Friday, December 25, 2009

JANGAN JADI PENGECUT!

1. Bagaimana Pahang boleh menerima seorang penasihat British pada satu ketika dahulu?

2. Kalau mengikut sejarah ia disebabkan oleh kematian seorang penduduk yang membawa kepada alasan bahawa Pahang tidak mampu menjaga keselamatan dan keamanan negerinya sendiri. Akhirnya negeri ini menerima penasihat British.

3.Begitu juga di negeri-negeri lain. Perak contohnya, pergaduhan yang berlarutan untuk menguasai bijih timah dan perebutan takhta telah membawa kepada kekacauan dan ketidakstabilan kepada negeri tersebut. Akhirnya seorang residen British telah dilantik.

4. Apabila keselamatan negara dikompromi maka ia dianggap sebagai satu malapetaka kerana dengan kelemahan ini musuh di luar sana akan mengambil kesempatan untuk memburukkan lagi keadaan. Mungkin tidak dengan menyerang secara terus tetapi menggunakan taktik seperti zaman kolonial dahulu yakni penjajahan secara senyap.

5. Kalau dahulu pada tahun 1998 ada kuasa besar yang cuba menjajah negara kita menerusi jalan ekonomi kini pada tahun 2009 kuasa besar ini mencari jalan lain.

6. Penarikan balik diplomat kita di Vienna kerana tidak menyokong dasar AS terhadap Iran merupakan satu impak di mana sekarang ini kita tidak boleh melawan apa yang AS buat. Kita dilihat sudah cenderung untuk memihak kepada AS dalam isu hubungan luar dan mengenepikan tanggungjawab sebagai salah satu komuniti dalam dunia Islam.

7. Bahkan sejak pentadbiran Tun Abdullah Badawi, hubungan luar ketika sangat dingin dan tidak ada reaksi yang menggerunkan sesiapa- aku fikir apabila berganti tampuk pemerintahan akan berubah jugalah hubungan luar tetapi sangkaanku meleset. Isu-isu yang melibatkan negara dunia ketiga dan negara Islam tidak mendapat respons yang konstruktif daripada kerajaan Malaysia. Tidak seperti dalam pentadbiran Tun Mahathir, 'jahat-jahat' dia pun masih berani menentang dasar berat sebelah AS secara terbuka. Beliau langsung tidak gentar untuk menghadapi sebarang kecaman; jauh sekali meminta pujian dari media Barat atau pengiktirafan daripada mereka.

8. Apa guna sebarang pujian dan pengiktirafan kalau semua itu tidak dapat membela kita di akhirat kelak saat di tanya Tuhan ''Apa yang telah kamu lakukan untuk membantu saudara kamu di Palestin, Iraq dan Afghanistan?''

9. Dan sekarang AS meminta laporan penuh tentang kehilangan dua enjin jet negara kita. Kes ini dikhuatiri akan membawa kepada campurtangan AS dalam isu pertahanan negara dengan lebih lanjut dan ini akan memberi satu lagi impak yang negatif kepada negara kita. Kalau mereka dah 'pegang' pertahanan negara faham-faham sahajalah. Pertahanan negara adalah public interest, kalau keselamatan negara telah dikompromi maka keselamatan rakyat juga akan dikompromi juga.

10.Berdoalah mereka (AS) itu tidak mempelajari sejarah bagaimana British berjaya menjajah negara kita tanpa perlu menumpahkan darah tenteranya sendiri. Dan berdoalah kerajaan Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang mempelajari sejarah negara kita dan tahu betapa liciknya kuasa barat dalam 'menjajah' negara lain.

11. And pray that we still have 'balls' to fight against any injustice committed by America towards the innocent people. America is not our God then why we should afraid of?

Ada cerita best daripada pemandu teksi dalam entri akan datang..

3 comments:

  1. Negara kita berada dalam kancah yang tidak baik. Kita dalam keadaan bahaya. AS sentiasa akan mencari peluang untuk menakluk negara-negara Islam yang hebat. Walaupun secara "teknikalnya" kira "BUKAN" negara Islam tetapi Malaysia merupakan antara negara yang memberi ancaman kepada AS dari sudut aspek IDEOLOGI. Kita selaku generasi muda perlulah memberi dan menyumbang idea-idea baru dan bertindak dengan lebih bijak bagi menjamin masa hadapan Tanah Tumpahnya Darahku ini.

    ReplyDelete
  2. hmmm, Kuasa da terlalu besar... still, sumtimes it's not about 'afraid'.. they need AS.. what we say KEBERGANTUNGAN.... juz hope our leader learn from mistake..

    xsabar tggu cerita teksi

    ReplyDelete
  3. Salams.

    Ya. Jangan jadi pengecut tapi juga jangan terlalu berani.


    Semangat.....

    :)

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)