Friday, February 27, 2009
SEVEN IN ONE DAY
1. Who tagged you?= taka de sesapa.Saje nak buat.Tak boleh?
2. Do you like tags?= Kalau dah membe2 tag buat jela kang kecik ati plak
3. If you can have a dream to come true, what would it be?= Jadi Presiden Amerika. Sebab jawatan tu menandakan ‘ u are the most powerful man in this earth’
4. What is your current mood?= Mataku berat dan perut sedang memanggil2 maggi hot cup
5. What will you do if your crush says he/she adores you too?= Soalan bodoh.Dah tentu aku terus kahwin dengan dia.
6. Will you fall in love with your bestfriend?= bak kata Jason mraz ‘lucky im in love with my bestfriend’
7. Which will you prefer, loving someone or being loved by someone?= can I pick both? Boleh kan2?
8. What is your favourite food?= Kuah kacang mak saya buat. Makan lontong dengan kuah kacang pun dah boleh hidup
9. If the person you dislike is right in front of you, what will you do?= buat bodo jela. Asal ar aku nak kena tegur dia dulu?hohoho
10. What do you pray each day for your loved one?= keep healthy and panjang umur sampai saya ada kerja sendiri
11. What catch your attention at best?= bila Bun buat lawak. Serious time stadi pun akan ikut gelak same bila dia dah start lawaking(thanks dude =D)
12. How would you see yourself in ten years time?= 29 tahun la kan?(Sori aku math dah dua sem tak belajar). Masih muda dan cukup duit untuk masuk meminang.
13. What are the reason that could make you so tensed up?= Bila fingerprint aku kat dining tu direjected. Apa dia ingat aku tipu kew?
14. What kind of person do you think the person who tagged you is?= yang ni takde orang tag.Saje amek dari lutfee.
15. Would you rather be single and rich or married but poor?= Single and richest.
16. Who would you like to see the moment you wake up?= fahmy.Sebab kalau dia xbangun lagi bererti telah lambat untuk mandi.
17. What's the character must have in your partner?= PEREMPUAN,CUKUP SIFAT KEWANITAAN,SUKA TENGOK BOLA
18. If you fall in love with two people simultaneously, who would you like to pick?= the one yang tak cakap kat aku ‘u ni penipu’.
19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing that someone has done?= Forgive but not forget
20. Do you prefer being single or having a relationship?= Currently the first one.
21. chocolate or vanilla?= Strawberi
OF POKER AND LIFE
- Kehidupan bukan kerana kita mempunyai kartu yang baik tetapi bagaimana kita memainkan kartu itu dengan baik. Ini general principle tentang permainan poker yang telah diambil daripada buku Setengah Isi Setengah Kosong oleh Parlindungan Marpaung(ini terjadi atas kesilapan aku meminta mak aku membeli buku dari medan indonesia 2 tahun lepas.Hasilnya aku terpaksa membaca buku motivasi tersebut dalam bahasa indon.Hampeh).
- Pertama sekali bila bermain poker kena ada confident. Kita kena yakin dengan diri kita bahawa kita mempunyai kad yang ada potensi untuk menang meskipun kita tidak tahu apa kad yang akan dikeluarkan oleh dealer atau kad yang dimiliki oleh pemain lain. Just mind of ur own business and believe in ur faith.
-Dalam poker gak ada istilah yang dipanggil 'check'. Ini juga penting dalam kehidupan kerana kita mesti rajin check diri kita,muhasabah dan tengok apa perkara yang dah berjaya dilakukan. Berhasil ke tidak azam2 yang telah dipasang pada malam sebelum menyambut new year.
-Apabila dah rasa macam nak kalah, seorang pemain bolehlah fold kad yang ada. begitu juga dalam kehidupan apabila menghadapi sebarang krisis atau masalah.Apabila masalah tu dah memang 'tak boleh diselamatkan lagi' dan menemui jalan buntu maka lebih baik kita 'fold' atau berundur.Mengalah tak bererti kalah.Ia menandakan kebesaran jiwa kita untuk menerima hakikat bahawa masa kemenangan untuk kita masih belum tiba.
-Yang tidak kurang penting juga ialah muka selamba atau dipanggil poker face. Ini sangat penting kerana kita tak boleh terlalu overconfident dan senyum memanjang apabila tengok kad yang agak promising kerana boleh mengkantoikan diri sendiri kepada pihak lawan. Muka kena relaks je; promising tak promising tetap relaks and cool, tak terlalu overjoy dan tak terlalu sad.So kena maintain facial expression tu as it is one of non verbal communication(masuk pscyho la pulak)
so itu adalah serba sedikit tentang permainan poker yang ada sangkut paut dengan falsafah hidup ini....
TENAT
UMNO SEMAKIN PARAH
Ya itulah hakikatnya. Hampir 95% penumpangnya didakwa tidak menyokong BN lagi. Apa sebab; macam2 dan kalau hal ini ternyata benar lagi tepat kompom2 parti yang dahulunya ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, parti yang bertujuan mempertahankan hak Melayu,mengekalkan kuasa Raja Melayu akan lenyap dan habis. Itulah realiti yang harus diterima oleh semua termasuk aku. Ya saya mengaku saya dahulu adalah penyokong UMNO tetapi sekarang tidak lagi. Berikut disenaraikan beberapa faktor yang membawa kepada kejatuhan UMNO
- Pemimpinnya tidak se'low' profile Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain
- Rasuah yang ditunjuk secara terang-terangan
- Pemberian lesen kontraktor kepada sebahagian ahli UMNO yang jelas2 tak layak
- Tiada usaha lanjutan selepas pelbagai cadangan dan idea diberikan dalam perhimpunan tahunan
Apa yang patut kita buat? Ada dua cara: Mengubah UMNO atau keluar UMNO. Kalau untuk menyelamatkan UMNO then semua ahlinya perlu bersatu untuk mengubah UMNO dan mempertahankannya. Faktor2 yang telah disenaraikan di atas wajar diambil perhatian supaya benda2 ni dapat dielakkan untuk memenangi hati dan fikiran rakyat semula. Kenapa tidak diberi kuasa untuk semua ahli UMNO yang berjumlah lebih 3 juta untuk mengundi pemimpin2 tertinggi mereka(Majlis Tertinggi UMNO)? Kenapa wakil2 mereka sahaja yang berhak mengundi?Mengapa tidak ahli UMNO sendiri? Biarpun lambat atau cepat tapi yang penting semua orang berpuas hati dengan pilihan sendiri. Pemilihan calon masih lagi menggunakan kaedah sama tetapi apabila sampai kepada pengundian haruslah diberi kuasa kepada ahli-ahli UMNO untuk membuat pilihan.Rasanya semua rakyat Malaysia tidak mempunyai masalah melayari internet dan membuat pengundian menerusi laman web rasmi UMNO. Butiran2 pengundian dirahsiakan dan harus dikira atau dipantau oleh satu badan bebas;mungkin mereka ini terdiri daripada veteran2 UMNO atau pemerhati politik. Demi survival UMNO kita semua harus berubah. Untuk memulihkan pesakit yang tenat diperlukan usaha yang sebaik mungkin tanpa mengenal putus asa. Orientasi wang dan kedudukan dalam UMNO sendiri harus ditukar kepada maruah dan perjuangan mempertahankan kedudukan Melayu di negara ini. Hanya jalan ini sahajalah yang dapat memenuhi inspirasi dan impian pengasas UMNO Dato Onn Jaafar untuk melihat Melayu berjaya di tanah airnya sendiri.
Masih segar dalam ingatan slogan 'Wahai bapa kami peliharalah hak kami sementara kami membesar' yang dipegang oleh seorang anak kecil dalam demonstrasi bantahan terhadap Malayan Union. Apakah kita sekarang sedang berusaha memelihara hak generasi Melayu akan datang atau berusaha memelihara kesenangan dan kemewahan masing-masing?
KARPAL-KING-CELAKA-PEMUDA
Sehari dua kali Pengerusi DAP aka Karpal Singh telah berjaya menaikkan emosi politik tanah air yang masih lagi bergelora dengan isu MB Perak, Elizabeth Wong dan isu rasuah Selangor. Dah jadi macam satu trend sekarang-seolah-olah cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada menghadapi isu yang lebih besar iaitu krisis ekonomi yang telah menjadi agenda utama Obama sebaik sahaja menjadi presiden Amerika. Nampak gaya politician Malaysia lebih berminat untuk bercerita tentang soal kuasa dan kedudukan daripada memikirkan solusi mengurangkan pengangguran dan kesan ekonomi global. Isu kali ini timbul apabila wakil rakyat ini menggunakan perkataan celaka terhadap pemuda UMNO yang dituduh membuat surat layang beserta dua peluru. Tidak ketinggalan beliau juga menyebut 'singh is the king'. Barangkali Karpal Singh dah lama x belajar sejarah atau geografi tentang di mana negara yang beliau sedang duduk sekarang. Maka pada hari ini sekumpulan pemuda UMNO 'menyerang' parlimen dan berlaku sedikit kekecohan apabila Karpal didesak oleh mereka untuk meminta maaf.
Ada yang tidak berpuas hati apabila Karpal membuat dakwaan mahkamah terhadap Sultan Perak. Itu hak dia dan seluruh rakyat Malaysia dalam Perlembagaan persekutuan artikel 182. Tetapi yang peliknya pakatan rakyat ni dah macam xda peguam melayu untuk dakwa sultan. Asal Karpal beriya2 nak dakwa padahal bekas MB Perak Ir Nizar tidak sekecoh beliau yang bersungguh-sungguh nak ambil tindakan undang-undang terhadap bekas hakim negara. Tujuannya cuma dua: sama ada sengaja untuk menghina orang Melayu atau mendesak pilihanraya baru di Perak supaya calon Melayu DAP nanti boleh menjadi MB Perak. Berkenaan dengan ucapan beliau yang berbunyi celaka, itu juga merupakan hak beliau sebagai ahli parlimen untuk mengeluarkan apa jua perkataan sewaktu dalam parlimen. Namun istilah singh is the king agak mengguris hati orang Melayu kerana seperti yang diketahui king Malaysia terdiri daripada Sultan Melayu.
Siapa dianya Karpal ni?Siapa dia yang nak jadi king di Malaysia? Siapa dia yang nak mengina Sultan Melayu yang menjadi pelindung hak keistimewaan Melayu? Adakah Karpal begitu grudge terhadap hak keistimewaan yang orang Melayu miliki? Apakah Karpal sudah sampai ke tahap impian beliau yang sebenarnya untuk menjadi pemerintah mutlak di negara ini? Siapa dia? Saya meminta jasa baik dia untuk membuka kembali buku sejarah Tingkatan satu sampai lima untuk mengeja sendiri nama tanah ini sebelum ditukar kepada Malaysia.Mungkin dia tak ada masa nak buka so biarlah saya mengeja untuk dia T-A-N-A-H M-E-L-A-Y-U. Take note on this
Tapi sayugia diingatkan bahawa tindakan pemuda UMNO itu tidak mencerminkan sifat demokratik. yes Karpal has right to do so but why should we go to the parliament and threat him? Kenapa kita tak desak pemimpin Melayu untuk terus menerus menekan Karpal Singh supaya memohon maaf?Kenapa perlu naik angin kalau benda tu kita tak buat? Kenapa harus dengar kalau Karpal tak ada bukti untuk dakwaannya itu? Useless right?Dia saja ja nak main emosi dan perasaan orang Melayu dan kita pun kena pandai jugalah 'psycho' balik. Untuk menyelesaikan masalah diperlukan orang yang berkepala dingin(tenang) bukan beremosi. Layanilah mereka yang kurang sopan dengan kamu dengan baik. Bukan kerana mereka itu terhormat tetapi kerana andalah terhormat untuk berbuat demikian.
Lepas ni apa pula?
SEKALI LAGI
- Suka menggigit kuku dan menghisap jari-ye ini adalah kenyataan apabila saya sedang berfikir kritikal selain memerlukan lolipop atau coklat
- ramai orang berfikir bahawa saya merokok-jawapan:TIDAK.Dah cukup no more comment.
- tidak kisah sangat pasal handset atau telefon bimbit. Kali terakhir menukar hp pada tahun 2007 dan tidak berhajat untuk menukar pada masa terdekat
- Bertadika kemas(baju kotak2 merah tu) sejak berumur 5 tahun sampai 6 tahun. Cikgu pertama saya di sekolah rendah adalah Puan Norhayati bt Abdullah
- Yang bertanggungjawab membawa saya ke bidang penulisan adalah puan muszalipah bt yahya,sewaktu di darjah 5
- Seorang yang sangat keras kepala-bila cakap itu,itulah yang akan dibuat dan akan lawan sampai habis-barulah boleh menerima kekalahan atau kemenangan(agak skema ini ayat)
- suka makan ramai2. Salah satu alasan kerana di rumah senang saya tak perlu membasuh pinggan dan lepas itu akan menerima pesanan daripada 'penaja'(paham2 sendiri sudeyh)
- tiga perisa aiskrim-vanilla,strawberi,apple
- tak suka bercakap dalam phone-tak tahu nak cakap apa.Kalau kol pun nak dengar orang bercerita jek
- indoor game yang sangat digilai dan diobsesi-Sahibba/scrabble
sekian terima kasih
AND SO THE MISSION
STATUS:SINGLE eh silap 006
MISSION:FORWARD THE RM**** ALIVE OR DEAD
LOCATION:SOMEWHERE IN SHAH ALAM
MISSION STATUS:ACCOMPLISHED
Ringkasan cerita tujuan aku ke kl pada hari ini. Sebenarnya banyak benda yang aku nak tulis dalam blog ni n insyallah akan cuba dipost secepat yang mungkin.Bukan apa takut idea2 tu hilang dan rugi kalau tak dapat dikongsi bersama. Apa pun yang boleh dikatakan adalah 60% trip ke kl sudah beres dan hanya tinggal saki-baki kerja yang masih belum beres. Thanx to all my ajk-master,bun,fahmy,ija n maisarah yang telah banyak membantu menyiapkan benda alah ni. So maybe setelah selesai misi di atas, tiba masa untuk aktiviti seterusnya di waktu malam nanti-roda2 kuala lumpur.
Anyway macam biasa kalau dah turun kuala lumpur ni akan terjadilah fenomena ini kepada kewangan aku
BERKURANG-WANG KERTAS
BERTAMBAH-WANG SYILING
Wednesday, February 25, 2009
BETTER MAN
I need to rest in arms
Keep me safe from harm
In pouring rain
Give me endless summerLord
I fear the cold
Feel I’m getting old
Before my time
As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I’m doing all I can
To be a better man
Go easy on my conscience’
cause it’s not my fault
I know I’ve been taught
To take the blame
Rest assured my angels
Will catch my tears
Walk me out of here
I’m in pain
As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I’m doing all I can
To be a better man
Once you’ve found that lover
You’re homeward bound
Love is all around
Love is all around
I know some have fallen
On stony ground
But love is all around
Send someone to love me
I need to rest in arms
Keep me safe from harm In pouring rain
Give me endless summer
Lord I fear the cold
Feel I’m getting old
Before my time
As my soul heals the shame
I will grow through this pain
Lord I’m doin’ all I can
To be a better man
I just keep wonder whether the word 'man' should be replace with my name...
Sunday, February 22, 2009
BOIKOT
BERSIKAP PROFESIONAL BOIKOT PRODUK YAHUDI,AS
-Perlu diketahui Johor Corporation(JCORP) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad adalah pemilik rangkaian restoran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura yang kini berjumlah 190 cawangan.Mereka juga pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad yang mengendalikan 460 restoran KFC di Malaysia,Singapura dan Brunei. JCorp diterajui Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang aktif memperjuangkan JIHAD MELALUI BISNES.
Ini adalah sedikit ulasan daripada artikel yang ditulis oleh pensyarah pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Johor Bahru. Ya mungkin kalian ada yang dah tercengang apabila membaca artikel ini dan mula mencapai hp masing-masing untuk mengorder membe2 yang tengah outing untuk membawa balik dinner plate KFC.
Dari awal lagi aku kurang bersetuju dengan idea memboikot ini. Namun begitu tak bererti aku menyokong produk-produk yang terang-terangan memberi dana kepada kelangsungan negara haram Israel kerana seperti yang terdapat dalam artikel itu jelas membuktikan ada jenama2 yang tergolong dalam produk yang perlu diboikot kini telah diambil alih oleh orang Melayu atau Islam. Harus difikirkan apabila kita memboikot sesuatu produk maka kita juga memboikot saudara-saudara kita di Malaysia ini yang bekerja di kilang atau tempat produk tersebut untuk menyara kehidupan keluarga mereka, menggunakan duit gaji mereka untuk membeli barang keperluan anak-anak yang bersekolah dan sebagainya. Ada kedengaran suara sumbang yang agak touching 'dah tahu produk tu produk AS watpa keja lagi kat situ?'. Satu je aku nak tanya 'korang yang tanya nih ada sediakan peluang pekerjaan untuk diorang ni ke?'
Isu boikot ini harus diteliti dari pelbagai sudut. Kalau kita tak mampu nak boikot terus then boikot secara sikit2, contohnya kalau sebelum ni korang makan kat mcdonalds tu tiga kali seminggu so dalam usaha memboikot tu kuranglah sedikit dari tiga jadi dua atau satu kali. Meskipun ditawari dengan tawaran 'boleh refill' tapi untuk menunjukkan sedikit protes maka mintalah air milo ke,kopi ke kat mcd tuh.
Kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk memboikot tetapi bukan dengan kempen membeli barangan buatan Malaysia kerana kempen itu lebih menjurus kepada pengaliran wang keluar untuk mengimport barang luar. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu agensi yang bertanggungjawab untuk memboikot syarikat2 yang masih lagi belum diambil alih oleh anak tempatan dan meminta pekerja2 mereka berhenti. Pekerja2 yang berhenti ini pula akan diserapkan ke dalam restoran2 francais yang lain seperti Radix restoran, KFC,Pizza Hut(yang telah dijelaskan sebentar tadi telah menjadi milik Malaysia) tetapi bukan restoran mamak. Ataupun seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim yakni mengambil saham2 dalam syarikat2 produk buatan AS tersebut. Jika dahulu Permodalan Nasional Berhad mampu mengambilalih syarikat2 British seperti Sime Darby mengapa tidak ia mengulanginya lagi?Daripada kita habis duit untuk syarikat luar yang jelas2 menyokong keganasan inilah masanya untuk kita bertindak.Pelaburan untuk jangka masa panjang.
Aku tidak menafikan bahawa aku masih lagi dalam usaha memboikot produk2 AS dan yang paling terang lagi jelas aku tak pernah minum pun kopi dari cawan kedai starbucks. Salah satu alasannya ialah boikot dan alasan2 yang lebih munasabah ialah:daripada habis duit berbelas ringgit untuk secawan kopi lebih baik aku minum kopi yang mak aku buat.Sama je perginya...
So inilah pendirian aku berkenaan isu boikot ini.
OF CRONYISM AND NEPOTISME
What is cronyism and nepotisme actually define?Cronyism derived from the word crony means a best friend(i refer it to my longman dictionary) while nepotisme refer to incline of choosing our family or friends to hold certain post or in other words,bias.
I admit that I choose several of my friends to help me work out on project that i need to be handle. Can u imagine if such project will be handle to someone that i never know and trustless? Yes if we keep preserved this trend then it will shut down the chances of others potential peoples. I used some of my friends to lend their hand because it is easier to contact with them and i'm not just put down their name as one of the committee.They do put some commitment to make the project real. I never seen my roomates who is also the one of the committee stay awake just to prepare the name tag for the outcoming projects.The others show some courage too to go there and meet other people to accomplish it. But somehow it doesn't mean i bless of using cronyism or nepotisme. Still I put someone that are 'new' but potential to do work in my committee. I am tired to see how our culture which like to rest all the things to us alone and when it done, it's time to crticise this and this. So somehow the need of cronyism is needed.
The things make this term become such dirty when the one who hold the position or work is the inability one. Just pick them up because of the relationship not because of the ability or personality. Just put down the name and after that go for relax and enjoy. The cronyism seems as arbirtary because as i mentioned before it may closed up the one who doesn't has any relationship to show up their talent. After all, the cronyism should not be viewed as dirty neither as clean. It must be used in certain things without jeopardize the necessary on accomplishing the task or duty.
Perhaps I should stop here to allow the readers to share their opinions
A DREAM
I have a dream; i have a dream to be a prime minister. To change the world for us and fixed back anything that goes wrong nowadays. It's my responsibility to take charge on that; to fixed it when the power is mine. A dream to see that we will lead the world, become the most powerful nation in the world, a dream to see that we will become the 'new america', a dream to grab the economy and education power from the current powerful country right now. A dream to bring the past into the future, bring the malacca empire into Malaysia empire one day. I have a dream that one day we can lead others nations and peoples in every aspects and we will become champion on dealing with international affairs. We will solve it by our way without using much weapon and blood.I have a dream that we will become a leader of a gigantic economic block as the EU done it nowadays.I have a dream that all the Islamic and Asian countries will stand in one name,one block of economy and strength to rule the world once again. We can do it. We will do it if we want to. And I have a dream; dream of dream that is to bring the justice and right for palestine. The Jerusalem or Al-Quds should be back into Muslims because that is the true right and justice. The right of Malays, the excellence of Malays should be preserved too in any cost. I have a dream for that.
I can't do that alone. I need someone to withstand with me and make it reality. If Dr.Mahathir has his Siti Hasmah then i need someone too hehehe. The main thing is the one who stand with me will understand my dream,my aspiration,my work and ready to lend me to the country.I need someone(my future partner of course):
- guide me not lead
- support me not pressure up
- persuade not incite
- comfort, not nurturing me as a child
- advice not blame me
- tell the truth, not lying
- see my fault and not hide it
- tolerance not stubborn
- at my side, not at my head
- respect me, not at my feet
'FOR EVERY SUCESSFUL MAN THERE IS A WOMAN BEHIND HIM'
I have a dream
Saturday, February 21, 2009
LOST AND FAUN
Not all the past we can fixed.Some of the past we must to forget and leave it behind.If it need to compromise with our honor,pride and self-respect then it is worthless to exchange it.Stay up with your stand and just move on-u may feel that you lost it but somehow you will found a 'promising future' forward.
But some of the past come back to us with more promising. We have to adopt it so that it can assimilate in our present and future life. Why should fixed anymore if everything is getting okay again?
Don't curse the past;accept it as your past and if it broke, let it be.If it already fixed by the time, just let it flow with our life....
Thursday, February 19, 2009
APOLOGISE
Di sini saya ingin membuat sedikit penjelasan.
Perancangan awal lawatan ini adalah untuk membawa 4BAS.Tetapi bak kata seorang senior 'it is ambitious to bring that', maka dikurangkan menjadi 2 Bas sahaja. Kemudian berlangsung mesyuarat Hi Com pada awal Februari membincangkan hal lawatan. Aku mengakui bahawa ada beberapa orang telah memberi nama untuk direservedkan. Kemudian setelah berbincang maka diputuskan bahawa nama-nama tersebut terpaksa 'dipotong' atas dua faktor:
- Lawatan ini tidak diketahui oleh semua pre-lawrians. Ini kerana lawatan ini adalah untuk semua pre-lawrians dan tidak boleh ada sebarang reserved;kalau begitu maka no point untuk beritahu during agm kerana nama2 yang reserved tu sudah pun mencukupi 20 orang.
- Mekanisme pemilihan tidak ada.
Maka ditimbulkan beberapa cadangan untuk mekanisme pilihan pre lawrians yang akan pergi ke lawatan. Setelah disepakati maka kami bersetuju untuk membuat cara 'first come first serve with money'. Memang ada alternatif lain iaitu: Undi tuah atau hanya untuk pelajar 3.00 ke atas sahaja. Tetapi alternatif ini kurang sesuai untuk diaplikasikan dalam club pre-law.
Dan sekarang apabila seat telah penuh, maka timbul lagi beberapa cadangan iaitu supaya bas ditambah.Boleh tambah tapi akan timbul masalah dari segi tempat penginapan kerana Delta Inn dah comfirm hanya 86 orang sahaja yang akan datang dan mungkin minggu depan aku akan turun ke KL untuk meninjau keadaan delta Inn dan berunding lagi sekiranya terdapat perubahan dari segi bilangan lelaki dan perempuan kerana terdapat berita bahawa kekosongan masih ada di kuota lelaki Part 3 kerana rata2 mereka berasal dari KL so lawatan ni ibarat macam balik ke 'tanah air' sendiri.Cadangan seterusnya supaya part1 tidak perlu ikut serta;tujuan aku mengambil 4 orang wakil part1 supaya mereka dapat menimba pengalaman dan mereka ini berkemungkinan besar akan menjadi ajk2 lawatan pada semester hadapan.
Begitulah ceritanya.
Saya ingin memohon maaf kepada mereka2 yang telah memberi nama kepada saya di awal rancangan dan tidak dapat mengikuti lawatan ini. I admit this is my fault for giving the information earlier before the AGM. I think it will not get a good respond but today it proves me wrong.Even ada jugak seolah-olah terkejut dan bertanya soalan yang agak touching seolah-olah tak percaya tempat dah penuh sekali dengan duit yang dibayar.Tetapi itulah realitinya apabila aku yang baru sahaja hendak meraikan kemerdekaan dari lecture library dan kemudian belum sempat aku nak bergerak jauh, aku telah 'digam' dengan senarai nama beserta duit. Maka master pun tidak ada pilihan lain kerana ia berdasarkan 'first come first serve with money' bukan 'first reserved first come'.
Jadi diharap blog ini menjadi satu penjelasan untuk kalian semua dan ini sebagai satu bukti bahawa hi-com prelaw club telus dan tidak menyembunyikan sebarang perkara. Yang tinggal sekarang kekosongan untuk part3 dan juga mereka2 yang telah bayar then tak pergi atas sebab2 tertentu.
Once again i apologise and hope u all can understand my situation.If u are in my situation then it will be the same too.Im the only one who decide and work for this trip...
BEBERAPA JAM SEBELUM AGM
Ni cerita dalam masa 6jam sebelum berlangsungnya AGM pre-law petang tadi
- Baru dapat pengesahan pihak USIM untuk menerima lawatan
- Pembatalan diskusi bersama Tun Mahathir
Hal yang kedua itulah membuatkan aku stuck buat seketika.Punya baik rancangan nak tido tetiba tak jadi tido;pening memikirkan benda sebab kalau xda plan B bererti lawatan ini akan menjadi 'dull' dan kurang umphh.So setelah beberapa minit aku 'menyendiri' akhirnya muncullah dengan idea:
1.Perbincangan dengan Chandra Muzaffar
2.Lawatan ke Yayasan Kepimpinan Perdana
Aku terus contact En.Ram yang telah banyak arrange untuk diskusi tersebut dan dia pun memberi no kontek Pn Zarina,GM untuk Yayasan Perdana untuk memberitahu tentang lawatan tersebut.Maka sebelum masuk ke dalam DS, aku mendapat panggilan daripada my mama n the confidence strikes me back to call up Pn.Zarina and it works!Hanya perlukan hantar surat dan mereka sedia untuk menerima kehadiran rombongan lawatan kami.
I learn valuable lesson today: EVERY PROBLEMS CAN TURN TO OPPURTINITY IF WE WANT TO DO SO...
Wednesday, February 18, 2009
LAWATAN KE KUALA LUMPUR
12MAC
6 PETANG-PENDAFTARAN DAN BERTOLAK
11MALAM-DIJANGKA SAMPAI DI DELTA INN(BANGUNAN MAIS)
13 MAC
9.30 PAGI-MELAWAT YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA
12.30 TGHARI-REHAT
3.00 PETANG-MELAWAT USIM
MALAM-REHAT aka SHOPPING!hohoho
14 MAC
10.30 PAGI-MELAWAT UIA
12.30 TGHARI-REHAT
2.00 PETANG-MELAWAT UM
4.00 PETANG-BERTOLAK BALIK KE MERBOK
Bayaran 80 ringgit termasuk penginapan,tagnama,talitag,lencana dan juga sijil.So sesiapa yang berminat part three bolehlah berjumpa dengan kak nad sementara part 2 berjumpa dengan master aka arif(roomate aku yang merupakan membe yang selalu jalan ngan aku tu).So tarikh tutup penyertaan adalah 25 Februari 2009
Tuesday, February 17, 2009
We are more than a friend
No more hesitate
No more complicated
The faith is ours
The time has come
Why should you worry of?
We just spend time together in vain
You walked with someone
I walked alone
We world apart for this 3 years long
But then we meet again
At the end of my endless waiting
I see your face with no one beside you
I take your heart and you take mine
The words are clear
WE ARE MORE THAN A FRIEND
Monday, February 16, 2009
THE PAST
*I just feel the 'kindness' of past ryte now.All the mistakes I done in the past came back to my life with a better one. Everything change. Everything change with something that i can said 'phew dat's damn good'. I feel like...we shouldn't curse the past because maybe someone that in ur past will come back to you with a good news or promise you with something more better in future.
There something I regret and lost recently but the past cover it up nicely...
JUST TO PROOF THAT....
'Pindaan perlembagaan perkukuh institusi Raja'
'DAP Perak tetap mengharap bubar DUN'
Ini merupakan tajuk2 kecil yang berada dalam akhbar Berita Minggu.Tajuk pertama tu berlaku di Muar dan simultaneously dengan blog aku yang lepas iaitu 'Valentine Day-asal ar?'. Tajuk kedua pula diulas oleh Tan Sri Sanusi Junid;sebagai hujah tambahan kepada blog 'Perlembagaan 182&183'. Dan yang terakhir pula membenarkan pendapat dalam blog 'katak oh katak II' di mana DAP benar-benar mahu pembubaran berlaku kerana mereka mahu calon daripada parti tersebut menjadi MB.Macammana caranya rujuklah balik blog aku yang lepas.
Tujuan aku post blog ni bukan nak membanggakan diri bahawa 'im the right man' tetapi sekadar nak membuktikan apa yang aku cakapkan bukanlah 'over wind' atau atas angin sahaja.Tetapi punya bukti yang kukuh dari sumber2 yang dipercayai....
Live with proof
Saturday, February 14, 2009
VALENTINE DAY-ASAL AR?
Asal ar nak kena tunggu valentine day baru nak buat semua benda alah tu?Asal ar time 14 hb je baru nak ajak candle light dinner,kasi bunga,kasi coklat,bagi ayat2 jiwang.Hari2 biasa x boleh ke?Nampak sangat macam hypocrite(sorry kepada sesiapa yang menyambut) sebab pada aku kita appreciate cinta kekasih kita tu setahun sekali jek, hari-hari lain xda.Seolah-olah cinta itu worthless,layak diberi penghargaan untuk satu hari je lepastu?Hari-hari berikutnya?Sebab itu Islam memandang tinggi nilai cinta ni.Tak ada spesifik day untuk meraikan cinta sebab tiap-tiap hari kita perlu meraikan dan menghargai cinta(terutama kepada pasangan yang berkahwin). Dan ini aku xtaula kan ada terjadi ke tak;biasanya valentine day jugak akan mempromosikan budaya seks bebas dan berzina kerana waktu itulah dikatakan 'bukti cinta sejati'.Erk...yeke?Dah komfirm ke awekz kita tu isteri kita nanti?Korang nak ke nanti anak-anak korang yang juga merupakan pewaris keturunan korang lahir dari seorang perempuan yang telah 'dirasmikan' sebelum akad nikah?
Kesimpulannya valentine day ni seolah-olah nak menunjukkan cinta itu 'layak' dihargai setahun sekali, bukan untuk hari-hari. Tapi basically kalau orang tanya aku asal x sambut jawapan aku senang je: 14HB tu hari kemenangan tentera Jepun menentang Askar Melayu yang diketuai Lt.Adnan,salah seorang idola aku. So kalau aku sambut bererti aku aku merayakan kegembiraan hero malaya ni mati, tak ke kurang ajar namanya tu?
CINTA ITU AKAN DIHARGAI DARI HATI YANG PERNAH DILUKAI,MATA YANG PENUH KEIKHLASAN MENCINTAI APA ADANYA DAN JIWA YANG PENUH SABAR MENANTI CINTA SEJATI.....
Friday, February 13, 2009
ARTIKEL 182 DAN 183
182(2)-Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang Dipertuan Agong atau raja sesuatu negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam mahkamah khas yang ditubuhkan di bawah Fasal 1(fasal 1 berkenaan penubuhan mahkamah khas)
183-Tiada tindakan,sivil atau jenayah boleh dimulakan terhadap Yang Dipertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.
DISINI IANYA BERMULA.KRISIS 1983 (PINDAAN PERLEMBAGAAN)
krisis raja2 dan pemerintah bermula sejak di zaman tunku abdul rahman lagi.waktu itu ia dibawah pemerintahan kerajaan perikatan.ia bermula dengan perselisihan pendapat di antara tunku dengan almarhum sultan selangor pada tahun 1963. isunya tentang hak tanah seluas 10 ekar di jalan duta.dalam surat perjanjian diantara kerajaan perikatan dengan sultan selangor ada disebut bahawa sultan selangor tidak boleh menyewakan dan menjual hartanah tersebut pada bila2 masa. sultan selangor menyatakan bantahan ke atas perjanjian tersebut atas justifikasi bahawa tanah 10 ekar dijalan duta itu merupakan tanah milik negeri selangor maka ianya secara automatik dimiliki oleh sultan. perselisihan ini reda beberapa ketika tanpa ada keputusan muktamadnya.
pada tahun berikutnya sultan perak secara indirectly menegur kerajaan negeri dalam titahnya dalam perutusan hari raya haji di masjid kuala kangsar. antara intipati teguran tersebut berkisar kepada keengganan kerajaan negeri menuruti beberapa permintaan istana. sekali lagi krisis ini reda untuk beberapa ketika.
krisis raja2 dan pemerintah panas kembali pada tahun 1981 antara dr mahathir dan sultan pahang yang ketika itu menjadi YDPA. ianya berpunca tentang konsesi balak. menteri besar pahang abdul rahim bakar telah 'diminta' oleh dr mahathir untuk meletakkan jawatan bagi meredakan ketegangan yang cukup serius antara kerajaan dan sultan pahang.
bermula dengan isu inilah maka dr mahathir telah mengambil langkah berani melakukan PINDAAN PERLEMBAGAAN pada 1983. antara intipati pindaan perlembagaan tersebut adalah :-
MEMASTIKAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA TIDAK MENJADI PENGHALANG KEPADA PENGESAHAN KEPADA RANG UNDANG-UNDANG YANG TELAH DILULUSKAN OLEH PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI.
sebahagian raja-raja melayu menentang pindaan perlembagaan tersebut.paling ketara ialah sultan pahang yang bertindak selaku YDPA telah tidak hadir dalam majlis mesyuarat raja-raja ke 128 di kota kinabalu. tindakan baginda ini telah menimbulkan protes dikalangan menteri-menteri besar dan ketua menteri.
menteri besar kedah syed nahar shahbudin telah mengadakan mesyuarat tergempar dikalangan menteri2 besar dengan menyatakan bantahan kepada penyimpan mohor besar raja-raja.mb trengganu wan mokhtar ahmad membuat draf bantahan yang ditandatangani oleh kesemua mb2 dan ketua menteri.
krisi tidak berakhir disitu. mb kedah telah mengadakan rapat umum terbesar bagi menyambut kepulangan dr mahathir daripada kota kinabalu.perhimpunan rakyat itu dihadiri lebih daripada 50 ribu orang dan tatkala dr mahathir menjejakkan kakinya di airport kepala batas pada 26 nov 1983 beliau telah mengucapkan kata-kata penting di depan lautan manusia "KITA TIDAK LAWAN SESIAPA,KITA TIDAK AMBIL KUASA SESIAPA,TETAPI APA YANG HENDAK DIPERJUANGKAN ADALAH MENURUT KEHENDAK PERLEMBAGAAN'.
perhimpunan di kepala batas merintis kepada perhimpunan besar-besaran di seluruh negara bagi menyatakan bantahan kepada keengganan YDPA menandantangani pindaan perlembaan 1983. namun setelah beberapa ketika akhirnya timbalan YDPA sultan selangor telah menandatangani pindaan tersebut mewakili YDPA.
KRISIS TERCETUS KEMBALI.1993 IMUNITI RAJA2 DITARIK .
pada 1 disember 1992 detik hitam bermula kembali. insiden jurulatih hoki maktab sultan abu bakar douglas gomez dipukul oleh sultan johor telah menjadi titik tolak bermulanya krisis kekebalan raja-raja melayu dihapuskan.
7 disember timbalan ketua polis negara rahim nor dalam pertuduhannya telah menamakan sultan johor sebagai 'orang yang memukul douglas gomes di bukit serene johor'.timbalan perdana menteri ghafar baba telah membawa usul penyalahgunaan kuasa oleh raja2 kepada rakyat. malah ahli parlimen arau YB shahidan kassim telah memberitahu sidang dewan rakyat bahawa keluarga diraja johor telah melakukan 23 kes salah laku sejak tahun 1972.
pada 11 disember 1992 kerajaan telah meminda perlembagaan yang menghadkan kekebalan raja-raja melayu. dalam keadaan yang semakin hangat itu pelbagai kesalahan telah dibongkar. insiden TMJ mendera seorang anggota polis dengan menyuruhnya mengawal kandang anjing di belakang istana dan digelarkan anggota polis tu sebagai anjing telah menggemparkan seluruh negara. 'hanya orang yang kurang waras sahaja sanggup memanggil orang lain sebagai anjing'..itulah luahan kata2 sesal rahim noor bila ditanya tentang insiden tersebut
21 jan 1993 TMJ dihadapkan di mahkamah majistret kerana mendatangkan kecederaan kepada mohd jafar selvaraj seorang penjaga gol hoki. bagaimanapun kes itu selesai dan mangsa hanya mendapat gantirugi sebanyak rm1k.
Tumbangnya shah iran dan sistem beraja nepal merupakan hasil daripada PENGEKALAN SISTEM IMUNITI BERAJA. bila raja gnaendra melakukan kesilapan demi kesilapan dan beliau KEBAL dalam sistem perundangan maka seluruh rakyat nepal telah memberontak....
THANKS TO ILY...
1.Nama penuh aku mohammad zharif shafiq bin badrul hisam. Tapi dalam ic hanya mohd zharif shafiq bin badrul hisam.
2.Secara jujurnya aku x makan sayur(kecuali bayam dan carot)
3.Makanan feveret aku nasi bersama lauk sardin(sebab spesies ikan ini dan bawal sahaja yang aku makan)
4. Mempunyai fobia untuk menegur orang di public sebab dah pernah kantoi tersalah tegur.So kalau jumpa aku kat luar aku xtegur tu mintak maaflah ek.
5.Fear factor aku adalah GAYAT. Tapi men roler coaster adalah benda yang paling aku suka dalam hidup nie
6.Tidak reti bermain alat muzik kecuali vokal(yang ni termasuk alat gak kew?)
7.secara jujurnya, tak suka pompuan yang agak 'kerek' dan menuduh aku penipu(walaupun kadang-kadang terpaksa menipu untuk mengelakkan pertumpahan air mata dan darah)
8. Benci kepada ketidakadilan dan penindasan tanpa hak(tetiba nada serius)
9. On time. Tak suka last-minute kerja ataupun lambat dari masa yang dijanjikan.
10.Kemahiran sukan yang ada: swimming,marathon,memanah,futsal.
11.Xda seni mempertahankan diri kecuali wrestling
12. Cenderung kepada hal-hal kebajikan dan kemasyarakatan
13.Dua gigi depan aku adalah bahan eksperimen aku waktu darjah 1.Masa tu first time nurse baru datang sekolah maka untuk menunjukkan bahawa 'akulah hero' maka dibuat alasan untuk mencabut gigi. Ingat cabut satu je pastu sekali dua dicabutnya.Depan lak tuh.*haish*
14.Sangat taksub kepada lolipop,gula-gula,coklat dan segala jenis benda yang bergula. Sebab tu aku suka duduk kampus sebab mak aku xtau aku makan gula melebihi dos.
15.bercita-cita untuk menjadi perdana menteri sejak berusia 12 tahun. Parti apa jangan tanya aku sebab sekarang aku masih neutral.
16. Dan yang ini pengakhirannya...untuk pengetahuan semua, course pre-law ini merupakan course pilihan terakhir aku. Cerita panjangnya camni
Masa tu aku dah isi semua:pilihan pertama,kedua,ketiga,keempat,ketujuh sampai kesepuluh semuanya berkaitan dengan perubatan. Pastu untuk lima dan enam aku masukkan undang-undang. Tup2 tahu dapat pilihan keenam iaitu asasi undang2 UiTM. So masa masuk dalam course ni secara sincere aku xda pengetahuan langsung tentang undang-undang dan xberminat untuk amek undang-undang. Tapi korang mesti xpercaya kan sebab result sem1 aku agak bercanggah dengan apa yang aku cakap sebentar tadi. Selepas sebulan aku masuk course ni barulah aku mendapat 'sentuhan emas' dan aku nekad untuk teruskan perjalanan hidup aku dalam bidang undang-undang walaupun saat itu aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di universiti swasta. Tapi aku dah nekad punya pasal terus je aku layan bidang undang-undang ni dan tujuan aku adalah satu:TO PREVAIL THE JUSTICE. Dan inilah yang dinamakan turning point dalam hidup dan aku xpernah menyesal untuk teruskan hidup dalam dunia ni =)
so itu jela yang aku boleh kasitau.Nak tag sapa?Sapa2 yang terasa nak buat,buat je xsalah pun..
Monday, February 9, 2009
KATAK OH KATAK II
Bias that put all the blaming to opposition's leader
and point up me as ultra-malay
But that's the truth.
Meskipun blog lepas yang kupost berbaur pro-kerajaan tetapi dalam bidang undang-undang nemo judex in causa sua adalah sangat penting dalam membuat sebarang keputusan. Dan malangnya pendapat yang aku utarakan adalah betul mengikut pandangan Chairman Bar Council. Berikut adalah komentar beliau tentang isu MB Perak:
2009/02/05
PERAK IN CRISIS: Nizar has no choice but to resign: Bar Council
By : Jennifer Gomez
KUALA LUMPUR, Thurs:
Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin has no choice but to resign, the Bar Council head said.
Datuk Ambiga Sreenevasan said that Perak ruler Sultan Azlan Shah had acted within the provisions of the state constitution in not agreeing to the dissolution of the state assembly and asking Nizar to quit.“The constitution says that if the MB does not command majority in the state assembly and his request to dissolve the state assembly is not granted by the Sultan, then will have to tender the resignation of the exco, including himself,” she said.Ambiga pointed out that it was the Sultan who appoints the menteri besar, who in his judgement, is likely to command the confidence of the majority of the assembly.“These provisions are similar to those in the Federal Constitution and in this case, the Ruler seemed to be satisfied that he (Nizar) does not command the majority.”
She added that going by the plain reading of the language in the Constitution, Nizar has no choice, adding it was a difficult situation, especially since this was considered unchartered territory.As to the crossovers, she said it was permissible by law to switch camps.“Legally, it is right, but some will say that it is morally and ethically wrong because it does not reflect the true desire of the people,” she said.Ambiga, however, said the recourse for the Pakatan Rakyat government was to challenge the Election Commission’s decision not to call for a by-election, and also to get the court to declare that the resignation letters by the defecting assemblymen were valid
Meskipun Datuk Ambiga menyokong tindakan Karpal Singh memfail saman terhadap Sultan Perak(yang mana bertentangan dengan pendapat aku) tetapi dalam soal jawatan MB dan lompat parti ternyata pendapat beliau yang lebih expert dalam law menyokong pendapat aku dalam blog yang lepas. Setelah berbincang dengan En.Zulhelmey a.k.a pensyarah MTC037 aku mendapat sebab kenapa Sultan Perak mereject pembubaran jemaah exco yang cuba diusulkan oleh Ir Nizar.
Apabila pembubaran berlaku maka pilihanraya di seluruh ADUN Perak. Umum mengetahui berlaku sedikit pertelagahan ketika pemilihan MB selepas pilihanraya 2008 kerana majoriti kerusi ADUN Perak dikuasai oleh DAP.Justeru Ir Nizar dari parti PAS dilantik menjadi MB.So apabila diadakan pilihanraya lagi maka DAP boleh menggunakan taktik mempunyai calon Melayu dan apabila Pakatan Rakyat menang sekali lagi, maka calon ini akan dilantik sebagai MB di bawah bendera DAP.Calon Melayu ini akan menjadi 'puppet' dan sudah pasti akan didorong untuk mengetengahkan idealisme DAP yang ternyata bersifat anti-bumiputera dan memegang konsep kesamarataan. Harus diingat DAP adalah serpihan Parti PAP Singapura yang bertanggungjawab dalam rusuhan kaum 1969. Sultan Perak pasti telah menjangkakan hal ini dan oleh sebab itu baginda menolak usul pembubaran tersebut. Dan tidak surprise kalau anggota DAP sendiri yang bukan berbangsa Melayu beriya-iya memfail saman kepada Sultan Perak kerana cita-cita beliau untuk melihat partinya memegang tampuk pentadbiran Perak hancur berkecai.Tindakan beliau ini juga sendiri mendapat tentangan PAS dan PKR yang menjadi komponen PR sendiri.Ir Nizar pula sudah menyatakan beliau tidak masuk campur dalam tindakan Karpal Singh menyaman Sultan Perak.
Pilihanraya kecil Behrang dan Changkat Jering akan berlangsung dalam tempoh 60 hari.Mungkin ini menjadi satu benchmark kepada kerajaan baru Perak sekarang dan menjadi benchmark kepada PR(pakatan rakyat) samada mereka masih diterima rakyat atau tidak.Tapi menurut pendapat aku selagi kerajaan BN sekarang masih dibayangi dengan imej korupsi dan 'keluarga' yang diwar-warkan oleh pembangkang maka pilihanraya kali ini akan berpihak kepada pembangkang. Namun kepimpinan Datuk Zambry,insyallah mampu menghakis sedikit demi sedikit tanggapan negatif tersebut dan apapun semuanya terletak kepada keputusan rakyat....
Dan aku pun berhenti menulis untuk menyambung ulangkaji psychology.....
Saturday, February 7, 2009
KATAK OH KATAK
Ye aku mengaku dahulu aku adalah ahli UMNO yang x rasmi di zaman pemerintahan Tun Mahathir. Memang aku dulu politiking man sampai buku2 moyang aku pun aku kebas untuk belajar dan sampai ayah aku pun dah bosan kalau citer politik ngan aku hohoho. Ngan moyang aku je dia tahan sebab dia bolehlah dikatakan sebagai 'sumber' berita2 politik nih.Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan aku still lagi support kerajaan until tahun 2008 di mana aku mengambil keputusan untuk berehat dan menjadi pemerhati politik buat seketika. Kalau asyik sibuk dengan politik tapi tak pernah nak jadi observer then kita takkan berkesempatan untuk memahami dan mempelajari teknik2 berpolitik dengan lebih berkesan. Meskipun ada suara2 sumbing eh silap sumbang yang mengatakan 'kalau x masuk politik then politik akan menguasai kita'. Itu memang betul.Tapi kalau masuk setakat jadi 'langau' yang tak mampu mengubah apa2 pun tak guna gak. Untuk menguasai politik, we need respect. And the respect comes from our academic background and position.
Ok berbalik kepada cerita yang sebenarnya iaitu suasana politik di Perak. Beberapa hari yang lepas pengerusi BN Datok Tajol Rosli telah meletak jawatan ekoran tindakan pembangADUN Bota yang keluar parti dan menyertai PKR. Kemudian TPM Dato Najib pula mengambil alih jawatan dan beberapa hari kemudian pula kedengaran berita 4 ADUN PR(Pakatan Rakyat) yang keluar parti dan berpihak kepada BN. ADUN Bota yang tadinya keluar BN masuk kembali dan ini menjadikannya kerusi ADUN BN menjadi majoriti dan ini memaksa IR Nizar Jamaluddin selaku MB Perak membubar kerajaan. Atas titah Sultan Azlan Shah maka dilantik MB yang baru iaitu Dr Zambry ADUN Pangkor.Maka berlaku kekecohan pada petang semalam di mana MB PAS tidak mahu keluar dari ofis dan beberapa penyokong pembangkang cuba menganggu proses angkat sumpah MB yang baru.Dan krisis ini berakhir dengan kenyataan dari PR untuk menyaman Sultan dan BN atas prosedur pelantikan MB yang baru.
Terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa BN bermain duit untuk menarik 4 ADUN pembangkang dan ADUN Bota untuk berpihak kepada BN. Suara2 ini tidaklah dapat diterima kerana buktinya tidak ada dan aku sendiri kurang mempercayainya meskipun ada kecenderungan untuk berlaku. Kalau berlaku maka tidak jauh bezalah kerajaan dan pembangkang kerana masing2 menggunakan taktik 'katak melompat' dengan menggunakan wang sebagai pancing. Tapi aku yakin bahawa kerajaan BN tidak menggunakan wang kerana sekarang nipun ekonomi tengah meleset dan tidak ada kenyataan rasmi daripada ADUN2 yang keluar parti sebab dan alasan mereka berbuat demikian. Barangkali mereka sudah tidak percaya dengan PR sendiri yang turut dilanda beberapa masalah antaranya isu Hudud yang menjadi perbalahan antara PAS dan DAP. Peliknya penasihat PR iaitu saudara Anwar Ibrahim tidak pula membuat sebarang statement samada menyokong hudud atau tidak. Kalau dulu dia yang beriya2 untuk membentuk kerajaan baru dengan kelompatan ahli parlimen BN ke dalam PR kini dia pula diam seribu bahasa. Mungkin dah tak tahu nak explain apa disebabkan kegagalan impian 16 september. Kalau itupun orang masih percaya dengan Anwar, aku tak tahulah. Cukup2lah tuh berbohong untuk kepentingan diri sendiri. Dia mana peduli tentang orang lain; dia hanya fikir untuk dirinya menjadi PM tanpa memikirkan pilihan PAS yang turut mengetengahkan calon mereka sendiri iaitu Dato Abdul Hadi Awang. Kalau aku diberi pilihan aku lagi suka kalau Nik Aziz yang dicalonkan sebab melihat keadaan Kelantan yang ditadbir selama 19 tahun masih sejahtera dan harmoni instead dia pun seorang yang low-profile dan tidak gila kuasa. Sekarang 16 september dah xjadi, ahli2 sendiri pun dah masuk BN apa mau buat sekarang?Strategi sendiri menjerat leher sendiri dan ini sekaligus menghakis teori yang mengatakan PR semakin berkuasa sejak kemenangan di PRK(Pilihanraya kecil) Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.So title 'PM in waiting' tuh pegang2lah lagi yek tunggulah sampai PRU yang akan datang(itupun kalau BN dah xda wakil rakyat lagilah).
Aku hormati Ir Nizar dan Dr Zambry kerana kedua-duanya mempunyai persamaan iaitu mesra rakyat dan friendly. Dr Zambry sering menjadi tetamu VIP kat sekolah aku time penyampaian hadiah sementara Ir Nizar selalu datang ke masjid manjung untuk solat Jumaat dan ceramah. Dan aku bersetuju kalau Dr Zambry yang jadi MB sebab dia dah bawa banyak perubahan kepada Pulau Pangkor instead undian dialah yang meningkat sewaktu PRU yang lepas di mana undi2 untuk wakil rakyat BN yang lain jatuh menjunam. Cuma aku agak tersinggung dengan 'keberanian' PR untuk menyaman Sultan Perak. Hormat orang Melayu kepada Raja sejak dahulu adalah perkara yang takkan berubah sampai bila-bila. Sultan dan Melayu tidak dapat dipisahkan. Aku berpendapat Sultan Perak telah membuat penilaian yang teliti dari pelbagai sudut dan cara terbaik ialah memperkenankan pelantikan MB yang baru. Jadi kesetiaan aku sebagai orang Melayu kepada Sultan tidak akan berbelah bagi; sekaligus memberi isyarat bahawa aku menentang tindakan PR untuk mengambil tindakan undang2 kepada sultan. Walaupun Sultan tidaklah kebal kerana baginda boleh dibawa ke mahkamah mengikut perlembagaan 182 dan boleh dibicarakan dalam mahkamah khas tetapi tiada tindakan boleh dimulakan terhadap baginda dengan keizinan Peguam Negara sendiri.Dan aku pasti Sultan Perak telah mengkaji dari segi perundangan sebelum membuat keputusan tersebut. Jadi pada aku tindakan PR adalah tidak rasional dan Ir Nizar sendiri sepatutnya tidak membubarkan kerajaan dengan terburu-buru. Aku tidak boleh mengulas lanjut hal ini sebab ilmu politik aku masih cetek dan memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam.Untuk menulis hal ini sahaja aku dah rasa x layak tetapi aku menganggap ini sebagai pendapat daripada seorang yang bakal memerintah negara ini satu masa nanti(doa2kan la yek)
Secara kesimpulannya budaya katak oh katak dalam politik negara kita semakin berleluasa sekarang. Ya dalam demokrasi ia bukan sesuatu yang dilarang tetapi budaya ini haruslah dihentikan kerana ia akan menjejaskan imej kematangan politik kita selama 51 tahun merdeka ini. Dulu time pentadbiran Tunku sehinggalah Tun Mahathir tidak kedengaran budaya ini jadi diharap sangat supaya budaya ini tidak diteruskan lagi. Aku masih percaya setiap individu punya hak untuk membuat keputusan keluar parti tetapi keputusan itu haruslah bebas daripada segala macam pengaruh luar seperti tawaran wang atau jawatan. Setakat ini, BN dan PR masih bebas daripada menggunakan pengaruh ini kerana bukti2nya tidak ada. Jadi diharap tidak perlulah membuat sebarang spekulasi atau tuduhan yang tidak benar.
Oh God, I should be observer...but when the time is suitable for me to join?
Friday, February 6, 2009
THE DEFIANCE
Ye ini tajuk filem yang aku tengok menggunakan cakera keras DVD pada malam ini. Agak gila kerana 2 filem dalam masa 1 hari;barangkali kerana untuk melepaskan tension menjawab soalan mtc038 pagi tadi dan persiapan untuk menghadapi ujian 039 selepas ini. Jadi cerita ini menjadi sasaran aku; jalan cerita yang agak berat tapi sarat dengan mesej. Aku memberi 4 bintang bukan kerana pelakon utamanya adalah Daniel Craig(sedara aku dalam Mi:6) tetapi ia mempunyai beberapa peringatan penting yang harus dinilai dan direnung semula oleh masyarakat dunia terutamanya kaum Yahudi. Ya aku mengakui aku berbaur sedikit anti-semitik tetapi filem ini telah banyak mengajar aku tentang bagaimana kekuasaan negara Yahudi boleh terbina di sekeliling 30 juta orang arab Muslim.
Starting2 cerita ni dah menunjukkan Adolf Hitler bersama tentera2 nazi memulakan operasi membunuh,menyepak dan menyeksa orang2 yahudi; tidak jauh bezanya daripada askar Israel buat kepada penduduk Palestin sekarang. Bila aku tengok macam...tak percaya itu orang Yahudi yang diseret dan dibunuh dengan sesuka hati. Dan tinggallah beberapa orang yang hidup dan membentuk komuniti Yahudi yang tinggal berpindah-randah di sepanjang hutan Bellorussian. Yang menarik perhatian aku ialah bagaimana seorang komander Nazi memberitahu mereka dibayar sebanyak 500 untuk seorang Yahudi yang dibunuh. Tuvia lakonan Daniel Craig melambangkan bagaimana seorang leader memimpin komuniti Yahudi yang kemudian berpecah kepada dua pihak apabila adiknya Zus bertindak untuk melawan menggunakan kekerasan bersama tentera Russia. Tuvia terus mengepalai komuniti tersebut dan almost 60% cerita ini menggambarkan bagaimana mereka berjaya melalui saat2 getir sehingga survive untuk hari seterusnya.
'' When the Russian take food,it consider as support. When Jewish did, it consider as stealing''
Ucapan Tuvia ini membuatkan aku tersenyum sinis. Tak ada bezanya dengan keadaan sekarang; apabila Israel menyerang ia dianggap mempertahankan diri, apabila Palestin menyerang ia dianggap pengganas. Dan watak tuvia awalnya dilihat agak agresif; membalas dendam dengan membunuh pegawai2 nazi yang telah membunuh keluarganya. Sepatutnya inilah yang harus ditake note oleh Israel dan dunia sekarang. Pemberontakan Palestin dan umat Islam yang dianggap 'radikal' atau terroris harus dilihat faktor atau 'the root cause'. Mesti tahu kenapa mereka berbuat demikian; mengebom, menyerang dan membunuh. Kita tidak boleh menuding jari dan terus menuduh mereka sebagai terroris. Kalau Israel tidak membunuh keluarga mereka dulu, sudah tentu Palestin juga tidak akan membalas. For every action cause and reason exist. Inilah pengajaran yang cuba disampaikan sutradara Edward Zwick yang telah mendorong aku memberikan filem ini 4 bintang.
Cuma agak sedikit rasa kureng apabila watak Daniel Craig tidak banyak action; dia lebih berwatak cool dan diplomatic leadership dan agak dibayangi oleh watak2 lain seperti Asrael dan Zus. Walaubagaimanapun aku berpuas hati dengan keseluruhan filem ini dan wajar ditonton oleh penduduk2 Yahudi sekarang,pemimpin2 mereka dan pemimpin dunia kecuali kalau semua pihak2 ini telah buta ataupun pekak untuk menonton filem ini.
Korang nak tengok? Gi le beli sendiri!5 ringgit je pun....
Thursday, February 5, 2009
SEPI
1.Tony Eusoff&Eja
-Part diorang ni agak touching gak la sebab ending dia agak menyedihkan dan lebih tragik dari 2 cerita yang lain. Cuma aku rasa Khabir Bhatia menggunakan filosof Khalil Gibran dari awal sampai akhir iaitu 'Cinta takkan mengenal kedalamannya sehingga perpisahan tiba'.
2.Baizura&Syed Hussein
-Ermm yang ini cerita orang xreti nak terima hakikat atau berhadapan dengan realiti. Bf dah mati pun tapi menganggap orang tu masih hidup lagi. Kes yang camni agak rumit jugaklah dan nasib baik kepada hero dalam citer ni sebab si heroinnya eksiden dan baru sedar yang bf dia dulu dah mati. Dalam hidup ini tak semua kenyataan adalah indah dan menyeronokkan. Ada realiti yang sukar dan susah untuk diterima tetapi nak atau tidak kenalah jugak hadapi kalau tak kebenaran tak dapat ditegakkan, hidup tak dapat diteruskan betul tak?
3.Afdlin&Vanida
-Meskipun cerita ini merupakan cerita yang pertama tapi sengaja aku letak yang terakhir kat blog aku ini. Tak ada apa niat yang tersembunyi pun juz aku rasa cerita ini ada sangkut paut sikit dengan aku. Macamana rasa 'sakit' dan pedih bersendirian sambil memandang membe2 yang dah ada pasangan, bagaimana rasa disisihkan dan didiskriminasi kerana single sangat berjaya disampaikan oleh Afdlin Shauki. Pasti dia pun pernah rasa macam tu dalam kehidupan sebenar kalau x masakan aku harus beri pujian yang menggunung kat dia. Agak2 kalau aku berlakon watak tu pun kompom pujian jugak harus diberikan kan2 hahaha. Dan cerita ni gak melukiskan keadaan bagaimana orang yang kita suka or sayang tiba2 dah ada kekasih lain. Dek rasa patah hati dan kecewa kita cari yang lain then time kita dah ada orang lain, orang yang kita suka dulu dah pun jadi single balik. So itu merupakan satu situasi yang agak rumit.
Cerita ini banyak mengajar aku tentang kebahagiaan dan keberanian untuk melaksanakannya. Tak semua keputusan yang kita ambil akan menyenangkan semua pihak tapi kebahagiaan diri sendiri adalah persoalan utama yang mesti dijawab. Buat apa menyeksa diri kalau tak bahagia dengan orang tersebut, kenapa harus menjaga hati orang lain kalau kebahagiaan kita sendiri tak tercapai? Memang perlu ada pengorbanan tetapi kita juga berhak untuk mengecap kebahagiaan. Sebab itulah hak kita. Kalau kita menafikan hak itu bererti kita tidak adil untuk diri sendiri. Bias. Nemo judex in causa sua
Cerita ini juga seolah-olah menyuruh aku memilih jalan cerita aku sendiri-perlu ke buat sekarang?err siapa nak jadi heroin?Macammana ending dia nanti?Siapa watak2 tambahan?
Dan keputusan masih belum dimuktamadkan.......
Wednesday, February 4, 2009
BERITA GEMBIRA
SO sekarang aku akan menyediakan surat-surat untuk dihantar kepada pihak2 yang berkenaan untuk menantikan kehadiran rombongan kitaorang nanti.Tapi menurut perkiraan aku event yang agak gempak or XFACTOR adalah conference dengan peace global organisation yang mana insyallah(masih dalam cadangan) akan dihadiri oleh Tun Mahathir,Mukhirz Mahathir dan beberapa tokoh2 lain yang akan diadakan di Dewan UiTM shah alam. So pengumuman tentang lawatan ini akan diadakan pada mesyuarat agong Prelaw club yang akan datang. Selain itu juga, lawatan akan diadakan jugak ke UIA,USIM dan UM.
Pegawai pengiring lawatan ini adalah Miss Syatirah. Penolong bagi aku untuk lawatan kali ini adalah Emelia Shariff. Seramai 86 orang prelawrians akan menyertai lawatan ini; 4 daripada part 1,40 daripada part2 dan 42 daripada part 3....
So kalau rasa dah berminat nak join cepat2lah kasi nama yek..tempat terhad =)
Tuesday, February 3, 2009
SEDIKIT PENJELASAN
Aku dah agak bosan jugakla dengan statement2 sedemikian dan terasa touching gak apabila orang masih lagi terus menganggap bahawa aku sudah bercouple. Ini statement yang betul2 keluar dari aku sendiri....
I AM SINGLE. Ya single untuk tahun yang keempat. Meskipun aku rapat dengan segelintir wanita yang dianggap sebagai couple aku tetapi mereka cuma kawan, tak ada sebarang declaration yang dibuat mahupun clash yang diumumkan. Hakikatnya aku masih sendirian meskipun dalam kehidupan seharian aku xpernah lepas daripada berkomunikasi dengan perempuan-perempuan. So janganlah anggap aku ni womanizer ataupun playboy sebab aku dengan diorang hanya kawan rapat. Jadi kepada Ily Batista aku pohon seribu kemaafan sebelum raya menjelang ni kerana telah 'mengencing' kau tentang status aku. Bukannya apa kadang2 aku terpaksa melakukan demikian untuk menepis sebarang gosip atau perkara2 yang akan menjatuhkan saham aku di UiTM Kedah(ceh poyo).Im still searching. Walaupun kisah cinta aku yang dulu agak 'kureng' memberangsangkan tetapi aku xpernah takut untuk terus mencuba; cuma tak bertemu dengan yang 'klik' di hati setakat ini. Tetapi ini hint terbaru aku untuk korang semua...
Tahun ini tahun terakhir aku menjadi single.....
so tahun ini aku masih lagi memegang status single tu lagi
Jadi berhenti membuat spekulasi yang bermacam2
sekian terima kasih
AKHIRNYA SEMPURNA
Hari Jumaat. Pagi. Aku ke Jusco Wangsa Maju untuk membeli beberapa barang keperluan di UiTM nanti. Kali ini aku x keseorangan sebab kat sana aku jumpa akmarina; membe aka besfren aku yang sedang belajar asasi sains di UiTM Shah Alam. Agak2 sepuluh minit nak solat Jumaat aku pun balik ke apartmen dan lepas je solat Jumaat terus bertolak balik ke JB sebab malam tu ada kenduri 100 hari arwah atuk aku meninggal. Keesokan harinya jam 9 malam aku bergerak meninggalkan bumi Johor tercinta untuk pulang ke UiTM Merbok Kedah.
Apa yang aku dapat sepanjang cuti ini cukup menarik. Bukan untuk bangga atau mengujubkan diri(maaf kalau ada yang berfikiran sebegitu). Selama 4 tahun aku memegang status 'lonely soldier boy' hanya pada tahun ini sahaja status itu benar-benar teruji dari segi fizikal, mental dan spiritual. Hampir 70% kehidupan aku di KL adalah by my own hand dan terima kasih kepada membe2 yang memenuhi baki 30% tersebut. Agak berpuas hati jugak sebab aku merasa 'layak' untuk mendapat title LSB tersebut.
Pulang di malam hari
Datang dengan anginnya yang dingin
Kutekadkan teruskan apa yang dijuangkan
Untuk mencapai semua impian
Usah kau gentar dengan cabaran
Kerna itulah takdir kita....
Do you remember that old lullaby
Ingatan yang lama kita lupa
Telah kutinggalkan
Akan kutuliskan memori buatmu
Semua lelaki Lonely soldier boy
Katakan pada dunia..
Lonely soldier boy...........