Saturday, February 7, 2009

KATAK OH KATAK

Selama seminggu ada sesuatu yang telah menarik perhatian kita semua; tidak kira yang berada di utara mahupun selatan, timur atau barat Malaysia semuanya bagaikan direnjat elektrik bervoltan tinggi apabila sekali lagi atmosfera politik negara kita dikocak dan kali ini berlaku di negeri pertama yang menerima residen British.Perak. Ya tempat aku bermastautin sejak berumur 6 tahun hingga 15 tahun. Walaupun sebelum ini aku sudah 'berjanji' untuk tidak lagi menceburi bidang politik dan hal ini dibuktikan apabila ramai membe2 aku tanya 'kau sokong kerajaan ke pembangkang?' dan jawapan aku cukup senang; aku x sokong mana2.
Ye aku mengaku dahulu aku adalah ahli UMNO yang x rasmi di zaman pemerintahan Tun Mahathir. Memang aku dulu politiking man sampai buku2 moyang aku pun aku kebas untuk belajar dan sampai ayah aku pun dah bosan kalau citer politik ngan aku hohoho. Ngan moyang aku je dia tahan sebab dia bolehlah dikatakan sebagai 'sumber' berita2 politik nih.Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan aku still lagi support kerajaan until tahun 2008 di mana aku mengambil keputusan untuk berehat dan menjadi pemerhati politik buat seketika. Kalau asyik sibuk dengan politik tapi tak pernah nak jadi observer then kita takkan berkesempatan untuk memahami dan mempelajari teknik2 berpolitik dengan lebih berkesan. Meskipun ada suara2 sumbing eh silap sumbang yang mengatakan 'kalau x masuk politik then politik akan menguasai kita'. Itu memang betul.Tapi kalau masuk setakat jadi 'langau' yang tak mampu mengubah apa2 pun tak guna gak. Untuk menguasai politik, we need respect. And the respect comes from our academic background and position.
Ok berbalik kepada cerita yang sebenarnya iaitu suasana politik di Perak. Beberapa hari yang lepas pengerusi BN Datok Tajol Rosli telah meletak jawatan ekoran tindakan pembangADUN Bota yang keluar parti dan menyertai PKR. Kemudian TPM Dato Najib pula mengambil alih jawatan dan beberapa hari kemudian pula kedengaran berita 4 ADUN PR(Pakatan Rakyat) yang keluar parti dan berpihak kepada BN. ADUN Bota yang tadinya keluar BN masuk kembali dan ini menjadikannya kerusi ADUN BN menjadi majoriti dan ini memaksa IR Nizar Jamaluddin selaku MB Perak membubar kerajaan. Atas titah Sultan Azlan Shah maka dilantik MB yang baru iaitu Dr Zambry ADUN Pangkor.Maka berlaku kekecohan pada petang semalam di mana MB PAS tidak mahu keluar dari ofis dan beberapa penyokong pembangkang cuba menganggu proses angkat sumpah MB yang baru.Dan krisis ini berakhir dengan kenyataan dari PR untuk menyaman Sultan dan BN atas prosedur pelantikan MB yang baru.
Terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa BN bermain duit untuk menarik 4 ADUN pembangkang dan ADUN Bota untuk berpihak kepada BN. Suara2 ini tidaklah dapat diterima kerana buktinya tidak ada dan aku sendiri kurang mempercayainya meskipun ada kecenderungan untuk berlaku. Kalau berlaku maka tidak jauh bezalah kerajaan dan pembangkang kerana masing2 menggunakan taktik 'katak melompat' dengan menggunakan wang sebagai pancing. Tapi aku yakin bahawa kerajaan BN tidak menggunakan wang kerana sekarang nipun ekonomi tengah meleset dan tidak ada kenyataan rasmi daripada ADUN2 yang keluar parti sebab dan alasan mereka berbuat demikian. Barangkali mereka sudah tidak percaya dengan PR sendiri yang turut dilanda beberapa masalah antaranya isu Hudud yang menjadi perbalahan antara PAS dan DAP. Peliknya penasihat PR iaitu saudara Anwar Ibrahim tidak pula membuat sebarang statement samada menyokong hudud atau tidak. Kalau dulu dia yang beriya2 untuk membentuk kerajaan baru dengan kelompatan ahli parlimen BN ke dalam PR kini dia pula diam seribu bahasa. Mungkin dah tak tahu nak explain apa disebabkan kegagalan impian 16 september. Kalau itupun orang masih percaya dengan Anwar, aku tak tahulah. Cukup2lah tuh berbohong untuk kepentingan diri sendiri. Dia mana peduli tentang orang lain; dia hanya fikir untuk dirinya menjadi PM tanpa memikirkan pilihan PAS yang turut mengetengahkan calon mereka sendiri iaitu Dato Abdul Hadi Awang. Kalau aku diberi pilihan aku lagi suka kalau Nik Aziz yang dicalonkan sebab melihat keadaan Kelantan yang ditadbir selama 19 tahun masih sejahtera dan harmoni instead dia pun seorang yang low-profile dan tidak gila kuasa. Sekarang 16 september dah xjadi, ahli2 sendiri pun dah masuk BN apa mau buat sekarang?Strategi sendiri menjerat leher sendiri dan ini sekaligus menghakis teori yang mengatakan PR semakin berkuasa sejak kemenangan di PRK(Pilihanraya kecil) Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.So title 'PM in waiting' tuh pegang2lah lagi yek tunggulah sampai PRU yang akan datang(itupun kalau BN dah xda wakil rakyat lagilah).
Aku hormati Ir Nizar dan Dr Zambry kerana kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu mesra rakyat dan friendly. Dr Zambry sering menjadi tetamu VIP kat sekolah aku time penyampaian hadiah sementara Ir Nizar selalu datang ke masjid manjung untuk solat Jumaat dan ceramah. Dan aku bersetuju kalau Dr Zambry yang jadi MB sebab dia dah bawa banyak perubahan kepada Pulau Pangkor instead undian dialah yang meningkat sewaktu PRU yang lepas di mana undi2 untuk wakil rakyat BN yang lain jatuh menjunam. Cuma aku agak tersinggung dengan 'keberanian' PR untuk menyaman Sultan Perak. Hormat orang Melayu kepada Raja sejak dahulu adalah perkara yang takkan berubah sampai bila-bila. Sultan dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Aku berpendapat Sultan Perak telah membuat penilaian yang teliti dari pelbagai sudut dan cara terbaik ialah memperkenankan pelantikan MB yang baru. Jadi kesetiaan aku sebagai orang Melayu kepada Sultan tidak akan berbelah bagi; sekaligus memberi isyarat bahawa aku menentang tindakan PR untuk mengambil tindakan undang2 kepada sultan. Walaupun Sultan tidaklah kebal kerana baginda boleh dibawa ke mahkamah mengikut perlembagaan 182 dan boleh dibicarakan dalam mahkamah khas tetapi tiada tindakan boleh dimulakan terhadap baginda dengan keizinan Peguam Negara sendiri.Dan aku pasti Sultan Perak telah mengkaji dari segi perundangan sebelum membuat keputusan tersebut. Jadi pada aku tindakan PR adalah tidak rasional dan Ir Nizar sendiri sepatutnya tidak membubarkan kerajaan dengan terburu-buru. Aku tidak boleh mengulas lanjut hal ini sebab ilmu politik aku masih cetek dan memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam.Untuk menulis hal ini sahaja aku dah rasa x layak tetapi aku menganggap ini sebagai pendapat daripada seorang yang bakal memerintah negara ini satu masa nanti(doa2kan la yek)
Secara kesimpulannya budaya katak oh katak dalam politik negara kita semakin berleluasa sekarang. Ya dalam demokrasi ia bukan sesuatu yang dilarang tetapi budaya ini haruslah dihentikan kerana ia akan menjejaskan imej kematangan politik kita selama 51 tahun merdeka ini. Dulu time pentadbiran Tunku sehinggalah Tun Mahathir tidak kedengaran budaya ini jadi diharap sangat supaya budaya ini tidak diteruskan lagi. Aku masih percaya setiap individu punya hak untuk membuat keputusan keluar parti tetapi keputusan itu haruslah bebas daripada segala macam pengaruh luar seperti tawaran wang atau jawatan. Setakat ini, BN dan PR masih bebas daripada menggunakan pengaruh ini kerana bukti2nya tidak ada. Jadi diharap tidak perlulah membuat sebarang spekulasi atau tuduhan yang tidak benar.
Oh God, I should be observer...but when the time is suitable for me to join?

3 comments:

  1. bagus betul blog uuu zharif !
    i loike :))
    oo btw , nk bunga sekuntum eh ?
    nk mcm mana ni ? haha

    ReplyDelete
  2. haha
    nie pendapat aku lar.
    first
    pasal saman sultan
    ko tw spe yg buat undang2 2?
    mahathir.
    kalu nk wat tngkapan.
    tangkap mahathir dlu
    ok
    sultan
    camnie la.
    sultan kene bebas dari segala jenis politik.
    dier x bleh wat camnie
    dier kene wat pilihanraya blik
    nmpak sgt lar berat sebelah
    klu cam2
    wat ape wat pilihanraya.
    ini negara demokrasi.
    bkn negara komunis.
    dlm paper pn dh ckp majoriti rakyat mhukn pilihan raya.
    then?
    mmg la aku sbg org melayu kene hormat sultan.
    tp
    ape yg dier wat nie mmg salah lar
    xkn kita nk angguk jer.
    kebal mne kuase sultan
    dier x igt Tuhan lg berkuase?
    sokong sultan 2 mmg mesti
    tp
    klu dier wat salah
    kiter kena ckp la mnde 2 salah.
    jgn taksub sgt ngan sultan
    sesat agama.
    igt
    Allah comes first.
    one more thing
    x silap aku
    tyme thn lps.
    rakyat terengganu lg derhaka kt sultan diorg
    psl kes mb gak
    aku pn x bpe igt
    camnie lar
    ade masuk paper x?
    nmmpak sgt media skrang pn pro kerajaan.
    aku x kter ko bias
    mayB ko x nengok pandangan dari2 kedue2 belah pihak.
    last
    UMNO
    pe ko ckp?
    ekonomi jatuh.
    so diorg x der duit nk 'suap'
    jgn wat lawak bro.
    korupsi kt malaysia nie antara pling tggi kt dunia.
    pikir logic lar.
    umno skrang nie x maw prubahan
    nengok zaid ibrahim
    dier kte dier x stuju dgn isa
    trus kena pecat
    tyme pilihanraya ari 2
    kt k.terengganu
    aku dgr radio
    bekas ahli umno ckp
    'punca kejatuhan umno ialah POLITIK WANG'
    sultan prlukn rakyat dan rakyat perlukn sultan
    masing2 kene la saling lengkap melengkapi.
    peace.

    ReplyDelete
  3. tentang isu saman sultan tu aku bersetuju yang dr mahathir yang usulkan undang-undang itu di bawah peruntukan perlembagaan persekutuan artikel 182 dan 183.Dan benda tu pun bukan dia buat sorang2 tapi atas kelulusan 2/3 parlimen dan hal ini memang penting kalau x sultan akan menjadi terlalu imuniti dan kebal; sekaligus boleh membuat everything yang outlaw.artikel 182 memberitahu bahawa sultan akan dibicarakan di mahkamah khas dan tiada tindakan akan dikenakan kepada sultan melainkan atas nasihat dan pertimbangan peguam negara.Dan memang x salahpun kalau nak saman sultan,tapi aku rasa baik ko baca artikel katak oh katak 2 pulak.Di situ ada diberitahu tentang hal ini lebih lanjut sehingga karpal singh akhirnya bercadang untuk menarik dakwaan terhadap sultan.Pasal pilihanraya tu pun ada dalam blog aku yang bertajuk katak oh katak 2.
    Jujur aku pun penaksub sultan.Tetapi tindakan orang bukan melayu mendakwa sultan seolah-olah agak 'menghina' ketuanan melayu.Dah xda peguam melayu lagi ke nak saman sultan?Part situ jela aku agak touching sikit. Even Anwar Ibrahim sendiri dan Ir.Nizar cakap diaorang tak saman sultan ini bukan melayu lak yang saman.Satu hal lagi yang harus diingat sultan azlan shah adalah bekas ketua hakim negara so takkanlah baginda as the one who has knowldege of law will make something out of his knowledge.
    Pasal rasuah tu, aku lebih cenderung nak percaya tapi xda bukti.Cakap camna pun kalau xda bukti xboleh.Dr Mahathir sendiri mendakwa ramai yang high profile UMNO guna duit untuk pemilihan UMNO nanti tapi ada apa tindakan selanjutnya?jawapan:tidak.Sebab? xda bukti. Bawak g mahkamah pun xkan menang punye. That's why aku cakap kat last-last sekali;isu lompat parti ni tidak mencerminkan demokrasi yang sebenar dan membawa kepada isu penyelewengan moral;so probability seseorang nak keluar parti tanpa ada pengaruh luar adalah sangat sikit. Apapun as i said,no burden proof will lead to nothing.
    Anyway thanx for the comment bro.really appreciate that =) i think my second blog about tis matter will make it more clearer

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)