Friday, February 27, 2009

OF POKER AND LIFE

Setelah dua post berkenaan dengan tajuk berbaur politik semasa rasanya elok kalau kita beralih arah kepada benda yang berfalsafah sedikit.Tentang kehidupan. Atau dalam bahasa inggerisnya LIFE. Ye aku tau bermain poker termasuk salah satu dalam bentuk perjudian dan aku pun dah berkecimpung dalam bidang ni dekat 3 bulan lebih.Tapi aku xpakai duitla kalau pakai bankrap aku.Main kat myspace sudeyh. Jadi bila dah main dekat 3 bulan nih rasa2 permainan ni pun ada sangkut paut dengan falsafah hidup. Tak percaya?Check it out
- Kehidupan bukan kerana kita mempunyai kartu yang baik tetapi bagaimana kita memainkan kartu itu dengan baik. Ini general principle tentang permainan poker yang telah diambil daripada buku Setengah Isi Setengah Kosong oleh Parlindungan Marpaung(ini terjadi atas kesilapan aku meminta mak aku membeli buku dari medan indonesia 2 tahun lepas.Hasilnya aku terpaksa membaca buku motivasi tersebut dalam bahasa indon.Hampeh).
- Pertama sekali bila bermain poker kena ada confident. Kita kena yakin dengan diri kita bahawa kita mempunyai kad yang ada potensi untuk menang meskipun kita tidak tahu apa kad yang akan dikeluarkan oleh dealer atau kad yang dimiliki oleh pemain lain. Just mind of ur own business and believe in ur faith.
-Dalam poker gak ada istilah yang dipanggil 'check'. Ini juga penting dalam kehidupan kerana kita mesti rajin check diri kita,muhasabah dan tengok apa perkara yang dah berjaya dilakukan. Berhasil ke tidak azam2 yang telah dipasang pada malam sebelum menyambut new year.
-Apabila dah rasa macam nak kalah, seorang pemain bolehlah fold kad yang ada. begitu juga dalam kehidupan apabila menghadapi sebarang krisis atau masalah.Apabila masalah tu dah memang 'tak boleh diselamatkan lagi' dan menemui jalan buntu maka lebih baik kita 'fold' atau berundur.Mengalah tak bererti kalah.Ia menandakan kebesaran jiwa kita untuk menerima hakikat bahawa masa kemenangan untuk kita masih belum tiba.
-Yang tidak kurang penting juga ialah muka selamba atau dipanggil poker face. Ini sangat penting kerana kita tak boleh terlalu overconfident dan senyum memanjang apabila tengok kad yang agak promising kerana boleh mengkantoikan diri sendiri kepada pihak lawan. Muka kena relaks je; promising tak promising tetap relaks and cool, tak terlalu overjoy dan tak terlalu sad.So kena maintain facial expression tu as it is one of non verbal communication(masuk pscyho la pulak)

so itu adalah serba sedikit tentang permainan poker yang ada sangkut paut dengan falsafah hidup ini....

1 comment:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)