Sunday, February 22, 2009

BOIKOT

Aku tau korang mesti tengah mengutuk aku apabila membaca tajuk di atas.Benda dah agak lama kot berlaku dan baru sekarang aku nak start menulis benda alah ni.Pasti ada di antara kalian(macam tajuk lagu) yang bertanya 'asal ko baru nak post blog ni zacck?' Aku pun sebenarnya tak ada jawapan yang tepat untuk soalan tu cuma aku rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit artikel yang aku jumpa di berita harian(aku tau korang mana dah baca suratkabar orang melayu-suma nak baca new straits times atas alasan nak wat assignment).
BERSIKAP PROFESIONAL BOIKOT PRODUK YAHUDI,AS
-Perlu diketahui Johor Corporation(JCORP) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad adalah pemilik rangkaian restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura yang kini berjumlah 190 cawangan.Mereka juga pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad yang mengendalikan 460 restoran KFC di Malaysia,Singapura dan Brunei. JCorp diterajui Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang aktif memperjuangkan JIHAD MELALUI BISNES.
Ini adalah sedikit ulasan daripada artikel yang ditulis oleh pensyarah pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Johor Bahru. Ya mungkin kalian ada yang dah tercengang apabila membaca artikel ini dan mula mencapai hp masing-masing untuk mengorder membe2 yang tengah outing untuk membawa balik dinner plate KFC.
Dari awal lagi aku kurang bersetuju dengan idea memboikot ini. Namun begitu tak bererti aku menyokong produk-produk yang terang-terangan memberi dana kepada kelangsungan negara haram Israel kerana seperti yang terdapat dalam artikel itu jelas membuktikan ada jenama2 yang tergolong dalam produk yang perlu diboikot kini telah diambil alih oleh orang Melayu atau Islam. Harus difikirkan apabila kita memboikot sesuatu produk maka kita juga memboikot saudara-saudara kita di Malaysia ini yang bekerja di kilang atau tempat produk tersebut untuk menyara kehidupan keluarga mereka, menggunakan duit gaji mereka untuk membeli barang keperluan anak-anak yang bersekolah dan sebagainya. Ada kedengaran suara sumbang yang agak touching 'dah tahu produk tu produk AS watpa keja lagi kat situ?'. Satu je aku nak tanya 'korang yang tanya nih ada sediakan peluang pekerjaan untuk diorang ni ke?'
Isu boikot ini harus diteliti dari pelbagai sudut. Kalau kita tak mampu nak boikot terus then boikot secara sikit2, contohnya kalau sebelum ni korang makan kat mcdonalds tu tiga kali seminggu so dalam usaha memboikot tu kuranglah sedikit dari tiga jadi dua atau satu kali. Meskipun ditawari dengan tawaran 'boleh refill' tapi untuk menunjukkan sedikit protes maka mintalah air milo ke,kopi ke kat mcd tuh.
Kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk memboikot tetapi bukan dengan kempen membeli barangan buatan Malaysia kerana kempen itu lebih menjurus kepada pengaliran wang keluar untuk mengimport barang luar. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu agensi yang bertanggungjawab untuk memboikot syarikat2 yang masih lagi belum diambil alih oleh anak tempatan dan meminta pekerja2 mereka berhenti. Pekerja2 yang berhenti ini pula akan diserapkan ke dalam restoran2 francais yang lain seperti Radix restoran, KFC,Pizza Hut(yang telah dijelaskan sebentar tadi telah menjadi milik Malaysia) tetapi bukan restoran mamak. Ataupun seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim yakni mengambil saham2 dalam syarikat2 produk buatan AS tersebut. Jika dahulu Permodalan Nasional Berhad mampu mengambilalih syarikat2 British seperti Sime Darby mengapa tidak ia mengulanginya lagi?Daripada kita habis duit untuk syarikat luar yang jelas2 menyokong keganasan inilah masanya untuk kita bertindak.Pelaburan untuk jangka masa panjang.
Aku tidak menafikan bahawa aku masih lagi dalam usaha memboikot produk2 AS dan yang paling terang lagi jelas aku tak pernah minum pun kopi dari cawan kedai starbucks. Salah satu alasannya ialah boikot dan alasan2 yang lebih munasabah ialah:daripada habis duit berbelas ringgit untuk secawan kopi lebih baik aku minum kopi yang mak aku buat.Sama je perginya...
So inilah pendirian aku berkenaan isu boikot ini.

No comments:

Post a Comment

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)