UMNO SEMAKIN PARAH
Ya itulah hakikatnya. Hampir 95% penumpangnya didakwa tidak menyokong BN lagi. Apa sebab; macam2 dan kalau hal ini ternyata benar lagi tepat kompom2 parti yang dahulunya ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, parti yang bertujuan mempertahankan hak Melayu,mengekalkan kuasa Raja Melayu akan lenyap dan habis. Itulah realiti yang harus diterima oleh semua termasuk aku. Ya saya mengaku saya dahulu adalah penyokong UMNO tetapi sekarang tidak lagi. Berikut disenaraikan beberapa faktor yang membawa kepada kejatuhan UMNO
- Pemimpinnya tidak se'low' profile Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain
- Rasuah yang ditunjuk secara terang-terangan
- Pemberian lesen kontraktor kepada sebahagian ahli UMNO yang jelas2 tak layak
- Tiada usaha lanjutan selepas pelbagai cadangan dan idea diberikan dalam perhimpunan tahunan
Apa yang patut kita buat? Ada dua cara: Mengubah UMNO atau keluar UMNO. Kalau untuk menyelamatkan UMNO then semua ahlinya perlu bersatu untuk mengubah UMNO dan mempertahankannya. Faktor2 yang telah disenaraikan di atas wajar diambil perhatian supaya benda2 ni dapat dielakkan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat semula. Kenapa tidak diberi kuasa untuk semua ahli UMNO yang berjumlah lebih 3 juta untuk mengundi pemimpin2 tertinggi mereka(Majlis Tertinggi UMNO)? Kenapa wakil2 mereka sahaja yang berhak mengundi?Mengapa tidak ahli UMNO sendiri? Biarpun lambat atau cepat tapi yang penting semua orang berpuas hati dengan pilihan sendiri. Pemilihan calon masih lagi menggunakan kaedah sama tetapi apabila sampai kepada pengundian haruslah diberi kuasa kepada ahli-ahli UMNO untuk membuat pilihan.Rasanya semua rakyat Malaysia tidak mempunyai masalah melayari internet dan membuat pengundian menerusi laman web rasmi UMNO. Butiran2 pengundian dirahsiakan dan harus dikira atau dipantau oleh satu badan bebas;mungkin mereka ini terdiri daripada veteran2 UMNO atau pemerhati politik. Demi survival UMNO kita semua harus berubah. Untuk memulihkan pesakit yang tenat diperlukan usaha yang sebaik mungkin tanpa mengenal putus asa. Orientasi wang dan kedudukan dalam UMNO sendiri harus ditukar kepada maruah dan perjuangan mempertahankan kedudukan Melayu di negara ini. Hanya jalan ini sahajalah yang dapat memenuhi inspirasi dan impian pengasas UMNO Dato Onn Jaafar untuk melihat Melayu berjaya di tanah airnya sendiri.
Masih segar dalam ingatan slogan 'Wahai bapa kami peliharalah hak kami sementara kami membesar' yang dipegang oleh seorang anak kecil dalam demonstrasi bantahan terhadap Malayan Union. Apakah kita sekarang sedang berusaha memelihara hak generasi Melayu akan datang atau berusaha memelihara kesenangan dan kemewahan masing-masing?
sempat lg cite psl politik! memang Z muke politik taw x!!
ReplyDeleteeh yeke?memang nampak ke tadi kepolitikan di muka z?huhu
ReplyDeletehahahha..obviouslyy.. xyah tgk blog pn dah taw :P:P
ReplyDelete