagai the most influential person in speech iaitu Presdien Soekarno,Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Dengarlah pidato Seokarno dan anda akan dapat rasakan semangat dan ketegasan beliau dalam menyampaikan ucapan.
4. Ketika dua tiga hari yang lepas sebelum menyambut hari jadi yang ke 19 ni, bermacam-macam perkara bermain dalam fikiran dan persoalan yang paling utama adalah: apa yang dah aku sumbang selama hidup 19 tahun ni?Bila check2 balik rasanya tak ada. Kalau ada pun tak berapa banyak yang memberi kesan kepada agama,bangsa dan negara.Perjuangan masih jauh dan perjalanan masih berliku; banyak lagi yang perlu ditempuh dan amanah untuk tahun yang ke19 sebagai khalifah Tuhan di muka bumi ini harus dipergunakan sebaik yang mungkin.
5.Kalau harijadi yang ke 18 dahulu mencatatkan sejarah baru sebagai antara novelis yang termuda, harijadi yang ke 19 ni apa pula yek?
6. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dah wish birthday serta doa-doa yang telah dikirim kepada saya.Tidak lupa kepada my family(especially my mum),doktor dan jururawat yang bersengkang mata untuk melihat wajah saya tepat jam 12.15 tengah malam pada 6 jun 1990 serta kepada tok2 berstatus alim yang telah menyambut kehadiran saya di atas muka bumi dengan cara syariat dan islam serta terima kasih kepada makcik saya yang telah memberi nama Mohammad Zharif Shafiq kepada saya.
7. Dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah memberikan saya jawatan khalifah itu sama tarikhnya dengan seorang hambaNya yang terkenal, yang sehingga kini menjadi sanjungan dan hormat bangsa Indonesia iaitu Presiden Soekarno. Moga2 segala sifat2 baik beliau akan diwarisi oleh saya kelak insyallah.
Thursday, June 4, 2009
PASCA PPSMI:SATU ERA BARU BERMULA
1. Jika para pembaca blog masih ingat entri blog saya yang lepas jika menyentuh isu PPSMI pasti akan kelihatan saya cenderung untuk menyokong dasar ini.
2.Tapi saya bukanlah seorang yang taklid buta sehingga apa yang dikatakan oleh seseorang itu saya angguk dan iyakan. Saya secara peribadi sehingga kini masih berpendapat dasar ini masih relevan tetapi tidak sesuai untuk semua pelajar. Apa mungkin seseorang yang berminat dalam aliran sastera,perniagaan dan perdagangan wajib mengambil sains dalam bahasa Inggeris sewaktu PMR?Pasti itu tidak mungkin dan hemat saya itu juga membebankan pelajar-pelajar.
3.Saya beruntung kerana mengalami proses pembelajaran baik di bandar dan luar bandar dan kesimpulan yang boleh saya buat adalah bukanlah permasalahan subjek atau bahasa itu sendiri tetapi juga mindset dan paradigma pelajar itu juga yang menjadi masalah utama. Ketika pelajar luar bandar masih lagi terbatas untuk berkeyakinan tinggi menguasai bahasa Inggeris kini mereka dihambat lagi untuk mempelajari subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
4. Saya tidak terfikir sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk memansuhkan PPSMI maka segalanya akan berakhir. Pada saya banyak lagi yang harus diperbaiki untuk memantapkan semula penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang akan menempuh alam pengajian tinggi yang berstatus taraf antarabangsa dan persaingan meritokrasi.
5. Saya tidak bercadang untuk menyenaraikan usaha-usaha memantapkan semula Bahasa Melayu kerana mereka yang lebih ahli pasti lebih cerdik untuk mengemukakan cadangan itu dan ini dan secara peribadi saya sebenarnya berpuas hati dengan langkah-langkah pemantapan Bahasa Melayu di peringkat sekolah kerana berdasarkan pengalaman saya rata-rata rakyat Malaysia sudah fasih berbahasa Melayu dan faham bahasa tersebut baik di bandar mahupun di luar bandar.
6. Cuma apa yang saya fikirkan usaha memantapkan semula penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar untuk mempersiapkan diri melangkah ke alam pengajian tinggi. Berdasarkan fakta kebanyakan silibus dan subjek yang diajar di IPTA dan IPTS adalah dalam bahasa Inggeris bahkan seperti UiTM sendiri telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar institusi tersebut. Justeru saya berpendapat perlu ada satu transformasi dalam subjek bahasa Inggeris di peringkat menengah.
7.Ketika di sekolah rendah pelajar2 lebih difokuskan untuk penguasaan grammar, vocabulary dan writing. Itu asas dan ketika di sekolah menengah berdasarkan pengalaman silibus mula berkembang kepada sastera Inggeris. Saya tidak mempertikaikan kewujudan sastera Inggeris ini kerana saya sendiri mengagumi beberapa puisi seperti Sonnet 18, Life Brief Candle, The Road not Taken dan lain-lain lagi. Cuma yang saya lihat ada kekurangan di sini adalah:komunikasi.
8. Memang ada oral test tetapi saya lihat impaknya tidak besar dan tidak memberi banyak manfaat kepada pelajar. Kebanyakan mereka lebih cenderung untuk menghafal dan membaca teks, jarang sekali ada yang dinamakan komunikasi spontan. Saya bukan bermaksud untuk mencadangkan komunikasi spontan ini tetapi setidak-tidaknya metode ini dapat mengasah cara berkomunikasi pelajar dan membentuk kriteria berfikir dan berespons cepat.
9. Mungkin ini disebabkan oral test yang dilakukan tidak memberi impak yang besar dalam keputusan PMR atau SPM. Tidak seperti di universiti, ada subjek yang mana berkisar kepada komunikasi dijadikan markah penuh dan menentukan seseorang itu lulus atau tidak. Contohnya subjek BEL 332 yang dihadapi oleh students2 part3 pre-law sekarang.Maka mahu tidak mahu siswa2 perlu belajar untuk berkomunikasi dan fasih berbicara untuk mendapatkan keputusan cemerlang.
10. Nah di sini persoalannya. Saya berpendapat subjek bahasa Inggeris perlu diperhalusi dengan membahagikannya kepada dua:satu untuk pemantapan grammar, vocab dan writing sementara yang satu lagi untuk pemantapan komunikasi. Dan kalau boleh biarlah markah untuk oral test tu dijadikan 40% atau 30% untuk markah SPM atau PMR.
11. Dengan itu barulah ia nampak lebih efisien kerana kita(rakyat Malaysia) umumnya bersetuju bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa komunikasi jadi kenapa tidak kemahiran komunikasi itu dipertingkatkan lagi kan?
*Kesian budak2 jadi bahan eksperimen...
Wednesday, June 3, 2009
GIVE ME FIVE!!EH NO TENLA!
- Lima subjek teras iaitu BM, BI, MATH,SEJARAH&Pendidikan Islam/Moral.
- Pelajar Sains tulen diberi dua pakej samada nak ambil pakej Bio&Kimia atau Fizik&Add Math.
- So sekarang baru ada 7. Yang lebih tiga tu optional la kalau ada yang nak amek ekonomi asas boleh juga, nak ambil est pun xda masalah yang penting jangan lebih sepuluh.
4. Kenapa diberi dua pakej?Lazimnya pelajar yang minat biologi ada kaitan dengan kimia dan biasanya pun kerjaya dua2 subjek ini berkaitan(doktor,farmasi etc) sementara pakej add math dan fizik pun berkaitan juga dengan kerjaya(engineer). Jadi kebanyakan pelajar2 yang minat bio atau kimia(seperti yang sedang menulis ni) komfem akan ada problem kat add math atau fizik(tapi saya lulus jugak).
5. Kenapa pelajar aliran lain maaf saya tak tahu sangat tapi yang saya tahu mereka pun ada ekonomi,perdagangan,prinsip akaun dan add math. Jadi saya serahkan pada yang berpengalaman untuk menentukan pakej apa yang sesuai untuk pelajar2.
6. Akan timbul juga persoalan: nanti boleh timbul juga isu yang student 5A dapat biasiswa tapi yang 8A tak dapat. Dalam kes ini saya berpendapat perhatian perlu diberikan kepada subjek teras dan subjek pakej sementara subjek tambahan(selepas tujuh subjek tersebut) hanyalah optional dan dipertimbangkan untuk masuk ke kursus2 alternatif yang turut menyediakan biasiswa.
7. Sekurang-kurangnya takdela beban sangat student2 ni.Kalau diaorang nak ambil subjek yang tidak sealiran dengan aliran yang diambil itu sendiri punya risiko dan keyakinan la kan. Kalau sanggup kenapa tidak?
*Menunggu keputusan PPSMI. Mungkin saya bertukar pendirian.Eh?Tak tukar, cuma sedikit modifikasi.Apa dia?Tunggu entri blog seterusnya...
Tuesday, June 2, 2009
GEGARAN DARI DALAM
2. Huan Cheng Guan akan diberikan surat tunjuk sebab atas kritikan yang beliau buat di samping teka-teki yang beliau buat yakni untuk berhenti dan masuk ke part pembangkang jika tiada pembaharuan.
3. Apa sebenarnya yang terjadi?Satu demi satu parti komponen BN mula memperlihatkan krisis dalaman masing-masing sedangkan parti ini perlu bekerja keras untuk mendapatkan semula sokongan pengundi untuk PRU yang akan datang.
4.Adakah ini satu tanda protes?Atau tanda-tanda sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti masing-masing? Atau mula merasakan bahawa 'angin' rakyat sudah tidak berpihak kepada BN lagi?
5.Kenapa isu ini harus digembar-gemburkan oleh media?Bukankah ia boleh diselesaikan dalam parti tidak perlu heboh sana-sini.
6.Kalau nak kritik,kritiklah. Itu hak kebebasan seseorang tetapi cara untuk handle kritikan itu harus tepat dan betul. Tak perlu nak heboh2 juga kat dalam media massa.
7.Huan dengan sinis memberitahu jika parti tidak membuat salah maka kenapa perlu takut kepada kritikan?
8.Bila difikirkan ada betulnya juga. Kritikan itu penting kalau tak kita tak tahu jalan yang kita lalui tu lurus ke bengkok. Kena ada check and balance meskipun kritikan itu kadang-kala menyakitkan. Tetapi itulah hakikatnya; manusia belajar banyak dari kesilapan dan bila dah tahu kesilapan2 maka sudah tentu mereka tidak akan buat kesilapan yang sama.
9. Tapi isu pokoknya yang saya ingin tekankan adalah ini masa untuk bekerja dan memperbaiki diri masing-masing, bukan untuk bertelagah itu betul ini salah. Semua perlu kembali fokus untuk kepentingan rakyat dan mula membentuk semula keyakinan rakyat terutama masyarakat Pulau Pinang supaya negeri ini dapat dikuasai semula oleh BN.
10.Jika tidak, misi memenangi hati dan fikiran rakyat menjelang PRU akan datang hanya tinggal misi tanpa pelaksanaan!
*Lepas ni parti mana pulak nak mencapub(cari publisiti)...