Friday, February 27, 2009

SEKALI LAGI

Ye sekali lagi aku ditag oleh cik fyza(sila ambil perhatian yek cik fyza) untuk menyelesaikan soalan2 yang pernah dibeli oleh cik ily zalikha. Tapi kali ini cukup la kot aku letak 10 benda je malas lak nak tulis panjang2..nak tau lagi lanjut pegy ke post yang bertajuk 'THANKS TO ILY'. Kalau ada yang terulang tuh mintak maaf banyak2 ye
  • Suka menggigit kuku dan menghisap jari-ye ini adalah kenyataan apabila saya sedang berfikir kritikal selain memerlukan lolipop atau coklat
  • ramai orang berfikir bahawa saya merokok-jawapan:TIDAK.Dah cukup no more comment.
  • tidak kisah sangat pasal handset atau telefon bimbit. Kali terakhir menukar hp pada tahun 2007 dan tidak berhajat untuk menukar pada masa terdekat
  • Bertadika kemas(baju kotak2 merah tu) sejak berumur 5 tahun sampai 6 tahun. Cikgu pertama saya di sekolah rendah adalah Puan Norhayati bt Abdullah
  • Yang bertanggungjawab membawa saya ke bidang penulisan adalah puan muszalipah bt yahya,sewaktu di darjah 5
  • Seorang yang sangat keras kepala-bila cakap itu,itulah yang akan dibuat dan akan lawan sampai habis-barulah boleh menerima kekalahan atau kemenangan(agak skema ini ayat)
  • suka makan ramai2. Salah satu alasan kerana di rumah senang saya tak perlu membasuh pinggan dan lepas itu akan menerima pesanan daripada 'penaja'(paham2 sendiri sudeyh)
  • tiga perisa aiskrim-vanilla,strawberi,apple
  • tak suka bercakap dalam phone-tak tahu nak cakap apa.Kalau kol pun nak dengar orang bercerita jek
  • indoor game yang sangat digilai dan diobsesi-Sahibba/scrabble

sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)