Walaupun kepenatan sedang mencengkam, tetapi nafsu untuk menulis tentang hal ini membuatkan aku tak dapat nak menolak kehendak sendiri. Inilah salah satu kebaikan nafsu-mendorong seseorang untuk tetap bertahan dan bersemangat untuk bekerja. Jadi assumption nafsu itu tidak harus diletak dari segi negatif sahaja. Ok itu baru mukadimah. Yang perlu difokuskan sekarang adalah berkenaan tajuk di atas.
Sehari dua kali Pengerusi DAP aka Karpal Singh telah berjaya menaikkan emosi politik tanah air yang masih lagi bergelora dengan isu MB Perak, Elizabeth Wong dan isu rasuah Selangor. Dah jadi macam satu trend sekarang-seolah-olah cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada menghadapi isu yang lebih besar iaitu krisis ekonomi yang telah menjadi agenda utama Obama sebaik sahaja menjadi presiden Amerika. Nampak gaya politician Malaysia lebih berminat untuk bercerita tentang soal kuasa dan kedudukan daripada memikirkan solusi mengurangkan pengangguran dan kesan ekonomi global. Isu kali ini timbul apabila wakil rakyat ini menggunakan perkataan celaka terhadap pemuda UMNO yang dituduh membuat surat layang beserta dua peluru. Tidak ketinggalan beliau juga menyebut 'singh is the king'. Barangkali Karpal Singh dah lama x belajar sejarah atau geografi tentang di mana negara yang beliau sedang duduk sekarang. Maka pada hari ini sekumpulan pemuda UMNO 'menyerang' parlimen dan berlaku sedikit kekecohan apabila Karpal didesak oleh mereka untuk meminta maaf.
Ada yang tidak berpuas hati apabila Karpal membuat dakwaan mahkamah terhadap Sultan Perak. Itu hak dia dan seluruh rakyat Malaysia dalam Perlembagaan persekutuan artikel 182. Tetapi yang peliknya pakatan rakyat ni dah macam xda peguam melayu untuk dakwa sultan. Asal Karpal beriya2 nak dakwa padahal bekas MB Perak Ir Nizar tidak sekecoh beliau yang bersungguh-sungguh nak ambil tindakan undang-undang terhadap bekas hakim negara. Tujuannya cuma dua: sama ada sengaja untuk menghina orang Melayu atau mendesak pilihanraya baru di Perak supaya calon Melayu DAP nanti boleh menjadi MB Perak. Berkenaan dengan ucapan beliau yang berbunyi celaka, itu juga merupakan hak beliau sebagai ahli parlimen untuk mengeluarkan apa jua perkataan sewaktu dalam parlimen. Namun istilah singh is the king agak mengguris hati orang Melayu kerana seperti yang diketahui king Malaysia terdiri daripada Sultan Melayu.
Siapa dianya Karpal ni?Siapa dia yang nak jadi king di Malaysia? Siapa dia yang nak mengina Sultan Melayu yang menjadi pelindung hak keistimewaan Melayu? Adakah Karpal begitu grudge terhadap hak keistimewaan yang orang Melayu miliki? Apakah Karpal sudah sampai ke tahap impian beliau yang sebenarnya untuk menjadi pemerintah mutlak di negara ini? Siapa dia? Saya meminta jasa baik dia untuk membuka kembali buku sejarah Tingkatan satu sampai lima untuk mengeja sendiri nama tanah ini sebelum ditukar kepada Malaysia.Mungkin dia tak ada masa nak buka so biarlah saya mengeja untuk dia T-A-N-A-H M-E-L-A-Y-U. Take note on this
Tapi sayugia diingatkan bahawa tindakan pemuda UMNO itu tidak mencerminkan sifat demokratik. yes Karpal has right to do so but why should we go to the parliament and threat him? Kenapa kita tak desak pemimpin Melayu untuk terus menerus menekan Karpal Singh supaya memohon maaf?Kenapa perlu naik angin kalau benda tu kita tak buat? Kenapa harus dengar kalau Karpal tak ada bukti untuk dakwaannya itu? Useless right?Dia saja ja nak main emosi dan perasaan orang Melayu dan kita pun kena pandai jugalah 'psycho' balik. Untuk menyelesaikan masalah diperlukan orang yang berkepala dingin(tenang) bukan beremosi. Layanilah mereka yang kurang sopan dengan kamu dengan baik. Bukan kerana mereka itu terhormat tetapi kerana andalah terhormat untuk berbuat demikian.
Lepas ni apa pula?
No comments:
Post a Comment
hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)