Wednesday, December 9, 2009

Melayu Mudah Lupa versi UMNO

1.Orang cakap kalau berdoa di hadapan kaabah doa kita pasti dimakbulkan Tuhan. Makcik aku yang pernah pergi Mekah berdoa agar penglihatan dia jadi baik dan tak perlu pakai cermin mata lagi. Dan doa beliau termakbul.

2. Ketua Pemuda UMNO akhirnya akan menjawat jawatan timbalan menteri. Desas-desus mengatakan beliau akan memegang jawatan di Kementerian Pengajian Tinggi @ IPT.

3. Fikir punya fikir akhirnya aku dapat dua sebab kenapa beliau dibawa ke dalam kementerian IPT. Yang pertama: beliau bekas pelajar Oxford dan mungkin boleh menggunakan pengetahuan dan pengalaman beliau di Oxford untuk diserapkan ke dalam IPTA dan IPTS. Kalau macam tu berita baik untuk semua mahasiswa kerana kita akan dapat duit 'biasiswa' yang lebih banyak. Paling sikit pun RM5000 dalam tangan.

4. Yang kedua: beliau Ketua Pemuda UMNO dan ini merupakan platform terbaik beliau untuk menarik golongan muda yang membentuk komuniti majoriti di IPT menyertai UMNO.Mungkinkah beliau akan menggunakan universiti untuk menambah sokongan orang muda ke atas UMNO?Atau mungkin beliau akan hadir dengan membawa satu isu yang kontroversi-barangkali cadangan untuk menghapuskan AUKU supaya dengan itu imej beliau di mata mahasiswa akan menjadi seperti seorang hero yang akan berusaha memansuhkan AUKU. Ini sekaligus akan membawa momentum 'cool down' dan mula yakin dengan kemampuan beliau sebagai Ketua Pemuda.

5. Tapi janganlah menyangka mahasiswa sekarang seperti budak-budak yang boleh digulakan dengan mudah. Takda sesiapa pun yang dapat melupakan 'dosa' beliau menggunakan duit untuk mendapat jawatan Ketua Pemuda. Tidak ada sesiapa pun yang dapat melupakan peranan beliau dalam pentadbiran Tun Abdullah; bahkan tiada seseorang pun yang akan melupakan bagaimana beliau cuba menganugerahi mat rempit dengan gelaran baru: mat cemerlang.

6.Apakah dengan kemasukan beliau dalam kementerian IPT akan membawa sokongan positif daripada golongan muda kepada UMNO? Kalau diamati betul2 keputusan ini juga ibarat menggali kubur sendiri sebab parti pembangkang akan mengeksploitasi golongan siswa untuk terus menentang UMNO kerana menjadikan Ketua Pemuda yang menang kerana rasuah menjawat jawatan dalam kementerian IPT.

7.Dan ya pelantikan beliau tidak akan membawa sokongan siswa yang bakal menjadi pengundi baru pada PRU yang akan datang untuk mengundi UMNO.Tapi kalau pemimpin UMNO rasa boleh, aku ucapkan selamat bersedia untuk mengosongkan pejabat di Putrajaya.

8.Kerana seorang, UMNO akan kehilangan berjuta undi daripada pengundi muda. Parti pembangkang dah boleh bertepuk tangan sekarang.

Melayu mudah lupa.UMNO mudah lupa.

Dengar cerita ada menteri kanan yang 'paksa' supaya KP UMNO ni jadi timbalan menteri. Rasa2 macam dah tau..

3 comments:

  1. senang sgt KJ ni naik....
    alamatnya hancur la... ulaq dah melingkaq... tinggai nak cabut nyawa...

    ReplyDelete
  2. K.J, my question is simple,

    pernahkah dia merasa sistem pendidikan Malaysia?
    pernahkah dia merasa apa itu erti kesusahan?
    pernahkah dia merasa senario Mahasiswa Malaysia?

    kalau dah dari lahir tu "kotor" sampai tua pown "kotor".

    ReplyDelete
  3. Untung jadi anak yg lahir di NS.. selain bantuan dari kerajaan federal, Mat Asan MBNS turut punya visi misi utk memastikan dasar dan taraf pendidikan anak Negeri cemerlang n hasilnya 2-3 thn lps keputusan beberapa peperiksaan awam NS naik melonjak ke 3 tempat ke atas !!

    Mat Asan bagi RM750 kalau msk belajar diploma ,dapat RM1,000 utk ijazah, n kalau dapat result 1st clas dpt RM 10,000 !!! ( kemarin lbh 100 org dah dpt duit ni..tak kira kaum,golongan ataupun fahaman politik mereka atau mak bapak mereka..tu pun mereka msh tak sedar lg!),janji Mat Asan lagi, pinjaman Yayasan NS jd biasiswa lak...

    .....cuma Ikan emas dok fikir n renung2 apa KJ dah buat utk bantu Mat Asan realisasikan matlamat ini???

    ReplyDelete

hak berfikir dan bersuara anda akan dilindungi. Terima kasih :)