Saturday, February 14, 2009

VALENTINE DAY-ASAL AR?

Aha korang mesti dah taukan pasal benda alah ni.Nak cerita panjang2 pun xgune sebab benda dah diketahui umum dan sebagai umat Islam kita pun tahu sebab apa valentine day ni x boleh disambut.Sebab apa?Adeyh korang pegi jela tekan kat google search tu 'valentine day haram disambut' sure akan keluar dalil-dalil dari ulama mujtahid yang memberitahu sebab-sebab hari kekasih ini tak boleh disambut.Tapi yang aku peliknya hotel-hotel di Malaysia nih masih lagi mempromosikan valentine ni; kedai-kedai kek,hadiah,bunga,coklat pun tak terlepas untuk memeriahkan hari kekasih ni,kononnya ia adalah setahun sekali dan agak sadis kalau x disambut. Macam dah hari raya la pulak kan cuma bezanya hari raya kita ni(yang masih budak2 dan remaja)akan menerima duit raya tetapi untuk hari kekasih ni kita pulak yang nak kena bagi duit kat tauke2 kedai bunga untuk menunjukkan penghargaan kepada awekz2 kita betapa kita amat mencintai mereka.
Asal ar nak kena tunggu valentine day baru nak buat semua benda alah tu?Asal ar time 14 hb je baru nak ajak candle light dinner,kasi bunga,kasi coklat,bagi ayat2 jiwang.Hari2 biasa x boleh ke?Nampak sangat macam hypocrite(sorry kepada sesiapa yang menyambut) sebab pada aku kita appreciate cinta kekasih kita tu setahun sekali jek, hari-hari lain xda.Seolah-olah cinta itu worthless,layak diberi penghargaan untuk satu hari je lepastu?Hari-hari berikutnya?Sebab itu Islam memandang tinggi nilai cinta ni.Tak ada spesifik day untuk meraikan cinta sebab tiap-tiap hari kita perlu meraikan dan menghargai cinta(terutama kepada pasangan yang berkahwin). Dan ini aku xtaula kan ada terjadi ke tak;biasanya valentine day jugak akan mempromosikan budaya seks bebas dan berzina kerana waktu itulah dikatakan 'bukti cinta sejati'.Erk...yeke?Dah komfirm ke awekz kita tu isteri kita nanti?Korang nak ke nanti anak-anak korang yang juga merupakan pewaris keturunan korang lahir dari seorang perempuan yang telah 'dirasmikan' sebelum akad nikah?
Kesimpulannya valentine day ni seolah-olah nak menunjukkan cinta itu 'layak' dihargai setahun sekali, bukan untuk hari-hari. Tapi basically kalau orang tanya aku asal x sambut jawapan aku senang je: 14HB tu hari kemenangan tentera Jepun menentang Askar Melayu yang diketuai Lt.Adnan,salah seorang idola aku. So kalau aku sambut bererti aku aku merayakan kegembiraan hero malaya ni mati, tak ke kurang ajar namanya tu?
CINTA ITU AKAN DIHARGAI DARI HATI YANG PERNAH DILUKAI,MATA YANG PENUH KEIKHLASAN MENCINTAI APA ADANYA DAN JIWA YANG PENUH SABAR MENANTI CINTA SEJATI.....

2 comments:

  1. aku setuju 100%.kaum2 lelaki ni nak ke anak yg jadi waris keturunan tu lahir dari perempuan yg pernah dirasmikan 'dengan rela' sebelum akad nikah.dan utk para lelaki jugak,dah tahu awak tu nnt jadi ketua keluarga tak perlu utk rosakkan anak dara org okay?bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi jadi dua2 tak payah tepuk.fikir tentang masa depan.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)