Thursday, December 17, 2009

ON HIS TUN SERVICE episode II PART 2: DIPLOMASI ATAU HIPOKRASI?

1. Hari pertama sepatutnya habis pukul 5.30 petang tetapi aku stay sampai nak dekat pukul 7 sebab join satu lagi sesi unofficial berkenaan dengan diplomasi dalam Islam. Ia disampaikan oleh seorang penceramah yang berasal dari China.

2. Dari segi teori sangat lengkap dan perfect-takda siapa yang mempertikaikan bahawa Al-Quran dan Sunnah telah menyediakan modul lengkap untuk kita berdiplomasi. Tetapi persoalannya: praktikal?

3. Tiba waktu untuk sesi soal jawab. Aku pun bangun dan bertanyakan soalan ''Palestine-Israel conflict has continued for over 60 years. Do u still think that diplomacy relevant in this issue and how we want to implement it?''

4. Jawapan yang diberikan tidaklah sebagaimana yang aku harapkan tetapi kudos untuk beliau kerana beliau memahami tentang sejarah Palestin. Cuma yang aku sangat tertarik dengan penjelasan yang diberikan oleh tuan moderator iaitu Tan Sri Hasmy Agam. Beliau adalah bekas diplomat Malaysia yang bertugas di PBB.

5. Tan Sri Hasmy memberitahu satu perkara yang sangat mengejutkan dan aku sampai sekarang masih terasa 'terpukul' dengan cerita tersebut. Sewaktu kejadian Israel menyerang Palestin pada satu ketika dahulu beliau telah melaksanakan satu draf resolusi untuk mengecam dan mengkritik perbuatan tersebut di PBB. Tetapi usaha tersebut mendapat sambutan dingin dari sebuah negara Arab-Islam yang meminta agar resolusi tersebut kelihatan sedikit 'lembut' dan balance. Lepas dah ubah negara tersebut minta tarik diri.

6.Sangat memalukan dan menghinakan. Negara Islam sendiri takut nak menyatakan kebenaran dan sekarang perkara tersebut dah menular ke negara kita apabila seorang diplomat negara telah diminta pulang kerana tidak menyokong dasar Amerika Syarikat.

7. Sejak mendengar cerita tersebut aku meragui usaha negara-negara Arab untuk membantu Palestin.Memang macam harapan la nak harapkan diaorang. Aku sendiri yakin satu hari nanti kalau Palestin bebas sekalipun bukanlah di tangan bangsa Arab.

8.Sekali lagi: Diplomasi masih relevan untuk krisis Palestin-Israel? Atau sekadar untuk menutup hipokrasi?

Ada orang tuduh orang lain sebagai kejam, diktator dll tetapi bila time nak mempertahankan saudara di Palestin, nak mengkritik kuasa besar cari jugak orang yang dituduh sebagai diktator tu. Yang kononnya berperibadi alim, warak dan lebih 'dihormati' oleh barat aka 'sahabat' beliau tak pulak nak kritik atau tegur ketidak adilan yang dilakukan oleh 'sahabat' dia tu. Macam tu ke perangai 'pejuang Islam' yang sebenar?

4 comments:

  1. assalamuailaikum..
    sye setuju psl negara arab tu...
    kte kene admit yg kte mmg x bleh b'gantung
    pde dunia arab..
    coz drg pun mmg takut ngan barat...

    ReplyDelete
  2. dunia arab masih bergantung kepada US dan kebanyakkan mereka adalah pro-US kecuali sebilangan negara arab yang sangat radikal. namun apa yang menyedihkan, negara arab yang sering kali dikunjungi umat islam setiap tahun, negara itu terlalu sangat bergantung dan menampakkan kelemahan dalam blok negara islam. sama2 lah kita berdoa agar keamanan dikembalikan kepada Palestin.

    ReplyDelete
  3. Astagfirullah..
    teruknyer sikap org arab nih..
    ni sbb pentingkan harta mrk drpd nyawa saudara seagama mrk..
    kt perlukan alternatif..
    selain brdoa n harapkan mrk berubah..
    kt juga kena berusaha utk berjaya dlm pelajaran..
    masalahnyer, kureng lar org islam yg betul2 berjaya(other than pak arab)
    Thus, more millionaires, better bollionaire need to be produced !!!

    U have lots of money..means bigger power u have..

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum

    merealisasi apa yang dikata memang payah...

    salam maal hijrah

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)