Tuesday, February 3, 2009

AKHIRNYA SEMPURNA

Maaf kerana agak lambat untuk mengepos blog yang menutup kisah di Kuala Lumpur. Pada hari khamis iaitu 29 Januari, setelah tamat menyelesaikan misi yang sungguh memenatkan pada hari rabu aku turun ke bumi Subang dan tourist guide aku kali ini adalah Fahmy Izzudin, roomate aku yang 'sekepala' dengan aku. Kami pergi ke sunway pyramid dan segala macam sunway yang ada(kecuali sunway lagoon sebab aku xbawak swimsuit) dan pada waktu malam aku balik semula ke KL. Sementara menunggu ayah aku, bakso pasar keramat aku habisi dengan sekenyang hati. Agak sedap jugak tapi yang herannya cuma aku jela pelanggan dia kat situ. Maybe sebab aku dah lapar sangat so suma makanan aku rasa sedap.
Hari Jumaat. Pagi. Aku ke Jusco Wangsa Maju untuk membeli beberapa barang keperluan di UiTM nanti. Kali ini aku x keseorangan sebab kat sana aku jumpa akmarina; membe aka besfren aku yang sedang belajar asasi sains di UiTM Shah Alam. Agak2 sepuluh minit nak solat Jumaat aku pun balik ke apartmen dan lepas je solat Jumaat terus bertolak balik ke JB sebab malam tu ada kenduri 100 hari arwah atuk aku meninggal. Keesokan harinya jam 9 malam aku bergerak meninggalkan bumi Johor tercinta untuk pulang ke UiTM Merbok Kedah.
Apa yang aku dapat sepanjang cuti ini cukup menarik. Bukan untuk bangga atau mengujubkan diri(maaf kalau ada yang berfikiran sebegitu). Selama 4 tahun aku memegang status 'lonely soldier boy' hanya pada tahun ini sahaja status itu benar-benar teruji dari segi fizikal, mental dan spiritual. Hampir 70% kehidupan aku di KL adalah by my own hand dan terima kasih kepada membe2 yang memenuhi baki 30% tersebut. Agak berpuas hati jugak sebab aku merasa 'layak' untuk mendapat title LSB tersebut.

Pulang di malam hari
Datang dengan anginnya yang dingin
Kutekadkan teruskan apa yang dijuangkan
Untuk mencapai semua impian
Usah kau gentar dengan cabaran
Kerna itulah takdir kita....

Do you remember that old lullaby
Ingatan yang lama kita lupa
Telah kutinggalkan
Akan kutuliskan memori buatmu

Semua lelaki Lonely soldier boy
Katakan pada dunia..
Lonely soldier boy...........

2 comments:

  1. Salam.. boleh saya tanya.. akmarina tu dulu stdy kay uitm merbok ke dalam tahun 2003 or 2004 cmtu?? n dia pon asal dari kedah ke?? saya sebenarnya dah lama mencari seorang kakak angkat saya dulu.. tapi lost contact.. terima kasih k..

    ReplyDelete
  2. wkmsalam..maaf akmarina bukan dari uitm merbok tetapi uitm shah alam sesi 2008

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)