Thursday, February 5, 2009

SEPI

Erk untuk tajuk tu sebenarnya tak ada kena mengena dengan aku secara teknikalnya walaupun perkataan S-E-P-I tu dah jadi 'adik beradik' aku sejak 4 tahun yang lepas. Ini sedikit ulasan berkenaan filem sepi yang telah aku tonton pada hari ini. Ye aku agak ketinggalan kerana citer ni dah setahun lebih tapi baru sekarang aku berkesempatan untuk menontonnya. Ermm kalau nak dibandingkan dengan filem Cinta, aku lebih cenderung untuk memberi lima bintang kepada filem pertama khabir bhatia nih. Filem sepi digarap dengan baik dari segi jalan cerita dan penyampaian dia agak mudah difahami cuma dia berjaya membuatkan aku menguap beberapa kali. Jadi di situlah aku terpaksa memberikan hanya 3 setengah bintang. Cerita dia agak slow motion dan sesuai ditonton dengan awekz2 di pawagam.
1.Tony Eusoff&Eja
-Part diorang ni agak touching gak la sebab ending dia agak menyedihkan dan lebih tragik dari 2 cerita yang lain. Cuma aku rasa Khabir Bhatia menggunakan filosof Khalil Gibran dari awal sampai akhir iaitu 'Cinta takkan mengenal kedalamannya sehingga perpisahan tiba'.

2.Baizura&Syed Hussein
-Ermm yang ini cerita orang xreti nak terima hakikat atau berhadapan dengan realiti. Bf dah mati pun tapi menganggap orang tu masih hidup lagi. Kes yang camni agak rumit jugaklah dan nasib baik kepada hero dalam citer ni sebab si heroinnya eksiden dan baru sedar yang bf dia dulu dah mati. Dalam hidup ini tak semua kenyataan adalah indah dan menyeronokkan. Ada realiti yang sukar dan susah untuk diterima tetapi nak atau tidak kenalah jugak hadapi kalau tak kebenaran tak dapat ditegakkan, hidup tak dapat diteruskan betul tak?

3.Afdlin&Vanida
-Meskipun cerita ini merupakan cerita yang pertama tapi sengaja aku letak yang terakhir kat blog aku ini. Tak ada apa niat yang tersembunyi pun juz aku rasa cerita ini ada sangkut paut sikit dengan aku. Macamana rasa 'sakit' dan pedih bersendirian sambil memandang membe2 yang dah ada pasangan, bagaimana rasa disisihkan dan didiskriminasi kerana single sangat berjaya disampaikan oleh Afdlin Shauki. Pasti dia pun pernah rasa macam tu dalam kehidupan sebenar kalau x masakan aku harus beri pujian yang menggunung kat dia. Agak2 kalau aku berlakon watak tu pun kompom pujian jugak harus diberikan kan2 hahaha. Dan cerita ni gak melukiskan keadaan bagaimana orang yang kita suka or sayang tiba2 dah ada kekasih lain. Dek rasa patah hati dan kecewa kita cari yang lain then time kita dah ada orang lain, orang yang kita suka dulu dah pun jadi single balik. So itu merupakan satu situasi yang agak rumit.
Cerita ini banyak mengajar aku tentang kebahagiaan dan keberanian untuk melaksanakannya. Tak semua keputusan yang kita ambil akan menyenangkan semua pihak tapi kebahagiaan diri sendiri adalah persoalan utama yang mesti dijawab. Buat apa menyeksa diri kalau tak bahagia dengan orang tersebut, kenapa harus menjaga hati orang lain kalau kebahagiaan kita sendiri tak tercapai? Memang perlu ada pengorbanan tetapi kita juga berhak untuk mengecap kebahagiaan. Sebab itulah hak kita. Kalau kita menafikan hak itu bererti kita tidak adil untuk diri sendiri. Bias. Nemo judex in causa sua
Cerita ini juga seolah-olah menyuruh aku memilih jalan cerita aku sendiri-perlu ke buat sekarang?err siapa nak jadi heroin?Macammana ending dia nanti?Siapa watak2 tambahan?
Dan keputusan masih belum dimuktamadkan.......

1 comment:

  1. ape kau lambat tengok cite sepi ni. aku tgk dari tahun lepas dah ah siap nangis sket ah hihihi

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)