Friday, February 6, 2009

THE DEFIANCE

'Freedom begins with defiance'
Ye ini tajuk filem yang aku tengok menggunakan cakera keras DVD pada malam ini. Agak gila kerana 2 filem dalam masa 1 hari;barangkali kerana untuk melepaskan tension menjawab soalan mtc038 pagi tadi dan persiapan untuk menghadapi ujian 039 selepas ini. Jadi cerita ini menjadi sasaran aku; jalan cerita yang agak berat tapi sarat dengan mesej. Aku memberi 4 bintang bukan kerana pelakon utamanya adalah Daniel Craig(sedara aku dalam Mi:6) tetapi ia mempunyai beberapa peringatan penting yang harus dinilai dan direnung semula oleh masyarakat dunia terutamanya kaum Yahudi. Ya aku mengakui aku berbaur sedikit anti-semitik tetapi filem ini telah banyak mengajar aku tentang bagaimana kekuasaan negara Yahudi boleh terbina di sekeliling 30 juta orang arab Muslim.
Starting2 cerita ni dah menunjukkan Adolf Hitler bersama tentera2 nazi memulakan operasi membunuh,menyepak dan menyeksa orang2 yahudi; tidak jauh bezanya daripada askar Israel buat kepada penduduk Palestin sekarang. Bila aku tengok macam...tak percaya itu orang Yahudi yang diseret dan dibunuh dengan sesuka hati. Dan tinggallah beberapa orang yang hidup dan membentuk komuniti Yahudi yang tinggal berpindah-randah di sepanjang hutan Bellorussian. Yang menarik perhatian aku ialah bagaimana seorang komander Nazi memberitahu mereka dibayar sebanyak 500 untuk seorang Yahudi yang dibunuh. Tuvia lakonan Daniel Craig melambangkan bagaimana seorang leader memimpin komuniti Yahudi yang kemudian berpecah kepada dua pihak apabila adiknya Zus bertindak untuk melawan menggunakan kekerasan bersama tentera Russia. Tuvia terus mengepalai komuniti tersebut dan almost 60% cerita ini menggambarkan bagaimana mereka berjaya melalui saat2 getir sehingga survive untuk hari seterusnya.
'' When the Russian take food,it consider as support. When Jewish did, it consider as stealing''
Ucapan Tuvia ini membuatkan aku tersenyum sinis. Tak ada bezanya dengan keadaan sekarang; apabila Israel menyerang ia dianggap mempertahankan diri, apabila Palestin menyerang ia dianggap pengganas. Dan watak tuvia awalnya dilihat agak agresif; membalas dendam dengan membunuh pegawai2 nazi yang telah membunuh keluarganya. Sepatutnya inilah yang harus ditake note oleh Israel dan dunia sekarang. Pemberontakan Palestin dan umat Islam yang dianggap 'radikal' atau terroris harus dilihat faktor atau 'the root cause'. Mesti tahu kenapa mereka berbuat demikian; mengebom, menyerang dan membunuh. Kita tidak boleh menuding jari dan terus menuduh mereka sebagai terroris. Kalau Israel tidak membunuh keluarga mereka dulu, sudah tentu Palestin juga tidak akan membalas. For every action cause and reason exist. Inilah pengajaran yang cuba disampaikan sutradara Edward Zwick yang telah mendorong aku memberikan filem ini 4 bintang.
Cuma agak sedikit rasa kureng apabila watak Daniel Craig tidak banyak action; dia lebih berwatak cool dan diplomatic leadership dan agak dibayangi oleh watak2 lain seperti Asrael dan Zus. Walaubagaimanapun aku berpuas hati dengan keseluruhan filem ini dan wajar ditonton oleh penduduk2 Yahudi sekarang,pemimpin2 mereka dan pemimpin dunia kecuali kalau semua pihak2 ini telah buta ataupun pekak untuk menonton filem ini.
Korang nak tengok? Gi le beli sendiri!5 ringgit je pun....

1 comment:

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)