Thursday, December 3, 2009

PAKAI TOPENG

1. Apabila dakwah Nabi Muhammad SAW disambut dengan lontaran batu dan cemuhan penduduk Taif baginda ditawarkan oleh Malaikat untuk menghancurkan kaum tersebut. Tetapi apakah jawapan baginda? Baginda menolak tawaran tersebut dan berdoa ''Ya Tuhanku!Berilah petunjuk atas hambaku kerana mereka tidak mengetahui''



2. Apabila baginda berhasil menawan kota suci Mekah, baginda mempunyai kuasa untuk menghukum penduduk Quraisy yang pernah menyeksa dan menganggu urusan dakwah baginda. Tetapi apakah Rasul Utusan Tuhan ini membalas kembali kejahatan mereka? Tidak. Bahkan baginda membebaskan semua dan tiada seorangpun yang dihukum mahupun dibunuh.



3. Inilah keikhlasan sejati seorang pendakwah yang berdakwah dan menyebarkan agama Islam tanpa ada sebarang motif kekuasaan mahupun politik. Baginda hanya menjalankan perintah Tuhan tanpa mengharapkan sebarang imbalan.



4. Tetapi di Malaysia, kerana politik agama sanggup diperalatkan. Tidak mengapa jika mendoakan musibah dan bala ke atas sesama Islam kerana politik.Kalau nak sebut nama dalam doa musibah tu time solat sendiri-sendiri kalau ramai2 x perlu ( macamlah Tuhan tak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia).



5. Dan ada juga yang menggunakan Islam untuk bersumpah tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah dan melaksanakan ibadat untuk menutup imej yang sudah tercalar dan mengaibkan. Ikhlas atau tidak serahkan sahaja pada Tuhan.



6. Politik Malaysia memang menarik. Agama dijadikan topeng untuk menutup rupa sebenar.



manusia tidak sempurna...

6 comments:

  1. ughh..

    http://tha-b.tk

    ReplyDelete
  2. jangan begitu saudara. jangan senang-senang kata ulamak salah.

    saudara pernah dengar nama saad bin abi waqas? sahabat nabi ini difitnah oleh seorang lelaki ketika dia memegang jawatan gabenor di zaman saidina umar. apa tindakan saad? dia mendoakan agar lelaki itu dibutakan mata, dipanjangkan umur agar hidup dalam keadaan penuh dugaan dan fitnah.

    dan akhirnya maqbul doa saad.

    adakah saad bin abi waqas bukan orang yang layak menjadi ikutan?

    lupakah nabi pernah berdoa 30 hari berturut-turut meminta agar Allah menurunkan bala kepada satu kaum yang melakukan kezaliman?

    lupakah surah dalam al-Quran yang mengutuk abu lahab? bukankah surah ini dibaca oleh semua umat Islam?

    baca dan fahami artikel ini:
    http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/takutlah-doa-mangsa-kezaliman.html

    wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    tidak dapat tidak aku bersetuju dengan fuad, dan artikel yang dari ustaz nasarudin perlu difahami agar kita tahu situasi sebenar.

    Bagaimana pula dengan insan bertopeng berjuang untuk rakyat, pertahan orang melayu tapi kuat rasuah, dan 'ketuk' orang sendiri (akibat dengki)?

    ReplyDelete
  4. wahai saudaraku ulama sendiri bukannya maksum dan tidak terlepas dari melakukan salah dan silap. Apakah pantas sesama Islam mendoakan keburukan ke atas sesama Islam?Bukankah kemaafan itu lebih baik? Aku tidak tahu sama ada Kelantan dizalimi atau tidak kerana aku tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu. Takut nanti kalau tulis di luar pengetahuan aku boleh membawa fitnah.
    Apa yang cuba kutulis adalah secara umum- akan betapa politik Malaysia sering menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. Jauh berbeza dengan sikap dan teladan rasul saw. Jenguklah ke blog http://azlishukri.blogspot.com
    dan aku yakin saudaraku Farid, terlepas pandang membaca perkara no.5.Akku mungkin bukan non-partisan tetapi aku tak buta melihat kebenaran.
    Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Semoga Tuhan merahmati kita semua.

    ReplyDelete
  5. wow. nice article. thanks for sharing.

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)