Saturday, December 19, 2009

Menilai Dan Dinilai


1. Penilaian terhadap prestasi kerajaan menerusi NKRA sudah pun dimaklumkan kepada orang ramai. Malangnya orang-orang seperti aku tidak berkesempatan untuk pergi dan aku yakin ramai juga orang2 muda yang tak hadir (mengikut laporan NST setiausaha NUTP mencadangkan supaya hari terbuka NKRA dibuka lebih lama untuk menarik orang muda).
2. Memandangkan aku masih skeptikal bahawa pandangan dan idea aku akan didengar oleh mereka-mereka yang 'di atas' tu jadi lebih baik aku letakkan pandangan aku kat blog ini. Sangat berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri keempat kerana tidak mengenakan sekatan internet atau internet 'censoring'. Kalau tidak tak da tempatlah untuk aku tulis itu ini.
3. Sebelum aku tulis panjang lebar adalah baik untuk aku perjelaskan apa itu NKRA. Ia terdiri daripada 6 komponen: Mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar, menambah baik pengangkutan awam. Ia melibatkan beberapa kementerian untuk mencapai objektif tersebut.
4. Pandangan pertama: TANGGUNGJAWAB
Kalau dilihat keenam-enam komponen tersebut beserta dengan kementerian yang bertanggungjawab aku berpendapat ada kekurangan di beberapa komponen tersebut. Antaranya adalah memerangi rasuah yang digalas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS Nazri Abdul Aziz. Aku berpendapat dalam hal memerangi rasuah ini seharusnya digandingkan bersama dengan Menteri Agama Brigd Jen Jamil Khir kerana aku yakin untuk memerangi rasuah juga memerlukan pendekatan agama. Bila ada pegangan agama yang kuat barulah rasuah dapat dibendung. Begitu juga dengan meluaskan akses pendidikan seharusnya kementerian pengajian tinggi juga perlu berganding bahu bersama kementerian pendidikan untuk mencapai objektif tersebut kerana perhatian bukan sahaja diberikan untuk pengambilan pelajar-pelajar baru di peringkat sekolah rendah tetapi kesinambungan selepas sekolah juga penting kerana aku berpendapat ada juga pelajar-pelajar lepasan SPM tidak berpeluang untuk melanjut pelajaran ke IPT atas sebab-sebab tertentu.
5.Pandangan kedua: SPESIFIK
Terdetik di hati aku kenapa objektif-objektif tersebut tidak dimudahkan?Maksud aku ialah mudah difahami oleh rakyat dan lebih jelas apa sebenarnya yang hendak dicapai. Yang aku rasa jelas cuma akses pendidikan sahajalah sebab ada statistik untuk memastikan pelajar-pelajar baru masuk ke sekolah tapi yang lain? Contohnya kalau memerangi jenayah apa jenayah yang hendak dikurangkan?Berapa banyak penurunan kadar jenayah hendak dikurangkan? Bagaimana tahap keselamatan di setiap tempat? kalau pengangkutan awam pula apa yang hendak diperbaiki? Bukan setakat menambah lebih banyak bas dan LRT tetapi juga kualiti perkhidmatan mesti diutamakan. Lebih-lebih lagi pengguna Komuter KTM yang sentiasa terpaksa menunggu lebih lama akibat gangguan waktu perjalanan. Akibatnya banyak masa dibazirkan dan kekecewaan pasti timbul sebab isu ini dah lama sangat. Rakyat pun dah naik bosan.
6. Pandangan ketiga: KEMENTERIAN LAIN
NKRA hanya ditumpukan kepada beberapa kementerian sahaja tetapi bagaimana dengan kementerian lain? Aku juga berpendapat ada kementerian-kementerian yang terlibat dalam NKRA pun patut diberi objektif lain yang lebih tepat. Di bawah ini aku senaraikan beberapa kementerian bersama objektif-objektif yang aku rasakan sesuai untuk mereka:
a) Menteri di JPM hal ehwal agama- Mengurangkan kadar maksiat, pengukuhan institusi agama, program-program dakwah diperluaskan menggunakan teknologi
b)Kementerian Perumahan- Kuantiti projek-projek perumahan terbengkalai dikurangkan, program kitar semula perlu diperhalusi semula dan ikut modul yang dilaksanakan di kawasan perumahan Putrajaya
c) Kementerian Kesihatan- Penurunan jangkitan penyakit HIV/AIDS, Masalah demam denggi dikurangkan, kualiti gerai-gerai ditingkatkan, peratusan menderma darah bertambah
d) Kementerian Industri Antarabangsa- Jumlah Pelaburan Asing(FDI) ditingkatkan, kuantiti syarikat-syarikat Malaysia menembusi pasaran luar negara, peningkatan industri kecil dan sederhana, kerjasama dengan negara-negara yang belum lagi menjalinkan hubungan perdagangan ditambah.
e)Kementerian IPT- Jumlah IPT yang mendapat status annex dipertingkatkan, kedudukan IPT Malaysia di ranking dunia diperbaiki, kenaikan jumlah pelajar-pelajar PhD dan kemasukan lebih banyak pelajar ke IPTA dan IPTS agar dapat mencapai sasaran sekurang-kurangnya setiap rakyat Malaysia mempunyai diploma atau ijazah.
f)Kementerian Luar Negara- Tahap hubungan dengan negara jiran , penglibatan lebih aktif dalam misi kemanusiaan terutama di negara-negara yang berkonflik, kebajikan rakyat @ pelajar Malaysia di luar negara dipertingkatkan
g) Kementerian Belia dan Sukan- Jumlah belia yang terlibat dengan dadah dan gejala sosial dikurangkan, prestasi atlet Malaysia di peringkat antarabangsa dan sasaran serta persiapan menghadapi sukan olimpik 2012 sekurang-kurangnya membawa balik satu emas, sasaran pasukan bola sepak ke piala dunia 2014, tahap pengurusan persatuan-persatuan sukan dipertingkatkan dan penglibatan belia dalam bidang sukan
h) Kementerian Pelancongan- Jumlah pelancong asing melawat Malaysia ditingkatkan, tahap promosi pelancongan, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan di lokasi pelancongan
i) Kementerian Sumber Manusia- Jumlah pengangguran dikurangkan, masalah amah dan pekerja asing dikurangkan, penyertaan lebih ramai tenaga pekerja dari dalam negara sendiri.
j) Kementerian Pengguna- Pengawalan barang-barang makanan, kes-kes aduan pengguna dapat diselesaikan, kekurangan bekalan makanan komoditi dapat diatasi
k) Kementerian Jalan Raya- Infrastruktur jalan yang lebih baik, pengurangan kadar kesesakan jalan raya, penggunaan touch n go yang lebih meluas untuk mengatasi kesesakan, lorong-lorong untuk setiap jenis kenderaan diperluaskan.
l) Kementerian Pengangkutan- Kurangkan kadar kemalangan, penambahbaikan kualiti pengangkutan awam.
m) Kementerian Pertahanan- Jumlah kemasukan anggota tentera terutama di kalangan bukan Melayu ditambah, peningkatan kualiti senjata dan pertahanan, kebajikan keluarga anggota tentera diperbaiki.
n) Kementerian Wilayah Persekutuan- Tahap kebersihan kemudahan awam di bandar raya ditingkatkan, masalah setinggan dikurangkan, tahap keselamatan di bandar-bandar dipertingkatkan.
o) Kementerian Sains Teknologi- Lebih banyak akses internet, penciptaan barang teknologi dari tempatan dikomersialkan dan R&D ditingkatkan
7. Itu hanya sebahagian kementerian yang sempat aku sentuh dan aku yakin ada lagi kementerian-kementerian yang tidak aku sebutkan di atas. Oh dan seperkara lagi, sasaran untuk indeks prestasi ini juga harus spesifik: contohnya kementerian IPT mendapat maklumbalas dari pelajar-pelajar dan warga IPT, kementerian pertahanan ambil maklumbalas dari anggota tentera, kementerian pengangkutan ambil maklumbalas dari pengguna jalan raya. Perluaskan akses maklumbalas tersebut supaya rakyat lebih mudah didekati atau bahasa mudahnya 'keep in touch'. Ataupun gunakan kemudahan teknologi seperti mendekati rakyat dan memberi rakyat kemudahan untuk memberi maklumbalas di laman-laman sosial seperti facebook ataupun menyediakan borang2 maklumbalas di tempat kerja kakitangan awam.
8. Mungkin apa yang ditulis dalam entri kali ini telah diketahui oleh para pembaca.Mungkin juga telah dijelaskan sewaktu hari terbuka NKRA atau mungkin telahpun diambil sebagai sasaran oleh kementerian terbabit. Mungkin juga kedengaran seperti idea yang kurang matang atau childish. Tetapi itulah pendapat yang aku hendak berikan sebagai seorang rakyat Malaysia, pelajar IPT dan bakal pengundi serta pembayar cukai kelak. Setiap mereka yang mempunyai status warganegara Malaysia berhak untuk memberi pendapat dan maklumbalas.
nak dengar juga pendapat dari golongan guru, petani, pekerja-pekerja kakitangan awam & swasta, peniaga2 kedai,surirumah dan rakyat biasa umumnya. Baru lebih jelas, spesifik dan mudah difahami.

4 comments:

  1. Penggunaan NKRA dan KPI ni sememangnya bagus kalau dilaksanakan dengan betul. Malangnya, tahap mana pelaksanaan nya yang akan menjadi perkara pokok.

    Setiap Kerajaan dinilai dari banyak aspek, ada masanya, kerjanya baik pemimpin tidak disukai atau kerjanya kurang tetapi 'aura' pemimpinnya bagus sekali.

    Apa pun dalam bernegara, individu tidak penting yang perlu diutamakan adalah negara itu sendiri, kerana Kerajaan yang berjaya menyediakan "Environment" yang baik, memastikan keselesaan rakyat keseluruhan.

    Ambil contoh pengundian "Budget 2010" dimana Kerajaan BN menang hanya dengan 3 undi. Kalaulah Pembangkang rajin sikitlagi, lebih 4 orang lagi datang dah kena bubar Parlimen.

    Masaalah nya apabila disebut 'Rakyat didahulukan', adakah ia bermaksud "Selama ini rakyat belum pernah didahulukan" dan 'Pencapaian di utama kan' bermaksud "Selama ini tidak ada Pencapaian" sejak 52 tahun merdeka???

    Cinta Alam Malaysia

    ReplyDelete
  2. wonder if actually ur thought is true...need some prrof in it...
    well,talking about the content i really like ur writing coz full of message and fresh thought that actually open people eyes towards certain isuues that bring it up...

    well done...

    dun forget to follow my blog too...
    well my blog is more relaxing...but i like ur type of blog...

    salam perkenalan...
    linda

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum

    banyak perancangan yang cantik di kertas, tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana tiada dana...
    kerna itu ia hanya sekadar perbincangan,perdebatan, perkelahian sahaja...
    akibatnya insan2 macam saya ni rasa macam dah muak ngan mcm2 isu KPI lah, NPKR lah... yang tak berkesudahan....dan tengah sibuk gempak ngan macam2 agenda yang nak dilaksanakan kononnya, tak sempat nak dilaksanakan sepenuhnya, hari mengundi pulak sampai,
    naik kabinet baru, citer lain pulak timbul... bukannya nak meneruskan dasar/agenda yang dah dibincang dan di persetujui sebelum itu...

    menghabiskan beras je...

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)